|
Reply 680# nobito
Jumat, 24 Juni 1669, karena ribuan rakyatnya terancam mati di dalam benteng, Sultan Hasanuddin terpaksa menerima opsi menyerah dengan menandatangani sebuah perjanjian di Bungaya, daerah di sebelah utara benteng. Karena itu disebut Perjanjian Bungaya. Isinya menegaskan hak monopoli Belanda.
Usai perjanjian itu, seluruh orang pribumi hengkang dari Somba Opu. Banyak pula yang dihukum mati. Tahun itu Gowa mulai memasuki era kolonialisme, menyusul wilayah lain di nusantara yang telah lebih dulu jatuh ke dalam kekuasaan Belanda.
Dari artikel link yang aku bagi
1669 Gowa tumbang
1740 Selangor didirikan. So 5 daeng adalah antara yang hengkang dari Somba Opu kerana merasa malu dan kecewa dengan Perjanjian Bungaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 678# nobito
salam nobito,
ape khabar?
owh.
cite pasal ape plak ni?
owh.
hubungan kemanusiaan eh.
ehehehee..
owh.
sang purba dengan demang lebar daun ek.
memang ada yg x tahu.
n ada yg tahu.
itu memang x dinafikan la.
yg ni sy stuju.
hehehehe..
owh.
pasal raja dan rakyat ni, senang je.
setiap hubungan kemanusiaan saling memerlukan antara satu sama lain.
kalu raja dan rakyat, mereka saling memerlukan antara satu sama lain,
kalu x da raja, susah la rakyat,
kalu x da rakyat, susah la raja.
mcm ni la,
kalu ikot logik,
kaitkan k hubungan raja dengan rakyat.
misalnya,
pertama; hubungan laki dengan perempuan,
kite saling memerlukan kan?
paham2 sndiri k mcm ne.
kedua; hubungan ibu bapa dengan anak2.
kite saling memerlukan kan?
kalu ibu bapa x da anak, alangkah sepi nye kehidupan dlm dunia suami isteri
kalu anak x da ibu bapa, alangkah susahnya kite dlm menjalani kehidupan seharian dalam dunia kite, sbb dorg akan bimbing kite, bg nafkah dan lain2.
ketiga; hubungan cikgu atau lecturer dengan student,
pun sama, saling memerlukan kan?
kalu x da student, cikgu atau lecturer nak ajar kat sape?
memang ler, leh ajar kat sape2, kat tepi jalan or mane2,
tp kalu ikot hukum or adat dunia, cikgu atau lecturer akan mengajar kepada student mereka.
student pula akan mengambil ilmu2 sama ada berguna atau tidak daripada tahap2 cikgu dan lecturer masing2.
then, kalu ikot adat dan hukum dunia juge, kalu kite ajar kat sapa2, kite akan dipanggil cikgu juge atau lecturer.
kan?
keempat; hubungan kita dengan adik-beradik,
kan saling memerlukan kan?
kalu kita x adik, alangkah bosan nye,
kalu kita ada adik, boleh la wat gadoh2, boleh main game winning eleven sama2.
kelimal; hubungan kita dengan kawan2,
kan saling memerlukan kan?
benda sama juge semuanya,
mcm tu la kite kaitkan hubungan raja dengan rakyat,
sama mcm ni juge,
ini memang dah hukum dan adat dunia.
yg mana manusia saling memerlukan antara satu sama lain.
cuma yg kat sini, sama ada, mereka ni di tahap positif atau negetif, itu aja.
then, kalu nak ikot ikatan yg dilaksanakan oleh sang purba dengan demang lebar daun ni,
adalah saling berhubung antara satu sama lain, seperti apa yg sy nyatakan contoh di atas.
ini merupakan perkara yg baik, cuma, atas kita sahaja, bagaimana nak jalankan benda2 yg berkaitan.
dlm dunia ni, x dinafikan, masing3 mempunyai ragam tersendiri.
jatuh hukum ka atas raja bugis dan jatuh hukum ka atas anak bugis dan jawa ni sy x brape paham.
