CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dridri

IMANginasi Pekin - *buat comeback 2022, post #914

[Copy link]
 Author| Post time 10-2-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca kat amazingnara. Phew finally benda2 ni keluar! Especially pekin iman. Haha. Hopefully non forummers lebih terdedah dengan benda2 catfish ni & bukak mata lah sikit.

Kesian pekin. Track record dia dgn iman memang tercemar dan tercalar. Awal2 dulu je pompang2 pasal becinta dgn model antarabangsa...lately byk yg kekasih tak wujud..tipu identiti.. kekasih halimunan. now masuk pulak dalam top 5 catfish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh masuk bulan 2 dh ni pekin oi.. Batang hidung iman pon kelihatan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
bvlgarigirl bkn team csi cari yg kantoikn ke?

dulu kt forum ni ada catfish jg tp last2 kantoi

come on pekin sampai bila nk putar belit cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 01:30 PM | Show all posts
hahaaha kekdg sian pekin ni..naif gilerrr
bertabah la...dh feb nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 01:42 PM | Show all posts
Edited by kontang at 10-2-2017 10:20 PM
sant replied at 10-2-2017 09:30 AM
ok akak ah jumpa something. prolly retis yang dimaksudkan oleh sophie (rumahtangga diganggu oleh e ...

takkan raja mukhriz pun terlibat dgn illana ? ... brp kali mukhriz terlibat dgn cinta siber ni ... tp mungkin juga dia contact sophie utk dptkan kesahihan cerita sophie ... kakprik tu peminat shahora je kan ... mcm kes oren dituduh Lisda padahal org lain ...

2013

Oct :
Sophie Al Yahya bersama geng netizen bongkar penipuan Illana Imani . Mereka dedahkan Illana adalah Ellyna Ahmad iaitu penulis skrip yg terlibat dgn Maya Darina .

2014

May:
Engku Emran dikatakan bercinta dgn Adeena Richardson ... Arkitek cantik dan berbakat melukis ...

2015

feb :
Raja mukhriz hubungi sophie

March :
Telenovela Raja Mukhriz & Madeyanie.

Jun :
Pelakon Shahora mengamuk & dedahkan suaminya (raja muhkhriz ) bermain cinta dgn skingirl bernama Madeyanie.Dah 3 bulan menahan sabar.




akhirnya Madeyanie minta maaf. Dan beritahu diorg tak pernah jumpa.




July :
Pekin berkenalan dgn iman (anggaran je berdasarkan cerita pekin)

Disember :
Telenovela Pekin & Iman bermula (juga anggaran berdasarkan cerita pekin)


2016

March/april:
Pekin tulis di IG ... "thank god , berkesempatan jumpa @im_iman22 for coffee early this month. Very humble , softspoken & pretty"

July :
Pekin beritahu media dia sedang bercinta dgn pelukis & model Antarabangsa  , Iman .  Dah couple 6 bulan . Selalu jumpa iman di London dan Iman juga beberapa kali dtg ke Malaysia . Namun nama sebenar iman tidak dpt didedah krn terikat kontrak. Iman adalah model kpd bbrp jenama terkenal.

- Pekin dia bersedia mendedahkan hubungan/identiti iman selepas tamat kontrak ... Kontrak iman dikatakan tamat pd hujung bulan 12 (2016)

- Kecoh gambar iman didapati serupa dgn model NY , Sabina Plestilova . Sabina mendakwa gambarnya diguna tanpa kebenaran sekaligus menafikan dia adalah Iman.

- Pekin telah di"tag" ke gambar sabina . Respon Pekin , "sapa ni?"

August :
Pekin nafikan dakwaan Iman adalah imaginasi . Iman telah bertemu ibu & mereka rancang kahwin tahun depan . Pekin enggan ulas lebih lanjut krn Iman masih terikat dgn kontrak hingga hujung tahun .

- Pekin beritahu  Raja Mawar (bharian)  ... Iman berusia 23 tahun , lahir di NY dan dibesar di London.... Iman juga pernah urus pembelian sebuah apartment artis terkenal di London ... Gambar iman juga ditunjuk pd Raja Mawar ....

- Pekin dan Iman saling bermesra " b b b" di IG ...

December :
Iman kata pergi ke Australia utk buat Charity .

