|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Meninggalkan jejak last page aku baca.. Tq tttt |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 27-8-2021 12:39 PM
Meninggalkan jejak last page aku baca.. Tq tttt
Nak tinggal jejak jugek!…. |
|
|
|
|
|
|
|
kdgkala kisah misteri kat US ni dorg kaitkan dengan alien jugak |
|
|
|
|
|
|
|
semua cerita tt besh belaka |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 22-8-2021 06:01 PM
Iols br tgk 1 episode American horror stories td
Episod ttg makhluk yg duk dlm hutan2 simpan us
...
Inbreed ni mcm kisah keluarga Bean |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 27-8-2021 05:23 PM
Aku Pengawal Penjara
5 tahun yang lalu, aku pernah bekerja sebagai seorang pengawal penjara. Lama jugak aku keje kt penjara tu dan banyak juga pengalaman seram yang aku lalui. Tapi pengalaman yang aku nak citer ni adalah pengalaman yang aku paling ingat sekali sebab ianya terjadi masa awal-awal aku masuk keje dulu.
Aku telah ditugaskan di bahagian penjara bilik single. Bilik ni diwujudkan khas untuk banduan-banduan yang bermasalah. Mereka akan disumbat dalam bilik ni untuk beberapa ketika sebagai pengasingan dengan banduan lain, dan juga untuk mereka ni bermuhasabah diri. Banduan yang kene sumbat masuk sini memang jenis yang suka cari pasal dengan banduan lain atau memang jenis degil dah masuk penjara pun nak langgar undang-undang jugak. Kiranya cuma yang betul-betul hardcore je 'bertuah' dapat bilik single ni.
Mungkin sebab aku masih baru lagi, jadi aku ditugaskan di situ sebab kawalan di situ agak longgar dan bilik-biliknya pun jarang dipenuhi. Atau mungkin sebab peristiwa malam tu yang buat pegawai lain tak selesa nak jaga bahagian tu.
Pada pukul 5 pagi, aku dapat arahan untuk keluarkan 2 orang banduan yang ada masalah kesihatan. Jadi aku pun ikut jelah arahan tu, masa tu memang aku sorang je. Banduan-banduan tadi pulak berdiri menghadap dinding sambil menunggu pengawal dari bahagian lain untuk iringi mereka ke bahagian kesihatan. Sementara kami menunggu tu, aku terdengar suara perempuan menangis.
Huuuu....huuuuu....huuuuuuu
Entahlah mungkin sebab aku terlalu baru, jadi aku pun takdelah nak fikir apa sangat, sebab bangunan penjara ni pun ada bahagian penjara untuk banduan perempuan. Banduan 2 orang yang bersama aku tu pun senyap je tak cakap ape. Termasuklah ada 3 orang banduan dalam lokap masing-masing masa tu, diorang pun lena dengan nyenyaknya. Mereka semua seolah-olah tak peduli dengan bunyi perempuan menangis tu.
Pastu baru aku tersedar, bahagian penjara wanita tu kene lalu 3 pintu dulu baru sampai sana. Pintu yang sudah semestinya terkunci rapat, dan di antara pintu ke pintu tu pun ada laluan dan ruangan yang panjang. Kuatnya banduan tu menangis sampai boleh dengar kat sini?
"Eh korang dengar tak suara tu?", aku bertanya pada banduan di depan ku itu.
"Dengar bos. Kitorang tiap-tiap malam dengar suara tu".
Esok harinye, aku kena buat pemeriksaan pintu untuk pastikan yang setiap pintu dikunci ketat termasuklah pintu kebakaran, kemudian aku kena melaporkan pada pejabat pengawal melalui radio. Masa tu aku kena lalu lokap-lokap single ni di kiri dan kanan aku. Di hujung laluan tu ada pintu utama nak ke bahagian lain. Aku terdengar bunyi ketukan nun jauh di hujung lokap sana, tapi ketukan itu bukannya datang dari pintu utama tu.
Tuk tuk tuk
Makin dekat makin kuat bunyinya. Tapi bunyinya cuma sekejap sekejap je. Aku pun sampaila ke pintu utama itu dan aku pun ujilah pintu itu, ok memang dah kunci. Masa tulah, aku terdengar ketukan yang sangat kuat dari lokap betul-betul di sebelah kanan aku.
Aku pun terus berjalan pergi dari situ tanpa berani nak tengok siapa yang ketuk lokap belah kanan tu. Sebabnya, bahagian aku masa tu mana ada banduan, semua bilik kosong. Takde maknanye aku nak pegi tengok apa yang ada dalam lokap tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 27-8-2021 05:10 PM
Inbreed ni mcm kisah keluarga Bean
Siapa tu
Iols tau Mr bean je
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 27-8-2021 10:16 PM
Siapa tu
Iols tau Mr bean je
https://villains.fandom.com/wiki/Bean_Clan
Baru dok baca...tk sangka ada jugak hat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 27-8-2021 10:51 PM
https://villains.fandom.com/wiki/Bean_Clan
Baru dok baca...tk sangka ada jugak hat mcm ni
Tq dekkk
Nnt nk bc tgk |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 27-8-2021 10:16 PM
Siapa tu
Iols tau Mr bean je
Sawney bean.. Dia dan keluarga dia merompak dan membunuh mangsa depa.. Lepas tu makan mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 27-8-2021 10:51 PM
https://villains.fandom.com/wiki/Bean_Clan
Baru dok baca...tk sangka ada jugak hat mcm ni
Rasa.. Kat US ada lebuh kurang mcm ni.. Lupa dah nama family inbreed tu |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-8-2021 07:22 AM
Rasa.. Kat US ada lebuh kurang mcm ni.. Lupa dah nama family inbreed tu
Dok bc2...ada famili Whittaker, pastu Napier family...yg kat area Appalachian.