ape maksud sebenarnye ek?
kalu nak ikot pemahaman saya berdasarkan ayat nobito,
raja melayu ni jatuhkan hukuman ke atas raja bugis dan anak bugis dan anak jawa la kot. ek?
bagi saya, benda ni memang patot,
sebabnya, org3 bugis, jawa dan lain2, datang mengembara ke semenanjung tanah melayu, then kat sini, setiap tempat ada raja2 melayu tersendiri.
misalnya, negara srivijaya (abad ke-7 ek?), kesinambungannya negara melaka (abad ke-13), then kesinambungannya negara Johor (abad ke-16) dan kesinambungannya negara malaysia (abad ke-20----1963---)
negara srivijaya ada negeri2 nye di semenanjung tanah melayu, di sumatra, di segenting kra, kemboja, jawa, borneo.
negara melaka ada negeri2 nye di semenanjung tanah melayu seperti sungai selangor, sungai klang, sungai muar, sungai perak, sungai kelantan dan lain2 (zaman dulu, kebanyakan menggunakan sungai..skrg pun masih menggunakan sungai, misalnya, di lembah klang)
sumatra seperti kampar, bintan, inderagiri, siak, riau dan lain2.
negara johor ada negeri2 nye, macam kerajaan melaka juge, sebab, selepas pusat pentadbiran melaka ditukarkan ke Johor Lama dan membentuk negara johor, negeri2 sebelum ini, adalah di bawah negara johor
then, org2 yang datang dari luar, adalah wajib mengikut peraturan yang ada di dalam sesebuah tempat.
sbg contoh, saya, kalu saya nak gi umah nobito, bolehkan saya terus masuk ke dalam rumah nobito tanpa memaklumkan kepada nobito?
pastu, saya pulak g wat ape2 tanpa kebenaran dan peraturan nobito dalam rumah nobito,
contohnye, gi mandi, memasak, g kotorkan dan selerakan rumah,
x boleh kan?
mesti nobito angin kan?
so kita kene ikot peraturan, kita panggil, beri salam, dan duduk dengan hormat dan semua2, ikot peraturan dalam rumah nobito..kan?
kalu raja bugis, pun sama,
time daeng lima bersaudara,
time tu, negara johor,
negeri2 dalam johor; antaranya; sungai selangor, sungai klang, sungai muar, sungai linggi dan lain2.
belanda time tu duduk dalam negara johor, belanda time tu hanya berpusat di Bandar Melaka. begitu juge dengan portugis, berpusat di bandar melaka sahaja, negeri2 lain masih dibawah negara melaka, then, lepas negara johor ditubuhkan di bawah negara johor plak.
kalau nak ikotkan keadaan sebenarnya, negara melayu ni, x penah jatuh, sejak dr kerajaan srivijaya, sinambungannye terbahagi kepda dua; iaitu negara melaka dan negara majapahit
dari negara melaka ke negara johor ke negara british ke negara malaysia.
dari negara majapahit ke negara tersendiri, (Sebab banyak pecah), cth nye; demak, ke negara belanda ke negara indonesia.
berbalik pula ke kerajaan johor,
opu bugis lima bersaudara ada wat perjanjian dengan raja sulaiman (sultan sulaiman badrul alam shah),
lebih kurang mcm ni, "...keturunan raja bugis ni adalah seperti suami, manakala keturunan raja johor ni adalah seperti isteri.."
ayat dia memang metafora, tp kalu nak ikot logik,
kita amik contoh hubungan suami isteri,
suami akan bertungkus lumus untuk membahagiakan isteri, membuat isteri selalu tersenyum.
dan isteri perlu melayankan suami dengan sebaik2 mungkin.
begitu la, zaman daeng marewah dengan daeng chelak, dorg masih ok dengan sultan sulaiman badrul alam shah.
then, sultan sulaiman badrul alam shah memberi layanan yg baik ngan mereka, kahwinkan mereka dengan kerabat diraja johor.
bagi bantuaan ketenteraan dan lain2.
