CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_kikilala

[Tempatan] UPDATE:Budak 2 tahun mati dibunuh di Paka

[Copy link]
Post time 23-1-2014 08:25 AM | Show all posts
Liliput posted on 23-1-2014 07:52 AM
Terkedu, sedih, tak tercapai dek akal aku ...kenapa sanggup buat mcm tu kat anak kecik yg tak mampu  ...

sedihkan..islam hanya pada nama..
tak tau nak cakap apa..
sedih sangat..
semoga Allah mengampuni kita semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 08:31 AM | Show all posts
kesian kat si anak dpt mak macam ni...

al-fatihah utk si kecil...

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:32 AM | Show all posts
malas nak ikut berita ni sebenarnya, touching sgt...  



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:37 AM | Show all posts
Keluarga memainkan peranan petting. Dah Tau anak gian ko jaga lh cucu elok2... Mak cik pok cik mana? Dibiarkan kanak2 berkeliaran dengan penagih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:38 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 22-1-2014 11:41 PM
......peyno ...... tak kira lah bangsa apa sekalipun ...... ianya sangat2 kejam ....  walau saya ...

betul tu kak
saya sampai menangis teruk
sbb sy takleh nak bayangkan seksaan yg budak tu alami
terbayang2 dia menjerit2 cakap taknak2! sakit!
tolong! mama tolong adik

tetapi takde sapa pedulikan dia
dia meninggal sbb terlalu menderita
ia sangat mengganggu fikiran saya
teringat2 akan anak saya..



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:41 AM | Show all posts
ss8384 posted on 23-1-2014 12:26 AM
Kenapa nk melantak anak dia yg tak Ada apa2. Baik ko kerja kan mak dia..McM hareeemmm ... Aku buat k ...

betul
baca komen2 kat fb ramai je ngaku
oh kenal pompuan nih..dia bukan ibu yg baik
dia bukan pompuan baik2
taik dadah lah itulah
dah ko masyarakat buat apa?????????
tengok je
pastu kutuk kaw2 tapi takde apa2 buat tindakan

pi dok hutan lah kalau takmo amik peduli hal sekeliling..
lagi satu pompuan tu wujud seekor diri je kat muka bumi ganu tuh
mak pak dia??
adik badik dia????

udah tahu anak tu penagih,si suami plak dlm jel

tak kesian ke kt dak kecik tuhh



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2014 08:53 AM | Show all posts
Dengar berita pagi tadi kata mak dia buat laporan palsu anak kena culik sebab bf dia ugut... Cinta mmg buta... Nak cakap lebih2 kang nnt terkena kat keturunan kita. minta dijauhkanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:01 AM | Show all posts
Suchi posted on 23-1-2014 08:41 AM
betul
baca komen2 kat fb ramai je ngaku
oh kenal pompuan nih..dia bukan ibu yg baik

org malaysia mmg jenis mcm ni..malas nak amik tau,tak nak campor..contoh mcm ade eksiden atau jenayah dpn mate sendiri..nampak tgk je..mcm xde ape2 yg blaku..kurang2 repot la kbajikan masyarakat..polis ke..bl da jd mcm ni sibuk2 nk tompang glemer kate knal mak budak ni..ape pon biar budak ni mninggal dr mbesar dgn ibu yg mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 09:03 AM | Show all posts
allah mmg sayangkan arwah ni..
tak bg hidup lama dgn keadaan parents yg sorang dlm penjara..
sorang kaki dadah..
selayaknye di syurga tempat kau nak..
al-fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:03 AM | Show all posts
Kes bunuh budak 2 tahun: Ibu kena tahan


Kuala Terengganu: Polis menahan ibu kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh dalam sebuah rumah kosong di Dungun petang kelmarin selepas mengaku membuat laporan palsu kehilangan anaknya.

Pekerja kedai makan berusia 27 tahun itu ditahan jam 10.30 malam kelmarin, kira-kira tujuh jam selepas mayat Nursyafiqah Abdullah ditemui pada jam 3.30 petang.


Mengaku dipaksa

Dia ditahan selepas mengaku dipaksa oleh teman lelakinya supaya membuat laporan kehilangan Nursyafiqah pada Sabtu lalu ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun berhubung penemuan mayat anaknya.


Mayat mangsa dengan kesan lebam di tubuhnya, ditemui memakai baju petak biru tanpa seluar oleh pengawal keselamatan dalam tandas sebuah rumah yang belum dihuni di Taman Permint, di Seberang Paka, Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis juga menahan teman lelaki ibu berkenaan berusia 25 tahun yang juga suspek utama pada jam 1.30 petang kelmarin, iaitu dua jam sebelum penemuan mayat mangsa.
Dia ditahan dalam keadaan khayal pengaruh dadah di tempat awam di Kuala Paka. Dua rakan mereka, masing-masing berusia 25 tahun pula ditahan antara jam 10.30 malam hingga 1.30 pagi kelmarin.

Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terima laporan kehilangan

Manoharan berkata, sebelum penemuan mayat, Balai Polis Paka menerima laporan ibu mangsa pada Sabtu lalu mengenai kehilangan anaknya, yang didakwa diculik seorang lelaki dikenali ketika kanak-kanak itu ditinggalkan dalam kereta MyVi di hadapan sebuah restoran di Kuala Paka.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya hilang ketika ditinggalkan sekejap ketika dia berjumpa teman lelakinya. Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan mula mengesan suspek utama sehinggalah ditahan. Berikutan keadaannya yang khayal, polis tidak dapat menjalankan siasatan sehinggalah menerima laporan mengenai penemuan mayat.

