CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: ACT AS IF WHAT YOU DO MAKE A DIFFERENCE

 Close [Copy link]
 Author| Post time 6-2-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Page 37
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 03:25 AM | Show all posts
selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:25 AM | Show all posts
masuk check in

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:44 AM | Show all posts
tak habis lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:44 AM | Show all posts
iolss baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:44 AM | Show all posts
ada nicsap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2025 03:45 AM | Show all posts
oiam
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:45 AM | Show all posts
patut pun dia kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 03:46 AM | Show all posts
dia dtg kl
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:46 AM | Show all posts
nicsap dah lama bagi hint
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:46 AM | Show all posts
tapi semua tak reti decode
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:47 AM | Show all posts
tgk final gv ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:47 AM | Show all posts
tgk nicsap
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:47 AM | Show all posts
mestilah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:48 AM | Show all posts
‘Saya bukan malaikat, isteri bukan bidadari’

KUALA LUMPUR – “Setiap pasangan lakukan kesilapan. Saya bukan malaikat, isteri bukan bidadari.”
Demikian respons pelakon Beego berhubung spekulasi kononnya ada mengasari Linda itu sehingga mendorong isterinya itu memfailkan perceraian buat kali ketiga.
Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 44, dia lebih selesa tidak mengulas lanjut namun mengakui sudah meminta maaf atas segala kesilapannya.
Pada masa sama, bekas anggota Phyne Ballerz itu juga mengakui sudah berulang kali memujuk isterinya itu agar membatalkan hasrat untuk bercerai.
“Saya sangat mencintainya dan mahu mempertahankan perkahwinan ini kerana anak-anak yanc masih kecil dan perlukan perhatian kedua ibu bapa.
“Pastinya ada sinar untuk kami,” ujarnya yang berharap ikatan mereka kembali erat.

Mengenai kenyataan Linda yang meminta media bertanya sendiri mengenai desas-desus keganasan domestik seperti disebarkan segelintir pihak, Beego menganggap perkataan disebut merupakan respons spontan orang yang sedang marah.
Tambahnya lagi, dia tahu hajat isterinya mahu berpisah, namun tidak menyangka tarikh sebutan pertama berlangsung pada hari ini kerana tidak mendapat sebarang notis.

“Saya hanya memberi ruang untuk dia mencari ketenangan tetapi tidak menyangka dia akan ke mahkamah dan melanjutkan proses perceraian.
“Kalau ikutkan hukum, saya yang sepatutnya keluar rumah. Tetapi saya sendiri yang membenarkan dia keluar bersama anak-anak demi mendapatkan ketenangan,” jelasnya.
Beego turut mengakui kesibukkan bekerja membuatkan dirinya tidak dapat memberikan perhatian penuh terhadap isteri dan anak-anaknya.
Bahkan dia turut menafikan masalah kewangan antara punca rumah tangganya retak memandangkan dia masih mempunyai pekerjaan lain selain karier lakonan.
“Pendapatan saya stabil, tetapi tidaklah begitu mewah. Mungkin kesibukan kerja membuatkan Linda terasa kurang mendapat perhatian,” ujarnya.
Hari ini, selepas prosiding sebutan pertama perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Linda meminta soalan mengenai  keganasan domestik mahupun kewujudan orang ketiga diajukan kepada Beego sendiri. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/02/06/saya-bukan-malaikat-isteri-bukan-bidadari/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:50 AM | Show all posts
Seorang lagi mangsa tembak di Tanjung Rhu meninggal dunia

Pasukan keselamatan ketika memeriksa bot warga asing tersebut.


GOMBAK – Seorang lagi warga Indonesia yang ditembak dalam kejadian di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Serdang awal pagi semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
“Kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 186 akta sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 bagi kesalahan melepaskan tembakan.

“Setakat ini polis merakam keterangan 31 saksi dan kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar Ops Palu sempena Thaipusam di sini, hari ini.
Dalam insiden pada pukul 2.58 pagi, 24 Januari lalu, Pusat Kawalan Maritim Malaysia di Klang mengesan bot dinaiki migran Indonesia yang cuba memasuki perairan negara di Pulau Carey.
Dalam insiden tegang itu, lima lelaki ditembak selepas dipercayai menyerang pegawai Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rondaan dengan seorang daripada mereka dilaporkan maut.


Susulan kejadian itu, 100 penunjuk perasaan warga Indonesia melempar telur ke arah bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta sebagai tanda protes.
Mengulas lanjut, Hussein berkata, hasil penahanan beberapa individu di Pulau Carey oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), dua daripada mereka merupakan suspek yang berada dalam bot ketika kejadian tersebut.
“Kedua-dua mereka merupakan warga Indonesia dan berusia dalam lingkungan 30-an,” katanya.
Sementara itu, Hussein berkata, siasatan dilakukan sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia dan mendapat kerjasama daripada Kedutaan Indonesia untuk mengesan seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/02/06/seorang-lagi-mangsa-ditembak-apmm-di-tanjung-rhu-maut/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 03:52 AM | Show all posts
Polis kesan pemilik blog buat fitnah bekas Naib Canselor UKM

Mohd. Ekhwan dan Hussein (gambar kecil).


GOMBAK – Polis masih mengesan pemilik blog yang memuat naik kandungan berunsurkan fitnah dan tohmahan terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya merakam dua percakapan daripada kedua-dua Timbalan Naib Canselor universiti terbabit.

