|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta
Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak rambut saya denga mesranya. Sampai saja di kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan senang hati. Datuk tidak menceritakan apa yang dialaminya pada nenek. Sayalah yang jadi tukang lapur kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang pendapat tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahu apakah nenek suka atau percaya dengan apa yang saya katakan.
“Saya nak pergi,” tiba-tiba datuk muncul di ambang pintu tengah.
Perbualan saya terhenti. Saya lihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju melayu teluk belanga hitam serta seluar hitam. Songkok juga hitam.
“Ke mana ?” tanya nenek.
“Ke rumah bini muda,” balas datuk selamba.
Nenek mengizinkan datuk pergi. Dua hari sesudah datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagi memenuhi jawatan buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut. Saya terpilih dan di tempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggu sahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya.
“Aku tahu, kau tak sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri jadi petani atau peniaga,” kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah.
Sesungguhnya jiwa saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah- buahan hasil dusun datuk di Cangkat Berangan. Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala ikut datuk menembak rusa atau kijang di mana-mana yang di sukainya.
Pagi itu, seperti biasa saya pergi ke dusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual pada peraih yang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya.
“Banyak yang kau dapat langsat?”
“Kira dua pikul ada tuk.”
“Tinggalkan pada nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni.”
“Kenapa ?”
“Aku nak ajak kau ke kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput aku.”
“Apa halnya? ”
“Usah tanya, ikut cakap aku.”
Saya terdiam dan meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal saya dan datuk ke kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh - Lumut. Masa itu, lebuh raya masih belum dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalan tanah merah. Sejak adanya lebuh raya, orang-orang di Cangkak Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah yang lama itu. Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dan datuk di tempatkan di satu bilik khas.
“Apa salahnya Tok Sidang memanggil saya ?” soal datuk kepada Ketua Kampung yang berjanggut itu.
Ketua Kampung mengerutkan keningnya.
“Ada hajat besar.”
“Apa hajatnya?”
“Anak buah saya berlakikan hantu raya.”
“Ha…,!?” mulut datuk ternganga.
Saya mula resah tidak menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang malang itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta
Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi oleh hantu raya. Menurut ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan mesra dengannya hingga menjelang subuh.
“Siapa nama perempuan itu?” datuk mula menyoal.
“Timah.”
“Bila suaminya mati?”
“Kira-kira enam bulan yang lalu.”
“Ada anak?”
“Tak ada, suaminya mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar.”
“Ini kerjanya sulit sikit.” Datuk separuh mengeluh.
“Dia mengadu pada saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang-kadang mengacau orang kampung,” tambah Ketua Kampung.
Datuk terdiam. Dia berfikir. Tiba-tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah Ketua Kampung.
“Saya perlu jumpa dengannya,” itu yang terkeluar dari mulut datuk.
“Bila ?”
“Kalau boleh sekarang juga.”
Ketua Kampung, saya dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah Timah dengan melintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris. Rumah Timah terletak di sebidang tanah yang agak terpisah dengan rumah-rumah penduduk di situ.
Di kawasan sekeliling rumahnya ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagian belakang rumahnya terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok itu terdapat sebatang pokok pulai. Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekali salam diberi. Pintu rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timah tidak juga muncul. Datuk pandang saya dan saya pandang Ketua Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan berkerut.
Sinar matahari petang beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu-talu, beberapa ekor burung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak itu agak berbeda dengan bunyi suara gagak yang selalu saya dengar.
Tiba-tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan matanya nampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu mempersila kan kami naik ke rumah.
“Minta maaf ya,” kata datuk sambil memandang ke wajah Timah.
“Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagi untuk siapa?”
“Untuk …,” Timah terdiam.
Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak mengemukakan pertanyaan lagi.
“Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah suaminya dulu,” kata Ketua Kampung memberi penjelasan.
Datuk angguk kepala. Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu melihat kedua- dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung dan Timah tidak senang dengan sikap datuk itu.
“Itu bilik saya ! Jangan masuk !” jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta
Datuk angguk kepala sambil meraba-raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satu lagi. Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua-dua belah tangannya memegang perut. Saya segera menerpa untuk membangunkan datuk. Secara mendadak saya rasa pangkal leher saya dipukul oleh sesuatu. Pandangan saya berpinar.
“Jangan datang,” pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya.
Ketua Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut.
“Merbahaya, kita mesti balik sekarang,” kata datuk.
Ketua Kampung tergamam, begitu juga dengan Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakan soalan pada Timah,
“Bilik siapa itu?”
“Bilik suami saya,” Jawab Timah
“Dia dah mati. Untuk apa bilik tu buatnya?”
“Saayyyya…,” suara Timah terputus.
Datuk tersenyum. Dia sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan rumah Timah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datuk meminta jasa baik Ketua Kampung untuk meminjam senapang kampung dan pada sesiapa yang memiliki senapang.
“Buat apa?” Ketua Kampung menyoal penuh ragu,.
“Nak menembak gagak untuk menolong Timah.”
“Begitu,” suara Ketua Kampung menurun.
Dia segera mencari senapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua Kampung kembali dengan senapang di bahu dan menyerahkan pada datuk. Datuk membidik-bidik senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan. Dengan tenang datuk memasukkan peluru ke dalam laras senapang, kemudian dia meludah tapak tangan kanan dua tiga kali. Buntut senapang digosok dengan tapak tangan yang ada air liur itu.
Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendah mencari ulat daun pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk membidik burung gagak. Burung gagak jatuh terkena tembakan datuk. Datuk segera mengambilnya. Bangkai gagak itu digantungnya pada dahan pokok mempelam dekat rumah Ketua Kampung. Datuk naik ke rumah.
Waktu hari mula remang-remang senja datuk menuju ke pangkal pokok mempelam. Dia menepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagak tersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua Kampung.
“Suami Si Timah itu mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasa hidupnya.”
Begitulah datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung menyatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya. Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami Timah, antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam seorang diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika orang-orang melihat kejadian aneh itu , suami Timah sebenarnya tidak ke mana- mana, berbual kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya. Bila Ketua Kampung bertanyakan hal itu suami Timah, menafikan yang dia membuat kerja-kerja itu. Malah menuduh orang-orang kampung mengadakan cerita yang bukan-bukan kerana dengki dengan kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampung tidak menyoalnya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta
Setelah menunaikan sembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan tebal. Dia mengandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamit membaca sesuatu. Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datuk meletakkan bangkai gagak yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk menghidupkan api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh. Dengan pertolongan cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk. Serentak saya terdengar bermacam-macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis dan mengilai. Ada suara gendang dipalu.