then, time daeng kemboja,
time ni, bugis dikatakan telah menyalahgunakan kuasa sebagai suami.
then, kalu kita amik contoh dalan hubungan suami isteri,
si suami ni ada gf lain, dan kahwin baru.
so ini adalah menyalahguna kuasa suami juge.
memang dalam ajaran islam membenarkan suami berkahwin 4..tp atas alasan ape?
so, hubungan org bugis dan org melayu menjadi renggang,
padahal mereka masing2 adalah saudara dah.
memang daeng kemboja keturunan bugis-luwu-makasar,
hasil perkahwinan daeng parani dengan fatimah, puteri nakhoda alang, merupakan kerabat diraja bugis-makassar memputerakan daeng kemboja.
tapi, pakcik2 daeng kemboja berkahwin dengan kerabat dirja johor, ayah dia sendiri kahwin dengan kerabat diraja jhor juge, dan kedah. yang selangor tu kahwin dengan anak arung pasarai, kerabat diraja bone.
keturunan raja bugis ni adalah dilantik sebagai yamtuan muda riau yang bersamaan dengan perdana menteri.
kalu nak ikot logik,
tugas dan peranannya masih sama dengan perdana menteri skrg,
begitu juge bendahara,
patih gajah mada, dan lain2 yang bersamaan dengan perdana menteri.
cuma atas seseorang itu, nak jadi perdana menteri yg positif atau negatif.
then, yamtuan muda riau ni beterusan sehingga belanda ambil alih kepulauan indonesia sekarang ni.
then, sejak zaman daeng marewah, dia dah gune gelaran sultan sbg sultan alaudin riayat shah dan sampai la zaman belanda dan sampai la zaman kewujudan indonesia pada tahun 1945.
then, kalu nak ikot logik,
siapa yg perlu ikot peraturan dan siapa yang melanggar peraturan tuan rumah.
ini adalah pandangan sy saja, masih tidak kuat lagi dalam berhujah,
hehehehhee..
peace..! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by manuskrip_lama at 11-7-2011 23:43
Reply 680# nobito
owh.
mcm tu ek.
yes.
memang di sulawesi selatan,
setiap kerajaan yang ada di sini,
adaalah dari negara Luwuk.
akhirnya, berpecah2,
sampai ada bone, wajo, soppeng, makassar, tallo, jeneponto
owh.
btol ke kerajaan bone x suke ngan kerajaan luwu?
saya rase, kerajaan bon suke je ngan kerajaan luwu.
contohnya, time daeng rilekkek dan anak2 die, g ngadap la patauk (sultan idris kot?), saudara dorg gak ni.
la patauk ni suke je ngan dorg,
x da isu apa2, siap nak bantu lagi, nak lawan makasar, kalu ada peperangan.
time, belanda ni,
kerajaan bone, atas pimpinan arung palakka, die nak bebaskan bone daripada kerajaan gowa, sbb time tu, negara gowa yang berpusat di makassar, yang merangkumi sluruh sulawesi selatan iaitu negeri bone, negeri soppeng, wajo, buton, ternate dan lain2.
mule2, wajo ke soppeng, x ingat, dorg x nak follow hasrat negeri bone, tapi, lama-kelamaan, dorg pun ikot, lawan negara gowa yang berpusat di makaassar, kiranye negeri makassar la. kan?
pakatan ni, bukan di negeri2 bone, wajo, soppeng,
tapi ada juge pakatan dari negeri buton, negeri tallo, ternate,
semuanya lawan negeri makassaar,
then, belanda mmemang sejak aawaal abad ke-17, memang dorg behasrat nak takluk makassar sbb makassar sebuah pusat perdagangan yang termasyur time tu. lagi2 berdekatan dengan kepulauan rempah iaitu di negeri maluku, kan negaara gowa takluk negeri2 di maluku contohnye ternate.
belanda berhasrat nak takluk setiap pusat yg ada di alam nusantara ni,
melaka, betawi, makassar, riau, aceh.
