CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cakkkk....aaaa

Ape khabar Jutawan HAI-O? Bakal bungkus?

   Close [Copy link]
Post time 11-4-2011 05:59 PM | Show all posts
huyoo. kayo tu BMW kencing series.
ushioz Post at 11-4-2011 17:05


ni semua group 369 ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 06:18 PM | Show all posts
ni semua group 369 ke???
waksir Post at 11-4-2011 17:59


baik join group 786....semakin pesat membangun gitu...


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 07:17 PM | Show all posts
Plan Hai o Marketing (group 369)
Pagi tadi saya menghantar kawan saya yang akan ke Penang untuk tujuan pemantauan tapak projek. Bila masuk ke dalam kereta saya, dia bertanya berkaitan bag di seat belakang. Balik kampung ke??. Pantas saya jawab.”Eh tidaklah. Bag tu kepunyaan rakan kongsi saya”.saya juga menerangkan serba sedikit berkaitan bag tersebut. Bag berwarna hitam tu adalah hadiah dari Hai O marketing apabila pelanggan membeli (corset premium beautiful sebanyak 10 set + 2 set percuma) dan kesemua nilainya adalah sebanyak RM 23000. “Istimewanya Hai O“. Kawan saya seakan-akan pelik dengan kata-kata saya. Sambung saya , “pelik bukan” belum start meniaga dan menaja, hai o dah bagi bonus RM3 ribu. Kalau dah start menaja lagi lah bonus berlipat kali ganda. lagipun nak jual cuma 11 set untuk seumur hidup, satu lagi kita pakai sendiri lah. Ada orang tanya kenapa Hai o bagi RM3k padahal belum meniaga, jawapannya amat mudah iaitu hai o marketing dengan lapang dada menghargai usaha anda dan memutuskan untuk memberi ganjaran, orang dah kasi, apa lagi, amiklah. Hai-o amat bermurah hati kan. Segalanya untuk usahawan hai-o. Dan satu lagi Hai o juga tidak mempunyai sebarang hutang. semua aset dimiliki sepenuhnya oleh Hai o sendiri. Sambung kembali bab tadi,kalau katakan satu set kita jual secara ansuran RM100 sebulan selama 24 bulan berapa totalnya ek.

100 x 24 bln x 11 set = RM26400.00

Jumlah sebanyak RM26400.00 inipun dah boleh bayar loan sebanyak RM 23000, maka 26400+3000 (bonus pertama) – RM23000 = (RM6400 Keuntungan.)

Ramai orang takut nak buat loan untuk bisness hai o kan… Tapi ramai pula yang tak takut untuk buat loan kereta. Padahal loan kereta akan susut nilai. Tp kereta tetap kena beli juga. Penting tu…Bagaimana pula dengan loan untuk berniaga ? sepatutnya kita tak akan takut disebabkan itulah bisness yang akan membawa pembaharuan kepada sumber kewangan kita. Tak salahkan kita mencuba.

Apa yang perlu adalah bermula dari diri kita dahulu. Bagaimana untuk kehadapan sekiranya kita tidak mampu melangkah setapakpun ke hadapan. Apa tunggu lagi. Melangkahlah segera , mulakan langkah dengan penuh gaya dan penuh tanggungjawab.

Perniagaan premium beautiful sangat istimewa kerana kita tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu mempunyai pekerja, Barang tidak pernah luput dan boleh dibawa kemana-mana. Just letak dalam kereta pun boleh kita berniaga di mana-mana sahaja. Ada orang cakap modalnya terlalu besar. Tapi bagi saya ia adalah kecil jika dibandingkan dengan membuka sebuah kedai yang memerlukan sekurang-kurangnya 50K, Francise 100k keatas, stesen minyak 250K, pendek kata semua perniagaan memerlukan modal. Logik saya kata, kalau modal besar untung pun besar dan modal kecil untung pun kecil. Nak yang mana ?. Pilih sendiri. Kedua-duanya pun ada kebaikan dan keburukan. Baik kita ambil kebaikan secara maksimum dan buruk/kerugian kita minimumkan. Realitinya kita mesti yakin dan percaya. Bentukkan kepercayaan adalah dengan merobohkan tembok penghalang “kepercayaan”. Fikir secara mendalam, tenangkan fikiran keluarkan apa-apa sahaja ketidakpercayaan tadi menjadi percaya dan yakin bahawa Anda “BOLEH LAKUKAN” dan mempunyai keinginan. Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mempunyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, anda perlu menambahkan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan anda. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dengan keinginan yang kuat. Mempunyai keinginan sahaja menyebabkan anda mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan anda adalah untuk menang. Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan anda terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang akan mendorong, menolak dan menghalang anda dari berputus asa malah ianya akan memaksa anda bagi meneruskan mengejar impian. Tempat paling layak bagi anda adalah di hadapan. Paling hadapan sekali, mengatasi yang lain. Tidak sekali-kali hanya menjadi pemerhati, melihat kemenangan orang lain. Kuatkan keinginan, maju kehadapan kearah kekayaan.