“Aku tidak bertujuan jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari manusia. Tidak serupa cara hidupnya,” suara datuk meninggi.
Lembaga hitam itu bertambah besar. Dua tiga pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang. Seluruh kawasan itu saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat. Saya terdengar burung gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang menuju ke lembaga itu. suasana menjadi tenang.
Lembaga hitam hilang dari pandangan saya. Datuk segera bangun dan mendapatkan saya.
“Kita ke rumah Timah,” perintah datuk.
Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah suatu perkara yang mudah berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun semula. Akhirnya kami sampai rumah Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun yang dapat kami lihat. Semuanya macam biasa.
Datuk mengajak saya pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Isya’.
Sesudah makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali. Kali ini datuk menyuruh saya dan Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan masing- masing. Datuk memakai baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai, tiga puntung kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku.
Datuk tidak memakai seluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya dengan kain putih. Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula menitik. Angin malam yang bergerak melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun yang berlaga sama sendiri itu melahirkan bunyi tidak menentu.
Bunyi katak bersahut-sahutan sesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan bunyi suara burung hantu dan jampok. Saya lihat pintu rumah Timah berkuak dengan sendirinya. Sinar lampu minyak tanah menerangi sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada bayang-bayang hitam berdiri di muka pintu. Serentak dengan itu terdengar bunyi suara orang lelaki batuk bertalu-talu. Saya berlari mendapatkan datuk. Saya duduk di sisinya, tiba datuk menyepak pangkal peha saya, saya terduduk.
“Jangan dekati aku,” katanya.
Saya pun segera menjauhkan diri dari datuk. Datuk membakar kemenyan dan juga membakar sesuatu. Dari rumah Timah terdengar suara lelaki.
Anjing kian kuat melolong. Saya terdengar kicau burung murai ditengah malam. Bulu roma saya berdiri. Ketua Kampung datang ke tempat saya dan datuk. Perhatian kami tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihat seorang lelaki sedang duduk di muka pintu sambil menghisap rokok. Mukanya tidak berapa jelas kelihatan. Angin malam terus bertiup.
“Kau kenal siapa tu?” tanya datuk pada Ketua Kampung. Ketua Kampung terdiam.
Dia terus menumpu perhatian pada rumah Timah.
“Latif, laki Timah,” katanya pendek.
Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai di depannya. Tangannya menggenggam paku.
“Itu bukan latif, itu hantu raya,” kata datuk.
Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batu melayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak. Batu terkena pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut keris, pintu rumah Timah terkatup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah rumah Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakap sesuatu. Kami juga terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang di lamun berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan.
“Hantu tu sedang berkasih dengan Timah,” datuk memberitahu Ketua Kampung.
Datuk menikam tiang seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris, rumah Timah bergegar. Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai. Timah menjerit dan terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembaga hitam yang besar terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu. Datuk menyerbu ke arah lembaga hitam itu. datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan saya turut sama ke situ.
“Berhenti, kau syaitan.,” jerit datuk.
Lembaga hitam itu melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk.
“Latif…,” pekik Ketua Kampung.
Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkain pelekat tanpa baju dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatur silat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 13 ~ Penunggu hutan Kinta
“Tidak ada jalan lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau sudah sampai subuh kita tidak akan berjaya membunuhnya selama- lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari kampung ini,” ujar datuk.
Mendengar cakap datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang hitam sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatan mengeluarkan cahaya. Datuk mengambil tiga batang surai sambil mengacu-ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu di lihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema dengan jeritannya yang amat menakutkan itu. Lembaga itu menutup matanya dari melihat batang serai. Datuk lalu menayangkan pula kepak burung gagak ke arahnya. Lembaga hitam itu berguling- guling di atas tanah bagaikan menahan kesakitan.
“Aku tahu asal usul mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu kerana engkau adalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah juga lah engkau kembali,” kata datuk.
Lembaga itu terus berguling- guling.
“Dia bini aku,” secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun.
Datuk tergamam. Dalam rasa cemas itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua-dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal menekan batang leher datuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 14 ~ Bersuamikan Hantu Raya
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 14 ~ Bersuamikan Hantu Raya
Tanpa bertangguh-tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami alami dalam hutan Ulu Kinta pada orang- orang kampung Ulu Kinta yang menanti kami di depan Balai Polis Tanjung Rambutan.Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya lebih senang duduk di pangkal pokok kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balai itu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan bangunan yang baru.
“Pelik juga ceritanya, betul ke ni?”
Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.
“Terpulanglah pada awak, sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah merasa dan mengalaminya.”
“Apa yang orang tu berikan pada awak?”
“Beri apa? Awak gila ke.”
Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam. Seorang anggota polis menghampiri kumpulan orang yang mengurumi datuk lalu bertanyakannya: “Apa halnya ni?”
“Orang hilang ni dah jumpa di sini,” seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis yang sudah berusia hampir lima puluh tahun itu.
Tanpa di minta datuk pun menceritakan apa yang dialaminya pada anggota polis itu. Kemudian anggota polis itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh beberapa orang penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu.
“Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya,” suara anggota polis itu merendah.
Menurutnya, dalam waktu- waktu tertentu lelaki berserban hijau itu pernah muncul di Market Tanjung Rambutan. Anehnya, dia hanya bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila orang yang disalami mahu bertanya sesuatu padanya dia akan hilang dengan sekelip mata sahaja.
“Bagi saya perkara ni, sudah jadi perkara biasa,” anggota polis itu menamatkan ceritanya dengan datuk.
Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu.
“Biasa macam mana?’
Datuk mendesak Anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam balai berpatah balik. Dia berdiri betul-betul di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian dia senyum sinis.
“Awak orang luar, mana awak tahu.”
Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis itu.
“Memang, saya bukan orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu.” datuk merendah diri.
“Saya orang Tambun, saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu.”
“Itulah yang mahu saya dengar.”
“Begini, orang itu namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang askar Jepun di Pekan Tambun.”
“Sebabnya?” |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 14 ~ Bersuamikan Hantu Raya
“Dia tak tahan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar-askar Jepun pada orang kampung.”
“Jepun tak tangkap dia?” soal datuk lagi.
Anggota polis yang berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengkerutkan kening lebatnya.
“Jepun cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan sembahyang Zohor. Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia berjaya melepaskan diri, sejak itu dia tidak pulang ke rumahnya.”
“Agaknya dia dibunuh Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada-adakan,” celah datuk.
“Itulah yang anehnya, nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup apa faedahnya menyiksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini.”