last2 belanda berjaya juge, sampai la perjanjian 1824, yang memisahkan dunia alam nusantara ni,
semenanjung tanah melayu jd milik british, kepualaun indonesia sekarang atau zaman dahulu lagi dikenali kepulauan india dimiliki oleh belanda.
memang x dapat dinafikan negara gowa mmg kuat, banyak pakatan tapi tetap susah nak kalahkan negara gowa, sbb nye, sultan hasanuddin ni merupakan seorang yang berpandangan jauh, time tu, die menggunakan benteng opu atau sumba opu sebagai kubu pertahanan negara gowa, kalu tengok benteng tu, wowwiee,, memang power, besar, dalam dan skrg dah aada air mcm membentuk tasik dah sekarang.
perjanjian bongaya bukan 1667 ke?
time 1666, belanda dah serang habisan2 negara gowa,
dan perjanjian 1667 dilaksanakan tapi x berhasil.
sebabnye, menteri2 negara gowa menasihatkan sultan hasanuddin supaya menentang habissan2,
then, akhinrya, perang ni tamat pada tahun 1669,
negara gowa pun jatuh, then bone dan lain2 bebas dari negara gowa, then membentuk negara sendiri, contohnya; negara bone, negara buton, negara wajo dan lain2, tapi disatukan kembali pas pembentukan indonesia pada tahun 1949 ek?
yang berpusat di jakarta.
mula2 nak wat kat palangkaraya tapi x jadi, so wat, kat jakarta, yang ni sy x tahu sbb ape, x jumpe lg dalam bacaan stakat ni,
kalu nobito tahu, sile jelaskan ek?
then, pada tahun 1672, arung palakka jadi sultan bone pakai gelaran sultan saad udin kot.
ehehe...x ingat..
then, pas belanda menang, belanda memperbaharui lagi perjanjian bongaya tu.
yerp,.
memang time belanda serang sulawesi selatan, memang org bugis kebanyakan berhijrah ke tempat lain
sebabnya adalah satu benua yang sama, cthnye, macam benua eropah sekarang, macam tu la zaman dahulu, yang memisahkan kite ada lah perjanjian 1824. british amik semenanjung tanah melayu, belanda amik kepulaaun indonesia skrg ni.
yer.
kat sulawesi ada isu pasal suku ni, tapi hakikatnye, adalah satu keturunan yang sama, anak kepada bangsa bugis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 681# nobito
yer.
negara gowa jatuh time 1669.
owh.
pasal selangor,
dulu adalah negeri dalam negara srivijaya (time berkembang), majapahit (time berkembang, pahtu negara melaka berkembang, negeri selangor di bawah negara melaka), melaka (time berkembang) dan johor (time pusat melaka ke johor lama dan seterusnya dikenali sebagai negara johor),
selangor dulu, rasenya, dari sungai selangor ke sungai klang, sbb zaman negara johor, sungai2 ni dijaga oleh dato' ungku klang pada akhir abad ke-17. dato ungku klang ni dari kerabat diraja johor dan kawhin dengan kerabat diraja negeri sembilan (x ingat yang mana) then, dato ungku klang ni memberi kuasa kepada arung pasarai, kerabat diraja bugis-bone sebagai yamtuan selangr pada tahun 1700 di SUngai Selangor.
pas arung pasarai mati, raja siti ganti, adik arung pasarai.
pas raja siti mati, anak saudaranya plak ganti, raja lumu ibni daeng chelak pada akhir tahun 1730-an rasenye.
then, pada 1743, raja lumu dilantik sbg raja selangor, tp x diiktirafkan oleh daeng kemboja dan sultan sulaiman.
then, pada tahun 1766, barulah raja lumu dilantik sebagai sultan selangor pertama. sebab tu raja lumu ni adlah pengasas kesultanan selangor sebabnya, baginda lah yang menyebabkan berlakunya ssesuatu benda baru yang memberi impak positif.
raja lumu ni dilantik oleh sultan muhammad pada tahun 1743 dan sultan mahmud pada tahun 1766,
sebab ape die dilantik oleh sultan perak?
