CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 10-9-2021 12:43 AM | Show all posts
Get well soon, TT!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 04:14 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 25-4-2021 01:09 AM
Ur story reminds me of this video
Ada yg kata hoax
But I want to believe it's true

maap na, ceq tak bertujuan nak potong syahdu sapa2...
malah ceq sendrik harap sgt ianya benar tapi...
malangnya ada pihak ke 3 wat onar ambik kesempatan mainkan emosi youtubers sekalian ghrrrrr


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 04:36 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 25-4-2021 01:09 AM
Ur story reminds me of this video
Ada yg kata hoax
But I want to believe it's true

hat ni pulak kesah tuchen teringat kawan sepermainan dia hat dah pergi wat selamanya.
setakat ni belum ada lagi sapa2 buleh pertikai...



maap na TT. enterprem jap...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
loQlaQ replied at 10-9-2021 04:36 AM
hat ni pulak kesah tuchen teringat kawan sepermainan dia hat dah pergi wat selamanya.
setakat ni ...

Background music part mula2 dr filem forest Gump

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-9-2021 08:38 PM
Hai uols sorry i lambat hapdet. Sbnrnye minggu ni i demam + cirit birit. I agak risau kalau I ni sbn ...

Semoga cepat sembuh dan bukan covid
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-9-2021 12:00 PM | Show all posts
tocey tocey pada semua yang mendoakan i tp i dah sembuh dah alhamdulillah dan 100% bukan covid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 01:07 PM | Show all posts

Pejabat Lamaku

4 tahun lalu, aku bekerja di sebuah syarikat kecantikan berdekatan Madison Square Park di Bandar New York.  Kejadian ni berlaku pada bulan April.  Sampai ke hari ni aku tak tau macam mana nak terangkan kenapa perkara ni terjadi pada aku, tapi aku betul-betul percaya pada hari tersebut aku dikelilingi roh-roh yang berkeliaran di pejabat aku tu.

Syarikat aku ni memang besar, syarikat aku menyewa 2 tingkat bangunan pejabat ni untuk dijadikan ruang untuk pekerja-pekerjanya bertugas iaitu di tingkat 11 dan 12.  Malangnya pada Disember yang lalu, 20 peratus daripada kakitangan syarikat aku terpaksa diberhentikan, jadi mana yang masih bekerja di tingkat 12 tu dipindahkan ke tingkat 11.  Tapi syarikat aku masih terikat dengan perjanjian sewa bangunan tu jadi walaupun tingkat 12 tu dah kosong, syarikat aku terpaksalah jugak bayar sewa untuk kedua-dua tingkat tu.  Yang seramnya kat tingkat 12 tu, walaupun dah takde orang tapi meja kubikel, fail-fail dan peralatan pejabat pekerja-pekerja lama tu masih ditinggalkan di situ tak terusik.  Tingkat 12 tu kadang-kadang digunakan untuk buat mesyuarat je tu pun kalau bilik konferens lain di tingkat 11 dah penuh.



Di penghujung karier aku bersama syarikat ni, aku selalu lari naik ke tingkat 12 untuk bekerja sebab aku sukakan privasi dan senang sikit nak fokus buat kerja.  Sejujurnya aku dah tak tahan dengan bos aku yang psiko dan selalu micro-manage aku, nak pulak staf dah tak ramai jadi apa-apahal dia suka cari aku je.  Memang selalunya aku sorang je yang ada kat tingkat 12 tu tapi aku betul-betul tak kisah, malahan aku rasa lagi tenang sikit sebab tingkat tu pun senyap sikit daripada tingkat 11 yang dah sendat tu.

Sehinggalah pada satu hari ni, bermulalah kekacauan dalam hidup aku..

Aku baru duduk sejam di salah sebuah meja kosong di tingkat 12 tu, aku tengah fokus menaip di laptop apabila tiba-tiba aku dijentik rasa seolah-olah aku sedang diperhatikan.  Nak kata perasaan je pun bukan, korang bayangkanlah kau tengah duduk dan di belakang kau ada orang jalan mundar-mandir.  Ha macam tulah.  Mula-mula aku buat bodoh je, tapi tiba-tiba aku merasakan ada sensasi hangat di leher aku, macam ada orang tengah berdiri belakang aku dan hembus nafas ke leher aku.  Terlompat aku dari kerusi tu tapi bila aku tengok belakang aku, eh aku sorang je dalam pejabat ni.  Walaupun begitu, aku tetap jugak teruskan kerja aku.

