KAEDAH SENANG UNTUK MELAKUKAN OBE
aku tertarik nak share pasal OBE/Astral projection nie daripada 1 buku yg aku baca. buat bro @olyd88 , bro memang bertuah pasal diberi kelebihan dlm OBE ni. x semua orang boleh dpt control dengan senang mcm yang bro lakukan.
mcm mane kalau aku ckp OBE nie x payah buat sorang2? bole jd group activity. daripada layan bnda2 khurafat mcm spirit of the coin ke apa2 ke, baik layan nie. hehehehe.
apa yang bro katakan dalam nie telah disahkan oleh penulis buku tersebut(saya jumpa dengan penulis buku tersebut baru terjumpa thread nie). menurut penulis tersebut, OBE nie cara kita nak gunakan our subconcious mind. dengan kata lain menggunakan hampir keseluruhan otak. benda nie menguatkan lagi pendapat aku yang kalau kita berjaya menggunakan kapasiti otak kita dengan maksimum, akan wujud manusia superhuman. bayang kan apa yang kita lakukan hari-hari, apa yang kita pikirkan, perbuatan kita, semuanya hanya menggunakan concious mind kita iaitu x lebih dari 50% keupayaan otak kita yg sebenar(kalau xsilap kita gunakan kurang daripada tu lg, maybe dlm 20% or below (saya terlupa exact number)). yang selebih nya ialah subconcious mind kita, iaitu perkara yg berlaku ketika kita tidur.
macam yg bro @olyd88 katakan dalam post berapa tak ingat. dia boleh baca peribadi seseorang. benda yang sama terjadi ketika saya bertemu dengan penulis buku ini. dia dapat meneka asal usul saya ketika kami berjumpa yang saya pasti saya x ada meletakkan info itu dimana mana laman sosial. iaitu kampung saya diperak. dan, penulis tersebut juga dpt meneka tentang peribadi kawan saya yg ketika itu ada bersama(kawan saya nie lah yang nak beli buku nie dari penulis tersebut). mmg 100% accurate fakta yg diberikan. time tu memang da rasa semacam da.
selain itu penulis buku tersebut juga ada mengatakan yg bnda nie mcm utk boost konfiden diri kita lah, ataupon untuk mendapat kan jln penyelesaian terhadap masalah-masalah yg membelenggu kita or mcm2 lg.
alaaaa. aku nk citer psl bnda lain tp aku x pandai nak cerita. takpe lah. kita go straight to the point lah ea. aku harap benda nie x akan membuatkan sesiapa yang bersusah payah prektis OBE nie merasa terkilan kerana OBE/Astral projection nie boleh dilakukan dengan mudah(mudah ke? x tau lah sebab berdasar kan buku nie tnjuk mcm senang je tp aku xde peluang nk try psl xde membe yg minat buat bnda2 mcm nie). kaedah nie dipanggil christos experiment!
p/s: apa yg aku tulis berdasar kan pemahaman aku terhadap buku yg membe aku beli nie. si penulis cakap ini merupakan pengalaman beliau sendiri.
ok. christos experiment nie mula dipopularkan oleh Gerald Glaskin pada tahun 1974 yg berjudul 'Windows of the mind; the Christos Exeriment. menurut buku ini, Glaskin jumpa kaedah ni melalui artikel yg ditulis Jacqueline Parkhurst "open mind". ok. aku xnk tulis sebijik2 macam dalam buku dia so, aku summarised berdasar kan apa yg aku paham(ini apa yg aku paham. maybe ada kesalahan, tlg betul kan ek.) teknik nie dapat merangsang otak kita untuk mengeluarkan gelombang berfrekuensi yg biasa nya cuma dikeluarkan ketika kita tidur(subconcious mind). subconcious mind kita nie yg akan mengawal tidur kita. terdapat 3 theory:-1) lucid dreaming - mimpi yg boleh dikawal - imej ketika mimpi sgt real - gelombang otak berfungsi pada frekuensi antara 13 ke 19 hertz2) Peak Experiences sejenis pengalaman individualis yg ekstatik yg berkaitan dengan perasaan euforia, harmoni dan kesatuan.(benda nie aku x paham pebenda.3) Out OF Body Experiences/OBE benda nie rasa nya sumeorang da tau. kita dikatakan bebas pergi kemana-mana dan mungkin juga boleh merentas masa/time travelling.
ok. to the best part.