“Bagaimanapun, selepas ibu mangsa dibawa ke balai untuk disoal siasat, dia mengaku dipaksa oleh lelaki itu membuat laporan polis,” katanya dan menambah polis turut menahan kereta yang digunakan suspek untuk membawa mangsa.

Manoharan juga berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu adalah orang terakhir bersama mangsa selepas dia membawa kanak-kanak itu dengan keizinan ibunya pada jam 11 pagi Jumaat lalu.

“Ibu mangsa hanya mengetahui anaknya hilang selepas dia bertemu teman lelakinya pada malam Jumaat lalu dan memaklumkan tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada. Perkara ini dimaklumkan kepada polis selepas kita memanggilnya untuk disoal siasat,” katanya.

Pemeriksaan juga mendapati tiga suspek lelaki itu positif dadah dan dikenali sebagai penagih serta pengedar dadah kecil-kecilan.


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:03 AM | Show all posts
kita ni bila ada kes macam ni,dok bergebang sana ke mari,tapi langsung tak ada pape tindakan. setiap kali ada kes kanak2 dibunuh,didera,dirogol,diliwat muncul,kita yg sakit jiwa dok marah2,tapi pihak berkuatkuasa buat apa? kenapa tak bertegas menguatkuasakan undang2 kanak2 ni? bermusim sajakah? bila kes ni senyap semula,org dah hidup back to normal. bila ada budak2 kena bunuh,rogol,kita sekali lagi pungpang pungpang. tapi langsung takde protection,tindakan. siapa perlu kita salahkan? pihak berkuasa? ibubapa yg tau buat anak,tapi jaga anak pon tak tau?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:05 AM | Show all posts


MAYAT Nursyafiqah (gambar kecil) dibawa keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas dituntut warisnya semalam.


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:05 AM | Show all posts
atira posted on 23-1-2014 08:18 AM
@crazywifkitty
kalau malaysia nak macam tu ikut suka hati malaysia la kan...
jgn paksa negara lain ...

child act sudah ada, kena revised make sure people have the power for public arrest

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:10 AM | Show all posts
miawpink posted on 23-1-2014 09:05 AM
MAYAT Nursyafiqah (gambar kecil) dibawa keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengg ...

ooo ada waris lain budak ni..aku ingat ada mak dia si penagih tu jer.. ada atok nenek ke?
atok nenek pasrah jer tgk cucu di bela anak penagih?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:12 AM | Show all posts
JunkMail posted on 23-1-2014 09:10 AM
ooo ada waris lain budak ni..aku ingat ada mak dia si penagih tu jer.. ada atok nenek ke?
atok ne ...

ada nenek

dalam metro ada..
sat ea.. nk beli paper...
kalo ada rezeki, paper x abis sat g saya scan



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:12 AM | Show all posts
solstice posted on 22-1-2014 07:57 PM
Khennn
Tuhan amik awal sbb tuhan sayangkan budak tu
Membesar ngan mak dia pon ntah2 terseksa tia ...

tp azab sangat cara nyawa dia diambik tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 09:13 AM | Show all posts
zennaya posted on 23-1-2014 09:03 AM
kita ni bila ada kes macam ni,dok bergebang sana ke mari,tapi langsung tak ada pape tindakan. setiap ...

Masyarakat kita sangat prihatin, tahu? Sanggup menghabiskan masa, tenaga dan berusaha menangani masalah besar dalam masyarakat. Lihat sahaja issue perebutan perkataan suci, isu sayur,  isu negara matahari terbit, bantah sini, cabar sana, demo guling guling. Pada pendapat saya, sudah tidak syak lagi Prihatin sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:14 AM | Show all posts
i cant brain this......
kalau dah sangap sangat...kan bersepah prostitute....kalau xde duit nak bayar pros....bohsia pun bersepah..arghhhh!!sakit kepala aku pagi pagi ni lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:19 AM | Show all posts
JunkMail posted on 23-1-2014 09:10 AM
ooo ada waris lain budak ni..aku ingat ada mak dia si penagih tu jer.. ada atok nenek ke?
atok ne ...

Aku percaya ramai lagi kanak2 senasib ngan arwah nih
pi lah ceruk mana2..
pasti ada anak kecil yg tak berbapa
bapa ntah ke mana
bapa kat jel lah
mak hidup ntah apa2
pehtu ade boipren antu paku plak

ini realiti dalam masyarakat kita..
dan pastinya kes segini akan berulang-ulang lagi
sblm neh je brp ramai anak syurga mati dgn tragis akibat perbuatan boipreng mak


aku p klinik kesihatan kat kajang selalu jumpa banduan2 sarat peknen,hok baru peknen pun ada
terfikir2 gak aku apa nasib anak tu nnt..
biasa mak dorang masuk jel pun sbb kes dadah jugaklah
kena tangkap laki bini..
yg aku tau anak2 neh akan duk ngan mak dia dlm jel sampai bercerai susu kalo xsilap smp 3 tahun je kot tgk dlm majalah 3 dululah.
pastu akan ada perpisahan yg paling memeritkan,yela xkan anak pun nk kena membesar dlm jel
so sama ada waris akan bela atau anto umah kebajikan la.
moga2 anak tu kalo di bela waris tak dicerca tak didera sampai mati ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:22 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 23-1-2014 09:05 AM
child act sudah ada, kena revised make sure people have the power for public arrest

i see...
hope pihak2 yg bertanggungjawab buat sesuatu..
tak de le asyik nak dok meroyan isu yg tah hapa2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.488974 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list