sebab, mereka adalah dari keturunan kesultanan melayu melaka.
memang, negara johor pun dari keturunan kesultanan melayu melaka,
tapi time tu, negara johor tak bagi negeri selangor tu membentuk sebuah entiti kerajaan tersendiri.
then, pas negaara johor dalam keadaan lemah, raja lumu mengambil kesempatan lagi skali pada tahun 1766,
akhirnya dapat, dilantik sebagai sultan selangor pertama dan memakai gelaran sbg sultan salahuddin.
lepas tu,
negeri selangor ditubuhkan dengan mempunyai identiti kerajaan tersendiri, bebas dari negara johor.
sultan salahuddin tubuhkan kerajaan selangor ni berdasarkan batang sungai iaitu; sungai bernam, sungai selangor, sungai klang dan sungai langat.
then, pas sultan salahuddin mangkat, raja muda ibrahim jadi sultan selangor ke-2,
time sultan ibrahim ni negeri selangor dari sungai perak, ke sungai linggi.
then, pas sultan ibrahim mangkat, raja muda muhammad dilantik srebagi sultan selangor ke-3.
time sultan muhammad, negeri selangor dr sungai bernam sampai sungai lukut.
sungai linggi dan sungai perak dah dipulangkan balik sebab peperangan dengan perak dan siam dan perjanjian 1825 dan 1826 (sungaiu perak), peperangan dengan belanda dan johor, time ni, pengaruh johor dah semakin mengecil, (sungai Linggi).
begitu juge dengan sultan abdul samad, sultan selangor ke-4.
tp pada tahun 1883, kuala lumpur membentuk daerah tersendiri, sebab dulu, kuala lumpur adalah dibawah sungai Klang, skrg pun masih di bawah sungai klang.
jadi, pada 1883, selangor; kuala selangor, hulu selangor, kuala langat, hulu langat, klang dan kuala lumpur. sungai bernam dibahagikan kepada dua; satu dibawah pentadbiran hilir perak dan satu lagi dibawh pentadbiran kuala selangor
sebelum 1878, selangor; sungai selangor, sungai klang, sungai bernam, sungai lukut dan sungai langat
pas 1878-1883, selangor; sungai selangor, sungai klang, sungai bernam, sungai langat.
then, 1960-an sampai skrg, baru la ada sabak bernam, petaling, sepang.
kuala lumpur, putrajaya dan cyberjaya di serahkan kepada kerajaan,
pusat negara malaysia dulu di kuala lumpur, tp kini, di putrajaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 682# nobito
owh.
yg ni tak tahu.
sori.
ehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 682# nobito
ini semua pandangan saya,
tak ada maksud lain.
cume tujuan ilmiah,
kalu ada kekurangan or apa2 sila bagitau.
ok?
peace.
ehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 13-7-2011 00:49
Dari apa yang saya pernah baca Luwuk masuk bawah kekuasaan Gowa...tu yang wat Bone rasa terancam n berpakat Belanda nak jatuhkan Gowa.
N yang saya tahu semua kerajaan kecil x suka dengan 'Ketuanan' Luwuk..sebab dia kerajaan yang tua dan suci..depa kalau boleh nak masukkan Luwu' bawah kekuasaan depa.
Skang neh 5 daeng berasal dr Luwuk..pada masa yg sama depa adalah yang hengkat dr Somba Opu. Kalau x silap Bugis Sabah ramai cakap 5 Bugis bersaudara tu adalah pahlawan je lupa pulak aku gelarannya apa..tapi cam x pasti la plak pasainya depa ramai dr Bone..takut depa pikir kami ni asai dr Bone. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nobito
selangor dulu, rasenya, dari sungai selangor ke sungai klang, sbb zaman negara johor, sungai2 ni dijaga oleh dato' ungku klang pada akhir abad ke-17. dato ungku klang ni dari kerabat diraja johor dan kawhin dengan kerabat diraja negeri sembilan (x ingat yang mana) then, dato ungku klang ni memberi kuasa kepada arung pasarai, kerabat diraja bugis-bone sebagai yamtuan selangr pada tahun 1700 di SUngai Selangor
manuskrip_lama Post at 12-7-2011 00:08
Ada baca pasai Ungku Klang neh...dia dilantik oleh orang2 Minang sebab sebelum Bugis datang ke Selangor...orang2 minang dah datang dulu..orang minang kan suka berhijrah tapi ada gak minang2 yg tersisa kat Sabak n Kuala Selangor.