“Betul juga cakap awak tu.”
“Tapi awak jumpa dia bukan?” soal anggota polis itu.
Datuk angguk kepala.
“Lupakan saja perkara itu,” tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk.
Orang-orang dari Ulu Kuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri.
“Sudah, anggaplah ini pengalam yang berharga untuk awak, sama ada orang mahu percaya atau tidak itu bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakap dengannya,” salah seorang penduduk Kampung Ulu Kuang membisikan ke telinga datuk.
“Betul cakap awak tu,” balas datuk.
Datuk dan orang-orang dari Kampun Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis Tanjung Rambutan menaiki bas menuju ke Chemor . Dari Chemor naik basikal menuju ke Kampun Ulu Kuang. Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang. Pengalaman-pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah pengalaman yang tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan panduan untuk hidup. Sekaligus mengajar saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar dan maha berkuasa boleh melakukan apa saja yang diinginnya dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu pengetahuan.
“Tahukah kau, di dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untuk manusia,” kata datuk pada saya ketika bas yang kami naiki melintasi Pekan Menglembu.
“Aku harap,” tambah datuk lagi,
“Kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak beragama selalu sesat.”
“Saya pun berharap hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah.”
“Bagus tu, kau mesti patuh apa yang dipertintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya. Tunaikan apa yang ditetapkan oleh rukun kerana Islam itu tiang agama.”
“Saya faham tok.” |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 14 ~ Bersuamikan Hantu Raya
“Jika tidak patuh pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna.”
“Saya tahu tok,” tekanan suara saya merendah.
Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak rambut saya denga mesranya. Sampai saja di kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan senang hati. Datuk tidak menceritakan apa yang dialaminya pada nenek. Sayalah yang jadi tukang lapur kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang pendapat tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahu apakah nenek suka atau percaya dengan apa yang saya katakan.
“Saya nak pergi,” tiba-tiba datuk muncul di ambang pintu tengah.
Perbualan saya terhenti. Saya lihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju melayu teluk belanga hitam serta seluar hitam. Songkok juga hitam.
“Ke mana ?” tanya nenek.
“Ke rumah bini muda,” balas datuk selamba.
Nenek mengizinkan datuk pergi. Dua hari sesudah datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagi memenuhi jawatan buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut. Saya terpilih dan ditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggu sahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya.
“Aku tahu, kau tak sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri jadi petani atau peniaga,” kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah.
Sesungguhnya jiwa saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah- buahan hasil dusun datuk di Cangkat Beranagan. Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala ikut datuk menembak rusa atau kijang di mana-mana yang disukainya. Pagi itu, seperti biasa saya pergi kedusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual pada peraih yang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya.
“Banyak yang kau dapat langsat?”
“Kira dua pikul ada tuk.”
“Tinggalkan pada nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni.”
“Kenapa ?”
“Aku nak ajak kau ke kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput aku.”
“Apa halnya.”
“Usah tanya, ikut cakap aku.”
Saya terdiam dan meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal saya dan datuk ke kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh - Lumut. Masa itu, lebuh raya masih belum dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalan tanah merah. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 14 ~ Bersuamikan Hantu Raya
Sejak adanya lebuh raya, orang-orang di Cangkak Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah yang lama itu. Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dan datuk ditempatkan di satu bilik khas.
“Apa salahnya Tok Sidang memanggil saya ?” soal datuk kepada Ketua Kampung yang berjanggut itu.
Ketua Kampung mengerutkan keningnya.
“Ada hajat besar.”
“Apa hajatnya?”
“Anak buah saya berlakikan hantu raya.”
“Ha…,” mulut datuk ternganga.
Saya mula resah tidak menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang malang itu. Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi oleh hantu raya. Menurut ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan mesra dengannya hingga menjelang subuh.
“Siapa nama perempuan itu?” datuk mula menyoal.
“Timah.”
“Bila suaminya mati?”
“Kira-kira enam bulan yang lalu.”
“Ada anak?”
“Tak ada, suaminya mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar.”
“Ini kerjanya sulit sikit.” Datuk separuh mengeluh.
“Dia mengadu pada saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang-kadang mengacau orang kampung,” tambah Ketua Kampung.
Datuk terdiam. Dia berfikir. Tiba-tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah Ketua Kampung.
“Saya perlu jumpa dengannya,” itu yang terkeluar dari mulut datuk.
“Bila ?”
“Kalau boleh sekarang juga.”
Ketua Kampung, saya dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah Timah dengan melintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris. Rumah Timah terletak di sebidang tanah yang agak terpisah dengan rumah-rumah penduduk di situ. Di kawasan sekeliling rumahnya ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagian belakang rumahnya terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok itu terdapat sebatang pokok pulai. Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekali salam diberi. Pintu rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timah tidak juga muncul. Datuk pandang saya dan saya pandang Ketua Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan berkerut.
Sinar matahari petang beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu-talu, beberapa ekor burung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak itu agak berbeda dengan bunyi suara gagak yang selalu saya dengar. Tiba-tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan matanya nampak tidak bercahaya.
Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu mempersila kan kami naik ke rumah.
“Minta maaf ya,” kata datuk sambil memandang ke wajah Timah.
“Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagi untuk siapa?”
“Untuk …,” Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak mengemukakan pertanyaan lagi.
“Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah suaminya dulu,” kata Ketua Kampung memberi penjelasan.
Datuk angguk kepala. Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu melihat kedua- dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung dan Timah tidak senang dengan sikap datuk itu.
“Itu bilik saya ! jangan masuk,” jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah.
Datuk angguk kepala sambil meraba-raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satu lagi. Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua-dua belah tangannya memegang perut. Saya segera menerpa untuk membangunkan datuk. Secara mendadak saya rasa pangkal lehar saya dipukul oleh sesuatu. Pandangan saya berpinar.
“Jangan datang,” pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya.
Ketua Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut.
“Merbahaya, kita mesti balik sekarang,” kata datuk.
Ketua Kampung tergamam, bagitu juga dengan Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakan soalan pada Timah,
“Bilik siapa itu?”
“Bilik suami saya,” Jawab Timah
“Dia dah mati. Untuk apa bilik tu buatnya?”
“Saayyyya…,” suara Timah terputus.
Datuk tersenyum. Dia sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan rumah Timah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datuk meminta jasa baik Ketua Kampung untuk meminjam senapang kampung dan pada sesiapa yang memiliki senapang.
“Buat apa?” Ketua Kampung menyoal penuh ragu,.
“Nak menembak gagak untuk menolong Timah.”