-100% daripada buku-bahan-bahan yang diperlukan. mcm nk memasak pulak. ekekekeke.
1)pen/kertas/ alat perakam video/audio.(zaman skang hempon da canggih2. ok la tu)
2)minimum 3 org(tp dlm buku nie dorang buat 4 orang pasal dorang 4 sahabat) -sorang sebagai guide - sorang sebagai pembantu(dlm buku 2 orang mcm lg senang) - sorang sebagai mangsa/subject
3) segelas air.
1st step.
mangsa/subjek dibaring kan dalam keadaan selesa. amat penting agar mangsa tidak berada dalam keadaan stress, mengantuk(yg nie aku x sure psl berdasarkan testimoni dekat thread nie, lg ngantuk lg senang nk buat.) serta tidak di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
sebagai seorang islam, digalakkan mengucap dan berselawat sebelum memulakan pengembaraan. dan memandangkan ia sejenis pengembaraan, digalak kan juga membaca: "Bismillah himajreha wamursaha" yg bermaksud In the name of Allah be its course and its mooring
2 penolong td duduk seorang dibahagian kepala mangsa yg sedang baring dan seorang lg dibahagian kaki. pembantu ini hendalah mengurut di dahi(kawasan mata ketiga) mangsa dan seorang lg mengurut di bahagian tumit. kekuatan urutan diselaraskan mengikut keselesaan mangsa.
urutan ini dilakukan supaya membantu mangsa mencapai tahap relaks. mangsa pula perlu menenang kan diri dan fokus pada pernafasan. dengan mata tertutup, mangsa perlu mengosong kan pikiran dan membuang segala imej atau bayangan yang timbul semasa mata tertutup itu. guide boleh membantu mempercepatkan proses ini dengan mengaitkan tarik hembus nafas seakan menambahkan lagi perasaan tenang dan relaks mangsa. trick nya ialah mengulang-ulang perkataan relaks, tenang, selamat dan sebagainya kepada mangsa.
latihan visualisasi
setelah mangsa relaks, latihan visualisasi dimulakan untuk membiasa kan otak mangsa berfungsi dalam ruang imaginasi. peranan guide membimbing apa yang dilihat oleh mangsa pada masa ini amatlah mustahak. mangsa dikehendaki membayang kan kakinya. ada dua cara 1) membayang kan diri melihat kebawah kearah kaki. 2)mangsa membayangkan dia sedang melihat seseorang sedang berbaring dan fokus pada bahagian kaki sahaja.tak perlu imej yg jelas pada tahap ini, cukup sekadar nampak kaki tersebut. outline kaki je pon da ok dah.
bagi mempercepat kan proses ini, mangsa hendaklah menceritakan apa yg dilihat kepada guide. guide pula perlu banyak bertanya butir-butir untuk turut sama dapat membayang kan apa yg dilihat oleh mangsa.
selepas mangsa berupaya melihat kakinya, urutan ditumit dan dahi sudah bole dihentikan(tp kalau diterus kan pon lg ok, bg mangsa relaks). mangsa dikehendaki membayang kan dan merasakan kakinya itu tumbuh memanjang. maknanya bygkan kaki tu jd makin panjang lah. kemudian kembalikan kaki tersebut kebentuk asal. ulang proses ini selama 5-10 min smpai mangsa boleh buat dengan senang.
kemudian, perkara sama dilakukan dari arah kepala pula. berdasarkan pembacaan aku, cara kepala memanjang nie bukan daripada leher tapi kepala mangsa tu jd memanjang. jd akan jd macam alien dlm citer alien vs predator. ulang smpai mangsa selesa sekitar 5-8 minit.
last, mangsa dikehendaki mengembang kan badan seperti belon dan merasakan dirinya ringan. semua latihan ini utk membiasakan mangsa dengan 'tubuhnya' dalam 'dunia' tersebut.