(2017)

January :
Walaupun kontrak dah tamat .... tp Iman masih belum muncul .... Pekin pula bergaduh dgn ibu kerana mahu berkahwin secara simple  ...

- Raja Mawar cabar Pekin tunjuk gambar Iman   "berani kerana benar" ...


*nota : Pekin 35 y/o , Iman Isabelle 23 y/o ..   harini rajin pulak buat timeline ....apakah kesudahan drama ni ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 02:58 PM | Show all posts
kontang replied at 10-2-2017 01:42 PM
takkan raja mukhriz pun terlibat dgn illana ? ... brp kali mukhriz terlibat dgn cinta siber ni . ...

Boleh tak uols masukkan adeena richardson yg dgn ee tu dlm chronicle uols ni. Adeena ni lepas illana imani. Sama je modus operandi kan dgn kes pekin busuk ni. Akak akan dptkan maklumat lebih lanjut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2017 04:06 PM | Show all posts
Edited by mrsLucky at 10-2-2017 04:30 PM
sant replied at 10-2-2017 02:58 PM
Boleh tak uols masukkan adeena richardson yg dgn ee tu dlm chronicle uols ni. Adeena ni lepas illa ...

http://plbgaimacam.blogspot.my/2 ... sebenar-adeena.html

architect macam iman...pandai juga melukis..tengok cara tulis tarikh pon sama, tengok how both tulis no 6








Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai suggest semua mangsa lelaki yg terkena dgn pompuan psiko ni patut beranikan diri berpakatla pergi buat jer report polis. Bukti dh byk tu, cilok gambar / lukisan org sbgainya. Klo pompuan ni x disahkan gila pun elokla dia duk dlm jail drp menggila kucar kacirkan hidup org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss_Ceri replied at 10-2-2017 08:31 PM
Ai suggest semua mangsa lelaki yg terkena dgn pompuan psiko ni patut beranikan diri berpakatla pergi ...

setuju. tp rasanya mangsa x berani nk buat report. samada ego atau malu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 09:31 PM | Show all posts
Edited by sant at 10-2-2017 09:39 PM
mrsLucky replied at 10-2-2017 04:06 PM
http://plbgaimacam.blogspot.my/2 ... sebenar-adeena.html

architect macam iman...pandai juga mel ...

actually yang lukis gambar 'adeena' tu ialah sorang pelukis kat insta yg memang terel, nama instagram dia @8zee. mcm iman gak, adeena ni catfishing bukan setakat kat rakyat malaysia tp ummah oversea pun kena tipu dgn dia. sekarang dah delete insta. how come lima ekor watak ni, iaitu nurl fida aishah umaira, nasha nicole, illana imani, adeena richardson dan isabelle iman semuanya lotsa mix, melukis, semuanya kantoi pakai gambar org lain kononnya gambar sendiri, cilok artwork org lain? unless they're the same person.

btw, signature adeena dgn iman ni sama kan? especially huruf 'a'.

adeena bgtau ee mak dia nama zulaikha, dan kebetulan elly ada buat skrip drama tahun 2015, 'Tabir Zulaikha'.

Dan pasal Adeena yg kononnya kerja arkitek tu, ini perbualan akak dgn Sophie:

Tapi hati sy kuat rasa tu Elly. Sebab dia jadi lepas kes Illana Imani kalau x silap. Dia guna watak mix, duduk London, model & arkitek right? Dia suka follow footsteps mangsa yg pernah terkena. contoh saya, sy mmg arkitek, pernah belajar di UK. dia pernah kata dia kagum dgn sy.

jd tak mustahil dia guna ciri2 tu untuk create watak. Plus, mangsa2 mcm ibarat rat lab study dia. Dia pernah tulis cerita, nama watak dlm cerita ialah nama geng CSI saya dulu.