So, makanya Bugis kat Selangor ni dari Bone la..apa yg Bugis Sabah cakap mungkin ada benarnya. Bukan dr Gowa la ek..yg dr Gowa tu Najib je ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 13-7-2011 02:13
Reply nobito
selangor dulu, rasenya, dari sungai selangor ke sungai klang, sbb zaman negara johor, sungai2 ni dijaga oleh dato' ungku klang pada akhir abad ke-17. dato ungku klang ni dari kerabat diraja johor dan kawhin dengan kerabat diraja negeri sembilan (x ingat yang mana) then, dato ungku klang ni memberi kuasa kepada arung pasarai, kerabat diraja bugis-bone sebagai yamtuan selangr pada tahun 1700 di SUngai Selangor.
pas arung pasarai mati, raja siti ganti, adik arung pasarai.
pas raja siti mati, anak saudaranya plak ganti, raja lumu ibni daeng chelak pada akhir tahun 1730-an rasenye.
then, pada 1743, raja lumu dilantik sbg raja selangor, tp x diiktirafkan oleh daeng kemboja dan sultan sulaiman.
manuskrip_lama Post at 12-7-2011 00:08
Aku rasa ada pembetulan...dari pembacaan aku
Setelah empat keturunan dari Datuk Engku iaitu di zaman Datuk Engku Naga Mengulur, ketika inilah orang ramai berkehendakan seorang raja sebagai payung. Oleh kerana ketika itu Selangor berada dalam pengaruh Bugis, terpaksalah raja ini diambil daripada kaum Bugis yang telah sedia ada di Selangor.
Pilihan ini jatuh kepada seorang Bugis bernama Harun Pasarai dalam tahun 1700 dengan ditabalkan oleh Datuk Engku Klang serta menyerahkan mohor. Beliau mangkat pada 1723, kemudian digantikan oleh adiknya bernama Raja Siti, bertempat di Kelang.
Raja Siti mangkat dalam tahun 1743, juga tidak meninggalkan seorang zuriat pun. Inilah yang menyebabkan Raja Lumu diminta menjadi Yang DiPertaun Selangor, di Kuala Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab utama orang Selangor menyambut baik Raja Lumu kerana pesisir pantai Selangor sudah diduduki oleh orang Bugis. Rasanya ada ditulis gak oleh penjelajah dr Barat pasai ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 13-7-2011 02:30
Siapa yang kata dia anak Melayu Selangor (asal keluar dr perut bumi Selangor) tu tipu..sebab 95% tok nek anak Jati Selangor berasal dr luar Tanah Melayu...ni fakta
Selebihnya mungkin orang laut n orang asli |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang kata dia anak Melayu Selangor (asal keluar dr perut bumi Selangor) tu tipu..sebab 95% tok ...
nobito Post at 13-7-2011 02:22
ko cakap jee dorang datang dari Nigeria.. pasal semua org melayu yg duduk sini berasal dari Afrika |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 688# nobito
owh.
macam tu ek.
owh.
mesti dorg leh bezakan kot.
hikhikhik..
ape yg sy tahu, arung palakka nak bebaskan kerajaan2 bugis di belah atas sulsel ni, sbb, kebanyakan org2 bugis dijadikan hamba oleh kerajaan gowa.
owh.
opu bugis lima bersaudara adalah pahlawan saja?