Aku pun pasang lagu di Spotify,  tapi senarai lagu aku dalam Spotify tu dah habis dimainkan, jadinya aku pun bekerjalah dalam keadaan senyap.  Masa tulah aku terdengar bunyi kerusi di sekeliling aku.  Bukan satu atau dua, tapi boleh dikatakan kesemua kerusi yang ada dalam pejabat kosong tu.  Aku nampak kerusi tu tak bergerak pun tapi bunyinya seperti ada orang baru nak duduk atas kerusi-kerusi tu.  Crrrreeeeaaaaaakkkkk.....  Tapi bunyinya bukan serentak, satu demi satu kerusi tu berbunyi tapi bila aku toleh ke arah bunyi tu, takde orang pun.  

Tapi aku masih memberanikan diri lagi, dalam fikiran aku nak hadap gangguan ni ke nak hadap bos psiko tu? Aku pun teruskan jelah mengadap laptop dan teruskan dengan kerja-kerja aku.  Masa nilah, dari ekor mata aku, aku ternampak macam lembaga tengah berdiri dan tengok aku. Tapi bila aku dongakkan kepala, lembaga tu hilang.  4 kali lah jugak lembaga tu muncul tapi aku nampak sipi-sipi je.  Yang aku perasan, lembaga tu macam pakai sut atau kot doktor yang warna putih tu.

Konsentrasi aku mula terganggu, tapi aku taknak turun bawah lagi.  Aku pun mulalah Google sejarah bangunan pejabat aku ni. Saja nak tau. Bila aku tekang je butang nak masuk page Google yang kedua, laptop aku tiba-tiba jadi tertutup terus. Masa ni, aku dah faham dah.  Memang aku dapat rasakan mukaku pucat tak berdarah masa tu.  Aku pun kemas-kemas laptop aku dan teruslah turun ke tingkat ke 11.  Sejak dari hari tu, memang aku tak pernah dah naik ke tingkat 12 tu kecuali kalau ada yang temankan. Tu pun aku masih tak dapat nak lari dari perasaan diperhatikan tu.  

Sehinggalah, bila aku dah berhenti kerja, masa tu aku tengah lepak dengan kawan-kawan pejabat lama aku tu. Barulah diorang berani bukak cerita yang tingkat 12 tu lain macam sikit.  Masa diorang keje kt tingkat 12 tu memang dah selalu dengar bunyi manusia, bunyi kerusi bergerak-gerak, ternampak lembaga macam manusia.  Rupa-rupanya, menurut salah sorang pekerja penyelenggaraan bangunan tu, tingkat 12 tu dulu klinik sakit jiwa.  Semasa klinik tu beroperasi, ada dibina beberapa wad untuk menahan pesakit yang keadaannya agak serius. Aku malas nak korek cerita lama pasal tingkat 12 tu, tapi aku agak mesti ada tragedi yang berlaku sampaikan kami pulak yang kene ganggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh..citer baru. Addicted dgn thread tt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT, ni jadi thread favorite saya. Gigih saya baca dari ms. 1. Keep up the good work!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 05:16 PM | Show all posts
Tingkat 23

Kalau korang peminat atau penjejak paranormal, mesti korang suka tempat keje aku ni.  Macam-macam benda pelik dilaporkan berlaku kat sini, tapi untuk kali ni aku nak kongsi satu kisah yang agak menyeramkan terjadi pada aku di tempat keje aku ni.

Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan merangkap atendan syif malam di sebuah bangunan apartmen yang berketinggian 24 tingkat.  Bangunan ni adalah di antara bangunan tertua di bandar aku.

Pada suatu malam, aku tengah duduk-duduk di ruang operasi kecil aku apabila telefon operasi berbunyi di kala pukul 3 pagi.  Aku pun angkatlah dah perkenalkan diri sendiri, yang menghubungi aku itu suaranya macam perempuan, tapi pertuturannya tidak jelas dan tidak menentu butir katanya.  Yang jelas di telinga aku, ‘tingkat 23’.  Telefon pejabat aku ni jenis telefon biasa je, bukan yang ada skrin boleh tunjuk nombor telefon tu, jadi aku pun tamatkan panggilan tapi sebelum tu aku janji dengan pemanggil tu nanti aku datang naik tingkat 23 tu.