Takkanlah kebetulan nak letak nama sama kan.. j


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 09:37 PM | Show all posts
Miss_Ceri replied at 10-2-2017 08:31 PM
Ai suggest semua mangsa lelaki yg terkena dgn pompuan psiko ni patut beranikan diri berpakatla pergi ...

problem is dekat malaysia ni belum ada akta pasal catfishing ni, tapi kat US ada yang kena tangkap dan masuk penjara sbb catfishing org. kalau dorang report, i'm not sure polis nak siasat bawah akta mana. but akak rasa elly ni mmg layak dikasi penampar je. org len serial killer, dia serial catfisher.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 09:48 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 10-2-2017 10:41 AM
@sant and @kontang ...terbaek

Dalam byk2 tred...tred Abe ni paling menghiburkan.. cukup isi, cuku ...

akak kesian kat mangsa2 elly ni. sbb tu gigih jugak buat profiling. lgpun directly involved CSI ellyna dulu so tahu dia ni mcm mana orgnya di internet sedikt sbyk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:14 PM | Show all posts
Edited by kontang at 1-3-2017 02:45 PM
sant replied at 10-2-2017 02:58 PM
Boleh tak uols masukkan adeena richardson yg dgn ee tu dlm chronicle uols ni. Adeena ni lepas illa ...

Ok ... sebelum ni malas nak letak sbb tak ada pencerita mcm sophie tu ... setakat berspekulasi sendiri berdasarkan gambar2 yg dikumpul ... ini info Adeena yg aku kumpul ...

Macam yg sant cakap ... gambar Adeena tu dilukis oleh 8zee/hcartofficial ...



Aku rasa lukisan adeena direquest oleh honeybooboo21_ ... sebab hcartofficial kata Honey mesti akan lebih menyukai project seterusnya ( lukisan adeena) sambil kenyit mata (ikon wink) ..



Aku rasa honeybooboo21_ ni mcm micha_dear ... saling berkait dgn watak utama ...

adeena__richardson = honeybooboo21_
iam_iman22 = micha_dear (bff iman )



honeybooboo21_ ? ... pelukis juga ...



Di Deviantart ... ada akaun guna username honeybooboo ... tp skrg dah kosong je .. yg menariknya honeybooboo pun asal Australia ... sama mcm iman butterfly ...



tak ada maklumat ttg honey ... nama pun tak tahu ... yg pasti pd 2014 ... honeybooboo ada akaun IG ...

honeybooboo21_  (2014)
iman22_   (2015)
iam_iman22 ( 2016)

Berbalik pd Adeena ...



Tak pasti komen ni merujuk pd adeena ... kalau ya ... hubungan diorg bermula pd 18 / 5 /2014 ...  




ayat yg aku gariskan tu katanya bahasa Jerman ... check la ...



Pengetahuan Al quran bagus ... Hidup tanpa ayah ...

Persamaan Iman butterfly & Adeena

1. Arkitek & pandai melukis ... lukisan diorg lebih kurang ..
2. Jerman ...
3. Membesar tanpa ayah
4. Ibu telah meninggal dunia
5. Al quran --- iman butterfly juga ada letak ayat2 al quran waktu di EP ...

Siggy iman sentiasa berubah2 ... kejap camtu kejap cam ni ...



update 1/3/17 :
jln2 Ig EE ... honey ada lukis gambar Aleesya ... Engku emran pun ada wish honey supaya dpt suami yg baik ...



Baca juga seisi Q&A EE bersama peminat

1. Siapa adeena?
Muslim tp bukan malaysian

2. Pernah jumpa atau tak?
EE tidak mengiyakan @ menidakkan ... so tak tahulah ...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:31 PM | Show all posts
Edited by Levespa at 10-2-2017 02:32 PM

terbaikk Kontang punya csi
seriously...tak paham macam mana org boleh tertipu dengan catfish ni..pernah jugak chatting/kenal2 via online dulu.. come on laa..  kalau real person takkan hesitate utk video call.. kalau ada alasan tu memang penipu la.. apa lagi mau tunggu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kontang replied at 8-2-2017 02:07 PM
kalau bab2 macam ni .... zubir satu2nya wartawan yg rajin korek ... skrg zubir dah tak ada ... seb ...

mana zubir skrg? heols gigih carut kes2 makhluk propa kan. hingga dibenci seluruh warga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 12:02 PM | Show all posts
kontang replied at 10-2-2017 10:14 PM
Ok ... sebelum ni malas nak letak sbb tak ada pencerita mcm sophie tu ... setakat berspekulasi sen ...

pretty sure adeena is her too. sbb signature sama, modus operandi sama, guna profile sophie (arkitek) lepas kes illana imani. dan mangsa beliau pun setakat ni yk yg keja dgn dia, and beberapa mangsa random.
so kronologi serial catfisher Ellyna Ahmad:


