|
Kenapa Orang Melayu Kurang Prihatin ttg Takaful dan Medical Card
[Copy link]
|
|
Lama nya memikir
Ada kat 7/8 thn jg ni
Huhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya risau kalau dimasa akan datang saya tak mampu untuk membayar caruman ni, macam mana yer?, boleh stop ke?, ada return balik ke?berapa % yer?"
Segelintir prospek yang saya temui berfikir terlalu berat apabila membuat keputusan untuk mengambil takaful, antara soalan yang mereka tanya;
"Saya risau kalau dimasa akan datang saya tak mampu untuk membayar caruman ni, macam mana yer?, boleh stop ke?, ada return balik ke?berapa % yer?"
"Macam mana kalau dalam tempoh 10-15 tahun saya bayar, tak berlaku apa2 claim?takkanla tak dapat apa2 kan?rugilah kalau tak dapat apa2."
Walaupun sudah diakses keadaan kewangan dan caruman yg dicadangkan mengikut kemampuan , mereka masih bertanyakan soalan diatas.
Kadang-kadang saya tanya balik;
"Pernah tak risau bila bayar bil astro yg sebulan maybe 50 hingga 100 lebih tu tapi sehari tengok berapa jam je, kdg2 tak tengok langsung?tak rasa rugi?"
"Boleh ke call astro minta balik duit sebab sehari tengok tv 2 jam je?"
"Pernah tak rasa kerisauan melampau apabila bayar installment kereta 500-700 sebulan, tapi guna 2-3 jam je, itupun weekend sahaja, weekdays naik motor pergi keje".
"Boleh ke call balik bank minta diskaun duit sebab seminggu naik kereta 4 jam je?"
Ini adalah contoh sahaja.
Saya faham tak boleh bandingkan perlindungan takaful dengan perkhidmatan lain secara 100%.
Namun itulah takaful, anda bayar caruman skrg, ianya berfungsi bila2 masa anda memerlukan.
Walau bagaimanapun ada sedikit percentage dalam caruman yang dilaburkan tapi pulangan masih tidak dijamin.
So kalau kalau belum pernah buat apa2 claim, alhamdulillah bersyukurlah...anda masih sihat dan belum diuji.
kredit:
Shakir Abdul Ghafar
INFAQ Consultancy. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai di kalangan agent takaful promosikan hibah takaful. Tak salah pun. Memang bagus. Satu manfaat yang bakal diterima oleh waris selepas kematian peserta takaful.
Namun pandangan saya, kita juga perlu alert tentang Perlindungan Pendapatan, atau dikenali sebagai Income Protection. Income protection ini jika didiagnose penyakit kritikal atau TPD sama ada di bayar tahunan atau bulanan. Depends pada benefits yang ditawarkan.
Situasinya, Bila diagnosed sakit kritikal, kita masih perlu bayar hutang. Amat jarang dapat bantuan kerajaan untuk bayarkan hutang kita, apatah lagi bank nak 'waived' hutang piutang kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam polisi ada tak manfaat ADD? (Accident death & disablement)
Hilang penggunaan sebelah kaki akibat kemalangan, tak semestinya putus, boleh jadi lumpuh sebelah kaki sahaja.
Tidak boleh untuk kerja.
Dikira TPD tak?
Tidak.
ADD ?
dapat 100%. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila buat plan Takaful ni, lihat pada jenis perlindungan dan jumlah coverage. Sebab itu yang akan tentukan, bencana kewangan yang menimpa anda, dapat diselesaikan atau tidak
BUKAN lihat pada cash value bila polisi matang kalau tak jadi apa-apa. Orang ambik Takaful sebagai persediaan kalau jadi apa-apa, bukan sebaliknya😎 |
|
|
|
|
|
|
|
5 Sebab Orang Melayu Tak Percaya Pada Takaful..
Tawakal Cukupla…Kan?
#1. Tawakal Cukuplah
“Mana boleh jual beli dengan nyawa. Haram!”
“Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.”
Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan. Sedangkan, produk Takaful yang patuh syariah sebenarnya direka berdasarkan konsep Ta’awun – iaitu membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.
Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk memiliki sebarang pelan perlindungan.
Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah ambil Takaful – dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak beli Takaful. Habis tu, buat apa membazir beli Takaful?
#2. Belum Mampu Lagi
Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.
Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.
Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?
#3. Menyampah Dengan Ejen Yang Suka Memaksa
“Encik ni tak sayang keluarga ke?”
“Kalau Encik mati dulu, apa jadi dengan anak bini nanti?”
“Janganlah pentingkan diri. Takaful ni bukannya mahal pun Puan.”
Sakit hati tengok ejen-ejen Takaful yang buat iklan atau approach begini. Mulanya ada pasang niat juga nak ambil pelan Takaful. Tapi, disebabkan cara mereka yang agak ‘annoying’ ini, terus tangguhkan hasrat!