Aku pun berjalan menuju ke lif utama di lobi apartmen tu, lif utama tu ada 2 biji tapi dua-dua masih di tingkat 23.  Aku pulak di tingkat paling bawah, malas nak tunggu punya pasal aku pun naiklah lif servis yang dah tua tapi masih berfungsi kat bangunan tu.  Lif tu asalnya di tingkat 7, masa aku tekan butang lif servis tu elok je ianya turun, tapi bila aku tekan butang 23, lif tu buat hal pulak.  Ianya taknak bergerak dan pintu pun taknak tutup, sampai aku terpaksa godek panel set semula pada lif tu, eh laju pulak lif tu naik tapi yang cuaknya pintu lif tu tak sempat tertutup tu.  Dahlah lif tu lif buruk, memang sepanjang ia memecut naik dengan pintu lif terbukak tu aku memang gegar-gegar lemak aku.

Sampai je ke tingkat 23, aku pun terus melompat keluar dari lif tu. Eh elok pulak pintu lif tu tertutup.  Mula-mula aku tinjau dulu bahagian laluan tengah yang memisahkan apartmen kiri dan kanan tu.  Kosong.  Aku pun berjalan perlahan-lahan cuba nak dengar kalau ada penghuni apartmen yang tengah bangun, tapi senyap sunyi je. Dah sampai hujung tu aku pun patah baliklah ke lif nak turun balik ke tingkat bawah.  Tapi sebelum tu aku singgah dulu nak tengok lif utama.  Kedua-dua lif utama tu pintunya terbukak macam menunggu orang nak masuk.  Aku husnozon mungkin lif ni rosak kot tapi maksudnya akulah yang nak kena betulkan tu.  Aku baru nak bukak panel set semula lif tu apabila aku terdengar ada bunyi datang dari arah anak tangga belakang lif tu.

Aku pun terus keluar dari lif tu dan berjalan menuju ke anak tangga tu, tapi takde orang pun kat situ.  Yang aku nampak, pintu nak masuk tingkat 24 dah terbukak luas. Aku dah cuak dah, macam mana pintu tu boleh terbukak sebab aku sorang je dalam bangunan ni yang pegang kunci tingkat 24 tu?  Utk pengetahuan korang, keseluruhan tingkat 24 tu memang khas untuk utiliti dan mesin-mesin je.  Di tingkat 24 tu jugak ada pintu nak naik ke bumbung.  Aku memang tak pernah meronda kat tingkat ni sebab tingkat ni pun bukan ada orang, aku dah rasa seram sejuk tapi nak tak nak aku terpaksa jugaklah masuk ke tingkat 24 tu.

Mula-mula, aku jerit dari pintu, ‘Hello???!!’.  Tapi panggilanku tidak bersahut.  Tingkat 24 tu agak suram sikit sebab tingkat tu guna lampu kalimantang je, tu pun ada yang dah berkelip-kelip tunggu masa nak terbakar je.  Tapi dari pintu utama tu aku boleh nampak, pintu akses nak naik ke bumbung yang terletak di hujung tingkat 24 tu pun dah terbukak sikit. Ah sudah, terpaksalah aku masuk tingkat tu jugak.  Aku berjalan perlahan-lahan melintasi mesin-mesin yang tengah beroperasi tu, sambil mengintai-intai di sebalik mesin tu kot-kotla ada orang tengah menyorok kat situ.  Tapi cuma aku sorang je ada dalam tingkat tu, itu aku pasti.

