CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 31-1-2013 11:08 AM | Show all posts
lempang si aliff nie nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2013 11:10 AM | Show all posts
“cikgu muda sekolah awak tu macam mana?” soal Aliff setelah sesi luahan perasaan antaranya dan Shazrina. semestinya dia tidak lupa kewujudan Aqil didalam hubungannya dan Shazrina saat ini.

“saya tak bercinta pon dengan dia... hanya kawan.” Jelas Shazrina jujur.

“saya tipu awak je hari tu...” tambah Shazrina lagi apabila melihat wajah Aliff yang tidak percaya.

“awak dah maafkan saya ke?”

“kalau saya tak maafkan awak, tak adanya hari ni saya muncul kat sini.” Tegas Shazrina. Aliff memekarkan senyuman manis kepada Shazrina yang sedang memandang kearahnya.

“saya minta maaf sekali lagi Shaz... walau apa pon alasan saya, kenyataannya memang saya bersalah pada awak. Tapi percayalah, saya tak akan ulangi lagi semua tu dan akan sentiasa mempercayai awak. Saya akan jadi lelaki pilihan yang terbaik untuk awak.” Janji Aliff sambil mengangkat tangan seperti berikrar.Shazrina tersengih senang.

“kalau awak ulang lagi kesalahan macam ni, sampai ke mati saya tak akan maafkan awak lagi tau!” ugut Shazrina. Aliff mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Dia akan ingat semua ugutan ini sampai bila-bila agar dirinya tidak lagi tersilap langkah.

“lepas ni kalau ada apa-apa yang tak puas hati, luahkan.. jangan pendam macam dulu lagi yer Aliff. Tak kiralah tentang apa sekali pon.” minta Shazrina. dia berharap tiada lagi pergaduhan yang melibatkan salah faham seperti ini berlaku lagi dalam hubungannya dan Aliff.

“baik sayang! Lepas ni kita mesti kongsi semua masalah bersama.. tak nak pendam-pendam dah.” Sokong Aliff.

“satu je saya nak ingatkan awak... walau apa pon terjadi percayalah cinta saya tetap utuh terhadap awak. Saya tak akan mudah berpaling tadah.” Luah Shazrina. kali ini biar semuanya jelas. Biar Aliff tahu perasaannya yang sebenar.

“sama seperti saya Shaz... walau apa pon terjadi, hanya awak dihati saya.”tambah Aliff pula. Shazrina tersenyum bahagia mendengar kata-kata Aliff.

“mama dengan papa awak macam mana? Diorang belum maafkan sayakan...” ungkit Aliff mula ditimpa perasaan ragu-ragu. Baru sahaja hubungannya dengan Shazrina mahu pulih, halangan besar sudah pon muncul. Shazrina tersengih mendengar persoalan Aliff membuatkan lelaki itu pelik dengan senyumannya itu.

“kenapa awak senyum? Ini masalah besar tahu tak.. saya tak ada cita-cita nak bawak anak dara orang kawin lari.” Sempat Aliff berseloroh namun dia memang memaksudkannya.

“saya pon tak hinginlah nak kawin lari dengan awak...” tingkah Shazrina senang.

“pasal mama dan papa awak tak payah risau... diorang dah maafkan awak sebab diorang dah tahu hal sebenar.”

“diorang dah tahu hal sebenar? hal sebenar apa?”

“kenapa kita tak jadi bertunang....” terang Shazrina tenang.

“siapa beritahu.. awak?” tembak Aliff. Shazrina menggeleng-gelengkan kepalanya menolak telahan yang dibuat oleh Aliff.

“bukan.. Farah datang rumah dan jelaskan hal sebenar kepada mama dan papa.” Aliff terdiam mendengar jawapan Shazrina. berfikir sejenak mindanya tentang agenda Farah yang seterusnya.

“awak masih marahkan dia?”

“yup..tak mudah saya nak maafkan dia dengan apa yang dah terjadi terhadap kita.”

“saya dah maafkan dia...” beritahu Shazrina dengan reaksi yang tenang. jelas dimatanya wajah Aliff yang terkejut dan tidak berpuas hati.

“saya yakin dia betul-betul menyesal dengan perbuatan lalunya tu.. kalau dia tak menyesal, tak adanya dia datang nak bongkarkan kesalahan sendiri. jadi, saya rasa awak patut maafkan dia juga. Kita semua ada salah dan silap dalam hal ni.”pujuk Shazrina lembut. rona wajah Aliff yang kelihatan geram seketika tadi mula beransur hilang. Jejaka itu membalas pandangan Shazrina.

“berikan saya masa...” mohon Aliff pendek. Shazrina tersenyum simpul dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia mengerti perasaan Aliff kerana mereka berkongsi perasaan yang sama. Suatu hati nanti, Aliff pasti akan memaafkan juga Farah dan mungkin mereka akan kembali bersahabat walaupun tak seakrab dulu.

Last edited by misssakura on 31-1-2013 11:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 11:13 AM | Show all posts
alah farah kan solo
aqil pun solo, bagi kawen aje nnt memasing ada kawan jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 11:18 AM | Show all posts
7 bulan kemudian...

Farah melihat dari jauh panorama meriah dirumah bungalow dua tingkat yang tersergam indah dihadapannya. Pasangan mempelai kelihatan begitu bahagia dan ceria melayan tetamu yang di undang. Satu keluhan kecil dilepaskan... beberapa mutiara jernih mula mengalir lebat menuruni pipinya. Diakui hatinya masih ada pada Aliff namun semuanya sudah tertulis.. jodoh Aliff bukanlah dengannya tetapi dengan Shazrina. dia perlu akur dengan kenyataan itu.