…………………………………………………………………….

Setelah itu kita perkenalkan dengan 2 orang rakan berkaitan produk premium beautiful (penerangan berkaitan Funsi setiap set produk Premium Beautiful akan saya bincangkan kemudian). Alah kawan kawan rapat pun boleh. Ada kawan tak?? mesti ada. kalau tak percaya cuba buka senarai nama Handphone tu. At least ada lebih kurang 50 orang. Namun begitu untuk permulaan pada bulan pertama cukuplah kita perkenalkan produk kepada 2 orang teman rapat. Itupun dibantu oleh upline. Upline yang akan ambil alih tugas anda.Tugas kita adalah:

1. Perkenalkan Kawan kepada upline

2.Duduk diam, ketika upline bercakap

3.Senyum….dan anggukkan kepala (mengiya kan saje apa yang dicakapkan)

(langkah 2) Faedah yang anda dapat untuk tugas diam dan senyum anda :

1. Bonus RM2500 (2 tajaan)

2. Kenaikan pangkat dari SM(sale manager) kepada SSM (senior sale manager)-penerangan dari segi kenapa boleh naik pangkat untuk dari SM / SSM / DSM / DDM / CDM

Nota : Kalau dahulu untuk mencapai pangkat SM mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi dengan sistem ni cuma mengambil masa 1 hari sahaja. Umpama kita nak balik jauh. Jalan mana yang cepat sampai. Highway atau jalan kampung yang berlopak. Kalau saya lebih baik ikut Highway, jalanpun elok dan selesa.

3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah.

4.Melayakkan anda untuk melancong ke destinasi terpilih.

(Langkah 3) Faedah memimpin / senyum dan angguk2

Seperti dilangkah pertama dan juga langkah kedua sudah pasti rakan baru kita mahukan perkara yang sama berlaku. Disitulah pentingnya kita sebagai upline mengendalikan tugas supaya rakan baru diperkenalkan dimana letaknya stokis berdekatan, diperkenalkan dengan barang keluaran, memperkenalkan dengan rakan kongsi yang lebih senior, memperkenalkan latar belakang dan letaknya Head Quarters sebagai langkah awal supaya rakan kongsi yang baru tadi lebih berkeyakinan dan kemudiannya meniru (duplicate) apa yang kita lakukan sebentar tadi seperti pada langkah awal. Dengan cara ini rakan baru tadi akan mendapat faedah yang sama seperti yang terdapat pada langkah 1 dan 2. Namun begitu kita sebagai senior juga akan mendapat faedahnya. Dalam masa yang sama juga kita perkenalkan lagi kepada 2 orang lagi. Kena ingat !! semua ini perlu dilakukan bersama upline.

Faedah memperkenal rakan baru : (2 rakan kongsi baru – direct leg yang masuk bulan pertama) dan 2 rakan kongsi yang join bulan kedua tadi + 4 rakan leg baru)

1. Bonus sebanyak RM7500

2. Kenaikan pangkat dari SSM kepada DSM

3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah

4. Kelayakan untuk melancong

5. Bermulanya pencapaian untuk tabung kereta.

Begitulah seterusnya, duplication akan berlaku sekiranya kita sabar dan bertanggung jawab terhadap semua rakan kongsi. Perkongsian ini adalah ikhlas supaya setiap rakan kongsi beroleh kejayaan. tanpa rakan kongsi bagaimana kita akan menempa kejayaan. Jika rakan kongsi berjaya baru lah kita akan berjaya. Tetapkan matlamat agar setiap rakan kongsi akan berjaya dengan cemerlang. Insya-Allah.

Sistem inilah yang memberikan sinar baru kepada Usahawan hai o. Dengan kata mudahnya ia dikenali sebagai

“SISTEM BONUS RM13 RIBU DALAM MASA 3 BULAN”

Betul ke 13 ribu

(RM3K-mula2 masuk + RM2500 Bln ke2+ RM7500 bln ke3)

Total RM13 ribu untuk 3 bulan-secara purata 1 tahun ada 12 bulan. Maka

RM13 ribu – 3 bulan per 1

RM13 ribu – 3 bulan ke2

RM 13 ribu – 3 bln ke 3

RM 13 ribu – 3 bln ke 4

——————————

RM 52 ribu untuk setahun

——————————

Setelah saya terangkan sistem yang membuatkan Hai o melonjak kini tiba masanya saya terangkan bagaimana untuk berniaga. Ada juga tatacara yang perlu diikuti. Kalau mengikut sistem dan panduan yang diberikan insya-Allah pasti berjaya.

