CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
Post time 20-7-2010 12:10 PM | Show all posts
Reply 659# liya71a


    liya ,
nape lak intan terkejut fareez ada anak ...
bukan ke masa kt GANU, (rmh parents intan) , fareez dah ckp dia duda & ada anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2010 12:24 PM | Show all posts
Salam.... sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 12:38 PM | Show all posts
lapar n3..ada x?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 01:52 PM | Show all posts
LIYA.........................LIYA...............CEPATLAH SAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 04:35 PM | Show all posts
Huh...puas akak marathon dari tadi....lucky tak laju....mongah den....TAPI nak lagi N333333333.......PLZZZZZZZZZZZZ
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 04:37 PM | Show all posts
liya...n3 utk minum petang xde ke??????????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2010 05:00 PM | Show all posts
setelah lama menanti akhir nya ada sedikit n3.......
terima kasih.......
tp xckup lah kak liya...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 09:45 PM | Show all posts
liya pun dah tenggelam timbul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2010 09:50 PM | Show all posts
liyaaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 10:50 PM | Show all posts
Reply  liya71a


    liya ,
nape lak intan terkejut fareez ada anak ...
bukan ke masa kt GANU, ...
kendOS Post at 20-7-2010 12:10


ya lah..... mungkin si Liya terlupa kut

apa-apa pun kalau free letak entry lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2010 11:06 PM | Show all posts
Tekejut sbb fareez anak dato shukor. Dan anak fareez anak blond walaupun dia tau fareez duda tapi dia wat x endah, tapi anak blond tu yg terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 11:15 PM | Show all posts
liya xde n3 ke mlm ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2010 11:46 PM | Show all posts
Tidak aku sangka satu keluarga Fareez akan menaiki pesawat yang sama. Selalunya Dato’ Shukor akan meminta aku menempah tiket. Aku tidak dapat menahan perasaan ingin tahuku ketika duduk bersebelahan dengan Fareez di dalam pesawat. Mujur juga Dato’ tidak perasan dengan mukaku yang sembab akibat menangis satu malam.
‘Macam mana boleh Dato’ Shukor dan Datin nak ikut awak?’ bisikku ke telinga Fareez ketika mereka semua nyenyak tidur.
‘Saja I pelawa, tiba-tiba semua pula nak ikut.’ Selamba sahaja Fareez menjawab.
Saat itu, saat yang paling manis dalam hidupku. Duduk bersebelahan dengan Fareez, mencium bau aromanya di pagi hari. Mungkin baru bangun tidur, tidak sempat untuk mandi manda atau menyembur perfume seperti selalu. Bau yang asli. Tiada tiruan. Aduh geloranya terasa menyucuk-nyucuk pangkal hatiku. Astaghfirullahal’azim... bisik hatiku.
‘Ehem!..., berangan apa tu?’ Tegur Fareez. Tersentak aku seketika.
‘Tak ada apa-apa, saja baru nak lelap mata. Ada lagi 20 minit nak tiba kan, ingat nak rehatkan mata kejap..’ aku menjawab dengan pantas. Nampak kegugupan aku.
‘No, I don’t think you nak tidur pun. Tell me about last night, hmmm?’ Fareez tersenyum mesra, tangannya cuba mencapai tanganku, tapi aku sempat melarikan tanganku jauh.
‘Nothing to tell about. I mean not right now..’ aku menjawab ringkas.
‘Its okay then.. I can always wait..’ Fareez melelapkan matanya. Aku memandangnya dengan sayu. Seorang duda, beranak satu, kacak, lembut, berwibawa, penyayang, tapi kenapa masih ditinggalkan atau meninggalkan pasangannya?. Ah.. jodoh ditangan tuhan. Kita manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allah ta’ala yang menentukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2010 11:49 PM | Show all posts
Reply 692# bb_75


    diorang semua dah tido, malam ni tak letih sangat spt malam2 yg lain, melayan kerenah budak2.. pfuhh malam je flat terus lelap, adap depan laptop tapi tido 3 malam berturut2... ha,, tu yang keliru jadi intan tak tau lak fareez duda, padahal aritu dah bagitau dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 11:58 PM | Show all posts
next...next....!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 12:11 AM | Show all posts
ooo ada yang blum tido eh... ok next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2010 12:31 AM | Show all posts
Akhirnya terserlah jua.
Setiba di lapangan terbang Kuala Terengganu, aku tidak menunggu lama. Dato' Shukor sekeluarga telahpun menempah limo dari hotel. Ada seorang lelaki dengan papan tanda tercatat nama Fareez, mempamerkannya di hadapan pintu keluar. Pemandu limo dari Hotel Grand Continental. Aku cepat-cepat mengambil beg ku dan ingin terus keluar dari lapangan terbang, tetapi bila memikirkan adab dan sopan seorang pekerja dengan majikannya terutama sekali aku sebagai setiausaha boss, sudah tentu aku tidak ingin di cop seorang yang sombong bila sampai di kampong sendiri. Aku tidak hipokrit, tetapi aku sekadar menghormati tetamu di kampong sendiri.


'Intan, mari lah sama-sama kami' Datin Masriah sengaja mempelawaku.


'Alah, Fareez kata hotel kita dekat dengan rumah kamu kan?' Datin tersenyum padaku. Senyuman meleret. Aku tertunduk malu.


'Err.. tak pe lah Datin, ganggu Datin bercuti pulak nanti' aku tersipu-sipu menjawab.


