CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tudung_bawal

**KUIZ ATW V11** Soalan di Mukasurat 64**

[Copy link]
Post time 2-8-2012 02:24 PM | Show all posts
Kerja Rumah Di Bulan Ramadhan

Sharing is Caring

Masa menjawab: 31hb Julai 2012 - 2hb Ogos 2012

Soalan:-

Sila kongsikan perkara-perkara menarik yang telah berlaku  sepanjang sepuluh hari pertama kita berpuasa. Tidak perlu huraian panjang lebar.

1. Anak2 raff lebih sabar mengharungi ujian semasa berpuasa..
2.
Tahun ni raff dpt berjimat banyak coz mmg xpergi bazar...blk keje trus masak...
3.
Hubby raff byk tolong keje2 rumahtangga dan ajar anak2 buat homework (slalu keje2 ni raff yg in-charge)..tq hubby...
4.
Bersahur ramai2 ngan anak beranak sume...thn lps bertiga, tp thn ni anak2 raff lg 2org pn puasa..
5.
Jalanraya kurang sesak nampaknya thn ni....sbb tu raff bole smpai umah dan msak 3 jenis lauk...
6.
Anak2 raff tak byk ragam bila kejut bgun sahur...
7.
Tempahan manik byk raff terima...syukur rezeki sampingan utk raff sekeluarga..
8.
Raff telah siapkan kek lapis oreo dan kek lapis hazelnut utk parents..
9.
Kereta baru raff da kuar pada hari ke 8 puasa kelmarin...sonok beraya ngan kete baru..
10. Raff byk masa pd tgh malam so raff gunakan sebaiknya utk solat taubat dan mengaji...thn2 lps cam xcukup masa..
** Markah bergantung kepada SIFU yang bertugas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 02:38 PM | Show all posts
Kerja Rumah Di Bulan Ramadhan

Sharing is Caring

Masa menjawab: 31hb Julai 2012 - 2hb Ogos 2012

Soalan:-

Sila kongsikan perkara-perkara menarik yang telah berlaku  sepanjang sepuluh hari pertama kita berpuasa. Tidak perlu huraian panjang lebar.

1. Suasana tempat kerja sangat aman dan damai
2. dapat jumpa makanan dan juadah yang jarang di bulan lain
3. dapat balik kerja awal dari hari biasa
4. Mesyuarat pun tak banyak
5. indahnya berkumpul ramai2 masa berbuka puasa
6. bertukar2 juadah dengan rakan dan jiran
7. dapat kurangkan sikit berat mungkin juga toksin dlam badan

8. solat isyak takderlah lewat bila bulan puasa sbb solat sebelum terawih. Klu hari biasa nak tidur baru solat

9. rezeki murah melimpah ruah, ramai yang bersedekah terutama buah kurma
10. rajin masak

** Markah bergantung kepada SIFU yang bertugas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 02:39 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 2-8-2012 02:24 PM
Kerja Rumah Di Bulan Ramadhan

Sharing is Caring

wahhhh dapat keta baruuu..bestnyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 03:13 PM | Show all posts
ungu_merah posted on 2-8-2012 02:39 PM
wahhhh dapat keta baruuu..bestnyerrr

syukur hubby belikan ada rezeki lebih....tp kete ni auto...rara lg suka manual senang nk drag n drift...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 03:18 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 2-8-2012 03:13 PM
syukur hubby belikan ada rezeki lebih....tp kete ni auto...rara lg suka manual senang nk drag n dr ...

alhamdulillah..................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 10:55 PM | Show all posts
assalamualaikum.....

x dak mood nak jawab soklan kerja rumah lagik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2012 11:46 PM | Show all posts
Kerja Rumah Di Bulan Ramadhan

Sharing is Caring

Masa menjawab: 31hb Julai 2012 - 2hb Ogos 2012

Soalan:-

Sila kongsikan perkara-perkara menarik yang telah berlaku  sepanjang sepuluh hari pertama kita berpuasa. Tidak perlu huraian panjang lebar.

1. Dapat menyambut puasa bersama keluarga di kampung.
2. Berjaya memasak tom yam putih dan mendapt pujian dari adik TB. (sangat berbesar hati sebab TB bukan pandai masak pon
)
3. Dapat mengawal diri dari berbelanja sakan di Pasar Ramadhan, kalau tak mesti bermacam jenis makanan akan diborong.
4. TB dan rakan serumah mengalami keracunan makanan selama 2 hari berturut sebab beli lauk dari gerai yang sama dan natijahnya kami boikot kedai tu 2 hari.
5. Akhirnya dapat makan nasi goreng ayam berempah yang TB impikan sekian lama.
6. Baju raya untuk ayah dan adik dah selamat dibeli dan bawa balik kampung, so boleh fokus untuk beli baju raya TB pulak.
7. Memulakan tugas di syarikat baru.
8. Dapat menjimatkan wang sebab dah kurang berkunjung ke Pasar Ramadhan, jadi dapat menabung untuk duit raya.
9. Sebelum puasa TB sibuk beli kain pasang untuk jahit baju raya, tapi sampai sekarang kain-kain tu masih elok dalam simpanan, tak jumpa tukang jahit.
10. Selepas lulus ujian memandu, sampai sekarang TB belum memandu lagi. Tunggu dah dapat kereta sendiri baru la boleh drift.