“Begitu,” suara Ketua Kampung menurun
Dia segera mencari senapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua Kampung kembali dengan senapang di bahu dan menyerahkan pada datuk. Datuk membidik-bidik senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan. Dengan tenang datuk memasukkan peluru kedalam laras senapang, kemudian dia meludah tapak tangan kanan dua tiga kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 14 ~ Bersuamikan Hantu Raya
Buntut senapang digosok dengan tapak tangan yang ada air liur itu. Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendah mencari ulat daun pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk segera mengambilnya segera. Bangkai gagak itu digantungnya pada dahan pokok mempelam dekat rumah Ketua Kampung. Datuk naik ke rumah. Waktu hari mula remang-remang senja datuk menuju ke pangkal pokok mempelam. Dia menepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagak tersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua Kampung.
“Suami Si Timah itu mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasa hidupnya."
Begitulah datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung menyatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya. Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami Timah, antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam seorang diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika orang-orang melihat kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana- mana, berbual kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya. Bila Ketua Kampung bertanyakan hal itu suami Timah. Dia menafikan yang dia membuat kerja-kerja itu. Malah menuduh orang-orang kampung mengadakan cerita yang bukan-bukan kerana dengki dengan kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampung tidak menyoalnya lagi.
Setelah menunaikan sembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan tebal. Dia mengandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamit membaca sesuatu. Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datuk meletakkan bangkai gagak yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk menghidupkan api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh. Dengan pertolongan cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk. Serentak saya terdengar bermacam-macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis dan mengilai. Ada suara gendang dipalu.
“Aku tidak bertujuan jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari manusia. Tidak serupa cara hidupnya,” suara datuk meninggi.
Lembaga hitam itu bertambah besar. Dua tiga pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang.
Seluruh kawasan itu saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat. Saya terdengan bunyi burung gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang menuju ke lembaga itu. suasana menjadi tenang. Lembaga hitam hilang dari pandangan saya. Datuk segera bangun dan mendapatkan saya.
“Kita ke rumah Timah,” perintah datuk.
Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah suatu perkara yang mudah berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun semula. Akhirnya kami sampai rumah Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun yang dapat kami lihat. Semuanya macam biasa. Datuk mengajak saya pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Ishak. Sesudah makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali. Kali ini datuk menyuruh saya dan Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan masing- masing. Datuk memakai baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai, tiga puntung kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku. Datuk tidak memakai seluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya dengan kain putih. Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula menitik. Angin malam yang bergerak melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun yang berlaga sama sendiri itu melahirkan bunyi tidak menentu. Bunyi katak bersahut-sahutan sesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan bunyi suara burung hantu dan jampok. Saya lihat pintu rumah Timah terkuak dengan sendirinya. Sinar lampu minyak tanah menerangi sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada bayang-bayang hitam berdiri di muka pintu. Serentak dengan itu terdengar bunyi suara orang lelaki batuk bertalu-talu. Saya berlari mendapatkan datuk. Saya duduk di sisi datuk, tiba datuk menyepak pangkal peha saya, saya terduduk.
“Jangan dekati aku,” kata datuk.
Saya pun segera menjauhkan diri dari datuk. Datuk membakar kemayan dan membakar sesuatu. Dari rumah Timah terdengar suara lelaki. Anjing kian kuat melolong. Saya terdengar kicau burung murai ditengah malam. Bulu roma saya berdiri. Ketua Kampung datang ke tempat saya dan datuk. Perhatian kami tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihat seorang lelaki sedang duduk di muka pintu sambil menghisap rokok. Mukanya tidak berapa jelas kelihatan. Angin malam terus bertiup.
“Kau kenal siapa tu?” tanya datuk pada Ketua Kampung.
Ketua Kampung terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 14 ~ Bersuamikan Hantu Raya
Dia terus menumpu perhatian pada rumah Timah.
“Latif, laki Timah,” katanya pendek.
Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai di depannya. Tangannya menggenggam paku.
“Itu bukan latif, Itu hantu raya,” kata datuk.
Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batu melayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak. Batu terkena pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut keris pintu rumah Timah terkaup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah rumah Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakap sesuatu. Kami juga terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang di lamun berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan.
“Hantu tu sedang berkasih dengan Timah,” datuk memberitahu Ketua Kampung.
Datuk menikam tiang seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris rumah Timah bergegar. Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai. Timah menjerit dan terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembaga hitam yang besar terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu. Datuk menyerbu ke arah lembaga hitam itu. datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan saya turut sama ke situ
“Berhenti, kau syaitan.,” jerit datuk.
Lembaga hitam itu melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk.
“Latif…,” pekik Ketua Kampung.
Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkain pelekat tanpa baju dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatur silat.
“Tidak ada jalan lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau sudah sampai subuh kita berjaya membunuhnya selama- lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari kampung ini,” ujar datuk.
Mendengar cakap datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang hitam sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatan mengeluarkan cahaya. Datuk mengambil tiga batang surai sambil mengacu-ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu di lihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema dengan jeritannya yang amat menakutkan itu. Lembaga itu menutup matannya dari melihat batang serai.
Datuk lalu menayangkan pula kepak burung gagak ke arahnya. Lembaga hitam itu berguling- guling di atas tanah bagaikan menahan kesakitan.
“Aku tahu asal usul mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu kerana engkau adalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah juga lah engkau kembali,” kata datuk.
Lembaga itu terus berguling- guling.
“Dia bini aku,” secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun.
