CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 22-11-2010 01:14 PM | Show all posts
aku yg masih setia menanti...
nor.sallyza Post at 22-11-2010 11:13



    samalah kita.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 03:32 PM | Show all posts
sunyi jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 03:37 PM | Show all posts
smiley masih x free lagi....
kita setialah menunggu ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 03:48 PM | Show all posts
langkah terhenti........... menunggu kemunculan sang arjuna
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 04:00 PM | Show all posts
lori minyak sesat, tu sbb F1 tak mula-mula lagi...semu keta dah abes minyak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 04:22 PM | Show all posts
Reply 701# mawarbaiduri

akhirnya jumpa juga kita di sini yer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2010 04:56 PM | Show all posts
cikgu amir duk makan sup giar bok dok abis lagi

nak tambah minyak injinn ferariii vrommmmmm kejar amirrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 08:52 PM | Show all posts
masih menunggu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 10:49 PM | Show all posts
assalammualaikum.....cikgu amir... ohhh cikgu amir.... mana ilang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:06 PM | Show all posts
setia menunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 11:43 PM | Show all posts
wokey... cikgu amir sudah sedia beraksi

..........................................................................................
Dahlia tersengih bodoh dari tempatnya. Buat malu aku! Apalah si Farid “bersayang sayang” dengan aku. Habis semua orang dengar. Semua orang? Yang ada di sini cuma Cikgu Amir saja. Takut nanti Cikgu Amir tak nak mengorat aku kah? He… . Cikgu Amir datang nak beli buku tapi aku yang perasan lebih.

“ Assalamualaikum. “

Salam Amir di balas. Nampak lain pula dia hari ini dengan pakaian kasual T shirt collar V berlogo entah apa warna biru gelap dengan jeans lusuh. Hilang imej guru berpakaian konservatif. Cikgu Amir mendekatinya. Wah.. T shirt  Armani Exchange, beb. Hebat! Tapi kalau di fikirkan gajinya, besar kemungkinan ini versi Bukit Kayu Hitam. Sama standard dengan aku. Whatever lah, he looks damn good.!

“I bawa mee goreng untuk you. You belum makan tengahari kan?” Amir meletak bekas Styrofoam atas meja. Bau mee goreng ini lebih harum di hidu dari bau sedozen bunga ros. Menusuk hidung terus ke hati.

“ Terimakasih. Tapi kenapa susah susah, saya dah bawa bekal dari rumah. Cikgu Amir makanlah.“

“ Eh, I beli untuk Dahlia. I tahu you suka sangat mee ni. ”

“ Kalau macam tu Cikgu kena makan spaghetti bolognaise yang saya bawa. Kalau tak ada siapa makan, membazir pula.” Lebar senyum Amir. Kecil tapak tangan, belanga masak nasi minyak kenduri kahwin saya tadahkan. Deruman enjin Ferrari makin kencang. Amir terus ke rak New Arrivals. Satu dua novel di belek. Nama penulis yang gah belum cukup. Kena baca synopsis dan review dari pengkritik juga. Akhirnya dia mencapai The Lost Symbol buku terbaru Dan Brown. Musim cuti begini barulah dia ada masa untuk membaca.

Sebentar kemudian Dahlia membawa bekas yang sudah di panaskan dalam microwave.

“ Dahlia buat sendiri?” Gadis itu mengangguk.

“ Hmmm mesti sedap. Dah lama I tak makan homemade spaghetti bolognaise” Amir di serang nostalgia. Ketika kecil dulu itulah masakan yang ibunya selalu hidangkan untuk makan malam bila dia mengejar masa. Ibunya sentiasa sibuk menguruskan perniagaan. Ibu juga pakar menguruskan hidup orang terdekat. Pakar manipulasi. Pakar tipu helah. Kepalanya yang mula berdenyut di urut perlahan. Amir mengebam bibir. Janganlah biarkan kenangan pahit mencemar “ date’ aku dengan Dahlia.

“ Jangan puji lagi. Kena rasa dulu.  Mana tahu kalau citarasa saya tak sama dengan Cikgu. Cikgu bawa lah balik.”

“ Er.. boleh saya makan di sini? Sekejap lagi saya ada appointment di CIMB. Malas nak balik rumah” Amir memberi alasan.

“ Kalau macam itu, Cikgu makan kat bilik belakang. Tapi maaflah, saya tak ada pinggan mangkuk yang cantik.”  Kenapalah dia nak makan di sini. Ini bukan restoran.
Namun Dahlia  terus ke belakang dan mengatur pinggan dan gelas atas meja.