1) Maya Darina Dahlan Himes (2008) -businesswoman - mixed melayu-UK - Pierre Andre, Farid Kamil, Faizal Tahir, Ex-suami Farah Asyikin (Sah Ellyna)
2) Nurl Fida Aishah Umaira (2010) pelukis-mixed melayu aussie-Ariff Shah (twitter)
3) Nasha Nicole (2011)-pelukis- mixed melayu-california-Hazrey (wartawan)
4) Illana Imani (2013)-pelukis -mixed melayu-inggeris-Sophie and gang including artis yang dirahsiakan (Sah Ellyna)
5) Madeyanie (2015)-Ska girl JB-Raja Mukhriz (pengarah ophilia, di mana Elly menulis skrip)
6) Adeena Richardson (2015)- mixed - arkitek-pelukis-Engku Emran
7) Isabelle Iman (2015-2017)-sejekap mixed melayu jerman, sekejap melayu new york, but the name 'isabelle' is actually french-international model-arkitek-Pekin Ibrahim (pelakon Coverina dan Ophilia, pengarah Bayangan Emilia (semua skrip Ellyna)

Apakah motif beliau?

Kemungkinan:
1) Social experiment untuk mencipta watak-watak bagi cerita yang ditulis
2) Real love life nan hado, so seek cinta yang tak mungkin didapati secara online
3) She's mentally unstable, menipu orang macam ni to gain personal euphoria




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt catfishkan mangsa bleh fullfill satisfaction pd dia kot geeezzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 12:29 PM | Show all posts
Maya Darina tak wujud!
Oleh Zubir Mohd Yunus


Farah dan Faizal menunjukkan keratan akhbar 'Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?'.

Faizal Tahir:
"TERUS-TERANG saya katakan, saya terkejut apabila nama saya dikaitkan menerusi satu artikel - ‘Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?’ yang disiarkan menerusi B*Pop terbitan 7 September lalu. Artikel itu mendakwa diri saya pernah dipermainkan seorang wanita bernama Elie, gadis yang mungkin menyamar sebagai Maya Darina Dahlan Hain apabila dia didakwa sebagai kekasih terbaru Pierre Andre!

Maya Darina ini saya sangat pasti dan amat yakin, dia ni tak pernah wujud! Walaupun kisah saya dan Maya Darina sudah lama berakhir, saya tak sangka cerita Maya Darina ini timbul semula. Saya pernah cakap dengan Maya ni, dia ada masalah mental dan perlu berjumpa dengan doktor. Maya Darina menggunakan banyak nama, ketika dia bersama saya, dia menggunakan nama Molie dan satu lagi watak lain iaitu Melia. Melia ialah kakak kepada Maya Darina.

Saya dah kenal Maya ni lama, tapi kami tak pernah berjumpa. Saya kenal Maya menerusi laman web friendster di internet. Maya beritahu, dia sakit jantung. Dia nak mati, tinggal beberapa hari saja lagi nak hidup. Sebagai kawan, saya beri Maya semangat. Kami jadi kawan rapat, tapi menerusi friendster saja, tak pernah minta nombor telefon dia pun.

Apabila tiba ‘hari kematiannya’, Maya beritahu saya, dia tak jadi mati! Dia kata dia lawan rasa nak mati tu! Sebabnya saya banyak beri semangat padanya. Ayat power! Ketika itu saya baru kahwin, tapi tak ada anak lagi. Kata Maya lagi, dia nak jumpa saya dulu sebelum mati. Dia beritahu saya, dia dah timbul rasa sayang pada saya sebab saya selalu beri dia semangat. Maya kata, dia belum pernah jumpa orang caring seperti saya.

Maya juga mendakwa, dia baru saja putus cinta dengan teman lelakinya sebab teman lelakinya tak larat nak jaga dia sebab dia sakit. Saya cakap pada dia, tak boleh sayang saya sebab saya dah kahwin. Sebaik saja saya cakap macam tu, dia tiba-tiba terus jatuh sakit, nak mati lagi! Saya beritahu Maya, sentiasa ingat Tuhan.