Aku terpaksa naik ke bumbung jugak sebab yang aku risaukan kalau ada orang menceroboh bangunan aku ni sebab nak bunuh diri. Jadi aku biarkan pintu akses ke bumbung tadi terbukak luas sementara aku memeriksa keadaan di aras bumbung tu. Semasa aku tengah membelakangi pintu akses tu, boom! Tiba-tiba ianya tertutup sendiri dengan kuatnya.  Mungkin korang terfikir, alah tu sebab ditiup angin tu, tapi pintu akses tu berat dan bunyinya macam ada orang sengaja tarik pintu tu dengan kuat. Memang berdentum. Aku punyalah terkejut, aku terus bukak pintu akses tu dan berlari macam tak cukup tanah menuju ke pintu utama tingkat 24.  Nasib baiklah jugak pintu utama tu jenis pintu yang terkunci sendiri jadi memang aku berlari terus masuk lif tak pandang belakang dah.  

Lif utama tu masih ternganga pintunya, tapi bila aku tekan butang turun nasib baiklah ia masih boleh berfungsi.  Sampai je kat tingkat bawah, aku terus duduk ke kaunter pertanyaan di lobi utama. Sambil tercungap-cungap, aku cuba sedapkan hati sendiri ini semua cuma mainan perasaan aku je.  Tapi tak lama lepas tu, telefon di kaunter tu berbunyi pulak. Aku pun angkatlah, suara di hujung talian tu adalah suara perempuan sama yang telefon aku tadi. Pertuturannya masih tak jelas, yang jelas cuma ‘tingkat 23’ je. Aku terus letak je.  Malam tu aku habiskan syif aku dengan menghadap monitor keselamatan di tingkat letak kenderaan. Sejak tu,kalau aku dapat lagi panggilan mcm tu aku terus letak taknak layan dah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 03:05 PM | Show all posts
TQ tt...........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 01:23 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua... maaf lambat bersiaran... dan terima kasih juga pada yang follow thread i. harap2 uols semua berpuas hati dengan kualiti citer yg i translate kt sini.   tq again ye atas kata2 dorongan uols semua.  Insya Allah I akan cuba kasi yang terbaik untuk uols
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:34 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-9-2021 01:23 PM
Assalamualaikum semua... maaf lambat bersiaran... dan terima kasih juga pada yang follow thread i. h ...

waalaikumusalam tt

best cite2 tt..rajin btl tt translate...selalu tertunggu2 tt update..harap tt teruskan kongsi2 cite kat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 05:31 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 17-9-2021 05:34 PM

Perempuan Di Kaki Ngarai
Semasa aku masih di sekolah menengah, aku dan kawan-kawanku pernah berkhemah di sebuah kawasan pergunungan yang agak terpencil di Colorado.  Nak pergi situ je, korang kena naik kenderaan jip pacuan 4 roda dulu.  Lokasi perkhemahan kami tu kira-kira 30 batu dari jalan besar yang sebenarnya bukan jalan bertar pun, tapi cuma jalan tak berturap dalam hutan.  Nak sampai situ kami kene melintasi sungai, batu-batu besar di tepi jalan dan pasir jerlus dulu.

Walaupun kami masuk hutan tu naik jip, tapi perjalanan menaiki jip tu pun memakan masa sehari suntuklah jugak.  Begitulah gambaran betapa terpencilnya lokasi perkhemahan kami itu.  Walaupun begitu, sepanjang hari itu kami langsung tidak berpapasan dengan mana-mana pengunjung lain. Ada satu kali tu kawan aku kata dia rasa jalan yang kitorang masuk tu macam dah lama takde orang masuk.  Padahal kawasan macam  ni sangat popular di kalangan pelancong.  Tapi yang pasti, jalan yang kami masuk ni membawa kami ke kaki ngarai atau canyon.

Kawasan kaki ngarai ni memang kiri kanannya diapit oleh gaung yang sangat tinggi, dan cuma ada 1 jalan ni je nak keluar masuk dari situ.  Dahlah jauh dalam hutan, kat bawah gaung pulak tu, jadi kawasan ni memang langsung tiada talian telefon bimbit apatah lagi wi-fi.  Di kawasan nilah kami tegakkan khemah-khemah kami.



Tradisi kami kalau berkhemah ni, kami suka bermain 'capture the flag' atau kalau dalam bahasa Melayunye, main polis sentri la.  2 kumpulan mewakili warna bendera masing-masing akan menyorok dalam hutan pastu atur strategi macam mana nak tangkap pihak lawan dan bendera mereka.  Permainan ni selalu dimainkan pada waktu malam, jadi kami pun tunggulah hari dah gelap  untuk kami mulakan permainan ini.