Datuk tergamam. Dalam rasa cemas itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua-dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal menekan batang leher datuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 15 ~ Di kejar mayat
Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapatmenandingi tubuh lembaga yang berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak.Dan memang perangai datuk tidak mudah mengaku kalah. Datuk terus bergelut. Saya dan ketua kampung didakap rasa kecemasan. Di langit sayalihat tidak ada sebiji bintang bersinar. Pokok-pokok di kiri kanan bagaikandilanda taufan. Suara burung hantu bagaikan orang berlagu mengiringi pertarungandatuk dengan lembaga itu. Tiba-tiba, saya lihat berpuluh- puluh ekor burunggagak hinggap di ranting pokok. Berbunyi bersahut-sahutan. Kemudianburung-burung gagak itu terus turun ke tanah lapang. Tanah itu jadi gelapdengan burung gagak. Saya benar-benar berada dalam keadaan cemas.Lembaga yangberbulu lebat terus mencampakkan tubuh datuk ke pangkal pokok pisang. “Bacalah ayat al-Qursi,” bisik ketua kampung pada saya. Saya terdiam, dalamsaat-saat cemas begitu, saya jadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut. Bilasaya cuba, pembacaan saya banyak yang silap. Saya menggelabah tidak tentu arah.Datuk tidak juga bangun dari perdu pikok pisang. Saya teringat pesan datuk,bahawa ayat al-Fatihah adalah ibu segala ayat dan mempunyai kelebihan yangtersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuh dan sudah tidak ada caralain untuk mempertahankan diri, bacalah ayat tersebut sambil berusahamelepaskan diri dari musuh dengan bertawakal pasal Allah yang maha besar. Jadi,al-Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesaidibaca saya mula terasa semacam ada semangat baru dalam diri saya.Fahamlah saya, bahawa tidak ada kuasa yang lebih gagah dan kuatdari kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus membaca ayatal-Qursi. Di tanah lapang lembaga hidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingioleh berjuta-juta burung gagak. Saya renung ke langit. Saya lihat ada bendaterbang separas pucuk pokok kekabu, berkilau-kilau. Benda itu seakan-akanbentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar sejenis benda semacam tali,berwarna merah. Benda itu berlegar- legar atas bumbung rumah Timah dan akhirnyahilang lalu diganti oleh suara perempuan ketawa manja. Saya raba telinga,hidung dan mata bagi mempastikan apakah perkara yang saya alami, satu khayalansaya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berkhayal, sayaberhadapan dengan satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali. Dalamsamar-samar malam itu , cara kebetulan di langit bulan mula bersinar. Sayalihat datuk bangun menuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batangserai dan bulu burung gagak.“Hebat,” sepatah perkataan keluar dari mulut datuk. Dia terus duduk, kemudian mencangkung, macamorang mahu memulakan perlumbaan lari. Lepas itu bergerak lagi. Kedua belahtangannya diletakkan ke depan, kaki diluruskan ke belakang. Dengan perintahdatuk, ketua kampung mencacakkan bulu burung gagak dan batang serai didepannya. Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datukbagaikan harimau yang mahu menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar- cakartanah. Dia pejamkan matanya lalu mulutnya bergerak-gerak. Saya terdengan datukmemebaca sepotong ayat dari al-Quran.
Last edited by rdzaccess on 13-8-2012 01:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 15 ~ Di kejar mayat
Saya amati pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi Allah Yunus ketika ia berada dalam perut ikan. Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua kepandaian yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. datuk terus berdiri. Bulu gagak diangkat datuk. Serentak dengan itu datuk menyuruh saya membakar kertas. Bila api sudah menyala.
Ketua kampung lalu menghimpunkan daun-daun kering atas api yang membara itu. Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempuh beberapa saat saja kawasan kami penuh dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyi pokok-pokok di sekeliling kami dirempuh angin, dahan- dahan bagaikan jatuh mahu menimpa kami, tetapi bili dilihat ke atas pokok pun tidak bergoyang. Suara gagak tetap bersahut-sahutan. Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah lapang berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa menyepi. Saya lihat lembaga hitam hilang. Lebih kurang antara lima hingga tujuh minit kami dipeluk sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali berturut-turut.
“Kau !!” tempik ketua kampung, bila di depan kami wujud batang tubuh suami Timah.
Bila datuk mahu menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnya digantikan dengan kain putih.
Kain itu bergerak dan mengelumbung. Saya, ketua kampung dan datuk terus melihatnya dengan penuh teliti.
“Mayat,” kata saya
“Ya, memang dalam kain itu mayat,” jawab datuk.
“Mayat siapa?” tanya ketua kampung.
“Mayat suami Timah ,” pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju.
Mayat yang terbujur itu bergerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk. Kain kapan berkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung memberitahu saya, bahawa itulah mayat suami Timah yang telah ditanam oleh orang-orang kampung saya dulu. Mayat itu memusingkan badannya sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan yang cukup tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Saya bagaikan mahu terkeluar isi perut. Angin malam terus bertiup. Macam-macam bunyi yang kami dengar. Dalam suasana yang begitu, saya terdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahu dari mana suara itu datang.
“Kau orang jangan bercakap walau sepatah apapun,” datuk mengingatkan kami.
Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama-lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna. Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing-pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.
”Kau suami Timah.”
Cukup lantang suara datuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup kepalanya dengan kain kapan semula.
“Kau kenal ketua kampung,” tambah datuk.
Mayat itu buka kain kapan lalu merenung ke muka ketua kampung. Mayat anggukkan kepala. Saya merasa cukup seram. Datuk menggawang-gawangkan tangan di depan matanya. Mayat itu berpusing ke arah datuk kembali. Datuk menumbuk tanah dan mayat suami Timah di depannya terus menjerit. Bergema ke seluruh kawasan., pokok- pokok kecil bagaikam mahu tercabut. Mayat itu cuba bangun, tetapi tidak boleh. Punggungnya seperti melekat pada bumi. Datuk pun mengangkat kedua belah tangan ke atas. Lalu diturunkan perlahan-lahan. Berhenti separas dada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 15 ~ Di kejar mayat
Sepuluh jari tangan datuk kelihatan kembang macam menahan sesuatu. Saya perhatikan kaki kanan datuk terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat di depannya terus berhempas pulas. Mulut datuk berkumat-kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdailog dengan mayat. Kerana selalu saja mengikut datuk dan selalu pula melihat dia bercakap dengan makhluk ganjil. Saya dapat membaca dan mentafsir apa yang dicakapkan oleh datuk menerusi gerak bibirnya.
Lebih kurang datuk berbicara :
“Kenapa kau datang ke dunia ini?”
“Menuntut sesuatu.”
“Apa yang kau tuntut?”
“Isteriku.”
“Engkau dengannya tidak boleh bersama.”
“Aku tahu, tapi aku mahu pulang padanya, aku mahu dia membela dan memberi aku makan.”
“Kalau dia tidak mahu, bagaimana?”
“Aku akan mencari keluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan.”
Datuk berhenti bercakap. Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah kami. Mayat itu masih terkapai-kapai. Timah terus berlindung di belakang ketua kampung.
“Apa pesannya pada kau sebelum dia mati?”
Dengan mendadak saja datuk mengajukan pertanyaan pada Timah. Timah termenung sejenak mengingati sesuatu.
“Tak ada apa-apa,” sahut Timah.
“Mesti ada, kalau tidak hantu suami kau tidak pulang,” sanggah datuk.
Timah mengigit bibir. Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat itu boleh bangun, datuk menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak di bawahnya.
“Kalau kaki ini terangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari, kemudian mengacau semua penduduk kampung,” ujar datuk pada ketua kampung.