“ Dahlia tak makan sekali? Tak seronoklah kalau I makan seorang”

Perut aku dah sememangnya melalak minta di isi. Dahlia terus menggantung sign di pintu

“ OUT FOR LUNCH. WILL BE BACK IN 30 MINUTES”

Cuma setengah jam diperuntukkan untuk makan dan solat. Untung Babah dapat pekerja macam aku. Kalau tempat lain, mesti dah kena report kat Jabatan Sumber Manusia. Dahlia ke bilik belakang dan mengeluarkan dua pinggan. Satu di isi dengan spaghetti untuk Amir dan satu lagi untuk mee goreng.

Amir tak sabar sabar menyuap spaghetti ke mulut. Mmmm… sedapnya. Cukup segala perisa. Dia memejam mata beberapa saat.

“ Is it okay? “ Mamat ni sampai tutup mata  ni apahal? Feeling feeling hakim pertandingan memasak kah?

“ Its delicious. Sedap sangat. I teringat zaman kecil kecil dulu. Kalau mak I buat macam ini lah rasanya”

“ Ooo” Melopong sekejap. Mak dia mesti bukan calang calang orang. Bukanlah nak memperkecilkan orang kampung tapi jarang ada makcik makcik di sini guna oregano. Dia ada darah Italian kah? Tapi tengok muka, walaupun handsome,  macam Melayu jati.  Hidung mancung tapi taklah tercatuk. Mata cokelat gelap dan rambut hitam pekat.

“ Kenapa Dahlia pandang I macam tu? Makanlah mee itu, nanti sejuk”

Kantoi aku dok perhati dia. Muka Dahlia berbahang.

“ Er.. saya … saya.. tak apalah” Dia mengunyah mee goreng sambil tunduk. Selepas tiga suap dia meletak garfu dan meneguk air. Alamak! Hatinya terus cuak.

“ Dah berhenti kah? Kenapa tak habiskan? Hari ini mamak kesayangan Dahlia masak tak sedap kah?” Amir menjungkit sebelah kening. Gelabah je Dahlia ni. Dia tak suka kah aku makan di sini? Atau pun takut si Farid marah? Tapi Farid belum ada hak nak marah. Setakat ini aku dengan dia sama ranking walaupun mungkin dia dapat pole position no 1. Tapi aku tetap boleh memecut dan menewaskan nya.

“ Saya kena buka kedai. Cikgu makan lah dulu ya.” Dahlia bergegas ke depan. Baru dia sedar yang dia berduaan dengan lelaki bukan muhrim. Entah kenapa aku boleh jadi alpa. Kedai pula di tutup. Lagi lah kawan bertanduk suka nak masuk.  Cikgu Amir punya kuasa penggoda tahap giga! Dengan sebungkus mee mamak saja dia boleh pukau aku. This is the cannot! Dangerous woo! Nasib baik   pegawai jabatan agama tak datang cekup.

Sejurus selepas membuka pintu kedai, dua orang pelanggan masuk. Mereka berbalas senyum dengannya dan terus meninjau rak majalah.

“ Dahlia, you tak nak cari pembantu kedai kah? Kasihan I tengok you terkejar kejar. Nak makan pun tak ada masa” Tiba tiba Cikgu Amir menjelma di sisinya.

“ Nak buat macam mana. Kalau tutup lama sangat, pelanggan pergi kedai lain. I memang nak cari pembantu tapi kita tak boleh bayar gaji tinggi. Faham faham sajalah Cikgu. Kedai ini  tak untung banyak pun.” Dia terpaksa menggalas semua kerja di Toko Buku Nilam walaupun ada kala dia rasa teramat letih. Setakat ini dia masih mampu. Tapi sampai bila?

“ Sebenarnya I datang sini ada hajat”

Ada hajat? Dada Dahlia berdebar. “Hajat ? Hajat yang macam mana tu?” Suaranya sudah terlebih vibrato.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 11:44 PM | Show all posts
“ Ada dua benda I nak minta tolong dari Dahlia… er, sorry,  tiga. Itupun kalau Dahlia  sudi.”

Alaa… buat aku suspen saja. Ingatkan hajat yang  gitu gitu. Rupanya nak minta tolong. Minta tolong dengan bawa hajat banyak bezanya Cikgu. Nasib baiklah  dia ni jadi guru Bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Malaysia.