Nak dijadikan cerita, isteri saya cari Maya. Isteri saya berjaya mendapatkan nombor telefon Maya. Banyak kali isteri saya telefon, tapi dia tak nak jawab. Akhirnya suatu hari isteri saya telefon, ada orang jawab dan bermulalah satu lagi karektor, Melia. Melia dan Maya Darina adalah orang sama, dia cuma tukar suara saja. Melia beritahu isteri saya, Maya Darina sudah mati... Bermula dari situ, habis, saya tak dengar apa-apa cerita lagi.

Saya pun masuk OIAM. Tak lama kemudian ada seseorang hantar SMS pada saya, tapi saya tak kenal siapa. Dia tak nak memperkenalkan dirinya. Akhirnya selepas didesak, dia memberitahu, dia adalah Maya Darina... Saya cakap jangan main-main dengan orang yang sudah mati. Macam-macam cerita timbul selepas itu kononnya Maya beritahu, Melia sengaja mereka cerita.

Dia beritahu saya, Maya Darina Dahlan Hain masih wujud. Saya pelik! Maya terus mengganggu hidup saya, saya maki dia berbakul-bakul! Akhirnya Melia muncul semula dan telefon saya tiap-tiap malam, tapi saya tak layan, manakala Maya dah senyap. Melia beritahu, Maya sakit semula, jantungnya ada masalah lagi. Tak lama lagi Maya nak mati. Saya kata, jangan tipu lagilah!

Melia guna sentimen lagi, jumpalah Maya selagi dia masih hidup. Tapi, saya masih belum berpeluang bertemu Maya. Setiap kali saya nak jumpa Maya di Institut Jantung Negara (IJN) ada saja alasannya, doktor tak benarkan pelawatlah, ada mesin tengah onlah dan macam-macam! Yang saya tak boleh tahan nak dengar tu, Maya beritahu, dia ni founder untuk konsert IJN bersama Sheila Majid! Dia nak panggil saya buat show!

Maya beritahu, dia dah cadangkan nama saya, tapi akhirnya Sheila yang terpilih. Akhirnya dia mula dapat perhatian saya ketika saya kena gam tiga bulan tu. Ketika itu memang saya ‘down gila’. Ketika itu jugalah Maya masuk jarum. Maya kata, dia boleh tolong menaikkan semula karier saya kerana dia ada pengaruh besar dan kenal semua VIP di sebuah syarikat media! Dia kata, dia boleh terus jumpa menteri untuk menjernihkan semula nama saya.

Saya tanya Maya lagi, dia ni siapa sebenarnya. Dia kata dia seseorang dan ada saham di syarikat media berkenaan. Tambah Maya lagi, dia pun dah tak lama hidup, jadi dia nak tinggalkan sahamnya pada saya! Maya nak mewasiatkan sahamnya kepada saya. Saya masih tak nak percaya, saya kata buktikan! Sudahlah saya tak pernah berjumpa dengan Maya Darina ni.

Akhirnya satu lagi karektor wujud, Molie. Molie adalah gadis yang dilihat pernah bersama Pierre. Sebelum itu, ketika separuh akhir Muzik-Muzik TV3, lagi beberapa minit saya nak naik stage menyanyikan lagu Kasih Tercipta, saya dapat SMS daripada Melia, Melia beritahu saya, Maya baru saja meninggal dunia. Kuburnya di sini, malam ini mereka nak buat kenduri tahlil. Saya buat bodoh saja!

Tak lama kemudian, Molie pun muncul dan memperkenalkan dirinya adik Maya. Kami hanya SMS saja. Tiba-tiba suatu hari Molie terlepas cakap, katanya dia baru berjumpa Maya! Saya dah dapat tangkap, ini mesti ada sesuatu! Selepas itu, bermulalah satu episod baru. Saya kata saya nak jumpa sangat Maya ni. Dia orang ni main-main, dia orang dah cakap dengan saya, Maya dah mati tiga kali! Tiba-tiba Maya hidup balik!

Maya nak tembus balik kesalahannya sebab dia dah tipu saya. Masa ini lah dia beritahu saya, dia anak seseorang, ada saham di syarikat media, ada rumah mewah berhampiran KLCC, ada pengaruh politiklah, kenal menterilah dan macam-macam. Maya kata dia masih sakit, tapi belum mati. Maya nak mewasiatkan hartanya kepada saya. Saya kata jangan tipu, akhirnya Maya minta saya berjumpa dengan Molie.