Serentak saya dan ketua kampung angguk kepala Dalam keadaan yang serba gawat itu, dengan tiba-tiba Timah bersuara :
“Dia ada pesan, sebelum dia dimandikan dan dikapan, dia suruh saya tikamkan tapak kakinya dengan jarum.”
“Kau buat apa yang disuruhnya,” datuk memotong cakap Timah.
“Tidak.”
“Sebab?”
“Tak sampai hati.”
“Kalau kau membuatnya dulu, semua ini tidak akan terjadi.”
“Saya tak faham.”
“Suami kau yang sebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini ialah pengapitnya .”
“Maksudnya?” soal Timah macam orang bodoh.
“Suami kau masa hidupnya berkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit atau kawannya itu mencari tuan yang lain.”
Dengan cakap datuk itu, Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar. Dan dia mula faham, kenapa masa suaminya hidup dulu, tanah sawah dan kebun tidak pernah dijenguk, tetapi habis ditebas dan dicuci orang. Bila ditanya pada suaminya. Dia hanya mendapat jawapan begini: Sahabat kita yang mengerjakannya. Dan sekarang fahamlah Timah, siapakah sahabat suaminya yang sebenar.
Dia juga mula faham kenapa suaminya selalu bercakap seorang diri waktu dinihari.
Ketua kampung terus tercenggang melihat keadaan yang tidak pernah dimimpikan untuk melihatnya. Datuk menyuruh saya memijak bulu burung gagak. Saya akur dengan perintahnya itu. Bila dipijak, tapak kaki saya terasa cukup panas. Datuk terus meluru ke arah mayat. Datuk merentap kain kapan yang membalut bahagian kaki mayat itu. Mayat terus menghulurkan kedua belah tangannya pada datuk, seolah-olah minta tolong. Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki mayat. Dia memasukkan sesuatu di situ. Lagi sekali mayat itu menjerit. Bila gema jerit mayat itu berakhir, saya lihat datuk duduk berdirikan lutut. Di atas kepala saya terdengar bunyi sesuatu yang berat dan keras melanggar pokok. Saya terus meniarap. Bila saya bangun dari meniarap. Saya lihat mayat suami Timah sudah tidak ada lagi di situ, tetapi bau busuk tidak juga hilang dari tempat yang kami duduki. Datuk datang ke arah kami.
Di kaki langit cahaya kemerah- merahan mula naik. Tidak lama selepas itu, terdengar suara beduk dipalu orang bertalu-talu dan diikuti dengan suara Azan memecahkan kedamaian subuh hening. Datuk menyuruh Timah kembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke surau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 15 ~ Di kejar mayat
Selepas mandi dan menunaikan fardhu subuh, datuk mengadu pada saya kepalanya terasa pening. Sebaik saja datuk melangkah mahu keluar dari surau, dia terjatuh. Orang-orang kampung mengusung datuk ke rumah ketua kampung. Seorang dukun dipanggil untuk merawat datuk, setelah minum air panas bercampur limau nipis, sakit kepala datuk beransur kurang, kemudian dukun itu mengurut seluruh badan datuk hingga pulih.
“Angin,” kata dukun itu pada datuk, sebaik saja datuk sendawa dan kentut bertalu- talu.
Semua orang yang berada di rumah riuh rendah. Bila ketawa sudah berakhir, ketua kampung menceritakan apa yang kami alami malam semalam. Ada yang mengkerutkan muka dan ada pula yang geleng kepala. Tetapi, mereka tidak menolak untuk diajak pergi tempat kejadian malam semalam. Semuanya terpaksa mengalah pada ketua kampung yang meminta mereka sarapan pagi di rumahnya.
Kira-kira dua belas orang penduduk kampung, termasuklah saya, datuk dan ketua kampung terpaksa duduk bersila di anjung rumah ketua kampung menikmati kopi dan rebus pisang pagi itu. Badan terasa segar, bila perut sudah diisi barulah sedap mengatur perjalanan.
Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketua kampung. Sepanjang perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu daripada datuk atau saya, semuanya melangkah dengan tenang.
Kira-kira dua rantai mahu sampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang menekup hidung. Bau busuk mula tercium. Dua tiga orang kampung tidak mahu meneruskan perjalanan. Mereka muntah dan terus pulang.
“Bau bangkai apa?” saya terdengar suara bertanya pada datuk.
Pertanyaan itu tidak segera dijawab oleh datuk. Dia cuma tersenyum.
“Entah, cuba tanya ketua kampung,” sebaik saja datuk habis bercakap dia berdehem dua tiga kali.
“Itulah bau yang kami cium sepanjang malam.”
Sahut ketua kampung sebelum orang yang bertanya mengemukakan pertanyaan padanya. Bila saja kami masuk ke tempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu bertambah kuat. Datuk terus menunjukkan pada orang- orang kampung tempat mayat itu duduk. Tanah di situ kelihatan berlubang. Di sekelilingnya terdapat sejenis serbuk berwarna putih seperti hampas kelapa. Bau busuk yang cukup meloyakan tekak itu berpunca dari situ. Tiba-tiba datuk mengambil secebis kain putih yang terdapat di situ. Bila diangkat kain itu, ia bertukar menjadi habuk macam tepung. Tangan datuk yang memegang kain itu digosokkan ke tapak kaki kiri. Tujuan datuk berbuat begitu mahu menghilangkan bau busuk yang terdapat di tapak tangannya.
“Ini membuktikan, bahawa syaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi anak adam mengikut keadaan,” ujar datuk tenang.
Matahari pagi kian meninggi, sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami terus ke rumah Timah. Sampai saja di kaki tangga rumahnya, Timah terus mengadu bahawa dia tidak boleh duduk di dalam rumah peninggalan suaminya.
“Kenapa?” Ketua kampung menyoal.
“Seluruh rumah berbau busuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam tempayan pun berbau busuk tok,” suara Timah sayu.
Dengan perintah datuk, saya disuruh naik ke rumah. Sebaik saja saya berada di muka pintu , saya terus termuntah. Semua yang saya makan pagi itu habis keluar. Cepat-cepat saya turun.
Atas persetujuan orang-orang kampung sebuah rumah lain didirikan untuk Timah. Rumah lamanya ditinggalkan terbiar.
Rumah baru Timah didirikan berhampiran dengan rumah ketua kampung, dengan usaha ketua kampung itu sendiri (tiga bulan selepas itu) Timah dijodohkan dengan seorang nelayan yang tinggal di Telok Gadung - Pulau Pangkor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 15 ~ Di kejar mayat
Habis dari perkongsian hidup Timah dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Dan anak lelaki itu kini sudah bekerja dengan Bank Bumiputra. Dalam tahun 1977, anak lelaki Timah itu telah ditukarkan dari Bank Bumiputra Ipoh ke Bank Bumiputra Batu Pahat - Johor dan sekarang bertugas di Kuala Lumpur.