Apstu yg famili biru tu..Fugate ka apa...
|
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 28-8-2021 09:40 AM
Dok bc2...ada famili Whittaker, pastu Napier family...yg kat area Appalachian.
Apstu yg famili bi ...
Dasyat kan.. Nanti sambung baca.. Ni dok ralit baca ttg perjalanan akhir zaman pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-8-2021 09:55 AM
Dasyat kan.. Nanti sambung baca.. Ni dok ralit baca ttg perjalanan akhir zaman pulak.
Thread cikgu miftah tu ka?
Akak pun tk tercover.
Syok bc psl sejarah...pasalbenda2 misteri..
Akhir zaman lg la..baca mmg menginsafkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 28-8-2021 02:21 PM
Thread cikgu miftah tu ka?
Akak pun tk tercover.
Hahahaah.. Betul.. Sebab kebetulan.. Sy mmg plan nak tulis tentang Sheikhul Islam pertama kedah.. Moyang kepada arwah tok Sharifah.. Jadi sy dok baca2 salingan kat thread cikgu miftah.. Sambil2 cari info |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-8-2021 02:23 PM
Hahahaah.. Betul.. Sebab kebetulan.. Sy mmg plan nak tulis tentang Sheikhul Islam pertama kedah.. ...
Cantik...
Boleh akak bc nnti..teruskan perjuangan sarah |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 28-8-2021 02:25 PM
Cantik...
Boleh akak bc nnti..teruskan perjuangan sarah
Penat gak nak cari info ttg ulama seorg tu.. Puas sy belek.. Kena cari kat library sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-8-2021 02:26 PM
Penat gak nak cari info ttg ulama seorg tu.. Puas sy belek.. Kena cari kat library sama..
Bukan senang nk menuliskan..
Byk bnda nk baca...pastu nk mengarang . |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 28-8-2021 02:35 PM
Bukan senang nk menuliskan..
Byk bnda nk baca...pastu nk mengarang .
Tu la.. Silap fakta kira dah menipu dah.. Tu kena cari betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Alistair
Semasa aku bersekolah rendah dulu, ada seorang budak lelaki sebaya aku yang tinggal berjiranan dengan aku, dalam 5 pintu dari rumah aku. Budak lelaki itu bernama Alistair. Alistair ni seorang yang pemalu dan takde kawan langsung, tapi sepanjang aku kenal dia, Alistair merupakan seorang budak yang sangat bijak sebenarnya. Aku selalu datang ke rumah dia untuk bermain permainan video. Walaupun aku masih budak-budak lagi, aku boleh merasakan yang Alistair ni ada aura yang pelik dan tak sama macam budak-budak lain. Bilik tidurnya dipenuhi lukisan-lukisan yang menyeramkan, yang paling aku ingat lukisan muka manusia yang dimakan api.
Pada satu hari, Alistair ajak aku main permainan tenung mata. Siapa yang kerdip mata dulu dia yang kalah. Aku pun gigihlah renung mata dia, tapi Alistair ketawakan aku. “Bukan main dengan akulah”. Habis tu main dengan sape? Alistair bawak aku naik ke bahagian bilik bawah bumbung dia.
Alistair melukis satu bulatan di atas lantai dengan menggunakan sebatang kapur putih dengan penuh fokus sekali, seolah-olah sebelum ni dia pernah buat macam ni. Kemudian dia duduk di tengah-tengah bulatan itu dan suruh aku diam jangan cakap apa-apa, pastu dia suruh aku pegang tangan dia. Kemudian kami pun mulakanlah pertarungan tenung mata tu.
Alistair tenung aku bersungguh-sungguh dengan muka seriusnya, kemudian perlahan-lahan dia tersenyum. Alistair pegang dagu aku, kemudian dia menolak dagu aku sampai aku terdongak. Rupa-rupanya aku dan Alistair bukan berdua je dalam bilik tu. Di belakang Alistair berdirinya seorang perempuan yang sangat tinggi sedang merenung aku. Perempuan itu mengukirkan senyuman kepadaku, tapi senyumannya tidak mesra sebaliknya sangat menyeramkan. Aku pandang balik Alistair dengan wajah penuh ketakutan, tapi Alistair cuma senyum-senyum je. “Kau nampak jugak kan perempuan tu?”
Aku terus menangis dan berlari keluar dari bilik itu. Alistair ketawa terbahak-bahak. Aku terlanggar ibu Alistair yang kebetulan tengah lalu depan bilik tu. Ibu Alistair seolah-olah memahami apa yang telah berlaku, dan dia terus menampar muka Alistair sambil memarahi Alistair. “Kan mak dah cakap jangan main lagi permainan tu!”. Malam tu aku tak boleh nak tidur sebab teringat-ingat wajah perempuan tu.
Keesokan harinya, Alistair datang jumpa aku sebab mak dia suruh mintak maaf. Tapi Alistair sempat cakap kat aku, ‘perempuan tu selalu datang kat dia”. Sejak itu aku dah tak berkawan dah dengan Alistair dan aku pun tak nak tau dah apa dah jadi dengan Alistair.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|