“nah....”satu suara garau menegur Farah dari belakang sambil menghulurkan satu sapu tangan. Farah menoleh kearah jejaka disebelahnya lalu mengambil sapu tangan yang diberi. Dilap wajahnya yang lencun dengan air mata.

“thank....awak tak pergi jumpa Shaz ke?” soal Farah setelah mampu bertenang... sempat dikerling Aqil yang memakai baju bewarna hijau pucuk pisang, sedondon dengannya.

“nak ambil semangat dulu...” jawab Aqil sepatah. Matanya turut merenung kemeriahan majlis perkahwinan Shazrina dan Aliff yang sedang berlangsung.

“awak menyesal lepaskan Shaz?” Tanya Farah lembut. wajah Aqil dipandang rasa ingin tahu.

“tak...saya akan lagi menyesal kalau biar dia terus bersama dengan saya... saya tak mampu bahagiakan dia seperti mana Aliff mampu lakukan...” balas Aqil dengan riak tenang.. tidak kelihatan dia sedang berduka lara. Namun mungkin itu pada luaran tidak tahu pula bagaimana dalaman lelaki ini.

“awak menyesal lepaskan Aliff?” Aqil pula membalas pertanyaan.

“tak ada apa yang nak disesalkan Aqil... malah tak ada istilah lepaskan kerana saya tak pernah miliki dia... dari awal pengenalan kami sehingga sekarang, Aliff hanya pandang Shaz sorang je.” ujar Farah. Hatinya masih lagi sebak namun dia sudah mampu bertahan.. buat apa dikenang cinta yang tak pernah dan tak mungkin kesampaian..

“suatu hari nanti awak pasti akan temui cinta yang awak cari... percayalah Farah.” luah Aqil sedikit sebanyak mahu memberi keyakinan untuk Farah bercinta lagi. dia faham, Farah jauh lebih kecewa berbandingnya. Farah sudah mempertahankan cintanya hampir 10 tahun.

“amin...awak pon sama Aqil.” Jawab Farah dengan senyuman mesra. Aqil turut membalas senyuman gadis itu. Tanpa mereka sedar inilah pembuka kepada episod cinta antara mereka berdua..


TAMAT
untuk Farah dan Aqil
Last edited by misssakura on 31-1-2013 11:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 11:22 AM | Show all posts
sudah tamat rupanya
tahniah sakura di atas cerita yg buat dada akak sesak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 11:26 AM | Show all posts
fatehana posted on 31-1-2013 11:22 AM
sudah tamat rupanya
tahniah sakura di atas cerita yg buat dada akak sesak

thank k.ana yg setia membaca smpai habis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2013 11:29 AM | Show all posts
misssakura posted on 31-1-2013 11:18 AM
7 bulan kemudian...
Farah melihat dari jauh panorama meriah dirumah bungalow dua tingkat yang terse ...

akhirnyaaaaaaaaaaaaaa....tq sakura...hepi ending...bahagia sangat, so sweet shaz meluahkan rasa hati dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 11:31 AM | Show all posts
suria74 posted on 31-1-2013 11:29 AM
akhirnyaaaaaaaaaaaaaa....tq sakura...hepi ending...bahagia sangat, so sweet shaz meluahkan rasa ha ...

sama2... tq suria sudi bce. semoga terhibur dngn citer sakura nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2013 11:33 AM | Show all posts
tamat sudah....
yeay akhirnya shaz ngan aliff....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 11:42 AM | Show all posts
mawar65 posted on 31-1-2013 11:33 AM
tamat sudah....
yeay akhirnya shaz ngan aliff....

kalo wat ending shaz dengan org lain kompem sume org x suke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 12:10 PM | Show all posts
misssakura posted on 31-1-2013 11:18 AM
7 bulan kemudian...
Farah melihat dari jauh panorama meriah dirumah bungalow dua tingkat yang terse ...

Ending yg sangt touching....

Err...nak wat permintaan muleh x miss...?

muleh tak wat citer pendek utk kisah cinta farah & aqil...? oh puhleasseeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 12:23 PM | Show all posts
misssakura posted on 31-1-2013 11:42 AM
kalo wat ending shaz dengan org lain kompem sume org x suke

hahaha.. btol2.. biar la shaz ngan aliff
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 12:25 PM | Show all posts
sellie003 posted on 31-1-2013 12:10 PM
Ending yg sangt touching....

Err...nak wat permintaan muleh x miss...?

tq sellie bce citer ni smpai habis... kisah farah dengan aqil tu mintak imagin sendri je la.. x buat dah kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 01:18 PM | Show all posts
tq dan tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 02:57 PM | Show all posts
Ending yang best....
TQ TT..

nah amik nie...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 04:56 PM | Show all posts
alhamdulillah , penamat yang baik belaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2013 07:26 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 31-1-2013 02:57 PM
Ending yang best....
TQ TT..

sme2 cik... semoga terhibur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 07:28 PM | Show all posts
wardah75 posted on 31-1-2013 04:56 PM
alhamdulillah , penamat yang baik belaka

tq kerana sudi bce
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tamat sudah..tahniah ya miss sakura,best citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 05:00 PM | Show all posts
nice story..
caya lah sakura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.263274 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list