Saya bertemu Molie dengan isteri saya. Molie bawa surat wasiat Maya yang bagi saya memang Molie buat sendiri. Saya pernah tanya Molie, kenapa muka dia lain dengan Maya, Molie kata, dia adik tiri Maya. Pendekkan cerita, semua yang Maya janjikan dengan saya, menipu! Maya masih mengganggu kehidupan saya, katanya dia sanggup jadi isteri kedua atau ketiga saya! Akhirnya cerita berpindah kepada Farid Kamil, Farid telefon saya, tanya sama ada saya pernah ada pembantu peribadi nama Elie tak. Sekarang Maya dah mengganggu Pierre pula.”

Farah Asyikin
"SAYA buat pendedahan ini untuk mereka yang sudah terkena dengan Maya Darina seperti bekas kekasih Pierre, Norliana (Yana) dan Faizal. Sekarang ni yang dalam kesusahan ialah Pierre. Maya cari Farah dalam blog, emel Farah dan beritahu keadaan dirinya, dia sakit jantung. Saya simpati dengannya. Kami berkomunikasi menerusi telefon dan Farah dengar rintihan Maya, dia keluar masuk hospital.

Saya beritahu Maya, suami saya seorang doktor. Saya pun memperkenalkan suami saya, Dr Fariz (kini sudah bercerai) dengan Maya. Ketika itu, saya dan Fariz dah tinggal berasingan. Saya pun menunjukkan gambar Maya Darina kepada Fariz. Fariz pun ambil kes Maya. Akhirnya Maya dan Fariz jadi kawan. Mereka berhubung menerusi SMS. Mungkin Maya Darina ini adalah salah satu faktor kecil yang menyebabkan hubungan saya dan Fariz semakin jauh.

Dalam masa sama, Maya masih SMS saya. Fariz dapat kesan Maya ni penipu kerana dia cakap berbelit-belit. Fariz tak pernah jumpa Maya, tapi dah pernah jumpa Molie iaitu gadis yang bergambar bersama Pierre seperti yang disiarkan B*Pop, 7 September lalu. Fariz nak hantar bunga dan coklat kepada Maya, tapi menerusi Molie. Molie mendakwa, dia dan Maya, adik beradik. Dari situ, Fariz dah dapat agak, ada sesuatu yang berlaku.

Apabila Maya kata dia masuk PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Fariz semak senarai nama pesakit, memang tak ada pesakit bernama Maya Darina! Apabila Fariz tak layan, Maya SMS saya, dia kata nak bunuh diri! Saya tak layan. Kalau Maya telefon, telefon Molie akan dimatikan. Bagi saya, Maya Darina atau Molie adalah orang yang sama. Maya tak pernah muncul, yang ada hanyalah Molie saja.

Menurut cerita dalam blog, Molie dah kahwin dengan Pierre, sedangkan Pierre nak kahwin dengan Maya! Kalau Maya Darina Dahlan Hain betul-betul wujud, tunjukkan dirinya. Sekarang memang tak ada bukti Maya wujud. Kepada Pierre, please wake-up! Maya, Melia, Molie, Elie adalah orang sama, apabila bercakap di telefon pun, suara sama saja. Pesanan saya kepada Maya, better stop, jangan memporak-perandakan lagi hubungan orang lain! Sekiranya benar Pierre pernah berjumpa dengan Maya Darina, tampillah bersama gadis itu!”
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 03:42 PM | Show all posts
helicornia replied at 8-2-2017 04:02 PM
Seronok lak baca thread ni.macam filem investigation/thriller

kannn.. aku pon, terjebak dah, smpai bawak aku ke blog nih, maybe korang dah baca kisah ellyna nih kat sini
http://hantumakcikkaripap.blogsp ... -pants-on-fire.html
tetiba jadi rajin pulak search back to 2013, haha



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 09:24 PM | Show all posts
sakurazura replied at 11-2-2017 11:59 AM
mana zubir skrg? heols gigih carut kes2 makhluk propa kan. hingga dibenci seluruh warga.

kali terakhir aku dengar ... zubir ditukarkan ke bahagian sukan ... skrg tak tau la .... zubir ni ada pro & con ... gigih korek berita tp kadang2 tu gosip dia over sgt ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.403010 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list