Di pertengahan pusingan kedua, aku dan seorang rakan sepasukan aku ni bercadang nak pergi menghendap di tepi jalan masuk ke sini tu.  Rancangan kami, kalau ada pasukan lawan lalu situ bolehlah kami tangkap diorang. Kami pun menyorok di sebalik semak ni. Masa tulah kami ternampak macam ada cahaya tengah menuju ke arah kami.  Pada mulanya kami ingatkan itu cahaya lampu jip 4x4, tapi apabila cahaya itu makin dekat, rupa-rupanya cahaya itu datang dari seorang perempuan yang tidak kami kenali.  Perempuan itu masih muda dan sedang memegang telefon bimbit.  Dia menggawang-gawangkan telefon bimbitnya di udara, dari perbuatan dia tu kami rasa dia tengah cuba nak cari talian telefon tu.  Dari jauh tu pun kami boleh nampak perempuan itu sedang dalam kepanikan.

Kami pun keluar dari tempat persembunyian kami dan menyapa perempuan itu. "Hello?". Tapi sapaan kami tidak berjawab.  Perempuan itu tidak mempedulikan kami. Macam dia tak dengar suara kami je.  "Cik ni ok ke?", kami bertanya semula, tapi perempuan itu masih tidak mendengar pertanyaan kami.  Perempuan itu berjalan melintasi kami, dan kami lihat dia sudah menangis teresak-esak.  Yang hairannya pandangan dia hanya tertumpu pada skrin telefon bimbit  sahaja.  Seolah-olah kami ni halimunan di mata dia.

Aku dan kawan aku hanya terpaku memerhatikan perempuan itu berjalan pergi sambil menangis.  Entahlah, tak terfikir pulak kami nak pegang atau kejar perempuan itu.  Kami cuma tengok je perempuan tu sampailah perempuan tu membelok ke kiri dan hilang dari pandangan mata kami.  Bila perempuan tu dah takde je, aku pun menjerit panggil peserta-peserta kem lain untuk balik ke tapak perkhemahan kami.  Sesampainya di kem, kami terus memberitahu semua orang pasal perempuan tu.  Tapi, abang fasi suruh kami pegi tidur je dulu, esok pagi baru cari. Malam-malam bahaya untuk remaja bawah umur macam kami ni nak buat operasi menyelamat .

Esok subuh-subuh tu, kami semua dibahagikan secara berpasangan untuk mencari perempuan itu.  Aku dan kawan aku malam tadi mencari di jalan tadi. Kami beranggapan mesti ada kumpulan lain pun yang berkhemah di sini.  Tapi malangnya, tiada.  Puas aku dan kawan aku tu mundar-mandir dari hujung jalan sana ke jalan sini, tapi memang sah cuma kumpulan kami je yang ada di situ. Kami langsung tak menemui perempuan malang itu sampailah habis perkhemahan.

Sebenarnya sampai sekarang, aku masih rasa bersalah sebab aku risaukan perempuan itu. Adakah sebab kami lewat mencari dia, maka dia ditimpa kemalangan ?  Tapi memang segenap inci kaki ngarai ni kami dah cari, tapi kesan kewujudan perempuan itu pun kami tak jumpe. Yang menjadi persoalan, dari mana pulak perempuan tu datang?  Dia bukanlah seorang hiker, sebab masa tu dia cuma pakai baju panas dan seluar jean je.  Adakah ada orang bawak die ke situ pastu tinggalkan die kat situ? Yang ni aku rasa mustahil sebab kalau ada jip masuk mesti kitorang boleh dengar  bunyi jip tu. Dan kenapa dia tak nampak kami padahal kami sebelah dia je?

Sehingga kini, suara tangisan dan wajah perempuan yang basah dengan air mata itu terus menghantui aku....

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih diatas sambungan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2021 05:18 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-9-2021 02:46 PM

Akibat Berdua-duaan Dalam Hutan
Aku dan teman wanitaku telah merancang untuk berkhemah di dalam hutan yang letaknya kira-kira 5 jam perjalanan dari tempat kami sempena sambutan harijadi teman wanitaku merangkap ulangtahun perkenalan kami.  Kebetulan, hari sebelum kami bertolak tu berlaku ribut besar, jadi esok pagi-paginya kami bertolak dan sampai ke taman negara itu waktu nak masuk tengahari.