“Nak minta tolong apa ?” Takkan nak buku percuma lagi? Bankrap lah Babah macam ni.

“ Nombor satu, I nak tolong keluarga anak murid I. Bapa dia baru meninggal dan keluarga dia memang susah. Mak dia cuma ambil upah jahit baju. Kakak dia yang sulung tengah cari kerja. Kakak dia itu cuma ada SPM jadi kalau gaji setakat RM 400 pun I rasa dah cukup.”

“ Betulkah? Bila dia boleh mula kerja? Boleh tak saya jumpa dia?” Mata Dahlia bersinar. Kalau ada pembantu ringan lah sikit  kerja aku. RM400 sebulan tu rasanya boleh lah aku bayar. Bila ada pembantu nanti, boleh lah fikirkan cara nak besarkan perniagaan.

“ Kalau you free kita boleh pergi ke rumah dia petang ini. You boleh interview dia. Kalau sesuai bila bila pun dia boleh mula kerja.”  

Dahlia mengangguk dengan senyum lebar. Terus terlupa janjinya untuk keluar minum teh bersama Farid petang nanti. “ Boleh juga. Lagi cepat lagi bagus”

Yes! Dapat juga aku keluar dengan Dahlia walaupun  cuma untuk ke Sayong dan balik.

“ Okay, that’s settled. Nombor dua, boleh tak Dahlia tolong buatkan karipap dalam 50 biji untuk hari Ahad nanti?”

“ 50 biji? Mak aihh… kenapa banyak sangat? Cikgu Amir nak buat jamuan kah? Atau nak buka gerai?” Amir ketawa besar.

“ Bukan. I nak bawa pelajar sekolah ke Bukit Merah. Kalau lapar dalam bas nanti adalah benda nak makan. Berapa upahnya Dahlia bagi tahu saja. I bayar.”

Sempat kah aku nak buat ? Sampai 50 biji , jenuh juga aku nak mengelim. Kenapa dia tak suruh saja makcik kantin sekolah dia? Tapi aku tak sampai hati pula nak tolak.Cikgu Amir merenung riak muka Dahlia yang sedang dalam dilemma.

“ Kalau Dahlia tak larat buat seorang, I boleh tolong” Spontan ketawa Dahlia terletus. Semua pelanggan kedai menoleh serentak ke arahnya.

“ Hahahahaha.. Cikgu tahu kah macam mana nak kelim karipap? Silap silap jadi  kuih bom pula” Tak boleh aku bayangkan Cikgu smart dan macho ini gentel tepung. Adoyaiii

“ Tengok orang lah. Tak percaya kah? “ Gelak kat aku ya. Nasib baik comel.

“ Sebab tengok orangnya lah saya tak percaya. Macam tak pernah masuk dapur saja. ”  Gurau Dahlia

“ Okay, let’s make a bet. Kita buat karipap sama sama. You tengok cantik tak I buat. Kalau I menang, you ikut I pergi Bukit Merah”  Mesti aku menang sebab Makcik Nor dah pernah ajar aku buat karipap pusing. He he he!

Alamak… auwww ke Cikgu Amir ni?  Patutlah handsome dan macho macam ni tak kahwin kahwin lagi. Entah entah dia dengan si Khairul tu…. Dahlia cepat menyembunyikan senyum.

“ No, I bukan “patah”. I belajar buat karipap dari mak angkat I lah.”

Muka Dahlia merona. Dia ni ada ESP kot sebab itu boleh baca fikiran aku. Takutnya! Dahlia melepas nafas lega bila pelanggan datang ke kaunter untuk membayar. Lelaki itu memandang tajam pada Amir. Harga buku dan majalah di kira dan wang bertukar tangan.

“ Terimakasih Encik. Datang lagi ya. Assalamualaikum”

Lelaki itu membalas salam dan menjeling sekali lagi kepada Amir sebelum melangkah keluar. Amir cuma senyum selamba. Entah entah pakcik ni minat kat Dahlia. Sebab tu pandang aku macam nak makan, tekanya.

“ Okay, back to where we were. Kalau I menang you kena ikut ke Bukit Merah.” Syoknya mandi manda dengan Cik Dahlia. Amir mula berangan

“ Kalau I menang?” tanya Dahlia sambil mengetuk jari di pelipis. Apa aku nak Cikgu Amir buat?