BAGAIMANA NAK BISNES !!

1. Pakai

Disebabkan kita perlu berniaga dan menjual produk premium beautiful seharusnya kita perlu merasai dan menjiwai kelebihan dan kehebatan sesuatu produk. Bagaimana kita nak cakap sesuatu itu rasanya manis padahal kita belum merasainya sendiri. Dengar cakap orang !!!….belum pasti ianya betul. Untuk wanita set premium beautiful boleh dipakai 1 set iaitu bermula dari bahagian atas /tengah@bengkung dan bawah. Bagi lelaki pula boleh dipakaikan bengkung sahaja. Tak perlu malu..waktunya boleh dipakai bila-bila masa. Malam ketika tidur pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 07:18 PM | Show all posts
Kekadang kita terlupa bakal pelanggan. Jadi seharusnya kita menyediakan seberapa senarai nama yang berpotensi untuk bersama-sama berkongsi perniagaan. Kawan rapat, kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan ketika berkursus, keluarga. Senarai nama tersebut hendaklah dituliskan diatas kertas/buku sebagai rujukan kita dan upline supaya kita sama-sama memperkenalkan produk dan sistem hai o marketing.

3. Jual secara ansuran.

Umum sedia maklum bahawa set premium beautiful adalah barang keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi. Disebabkan itulah harganya juga agak mahal. Namun begitu ramai orang memerlukan premium beautiful sebagai pembentuk badan dan juga untuk kesihatan. Kita andaikan sebuah mercedes dan wira. Mana yang lebih mahal ? sudah pastilah mercedes lebih mahal berbanding wira. Kenapa mahal ? ia adalah disebabkan jaminan kualiti, prestij dan kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kereta wira tersebut. Samalah macam premium beautiful, ianya mempunyai kualiti yang pasti tidak dapat ditandingi oleh corset seumpamanya. Sebagai contoh premium beautiful telah diiktiraf sebagai produk super brand…corset lain ada tak super brand. Bukan calang-calang sesuatu produk untuk mendapat super brand. Lagi pula, produk premium beautiful telah mendapat pengiktirafan dari pakar-pakar tulang belakang. Jadi, memang patutlah premium beautiful lebih mahal kan?.

Ramai wanita yang inginkan premium beautiful tetapi disebabkan ianya mahal maka pelanggan terpaksa melupakan dulu hasrat. Oleh itu kaedah yang sepatutnya adalah dijual secara ansuran. Boleh dijual mengikut kemampuan samada 100 /150/ 200 sebulan mengikut kemampuan pelanggan.

4. Nilai

Sebelum kita pikirkan pasal Nilai terdapat 3 perkara utama yang harus diambil perhatian yang serius apabila memulakan perniagaan. Yang paling utama ialah :

a) KEUNTUNGAN

Setiap perniagaan yang diceburi hendaklah memberikan keuntungan yang maksimum untuk kita. Adakah kita meniaga tanpa mendapat penat semata-mata. Setiap yang kita niagalah mestilah mempunyai nilai keuntungan yang tinggi.

a1 – Untung dari segi jualan set

a2 -Untung bonus

a3 – Untung dari segi Kos utiliti / bil air / bil elektrik (sememangnya dah untung kat sini)

a4 – Untung dapat melancong percuma

a5 – Untung dapat kereta percuma

B) TENAGA KERJA

Dalam menjalankan MLM. Diri kita sudah mencukupi untuk membuat semua perkara. Tidak perlu mengajikan pekerja. Ini disebabkan untuk menjual 10 set Premium Beautiful tidaklah rumit. Kitalah Bos dan kitalah juga pekerja. Untuk buat selenggaraan stor pun tak perlu. Bukannya kita memegang stok berpuluh jenis. Cuma satu je jenis produk. Malahan nak jualpun cuma 10 set. Sebulan 1 set jual. Tidak sampai setahun dah habis.