(saya x brapa paham maksud ini...hihi..)
tp saya cube jawab, yerp, mereka memang adalah pahlawan, dan juga merupakan kerabat diraja Bugis-Luwu.
sebabnye, mereka berjumpe dan berlawan dengan kerabat2 mereka (bugis-bone,bugis-wajo,bugis-makassar,bugis-luwu,bugis-soppeng,bugis-mandar, dan lain2) di setiap tempat di alam nusantara.
misalnya,
daeng biasa=(bapa saudara dorg, kerabat diraja bugis-luwu)-di betavi
daeng matekoh=(saudara dorg, kerabat diraja bugis-soppeng (or wajo?..x ingat)-di kalimantan,pastuh di siak
nakhoda alang=(kerabat diraja bugis-makassar)-di siantan
daeng hitam=(kot?ke ape ntah..x ingat..yg jadik mufti n panglima perang kerajaan Perak dan keturunannya melahirkan dato' maharajalela..ape name die?lupe plak..saya rasa die kerabat diraja bugis-(wajo atau soppeng))-di perak
to' pasarai atau arung pasarai=(kerabat diraja bugis-bone)-di selangor
sultan azim idris=(bapa saudara dorg, sultan bone ke-17 or 18?)-di Bone
dan lain2 lagi.
hihiihi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 689# nobito
owh.
yeke?
hihihi..
wah.
teringin nak dengar anda bercakap.
leh?
ehehee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 690# nobito
owh.
ape yg sy tahu.
dato' ungku klang ni adalah kerabat diraja johor.
then, dato' ungku klang ni berkahwin dengan puteri mayang selida, kerabat diraja minang (salah satu kerabat dr n9 yg skrg).
then, ape yg saya tahu dan rasa, dato' ungku klang ni sebenarnye gelaran, name betol saya x pasti,
then, dlm pandangan saya, bile dato' ungku klang ni berkahwin dengan puteri mayang selida,
klang ni bergabung membentuk n9 pada zaman dahulu.
kat sini, org n9 slalu kata, bahawa klang adalah n9 pada zaman dahulu
then, bg saya adalah x, sbb klang ni hanya bergabung dengan n9,
disebabkan hubungan dato' ungku klang dan puteri mayang selida tu,
klang digabungkan supaya dapat menguatkan silaturahim
then, pada tahun 1700,
arung pasarai atau to' pasarai, (maksud arung ni ada org kate sbg ketua, ada org kate, macam gelaran, ape yg sy tahu, kerabat diraja bone tu kate, arung ni gelaran)
cth, bahasa bugis; arung nobito, 1) bahasa melayu; ketua nobito, 2) raja nobito
arung pasarai ni anak sultan bone ke brape ntah.
x ingat.
jadik dia adlah kerabat diraja bone.
adik dia raja siti,
(siti kan leh gune juge dlm nama lelaki, ada juge org kata siti ni pun mcm gelaran, mcm syed gitu..ntah le..hihi)
yes.
mmg org minang dh datang lebih awal dr bugis.
yg ni kite x perlu keliru,
sebabnya, sy amik contoh dari zaman melaka,
kerajaan atau negara melaka, meliputi seluruh semenanjjung tanah melayu dan beberapa bahagian di sumatra,
so kat sini, mereka semua adalah rakyat wargengara negara melaka.
jd, mereka bebas nak gerak or berdagang or berdawkwah atau ape2 saje di negeri2 yg ada dalam melaka time tu.
cth nye, kite amik macam skrg, selangor adalah negeri dalam negara Malaysia.
kalu zaman melaka, selangor adalah negeri dalam negara melaka.
selangor dulu sungai selangor je.
then, baru sungai selangor ngan sungai klang -sbg negeri selangor
then, zaman sultan salehudidin, sungai bernam, sungai selangor, sungai klang, sungai langat- sbg negeri selangor
then, zaman sultan ibrahim, sungai perak, sungai bernam, sungai selangor, sungai klang, sungai langat, sungai lukut, sungai linggi
pastuh, pengaruh selangor jadik kecil sebbab perang dengan perak, belanda, siam, then ada bantuan british lg,
then, zaman sultan muhammad, sungai bernam, sungai selangor, sungai klang, sungai langat, sungai lukut
then, sultan abdul samad, ada tiga period
sebelum 1878, sungai bernam, sungai selangor, sungai klang, sungai langat, sungai lukut,
pas 1878-1883, sungai bernam, sungai selangor, sungai klang, sungai langat
1883-1960-an (bile ek sabak bernam jd daerah ke-7?lupe plak...hihiihihi), kuala selangor, hulu selangor, kuala langat, hulu langat, klang, kuala lumpur
then, 1960-an sampai kini, tambah, petaling, gombak, sepang.