Masa orang- orang kampung mendirikan rumah Timah, saya dan datuk turut membantunya. Malah, sebelum Timah pindah ke rumah barunya, datuklah orang pertama tidur di situ. Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu tidak didatangi oleh sebarang hantu syaitan, di samping datuk mencari sesuatu alamat.
Menurut datuk, setiap orang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang-kurang satu malam mesti ditidur oleh orang lelaki terlebih dulu dengan membawa sebungkus gula, susu dan segenggam beras. Orang yang tidur di situ, mestilah dirinya dalam keadaan bersih. Sebaik-baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk dari Allah atau memohon padaNya supaya orang yang akan mendudukinya kelak tetap selamat serta melakukan sesuatu yang baik dan teguh iman serta kuat beribadat.
Pada hari Timah menaiki rumah barunya, orang-orang kampung telah mengadakan pembacaan doa selamat. Dua hari selepas Timah duduk di rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Cangkat Cermin. Sebaik saja datuk sampai ke rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila datuk sedar dari pengsan seluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri. Datuk terpaksa merangkak dari muka pintu hingga ke tempat tidur. Seluruh sendi datuk terasa sakit, macam ditikam-tikam dengan jarum. Bila malam, datuk menjerit sendiri. Anehnya bila datuk dibawa ke doktor ternyata dia tidak mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke dalam rumah, sakitnya datang semula. Dan datuk tidak mengizinkan saya atau nenek mencari dukun untuk mengubatinya. Sakit datuk itu berlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk dapat meneruskan puasanya dengan sempurna.
Pada malam dua puluh tujuh likur, datuk memanggil saya dan nenek. Dia menyuruh kami mencari limau tiga serangkai yang mengarah ke matahari terbit. Limau itu harus dipetik sendiri tanpa mengunakan galah atau tangga. Akhirnya apa yang dikehendaki oleh datuk itu saya perolehi. Dia suruh saya meletakkan limau itu di atas pinggan putih bersama pinang kering.
Lebih kurang pukul dua belas malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang cukup wangi. Saya lihat pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya terdengar bunyi suara orang perempuan membaca Quran, suaranya cukup merdu yang datangnya dari tempat tidur datuk. Perkara itu berlaku tiga malam berturut-turut. Saya tanyakan hal itu pada nenek. Kata nenek isteri muda datuk datang mengubatnya. Kadang-kadang saya terdengar orang bercakap dengan datuk. Pernah saya terdengar orang itu bertengkar dengan datuk. Bila pertengkaran itu berakhir suasanan menjadi sepi. Kemudian dengan jelas saya mendengar suara orang perempuan berkata begini pada datuk : Al-Quran yang diturunkan oleh Allah sudah cukup lengkap untuk manusia. Di dalamnya tersembunyi seribu rahsia perubatan, apa salahnya kita mengambil ayat-ayat darinya untuk penawar. Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk.
Walau bagaimanapun saya merasa gembira, bila pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia bangun pagi- pagi dan membaca al-Quran sebelum pergi sembahyang hari raya.
Di masjid datuk duduk di barisan hadapan membaca takbir bersama orang ramai. Setelah selesai sembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi rumah seluruh penduduk kampung. Bila saya dan datuk kembali ke rumah , saya terkejut melihat dua orang perempuan duduk di anjung rumah.
Perempuan yang berusia agak lanjut itu tersenyum pada saya bila saya melintas di depannya, manakala perempuan muda yang berselindang lingkup itu wajahnya terlalu manis air mukanya cukup bersih.
Saya bertanya dalam diri saya, siapakah gerangan perempuan itu? Dalam keadaan yang kebingungan itu saya lihat perempuan itu mendekati datuk lalu mencium tangan datuk dengan diperhatikan oleh perempuan di sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 16 ~ Kain dalam perut gadis
Sesudah perempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selindangnya yang jatuh ke atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik. Kerlingannya cukup tajam. Datuk memperkemaskan silanya dan sepasang mata datuk terus meratah ke paras wanita muda di depannya.Nenek terus menghidangkan lemang dan rendang. Bunyi mercun dan meriam buluh sekali-kali terdengar juga memecah kesunyian kampung. Tiba-tiba saya terkejut, perempuan tua bangun serentak, tanpa menjamah barang-barang yang dihidangkan oleh nenek. Mereka menuju ke muka pintu, sampai bendul pintu mereka merenung ke arah nenek dan datuk sambil melambaikan tangan. Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua dan perempuan muda memijak anak tangga. Sinar matahari yang mencerah di luar menerpa ke wajah mereka. Datuk, tiba-tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu ke wajah datuk sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batang tubuh perempuan muda dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ. Hilang entah ke mana.
“Ke mana mereka pergi tok?” saya bertanya.
Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas senyum lalu datuk menghadapi hidang yang tersedia.
“Siapa mereka tok?” Datuk terus menghampiri saya.
Dia menepuk bahu saya sambil berkata : “Itulah nenek muda kau,” suara datuk menendang gegendang telinga saya.
Wajah datuk saya lihat, terpamir sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati.
“Sudahlah tu, mari minum,” datuk menarik tangan saya.
Nenek ketawa melihat telatah saya yang menurut perintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi saya. Selesai makan ketupat dan rendang datuk mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihat pusara datuk nenek. Selesai menziarahi kubur datuk nenek dan menghadiahkan al- Fatihah atas roh, mereka, datuk terus mengheret saya bertandang ke rumah kenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi. Menyusurlah sayadi bawah pepohon getah mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar matahari yang keras petang itu memaksa badan saya mengeluarkan peluh. Baju dan seluar terasa bergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang sudah bertukar menjadi kain selempang.
“Ke mana kita tok, saya dan tak tahan ni,” saya mengadu.
“Jalan sikit lagi, kita pergi ke rumah Ujang Selamat.”
“Jauh lagi ke ?”
“Lepas pokok asam kumbang sampailah kita.”