C) MODAL

Modal sudah pasti diperlukan apabila kira hendak memulakan bisnes. Ada tak perniagaan tidak memerlukan modal ?? jawapan saya ADA. Contohnya insuran. Ada bakat ??? boleh cuba. tetapi kebanyakan dan boleh dikatakan semua perniagaan memerlukan modal. Waema jual goreng pisang ditepi jalanpun. Berkaitan modal ni..dan memandangkan strategi yang berbeza yang dibawa oleh upline masing-masing..maka seelok-eloknya anda boleh mendapatkan pandangan dan nasihat serta kaedah untuk mendapatkan modal tersebut. Jalan terbaik adalah berpandukan kepada pengalaman dari upline/group yang bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 07:29 PM | Show all posts
pasal hai-o ni la...aku tak rapat dah ngan beshfren aku padahal dia tau aku tak suke masuk mende2 gini..tapi paksa2 aku jugak

lepas tu perli2 aku...jalannya...aku away dari dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:03 PM | Show all posts
sebabkan MLM, awek ku telah meninggalkan aku dan kawen dengan org lain, sop sop sedih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2011 09:09 PM | Show all posts
sama sahaja....seolah2 ditipu sahaja mesin terapi sampai 15k...lebih baik kamu pergi ke ogawa... ...
C.K Post at 11-4-2011 11:50


*LOL..bukan guna duit aku pon, duit diorang..bior jer laa...aku dah kata..aku takleh nak komplen sbb aku x kluar duit sesen pun..  

p/s: parents aku x layan mesin urut..setiap kali aku balik kampung diorang ajak gi reflexology..there goes my money
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:11 PM | Show all posts
org2 melayu mind-set dia mcm ni0
-kalau seseorang tu ada keta (keta biasa aje, bukan besar2 lagi, keta proton, perodua tu dah menunjukkan kejayaan bg melayu
-kalau ada keta, senang nak ejas pompuan, nak cari bakal bini, senang budak2 u nak dpt gefren
aku pakai moto je pegi kerja, aku taulaa, betapa melayu pandang rendah insan tidak berkereta ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 09:25 PM | Show all posts
Same la aku..atas desakn member joint 2002 jgk modal dlm 500 la jgk kalo x silap..dpt prod ...
tagas Post at 11-4-2011 10:16



    aku pulak berlaku atas ajakan abg ipar............xpe lh, semua tu dh jd sejarah...........ha ha ha..........rasa membazir je....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:34 PM | Show all posts
premium beautiful?

hahaha,,,bukan nak hina ciptaan Allah,
tapi,,,yg penjualnya, ....................<ikon geleng-geleng kepala>
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:37 PM | Show all posts
konsep MLM ini wajib riak kah?
lihat sahaja lah mana2 blog peserta MLM, wajib riak dan kon ...
Vokuro Post at 11-4-2011 16:40


Utk memikat umat melayu, deme gula gulakan dgn pergi Umrah sambil melancong.
Ambik gambor sana sini.......
Tunjukkan gambor tu semasa sesi Perjumpaan kat Genting or Hotel2 Terkemuka.

Pabila mereka sudah menampilkan "kejayaan duniawi" , teman hanya senyum sahaja.
Biarkan lah mereka mereka itu dengan cita cita mereka.

Cobaan utk menipu teman dgn Umrah bla bla bla bla bla tidak menjadi.

Ada yg nak masukkan teman ke dalam Group UIA.

Aduh........................itew lagi 'sakit'.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:40 PM | Show all posts
Group UIA tu ape NG?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:48 PM | Show all posts
sesapa agent nak tolak caldina ke, BM ke, merc ke.. x mampu bayar... calling2x le .. hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:48 PM | Show all posts


aiyoh dah sudah tiada nama yang normal kah?
ini sah2 jawa batak original dari tanah jawa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:52 PM | Show all posts
ok nie citer aku plak pasal produk keluaran Hai-O nie, alkisahnyer adik aku berkenan kat baju dia yg ...
bettybencong Post at 11-4-2011 17:23



   hati2 lah dengan wanita melayu islam ini, berhutang bukan reti hendak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 10:01 PM | Show all posts
Group UIA tu ape NG?
king_kenny Post at 11-4-2011 21:40



Group dari Universiti Islam Antarabangsa.!!
BIla dier nengok teman.................terus jer nak suh joint group tu.

p/s tak faham faham lagi ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 10:01 PM | Show all posts
sebabkan MLM, awek ku telah meninggalkan aku dan kawen dengan org lain, sop sop sedih
honam Post at 11-4-2011 21:03


kenapa dgn awek lu? bercinta dgn puak2 mlm ke?:@
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 10:04 PM | Show all posts
kenapa dgn awek lu? bercinta dgn puak2 mlm ke?
courtney_xo Post at 11-4-2011 22:01



Dia busy ke hulu dan ke hilir utk buat sales.....
Tak ada masa laaaaa dgn awek.

Mungkin kah sangkaan ku benar???
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 10:06 PM | Show all posts
Reply 734# Vokuro
marah nanti urang2 seberang
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 08:07 AM | Show all posts
wow... teruk drop saham hai-o ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074603 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list