Jadi, kalau ada ejen-ejen yang membaca, kalau pun anda sekadar bertujuan untuk ‘provoke’ dan membangkitkan kesedaran, gunalah ayat yang berhemah. Cara yang ‘kasar’ begini memang tak sesuai, terutamanya dengan orang kita yang penuh adat dan sensitif. Seperkara lagi, jangan pula terlalu mendesak hingga asyik telefon setiap hari dan berpura-pura rapat dengan seseorang semata-mata untuk melariskan jualan.
#4. Nanti Ejen Yang ‘Kaya’
“Kalau kita beli Takaful, ejen itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita…”
Memang betul ejen insurans akan dapat komisyen, tetapi sebenarnya ejen adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan Takaful yang bersesuaian. Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa ejen dan ‘direct’ melalui bank. Tapi dengan adanya ejen ini, banyak kelebihannya juga. Cuma kita perlu bijak cari ejen yang bagus benar-benar jujur dalam menjual produk mereka, bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata.
Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi.
#5. Lama Dah Ada Takaful Ni…
Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.
Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.
Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumb, nilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.
Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang
Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.
Apapun, bukan mudah nak tukar mindset orang kita kan?
kredit: majalahlabur |
|
|
|
|
|
|
|
REMIND PAYMENT CLIENT BAGUS ATAU TAK?
Client saya mostly busy. Tak semua client buat payment credit or debit. Jadi kene softly remind selalu dgn cara paling soft. Ejen boleh pilih utk tak remind. Cuma ditakuti kalau polisi tu lapse dan tibe tibe pulak ada client nak warded atau meninggal dunia. Mcm mana nak jawab? |
|
|
|
|
|
|
|
SAYA SUKA ANALOGI BAYARAN PARKING UNTUK ANALOGI TAKAFUL
Bila parking kereta,kita mesti risau pasal saman. Sebab kita tak sure pegawai majlis akan datang atau tak. Ramai orang sebab malas nak beli tiket gores 60 sen,akhirnya terpaksa bayar saman yg dtg tiba tiba sebanyak RM30/RM50/RM150. So begitulah takaful,sebab malas fikir or nak jimat RM200 sebulan, in the future maybe you terpaksa let go RM30K/RM50K/RM150K utk uruskan kesihatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat perbualan dengan jururawat di hospital swasta. Saya katakan padanya, bertuah dia jadi jururawat kerna jika sakit majikan (hospital swasta tempat dia bekerja) akan cover kos rawatan 💯 %. Jururawat tue kata, majikannya takkan cover kos rawatan 💯 %. Susahlah kalau cover.. boleh bankrupt. Staff dahlah ramai. Apa yang majikan bayar hanya separuh kos rawatan. Saya jawab sebab tue pentingnya kad perubatan. Menyedari kos rawatan makin mahal dan ingin ada tabung kecemasan, dia ada mencarum Takaful dan fokus pada kad perubatan.
Anda bagaimana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertuah bakal pengantin dapat hantaran sijil takaful sebagai lambang kasih sayang.. Hantaran paling mahal. <3
Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. Dengan nilai polisi sekurang-kurangnya perlindungan RM 100,000.00 ataupun lebih, mungkin tak nampak kesan sekarang. Jika berlaku musibah, sekurang-kurangnya wang pampasan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kelangsungan hidup tanpa perlu menagih simpati pada yang lain.
Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan pening nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....
#PruBSN
#Takaful
#TabungWanita
#kuasawanitadisini |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta encik ada takaful tak? Rumah ada amik takaful tak? Diri sendiri mcm mana pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Ku Tahu
Perkataan kalau antara perkataan yg agak popular dengan masyarakat kita. Lagu pon banyak menggunakan perkataan ini.
“Kalau ku tahu mawar berduri, tidak ku petik ia dengan jari, kalau ku tahu jadi begini, rela ku hidup seorang diri”
- Tan Sri SM Salim -
~~~Takaful~~~
Kalau saya ambil, saya mati, orang lain yg kaya.
Kalau saya buat nanti boleh? Tak ada buget la
Kalau saya masuk ni untung ke?
Itulah dia masyarakat kita, kalau ku tahu bila ajal ku, kalau ku tahu bila musibah menimpa.
Haaa, kalau lah semua ku tahu, mestilah ramai jutawan di malaysia. Mesti semua ada cukup duit untuk menghadapi sebarang kejadian.
“Langit luas terbentang di mana tegak tiangnya,
Siang bertukar malam siapa yg mengaturnya,
Lihat burung yg boleh terbang ke awan entah apa la sebab nya,
Lihat ikan di sungai dan di lautan entah bila kah tidurnya,
Bulan bintang di mana punca cahaya siapa menentu kan nya,
Di dunia ini kita dilahirkan entah bila pula perginya”
Kepada semua jangan berkalau, rancang perjalanan persaraan anda dengan sempurna.
Derita sang pungguk berhati galau,
Kerana menanti bulan purnama,
Jangan selalu berkata kalau,
Kelak derita akan menjelma. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|