'Intan, jom lah, nanti I hantarkan kat rumah you. Diorang nak rehat dulu, petang nanti baru keluar. Alia tu mesti mengantuk sangat tu. Ye lah pagi tadi awal-awal sebelum subuh lagi bibiknya dah kejutkan' Fareez meraih lenganku.


Aku terasa seperti diculik oleh Fareez. Aku menurut sahaja pergerakan kaki Fareez dan keluarganya. Bimbang juga kalau-kalau ada saudara-mara ku yang terpandang kelibat aku yang dipegang Fareez.


Kami tiba di Hotel tepat jam 10 pagi. Cuaca memang panas waktu tengahari di Terengganu, terutama sekali berhampiran dengan pantai. Mungkin petang akan turun hujan, sejak akhir-akhir ini, mama ada beritahu, hujan rebut di waktu petang membawa ke malam. Tengah musim perubahan cuaca.


Seperti yang dijanjikan Fareez, selesai Fareez meletakkan begnya dan menguruskan Alia dengan Dato dan Datin, dia segera menemani ku pulang ke rumah. Berjalan lebih kurang 50 langkah, sudah tiba dihadapan pintu rumahku. Sepanjang perjalanan, aku mendiamkan diri. Hairan sekali, Fareez tidak pula bertanyakan isu yang diungkit sewaktu di dalam flight tadi.


'Assalamualaikum ma, papa, Sue balik dah ni.' Aku menekan loceng pintu, sambil menjengah kedalam. Hanya grill di luar sahaja yang dikunci. Pintu pula ternganga. Aku menguatkan suaraku.


'Mama, Papa... Assalamualaikum'.


'Waalaikumussalam.. la.. kenapa tak telefon dulu kata nak balik?' Mama meluru dari dapur keluar mendapatkan kami berdua.


Aku memeluk mama. Saat terlihat sahaja kelibat mama, terasa sebak dalam dadaku. Aku perlu berterus-terang dengan Luqman. Bagaimana pula dengan Fareez. Aku mesti membuat keputusan. Antara satu dengan yang satu. Papa keluar dari bilik. Mungkin tertidur selepas makan ubat bawah lidahnya selepas sarapan pagi.


'Ha... Fareez pun ada..' Papa menegur Fareez yang tersenyum-senyum.


'Tak bagi tahu pun nak balik? Naik flight la tu? Fareez hantarkan?' Papa menyindirku.


'Saya dating satu family pakcik. Mak dan ayah ada kat hotel.' Fareez menyalami papa.


'Ooohh...' Wajah papaku yang keruh sebentar tadi kembali cerah.


'Jemput la masuk. Ada tadi mama kamu masak nasi dagang. Ada sikit je lah, kalau tahu kamu balik tadi, mesti dia buat banyak. Ha Sue, bawa Fareez gi dapur nu, ajak makan apa-apa yang ada atas meja tu..'


Aku berlari anak mendaki anak tangga, meletakkan beg-begku yang Fareez tolong bawakan tadi ke dalam bilik yang masih terhias indah. Sewaktu aku turun kembali, Fareez sudah pun mula menyuap nasi dagang tanpa menunggu lagi.


'Mmmm sorry Intan, Nasi ni yang tak sempat-sempat nak masuk mulut I' Fareez berseloroh. Papa tersenyum. Mama pula sibuk menceduk kuah kari ikan tongkol dari dalam periuk ke mangkuk.


Aku mengambil pinggan kosong dan terus menceduk nasi dagang yang hanya tinggal sejemput sahaja lagi.


'Kalau tak cukup, I nak you masakkan untuk I boleh?' Fareez sengaja mendugaku. Papa berpura-pura tidak mendengar, sambil mengangkat surat khabar. Aku terasa geli hati melihat gelagat papa.


'Boleh. InsyaAllah, kalau tak ada hal, nanti saya masak dengan mama' aku menjawab.


'Wah... kenyang sungguh hari ni.. sedap pula tu, kejap lagi tertidur la ni...' Fareez mengusap-usap perutnya yang Nampak hampir timbul.


Selesai makan, papa berbual dengan Fareez, sejam, sejam setengah, dua jam. Aku harus memberhentikan mereka dari berbual terus-terusan. Entah apa-apa sahaja modal yang menjadi topik perbualan. Dari belakang papa, aku menggamit Fareez. Aku membuat symbol T pada tanganku, T symbol tanda berhenti sebentar. Fareez buat-buat tidak faham. Aku geram sahaja dengan tindakan Fareez. Mujur juga mama jadi penyelamat.


'Ayahnya, tolong pergi ke kedai sekejap, beli kelapa parut...?' Mama menyahut dari pintu dapur. Dari situ memang tidak Nampak kelibat aku yang menggamit di belakang papa.


'Ye lah...' Papa perlahan-lahan bangkit dari sofa. Fareez pun bangun sama.


'Saya kena pergi dulu lah pakcik' Fareez bersalaman dengan papa.


'Intan, makcik, saya pergi dulu ye' Aku mengangguk-angguk.


'Malam nanti kalau tak keberatan ajak la sekali mak ayah awak makan malam dirumah kami.' Papa sengaja meringankan mulut.


'InsyaAllah. Selepas Isya nanti kami datang' jawab Fareez.


'Ish apa-apa saja lah mereka berdua ni rancang. Mama pun tak tahu ni, tiba-tiba je nak makan malam di sini?' bisik hati kecilku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 03:30 AM | Show all posts
thanks ade gak n3....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 07:36 AM | Show all posts
morning sume.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 07:42 AM | Show all posts
Salam dan selamat pagi................ best2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.489519 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list