“Buat masa sekarang, kita masih lagi menunggu masa yang sesuai untuk merakam percakapan bekas Naib Canselor (Mohd. Ekhwan).
“Siasatan masih berjalan dan masih mengesan pemilik blog,” katanya pada sidang akhbar Ops Palu, di sini hari ini.
Pada Isnin lalu, Mohd. Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa pada Ahad lalu.
Beliau turut memaklumkan satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dibuat berhubung fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.
Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa hasil audit universiti tersebut menunjukkan ada salah guna kuasa dan penyelewengan serta tidak mematuhi proses perolehan yang mengaitkan nama Mohd. Ekhwan. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/02/06/masih-kesan-pemilik-blog-buat-fitnah-bekas-nc-ukm-polis/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:53 AM | Show all posts
ACC: KL City turut senasib dengan Terengganu FC


WALAUPUN tewas, kesungguhan pemain KL City wajar dipuji kerana berjaya menyekat Buriram United daripada memperoleh lebih banyak gol. - KL CITY


KUALA LUMPUR – Satu lagi wakil negara, Kuala Lumpur City terpaksa melupakan Kejuaraan Kelab Asean (ACC) lebih awal apabila tewas 0-1 kepada gergasi Thailand, Buriram United di Stadium Buriram, sebentar tadi.
Sepanjang perlawanan berlangsung, jelas kelihatan jurang besar antara kedua-dua pasukan dimana Buriram United terlalu unggul untuk mendominasi sepanjang 90 minit permainan.

Disiplin bertahan dan ketangkasan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menjadi perkara positif buat KL City yang turun tanpa kelibat ketua pasukan, Paulo Josue kerana layangan kad merah ketika aksi dengan Cong An Hanoi FC, 23 Januari lalu.
Terdahulu, disebalik penguasaan penuh, Buriram United terpaksa menanti hingga minit ke-37 untuk membuka jaringan menerusi Lucas Crispim.

Bersambung babak kedua, skrip hampir sama berulang dimana pemain The City Boys banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri untuk mengekang asakan bertali arus tuan rumah.
Ketangkasan Hafizul Hakim juga wajar diberikan pujian kerana beberapa kali melakukan aksi berkualiti tinggi untuk menyekat peluang terbaik tuan rumah sekaligus memaksa Buriram United sekadar berpuas hati dengan kemenangan 1-0. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/02/06/acc-kl-city-turut-senasib-dengan-terengganu-fc/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:54 AM | Show all posts
Polis Indonesia sahkan ‘influencer’ TikTok Malaysia hilang palsu

Polis sahkan kandungan tersebut sekadar dihasilkan untuk menaikkan jumlah tontonan. - Gelora News


JAKARTA – Pempengaruh (influencer) media sosial, Ammar Mohd Nzahan dan Aras disahkan menghasilkan kandungan palsu berhubung video yang mendakwa seorang lagi rakan mereka, Eykaa hilang di sebuah kawasan hutan di Bandung, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Detik.
Menurut Ketua Polis Panyileukan, Komisioner Kurnia, hasil siasatan pihaknya mendapati, dakwaan tersebut adalah palsu.
“Keterangan Ammar Mohd Nazhan dan Aras menyatakan bahawa mereka melakukan live di TikTok dengan tajuk ‘pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung selepas buat ‘content’ paranormal’.
“Mereka mendakwa bahawa pempengaruh TikTok bernama Eykaa hilang selama 48 jam selepas melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung,” kata Kurnia.
Tambah beliau, kandungan itu dihasilkan kumpulan tersebut untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut laman sosial.
“Mereka tidak sedar bahawa negara Indonesia mempunyai undang-undang yang boleh mendakwa kesalahan menghasilkan kandungan palsu dan ia dianggap kesalahan jenayah,” jelas Kurnia.
Katanya lagi, aktiviti kumpulan tersebut dilakukan tanpa izin polis Indonesia.
Bagaimanapun, Kurnia memberitahu bahawa pempengaruh TikTok itu sudah memohon maaf kepada pihak polis.
“Mereka telah membuat surat penjelasan dan mengakui tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Mereka juga ada membuat video penjelasan,” katanya. – AGENSI




https://www.kosmo.com.my/2025/02/06/polis-indonesia-sahkan-pesohor-tiktok-malaysia-hilang-palsu/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:55 AM | Show all posts
Lima individu termasuk penjawat awam ditahan, terima rasuah RM1 juta

Antara individu yang direman kerana disyaki memberi dan menerima rasuah bagi mendapatkan kawasan pembalakan.


PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk tiga penjawat awam disyaki memberi dan menerima rasuah bagi mendapatkan kawasan pembalakan di dua buah negeri sekitar Pantai Timur dan selatan tanah air.
Perintah reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 11 Februari terhadap lima suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita dikeluarkan Majistret Mohamad Ridhwan Syarizal selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi semalam.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang Selasa di beberapa buah lokasi melibatkan negeri di Pantai Timur dan di selatan tanah air melalui satu operasi khas yang dijalankan SPRM.
“Siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dilakukan pada tahun 2016 sehingga kini dan kesemua suspek disyaki menerima rasuah kira-kira RM1 juta bagi kerja-kerja pembalakan.
“Selain itu, SPRM turut menyita dua buah kenderaan mewah dan wang tunai puluhan ribu ringgit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Katanya juga, dua individu yang turut ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan SPRM. – KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2025/02/06/lima-individu-termasuk-penjawat-awam-ditahan-terima-rasuah-rm1-juta/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.086986 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list