kan selangor ada 9 daerah skrg..kan?
balik semula ke zaman melaka,
macam2 hubungan diplomasi yg belaku time tu di antara negeri2 dalam negara melaka.
begitu juga, zaman johor,
melaka x jatuh, sebabnya, belanda hanya dapat takluk kuasa pusat melaka saja di bandar melaka,
then, sultan mahmud, banyak buke pusat pentadbiran negara melaka yg baru sehingga baginda mangkat pada tahun 1528.
salah satu nye, pusat pentadbiran melaka dulu, di johor lama, oleh raja ali, then pas ayah die mangkat pda tahun 1528,
raja ali meneruskan kesinambungan ayah die, raja ali jd sultan aliudin, sultan johor yg pertama, sebab nak tukar negara baru.
benda ni sama juge dengan keadaan yg berlaku di tanjungpura, kalimantan,
dari tanjungpura jadik sukadana jadik matan (lebih kurang mmcm ni..hiihi..)
sejak dr zaman melaka dan johor, mmg org minang dh ada kat kerajaan melaka,
even time zaman srivijaya lg, boleh dikatakan dh ada.
sbb, negara srivijaya juge merangkumi seluruh negeri2 di tanah melayu,
owh.
a'a.
dato' najib dari keturunan sultan hasanuddin,
ni setiausaha politik pm sendiri yg bgtau..
tp mmg dato' najib keturunan bugis-makasaar
tp di sulsel
org makasaar x nak merujuk sebagai bugis.
dato' langat pun dah lama ada kat selangor,
saya rasa pusat die kat hulu langat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 691# nobito
yer.
kat selangor mmg ramai org bugis.
then, kat sini, saya rasa bukannya harun tapi arung iaitu gelaran bugis..mcm sy cakap td..
arung pasarai, bermakna ketua pasarai, then saya x pasti nama betol die ape, sama ada to' pasarai or ape2 je
eheehhehe
yes.
pastu raja siti,
ape yg sy tahu, raja siti mangkat dalam era 1730-an,
sbb raja lumu pernah dilantik sbg yamtuan selangor sebelum beliau dilantik sebagai raja selangor pada tahun 1743.
lagipun, raja lumu dengan dorg ada hubungan kekeluargaan.
tp ntah la,
nobito lebih mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 692# nobito
yer.
btol. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 693# nobito
"Siapa yang kata dia anak Melayu Selangor (asal keluar dr perut bumi Selangor) tu tipu..sebab 95% tok nek anak Jati Selangor berasal dr luar Tanah Melayu...ni fakta
Selebihnya mungkin orang laut n orang asli"
ehehhee..
kat sini kite semua sama, disebabkan perjanjian 1824,
perjanjian yg mnyebbabkan persempadanan di antara org2 dalam alam nusantara menjadi terasing.
sebagai perumpaan,
semenanjung menjadi negara british.
manakala kepualauan indonesia menjadi negara belanda.
org melayu juga ada di merata2 seluruh alam nusantara
di borneo, jawa, sumatra, sulawesi, filipina
then, lihat la pada sejarah,
mcm saya cakap kan tadik,
amik masa zaman melaka, dan johor,
then, nak amik zaman srivijaya pun leh, majapahit pun leh.
cube bayangkan nobito duk zaman time tu,
then nobito leh paham, apa makna di sebaliknye.
sorry, ayat tunggang langgang, sbb nak balik dah ni..
ehehehe..
ni pandnagan,,
insyallah |
|
|
|
|
|
|
| |
|