Suara datuk mula keras. Matanya, tajam memandang muka saya. Tempat yang dituju sampai juga, sebuah rumah papan beratap zing di pinggir bukit Paya Takung . Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang. Itulah rumah Ujang Selamat ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah yang paling cantik dan besar di dalam kampung tersebut. Ujang Selamat yang berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam mempersilakan saya dan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat ketawa menampakkan giginya yang besar dan kekuningan itu. Data datuk, Ujang Selamat berasal dari negeri Petani di Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung halamannya sesudah tercetus peperangan antara rakyat Petani yang menuntut kemerdekaan dari kerajaan Siam. Dalam pertempuran itu, banyak rakyat petani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang Selamat melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung. Dia bertani dan bercucuk tanam hingga berjaya mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudian kahwin dengan orang di situ hingga beranak cucu. Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba-tiba rumah Ujang Selamat didatangi tetamu. Lima orang semuanya. Ujang Selamat memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu tersebut. Kami bersalaman, berkenal mesra dan sama-sama menjamu selera. Selesai mengisi perut. Kelima- lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya bingkas, duduk kat bendul.
“Memang hajat tu nak ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah,” kata Ujang Selamat pada datuk sambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 16 ~ Kain dalam perut gadis
“Apa halnya?”
“Awak pawang besar tentu tau atau dapat tanda-tanda,”
“Saya bukannya pawang, saya cuma berusaha untuk menolong.”
“Begini.” Ujang Selamat memperkemaskan silanya.
Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikan bergerak-gerak. Angin dari tengah wawah terasa menyapu wajah. Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.
“Ada saudara mara awak yang sakit?” tanya datuk.
“Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara berperut buncit.”
“Tidak, dia sakit,” biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk.
Saya sandarkan badan ke dinding. Matahari petang kian condong.
“Kaum awak Ujang?” soal datuk.
“Ada kena mengena dengan bini saya.”
“Jadi apa ikthiar kau? Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha.” Datuk terdiam, saya tahu datuk tidak berapa senang kalau dia dipanggil pawang atau bomoh.
Itu bukanlah cita-citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia memang tak menolak. Dia megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian.
Datuk termenung panjang. Saya memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi permintaan Ujang Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap terpuji datuk yang suka menolong orang itu. Di luar, matahari mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput- rumput padi sudah tidak berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang memagari batas sawah. “Bagaimana?” soal Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga. Datuk terdiam. Ujang Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk.
“Kena tengok macam mana jenis penyakitnya.”
“Bila agaknya, kita boleh pergi.”
“Ujang, usahlah kau susah, pagi esok kita pergi dengan bas.”
“Baiklah,” suara Ujang Selamat dibungai kegembiraan.
Malam itu datuk menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit. Nenek membantah dengan alasan, sejak akhir-akhir ini, setiap kali datuk pulang dari mengubati orang sakit, dia pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemput isteri mudanya. Dan hal begini tidak berapa digemari oleh nenek, sebagai seorang wanita walau sebaik mana hatinya, raca cemburu itu tetap wujud dalam dirinya. Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalam hidupnya dua perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya. Pertama memburu binatang dan kedua menolong orang sakit dengan tidak membelakangi kasih sayang dan tugasnya sebagai seorang suami terhadap isteri. Seperti biasa sebelum datuk pergi ke suatu tempat untuk mengubat orang dia akan melakukan sembahyang hajat. Mohon restu dari Allah yang maha besar.
Dan malam itu datuk pun melakukan sembahyang hajat. Dan pagi esoknya, saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari pekan kecil itu kami menaiki perahu menyemberang Sungai Perak menuju ke sebuah kampung. Belanja Kiri namanya. Dari pengkalan perahu kami berjalan arah ke utara menuju ke sebuah rumah yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis dan rambutan. Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar tuan rumah. Dan Ujang Selamat menyatakan tujuan dan maksud datuk datang ke rumahnya. Haji Azhar yang berkulit putih berambut jarang itu tersemyum. Dia mempersilakan kami naik ke rumahnya. Kami naik ke rumahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 16 ~ Kain dalam perut gadis
Kami duduk di bahagian anjung rumah. Haji Azhar terus menyatakan rasa putus asanya untuk mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya. Sudah berbelas ekar tanah bendangnya dijual. Sudah berpuluh dukun Siam, China, Gurkha dan orang Asli ditemui mengubati sakit anaknya, semuanya menemui kegagalan. Dia hanya menyerahkan pada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya untuk mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu. Dia benar- benar kecewa. Datuk meminta izin pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati Haji Azhar membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak dara Haji Azhar sambil mulutnya membaca sesuatu. Anak dara Haji Azhar gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar-sinar merenung ke wajah datuk. Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan. Nafasnya kelihatan tersangkut-sangkut, rambut panjangnya menutup bantal di bawah kepalanya. Datuk minta kebenaran pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka mengizinkan.
Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata : “Dah berapa lama kena sakit ni?”
“Dah dekat setahun , tapi baru dua bulan ni yang teruknya.”
“Berjalan ke bilik air pun kena pimpin,” celah isteri Haji Azhar.
Datuk anggukkan kepala. Saya, datuk dan Haji Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak ada . Dada saya berdebar. Dengan tidak diminta Haji Azhar terus menceritakan pada datuk selain daripada berubat cara kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumah sakit Ipoh. Hampir sebulan anaknya ditempatkan di rumah sakit tersebut. Setelah diperiksa didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung. Phak rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air. Dan mereka pun berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu gagal. Perut anaknya tidak juga mahu surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhar dibawa pulang. Dua bulan sesudah itu lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar - Ipoh. Perut anaknya di X- ray. Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknya tidak menghidap sebarang jenis penyakit, malah salah seorang doktor Melayu bertugas di situ, Dr. Megat Khas telah menasihatkan Haji Azhar supaya berubat cara kampung. (Dan Megat Khas sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).
Semua yang diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti. Dan setiap kali Haji Azhar berhenti bercakap sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah datuk, seolah-olah dia mengharapkan sangat-sangat datuk dapat menyembuhkan penyakit dideritai oleh anaknya itu.
“Siapa nama anak tuan Haji itu?”
“Latifah.”
“Dulu pernah dipinang orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?”
“Menaruh hati tu, saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada.”
“Jadi bertunang.”
“Tidak, saya tolak.”
“Sebab?”
“Belum masanya.”
Datuk anggukkan kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang terdedah. Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar mengubati anaknya, dengan syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang merkah di pokok, daun delima dan tulang kucing hitam. Dengan pertolongan Ujang Selamat semua benda-benda itu dapat diadakan. Lebih kurang pukul sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya dengan penuh teliti. Sedang datuk membaca mentera, tiba-tiba seketul batu melayang masuk ke dalam rumah. Jatuh di hujung kepala anak dara Haji Azhar. Dengan sekelip mata saja batu kecil itu, mengeluarkan asap yang berkepul-kepul penuh satu ruang rumah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|