** Markah bergantung kepada SIFU yang bertugas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 10:21 PM | Show all posts
assalamualaikum & selamat malam....

keje baru dapat task baru...
next week kene buat presentation
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 01:13 PM | Show all posts
Assalamualaikum...selamat berpuasa student2 yang cemerlang kat sini...
mintak maaf ye semua ...lama x menjengah..
kesibukan tahap gaban..

harap nanti kalau buat homework tp takde cikgu yang berkesempatan bagi tacang sesapa tolong PM cikgu yek..
nanti cikgu datang bawak rotan tacang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 09:27 PM | Show all posts
cinta_ungu posted on 8-8-2012 01:13 PM
Assalamualaikum...selamat berpuasa student2 yang cemerlang kat sini...
mintak maaf ye semua ...lama ...

waalaikummussalam cegu...

thanks for the tacang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:38 AM | Show all posts
thank you for the tacang yer cegu cinta...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 09:41 AM | Show all posts
cinta_ungu posted on 8-8-2012 01:13 PM
Assalamualaikum...selamat berpuasa student2 yang cemerlang kat sini...
mintak maaf ye semua ...lama ...

wsalam cegu...

huhuhu..sedey...cegu xder..murid2 yg nak amik peksa sumer gegeh cari tusyen..


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 05:22 PM | Show all posts
Soalan:-

Sila kongsikan perkara-perkara menarik yang telah berlaku  sepanjang sepuluh hari pertama kita berpuasa. Tidak perlu huraian panjang lebar.

1.Hari pertama berbuka puasa bersama ahli keluarga mntua..ok la tu,dapat mengubat kerinduan pada keluarga.Kg jauh..

2.Hubi ada cerita untung banyak bulan ni sbb ramai yang tempah dan ambik barang dengan dia.Ahmadulillah,rezeki di bulan Ramadhan.

3.Kakak ipar ada datang rumah.Memang seronok kalau dia datang sebab dia yang akan jaga baby.Lega sket sng nak buat kerja.semua dia yg setelkan dari mandikan bby,bagi mkn,tdo..Sara lepas tgn jer..

4.Saudara hubi ada buat kenduri berbuka puasa..Memang seronok sbb kitaorang akan berjemaah bersama2 memasak,kemas dan hidang makan.Gosip pn ada..Kurang ler pahala di bulan pose.

5.Baju raya da siap..Act baju tu untuk dipakai time knduri kahwin adik.Kira sedondon dgn famili.Raya ke 7 akan dilangsungkan.Ins Allah.

6.Keluar bershopping.Yang ni mmg best la tapi just beli baju anak dulu.baju kitorang hari Ahad ni kot.

7.Sara ngn bby tak berapa sihat.Demam dan batuk.Agak teruk juga sbb demam tak kebah2.Mujur puasa dpt diteruskan.Tapi kesian kat bby sbb dia ada lelah sekali.

8.Buka puasa ni rajin bebenor hubi order pizza.Dia kata tekak dia dah jadi selera barat,tak lalu nk mkn nasi.

9.Sebenar sara dah buat preparation sket2 utk blk kg.Raya tahun ni di kg sara.siang mlm fikiran asyik terarah kat kg jer.huhu.baju2 pun ada yg sara dah letak siap2 dlm beg.mmg excited.

10.Sara ada buat puding gula hangus.Leh tak sara lupa buat yang gula hangus tu....Lepas tu bila terbalikkan puding tu nmpak togel jer takder gula hangus.Ms tu sara baru pasan.Mujur somi ckp sedap jer.Huhu..(lama sgt tak buat jd mcm tu la) Last edited by sara2511 on 9-8-2012 05:24 PM

Last edited by sara2511 on 9-8-2012 05:28 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 10:26 AM | Show all posts
tudung_bawal posted on 31-7-2012 09:58 PM
waalaikummussalam mommy carly..

dah abes pantang ke? baby sihat?

dah abis pantang dah... ari ni start kerja balik.... (mood nak shooping kt sogo)
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 10:27 AM | Show all posts
moyas posted on 1-8-2012 07:22 AM
w/slm. mana pica bebinya. nk tgok

nanti carly upload... skg bz skit....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 02:15 PM | Show all posts
carly_lah posted on 13-8-2012 10:27 AM
nanti carly upload... skg bz skit....

okies.... carly... selamat hari raya. mahap zahir batin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2012 08:37 PM | Show all posts
carly_lah posted on 13-8-2012 10:27 AM
nanti carly upload... skg bz skit....

ok, thankss carly... jgn lupa quote tb bila dah upload ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2012 08:38 PM | Show all posts
assalamualaikum & selamat malam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 01:04 AM | Show all posts
tudung_bawal posted on 14-8-2012 08:38 PM
assalamualaikum & selamat malam..

w/slm n selamat bersahur
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 01:15 AM | Show all posts
Dikesempatan ini moy memohon ampun dan maaf kepada anda semua. jika selama kita bersama di class ini, moy ada menguris perasaan anda semua secara sengaja @ tidak.  dengan rendah hati moy memohan ampun dan maaf diatas keterlanjuran yang tidak disengajakan

SELAMAT HARI RAYA MAAF DZAHIR DAN BATIN




Cara Menyambut Aidilfitri
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya.
Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Ini kerana dibimbangi, hariraya yang dijadikan oleh Allah swt sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan.
Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah:
:- Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah :185)
:- Mandi sunat di pagi hari raya :- Memakai pakaian baru atau bersih
:- Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok
:- Memohon kemaafan dan keampunan kepada dua ibubapa, suami atau isteri dan ahli keluarga yang lain
:- Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid
:- Solat Sunat Hari Raya
:- Ziarah menziarahi dan sebagainya. Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.
Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syara' mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara.
Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah. Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.158316 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list