latihan kawalan
tujuan level ini ialah untuk membiasakan mangsa dalam persekitaran baru ia dimulakan dengan membayang kan diri berdiri di hadapan sebuah pintu. mangsa kene describe apa yg dia nampak pada pintu tu. kalau masalah xle nk fokus, guide kene bantu dengan fokus kan pada detail2 pintu tersebut dengan cara bertanya. contoh guide suruh mangsa describe tombol pintu, kaler pinti etc etc... step ini memerlukan komunikasi 2 hala. lg byk guide tanya, lagi jelas imej yg mangsa akan nampak.
selepas itu guide akan menyuruh mangsa membayangkan dirinya berada dalam sebuah taman. ini boleh dibuat dengan pelbagai cara. salah satunya tros membayang kan taman atau pon cara yg slalu digunakan dalam buku ini ialah mangsa pusing kebelakang dan kelihatan taman tersebut. sebaik mangsa ternampak kilas kilas taman, guide akan tanya details dan bagitau mangsa untuk merasakan perasaan selamat, lega, selesai relaks dan sebagai nya. ini penting sbb taman nie merupakan exit point utk mangsa nanti. jika sepanjang pengembaraan mangsa diserang rasa tak selamat, dia perlu bayangkan diri berada di taman ini dengan bantuan guide.
kemudian mangsa disuruh untuk mengapung kan badannya dan naik kelangit. guide akan suruh mangsa lihat sekelilingnya dan rasakan yang bumi dikakinya semakin mengecil dan menghilang sementara dia semakin hampir kepada awan. guide juga perlu bimbing mangsa untuk mengawal persekitaran dengan mengubahnya dari siang ke malam.
dive
setelah mangsa konfiden dengan keupayaan mengawal diri di dunia baru, tibalah masa untuk peringkat yg penting. mangsa akan disuruh utk dive dan turun semula kebumi. semasa turun, akan ada mangsa bergerak laju hingga membuat kannya cemas. guide perlu perhatikan simptomp2 itu dan mengingatkan pada mangsa yg semua itu hanyalah khayalan.
sebaik mangsa cecah kebumi tugas guide hanyalah bertanya, mangsa kena cerita apa yg dialami bermula dengan memerhatikan kaki serta pakaian. dari situ data seperti nama, tarikh, umur, lokasi atau kenapa boleh mula dikumpul.
masa dive ini lah akan membuat kan kita pergi ke 3 theory diatas td. samada lucid dreams, OBE atau pon peak experiences bergantung pada individu. dalam buku xde tulis cara nak pilih.
penutup
seseorang yg melakukan christos experiment ini patut nya berada di dunia itu tidak lebih dari 20minit. jika lebih besar kemungkinan mangsa akan terus masuk keperingkat tidur yg akan membuat kan semua pengalaman ini dilupakan.
sebaik mangsa ingin menamat kan sesii, guide perlu membantu dengan menyuruh mangsa membayang kan mangsa berada ditaman yg selamat td. mangsa perlulah menenangkan diri sebelum membuka mata. biarkan perasaan selamat dan segar memenuhi diri semasa berada di taman tersebut.
sebaik sebelum membuka mata guide akan mengingat kan pada mangsa bahawa mangsa akan ingat semua yg telah dialaminya ketika sesi td. setelah membuka mata bahu mangsa dicuit/tepuk dan mangsa boleh membuka mata perlahan-lahan.
jangan terus bangun,sebaliknya mangsa perlu biasakan mata dengan keadaan cahaya yg baru. bile agak2 da stabil baru lah bangun dudu dan minum air sbb biasanya akan terasa haus.
by the way. nie step secara roughly. dalam buku tu ada diceritakan detail nyer.
sumber:buku tu7uh by akuskizo.
itu lah dia christos experiment! boleh dilakukan dengan membe2 apabila tengah kebosanan.. sape yg da try tu jgn lupe bg testimoni kat sini ea? aku x penah try pasal xde membe yg sekepala. aku nie agak lone ranger jugak. tu yg susah tu. huhu.
|