“ I belanja you makan selama seminggu. You boleh pilih tempat mana you suka”

“ Okay, set”

Dahlia: Kalau aku kalah dapat pergi Bukit Merah, kalau aku menang dapat makan free selama seminggu. Kalah atau menang pun aku untung. Tak berapa pandai lah cikgu ini.
Amir: Kalau kalah aku dapat keluar makan dengan Dahlia selama seminggu. Kalau aku menang aku dapat bawa Dahlia ke Bukit Merah. Pandai tak aku?Gigit jari lah Farid.



“ Sekarang ada lagi satu benda I nak minta tolong.”

“ Nak suruh saya tolong apa lagi , Cikgu?” Dahlia mengeluh kecil.

“ Tolong jangan panggil I Cikgu. I tak pernah pun nampak Dahlia dalam kelas masa I mengajar”

“ Kenapa pula tak boleh? You pun panggil bapa I cikgu tapi dia tak ajar you. Panggilan cikgu tu tanda respek lah. Kira sama standard dengan Doktor tau. Kalau you jadi engineer, architect atau lawyer, orang tak panggil pun Jurutera Amir, Akitek Amir atau Lawyer Amir”

“Loyar buruk juga anak cikgu Zul ini, rupanya.” Dengusan Amir membuat Dahlia ketawa

Amir meletakkan buku The Lost Symbol atas kaunter dan mengeluarkan wang RM50 dari dompetnya. Dah lama sangat aku di sini. Kalau ada telefon karat yang bawa cerita bukan bukan pada pihak sekolah, susah aku.

“ Jangan lupa ya. I jemput you petang ni” Amir meninggalkan Toko Buku Nilam dengan senyuman lebar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:52 PM | Show all posts
Yeh yeh dah ada sambungan

Lelaki itu membalas salam dan menjeling sekali lagi kepada Amir sebelum melangkah keluar. Amir cuma senyum selamba. Entah entah pakcik ni minat kat Dahlia. Sebab tu pandang aku macam nak makan,

Siapa lelaki tu ek...Pak Imam ke? atau org dari jabatan agama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2010 12:00 AM | Show all posts
Reply 713# qimi08

bukan pak imam/ org jabatan agama
watak picisan je.. tp relevan jugaklah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 12:00 AM | Show all posts
ye hoooooo.. kereta ferrari memecut lebih lajuuu....

org tua yg jeling tu bapak farid ker???
atau pak duda kg yg berkenan ngan ank cikgu zul
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 12:07 AM | Show all posts
Reply 715# Kia_picanto

Mungkin ayah pada minah cikgu pelatih yg minat
kat cikgu amir tu kut.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2010 12:11 AM | Show all posts
Reply 716# qimi08


    ataupun mekanik bengkel keta kat kg haji zul tuh.. penat dia pebaek keta cikgu amer tu.. dia pi wat pecut keta ferrari kejar anak dara haji zul padahal dia yg nak dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2010 12:50 AM | Show all posts
Reply 715# Kia_picanto
bukan bapa farid
kalau bapa farid mesti dahlia kenal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2010 12:52 AM | Show all posts
Reply 717# Kia_picanto

pakcik mekanik tu beli magazine Auto ... nak belajar modify enjin mcm red bull sbb nak overtake ferrari
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 12:57 AM | Show all posts
Reply  Kia_picanto
bukan bapa farid
kalau bapa farid mesti dahlia kenal
sang_arjuna Post at 24-11-2010 00:50



    oh.. dia kenai ek?? aish... nanti aku teka lagi...

oh.. mesti org tua yg selalu lepak kat kedai mamak tu kan smiley???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 102871 Replies : 5549
Gara gara mempunyai cukai tertunggak dengan LHDN,lelaki hampir terlepas penerbangan.Minta LHDN bukan kaunter di KLIA
YgBenarGara gara mempunyai cukai tertunggak den
Views : 3305 Replies : 15
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah
maklukpenggodaSAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu
Views : 55362 Replies : 1331
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 369343 Replies : 7297
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 132632 Replies : 8243
Abang terlantar di Hospital Korea Selatan,keluarga buntu dan terdesak perlukan 200k untuk bawa pulang ke Malaysia
YgBenarAbang terlantar di Hospital Korea Selata
Views : 23655 Replies : 44
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121131 Replies : 3140
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 26254 Replies : 656
Kes Amang Seksual - Azman Syah Dijatuhkan Hukuman Penjara 24 Tahun & 2 Sebatan
red_velvetKes Amang Seksual - Azman Syah Dijatuhka
Views : 24793 Replies : 141
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 19335 Replies : 128

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059432 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list