Penyambut tetamu lelaki yang mendaftarkan kami di pintu masuk taman negara tu cakap, hujung minggu ni takde orang tempah tempat ni selain daripada kami berdua. Apa lagi, bukan main seronoklah kami membayangkan betapa romantiknya dapat berdua-duaan dalam hutan ni.  Kami pun memandu masuk ke dalam taman negara itu.  Jalan masuknya agak panjang dan makin jauh masuk ke dalam, jalannya makin sempit sampailah akhirnya kereta kami pun tak muat masuk dah.  Jadi kami pun letak kereta kami di tepi jalan, bawak keluar kelengkapan kami dan tegakkan khemah kami tak jauh dari kereta kami tu.  Hari masih siang lagi, jadi kami pun ambil keputusan nak bersiar-siar dulu dalam hutan sekeliling kami tu.

Sebenarnya ini kali pertama kami masuk hutan, jadi kami tak fikir apa sangat bila tengok keadaan hutan ni yang sunyi sepi.  Beberapa batu berjalan ke dalam hutan tu, kami terjumpa dengan satu kawasan ni.  Kawasan ni dipenuhi kabin-kabin bercat putih yang rekabentuknya semua sama. Aku kira adalah dalam 6 ke 8 buah kabin, tapi kabin tu disusun 2 baris.  Pintu dan tingkapnya nampak masih kukuh, tapi dah berhabuk.  Catnya masih utuh lagi, takdela menggelupas tapi dah nampak kotor dek terdedah dengan cuaca.  Aku bersangka baik, mungkin kabin-kabin ni adalah sebahagian daripada fasiliti dalam taman negara ni, tapi lokasinya jauh sangat dan nak masuk pun kene jalan kaki, pastu tak nampak pun orang ke atau hidupan-hidupan lain kat tempat ni.  Menjejakkan kaki ke situ je dah buat kami rasa seram, jadi tanpa banyak cakap kitorang pun patah balik ke khemah kami.



Kami pun baliklah ke khemah, lepaskan lelah sekejap pastu kami cuba nak buat unggun api.  Terkial-kiallah jugak kami berdua nak hidupkan api, yelah kitorang bukan setakat pertama kali masuk hutan, ni pun pertama kali jugak kami berkhemah dalam hutan.  Kami siap beli kayu api dari Walmart dan minyak gas, tapi malangnya tempat kami tu basah lencun dek ribut semalam menyebabkan kami tak jumpa ranting kering untuk dijadikan bahan memulakan api.  Berjam-jam lamanya kami berusaha nak hidupkan api tu, akhirnya berjayalah jugak tapi tu pun seciput je unggun apinye.  Jadilah setakat nak bakar hotdog dan marshmallow.

Hari dah masuk malam, aku dan teman wanitaku berbaring di luar khemah konon nak kira bintang-bintang di langit.  Tapi kami sedari betapa gelapnya suasana di sekeliling kami tu.  Teman wanita aku ni agak penakut sikit, sudahnya dia ajak aku masuk tidur awal je malam tu.  Jadi kami pun padamkan api dan terus merangkak masuk khemah.  Sebelum tidur tu, kami bersembang-sembang kosong tapi aku dapat rasakan yang teman wanita aku macam kaku sikit.  Tiba-tiba teman wanita aku meletakkan tangannya ke bibirku tanda suruh aku berhenti bercakap. "Shhh! Abang dengar tak tu?"

Belum sempat aku menjawab, kami terdengar bunyi tapak kaki.  Bunyi tapak kaki itu agak berat, macam sekumpulan manusia tengah berjalan.  Aku sempat berbisik pada teman wanita aku, 'tu bunyi binatang je tu'.  

