Last edited by andria on 29-7-2012 02:40 PM \n\nSaya ingin berkongsi sebuah video dari Ustaz Asri (Dr MAZA) yang sangat bagus untuk renungan kita bersama. Jika ada di antara kita yg masih sama seperti semalam, masih melakukan dosa2 yg kita sedar atau tidak, sama-samalah kita memohon taubat dan keampunan dariNYA, sempena bulan Ramadhan yg mulia ini... sesungguhnya, apakah yg menghalang kita dari melakukan Taubat? Ingatlah, nafsu dan panjang angan-angan, adalah tipudaya yg akan menjerumuskan kita ke lembah maksiat, walau hingga hujung nyawa. Proses mujahadah (melawan hawa nafsu) adalah PERANG PALING BESAR yg harus kita tempuhi selama kita masih hidup di dunia ini. Nafsu takkan pernah puas walau sebanyak mana pun kita memberinya 'makan dan minum'. Jadi apakah yg menghalang kita dari melakukan Taubat? Sedangkan tiada perantara antara kita dan Tuhan... Allah membuka pintu Taubat di waktu siang, untuk mengampunkan mereka yg melakukan dosa di waktu malam. Dan Allah membuka pintu taubat di waktu malam, untuk mengampunkan mereka yg melakukan dosa di waktu siang. Dan perkara ini terus-menerus berlaku, sehinggalah sehelai daun yang bertulis nama kita, gugur dari sebatang pohon di atas Arasy...
Adakah kita mahu menunggu sehingga daun itu gugur? Pada waktu itu, taubat pun sudah tidak berguna lagi... dunia ini hanya satu matriks... satu tipudaya.. 'bangkai' yg dijauhi oleh para2 ahli sufi... dan kita pula berlumba-lumba untuk bermegah-megah di atas 'bangkai' ini... marilah kita sama2 membersihkan diri, berdoa dan memohon keampunan dariNYA, atas segala kejahatan, kejahilan dan kezaliman kita, ke atas diri kita sendiri dan orang lain, selama ini... Taubatlah kita, sebelum nyawa kita diambil kembali olehNYA... semoga kita mampu dan konsisten utk berubah, menjadi hamba yg benar-benar bersikap sebagai hamba, kepadaNYA...
Last edited by dina_alea on 30-7-2012 10:24 AM \n\nsaja nak kongsi bahan bacaan....tak tau betul atau tak, Wallahu'alam....tapi pada sesiapa yg rajin membaca ttg konspirasi iluminati, macam ada betulnya rentetan peristiwa ni....
lagi 4 hari sebelum menjelangnya 15 ramadhan.. gunakan kesempatan yg ada ni utk terus bertaubat dan beribadat.. jgn lupa meminta maaf dan memaafkan semua org yg ada disekeliling kita.
ekjoz_double posted on 31-7-2012 10:00 AM
lagi 4 hari sebelum menjelangnya 15 ramadhan.. gunakan kesempatan yg ada ni utk terus bertaubat dan ...
Insya Allah tiada apa akan berlaku... kerana mungkin ada kesilapan pengiraan antara tarikh Ramadan dan tarikh kalendar Gregorian. Yg saya diberitahu, tarikh sebetulnya ialah 2020... apa pun, kita bersedia sajalah... wallahua'lam...
andria posted on 31-7-2012 10:31 AM
Ada teori mengatakan 'sesuatu yg besar' akan berlaku pada hari penutupan - 12 Ogos 2012. Benar ata ...
ada juga teori yg mengatakan 'sesuatu yg besar' itu akan berlaku semasa sedang berlangsungnya temasya.. maknanya di waktu kemuncak temasya e.g pusingan akhir acara olahraga etc.. wallahu'alam.. moga2 Allah s.w.t tidak mengizinkan segala perancangan mereka terlaksana.
RE: Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}
andria posted on 31-7-2012 10:33 AM
Insya Allah tiada apa akan berlaku... kerana mungkin ada kesilapan pengiraan antara tarikh Ramadan dan tarikh kalendar Gregorian. Yg saya diberitahu, tarikh sebetulnya ialah 2020... apa pun, kita bersedia sajalah... wallahua'lam...
leh bagi detail..tak paham la.. Last edited by contactlens on 31-7-2012 12:56 PM \n\n
patutla tahun ni kalendar Arab dengan kalendar jakim taks ama tarikhnya...ada yg kata Arab sengaja buat macam tu utk kaburkan mata musuh...mungkin ini?
Sempena bulan mulia, bulan doa mustajab, jom kita semua jangan tinggalkan solat tahajud, kita berdoa supaya tidak berlaku fitnah besar terhadap umat Islam....
dina_alea posted on 31-7-2012 01:00 PM
patutla tahun ni kalendar Arab dengan kalendar jakim taks ama tarikhnya...ada yg kata Arab sengaja b ...
bukan memang da banyak tahun ke kalender arab dgn jakim x sama..bukan tahun ni je x sama..kalo slalu tgok siaran terawih kat mekah tiap2 tahun mesti prasan masa tggl 1-2 hari da tak de siaran solat terawih lagi..kan da lama kecoh kita tak sama raya dgn arab..hmmm ntah la
Saya tertarik dengan statement berikut..
"Kita membuat kesalahan dan kita menunding jari pada Barat, menyalahkan mereka dengan segala tindakan mereka kepada kita. Kita menyumpah seranah orang-orang Barat, tapi pada masa yang sama, kita hidup mengikut cara barat. Kita mengaku kita Islam, tapi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Sebaliknya kita haruslah memperbaiki diri supaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah"
Saya bukanlah seorg yg begitu arif dlm bidang agama.. andaikata ada tersilap, harap dapat betulkan..
Sesungguhnya memang ALLAH menyuruh kita agar melihat sekeliling, tentang apa yg berlaku.. supaya kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.. agar kita insaf..
Firman Allah yang bermaksud:
“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)
Jadi, ambiilah peringatan terhadap apa jua yang berlaku.. fikirkan & lakukanlah perubahan.. tapi jgn pula terlalu mudah menafsir sesuatu dgn akal yg cetek
Wallahu'alam...
contactlens posted on 31-7-2012 12:54 PM
leh bagi detail..tak paham la..
Last edited by contactlens on 31-7-2012 12:56 PM \n\n
Semua negara di dunia ini menggunakan Kalendar Barat yg dinamakan The Gregorian Calendar, kecuali negara Arab Saudi yg menggunakan Kalendar Islam utk semua aktivitinya. Sebab itu ada sedikit percanggahan apabila kita mahu menukar kalendar Gregorian ke kalendar Islam, dan sebaliknya. Dan sepatutnya di Malaysia ini kita juga mengikut Kalendar Islam sebab Perlembagaan mengatakan kita adalah sebuah negara Islam, tapi hakikatnya berbeza...
mulberi posted on 1-8-2012 09:01 AM
Sekadar berkongsi..
http://erieyohoho.com/bicara-aga ... ab-oleh-maher-zain/
Kadang-kadang, penafsiran itu perlu dilakukan untuk membolehkan kita memastikan yg kita berupaya memahami sesuatu pelajaran yg kita perhatikan, selama ini. Penafsiran itu memberi dan membuka peluang utk kita belajar mengenali kesilapan, dan memperbetulkannya sementara sempat. Penafsiran juga mampu menyebarkan mesej2 berguna yg boleh dijadikan panduan dlm menempuh kehidupan. Walau pun demikian, janganlah kita berlebih-lebihan dalam melakukan penafsiran. Sabda Rasulullah s.a.w, 'Bersederhanalah kamu dalam segala hal...'