Lepas je aku cakap macam tu, kedengaran pula suara orang menggumam.  Tapi suara orang itu perlahan je.  Kami tak dapat nak faham apa yang orang tu tengah bebelkan sebab butir ayatnya tidak jelas, tapi kami pasti itu bukan bunyi dari binatang. Dan bunyinya dari ramai orang, bukan sorang dua je.  Samalah macam bunyi tapak kaki tu pun macam sekumpulan orang tengah berjalan. Kami berdua hanya diam membisu dalam khemah tu.  Bunyi hentakan kaki dan orang menggumam itu makin lama makin jelas sampai kami pasti bunyinya betul-betul di sebelah khemah kami ni.  Memang membekulah kami masa tu, nak bernafas pun tak berani.  

Kemudian..... senyap.  Tapi kami tetap tunggu dan tunggu dan tunggu sampai kitorang pun tak pasti berapa lama kitorang diam macam batu dalam khemah tu.  Sampailah teman wanita aku cakap, 'jom kita pegi ke kereta sekarang'.  Lagilah macam dipam-pam adrenaline aku, aku dulu selak pintu khemah, cuba mengintai di luar kegelapan sana, aku arahkan teman wanita aku ikut belakang aku je. Lepas tu kitorang berlari tak cukup tanah menuju ke kereta kami.  Masuk kereta je kitorang terus kunci kereta pastu barulah masing-masing menggelabah APA BENDA TADI TU? KITA KENA KELUAR DARI SINI! KATA TEMPAT NI TAKDE ORANG HABIS TU TADI TU APA?? Dah macam orang gila kitorang berdua dalam kereta tu.

Bila kami berdua dah tenang sikit, tengok kat luar tu pun memang takde orang atau binatang, barulah aku teringat eh macam mana ngan kelengkapan khemah kitorang.  Masa ni aku dah berani sikit, jadi aku cakaplah kat teman wanita aku, abang nak amek barang-barang kita, sayang duduk je dalam kereta.  Nasib baiklah barang pun tak banyak, kotak simpan ais di luar khemah pastu barang-barang lain dah memang ada dalam khemah tu. Aku cadang nak cabut je khemah tu bawak sekali dengan barang-barang dalam tu.  Tu pun berlarilah jugak aku nak balik ke khemah, aku sempat campak kotak ais masuk dalam kereta. Tapi bila aku dah patah balik nak cabut khemah pulak...

Bunyi hentakan tapak kaki tadi muncul semula.  Kelam kabut aku cabut khemah tu, angkut atas bahu macam Santa Clause bawak beg mainan tu dan terus pecut balik ke kereta.  Aku tanya teman wanita aku, ada lagi tak barang yang tertinggal? Bila teman wanita aku sahkan ok semua dah ada, aku pun putar kunci kereta, masuk gear dan tekan minyak keluar dari situ.

Nak keluar tu pun satu hal jugak, apsal banyak sangat simpang yang kitorang jumpa.  Sampai 6 simpang. Aku tanya teman wanita aku, ingat tak jalan kita masuk siang tadi, tapi dia pun tak ingat dah.  Sudahnya memang kitorang pakai main redah jelah tapi jalan tu membawa kami ke tapak perkhemahan lain pulak. Aku tengah undur belakang apabila aku terperasan satu papan tanda penunjuk arah yang tersembunyi di sebalik semak-semak.  Kat situ aku nampak dah laluan utama, jadi aku pun masuklah situ.  Laluan tu betul-betul bersebelahan dengan tapak kami tegakkan khemah tadi, aku sempat jeling ke situ dan aku nampak, ada satu titik cahaya berwarna hijau di hutan sebelah aku tegak khemah tu.

Kitorang memandu balik ke tempat kami, 5 jam perjalanan tu memang kitorang tak berhenti kat mana-mana pun.  Kami tidur di rumah ibubapa teman wanitaku, itu pun dah pukul 4 pagi kitorang sampai situ.  Aku dan teman wanitaku tak pernah ungkit pasal kejadian ni lagi, dan itulah kali pertama dan terakhir kitorang sanggup berkhemah dalam hutan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 12:55 PM | Show all posts
tq tt...........
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq. Cerita best
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-9-2021 05:31 PM
Perempuan Di Kaki Ngarai
Semasa aku masih di sekolah menengah, aku dan kawan-kawanku pernah berkhem ...

flashback org hilang sebelum2 ni kot...knpa la xpgg pmpuan tu dulu...tapi nnt diaorg pulak terperangkap dunia lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.504508 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list