|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
alooo..sianla..bz la pulak...ok takpe take ur time.. |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 11-2-2014 10:14 AM
oh..noooo.....kesian zack...
psst...your lady nak habis isnin depan..
Usu...
Cheq tak kisah pun part 'readers' menyampuk tu. As ai sed, kadang-kadang, ianya mendatangkan idea....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 30
Kinokuniya, KLCC
Kate menjeling Zack disebelahnya yang sedang ralit dengan telefon bimbit, berbalas mesej. Teka Kate, mungkin dengan Zareen. Kebelakangan ini, Zack kelihatan lebih ceria dari biasa. Bila di tanya kenapa? Zack senyum saja. Bila ditanya soal Zareen, senyuman Zack melebar. Jadi, mungkin benarlah rakannya itu sedang bahagia.
Jauh di sudut hati, Kate sedikit terasa dengan perubahan itu. Entah kenapa, dia pun tak tahu. Mungkin berharap yang satu masa nanti, dia juga akan kembali bahagia seperti dulu.
Nak kembali bahagia dengan siapa? Kevin? Lelaki itu sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar. Hanya dia saja yang bodoh, masih berharap. Satu hembusan nafas berat dilepaskan.
It’s okay, Zack. If you are happy, I’m happy too…
Zack dibiarkan dengan telefon bimbitnya.
Satu demi satu celahan rak buku dilalui. Zack setia menemani walaupun tumpuan zack bukan kepadanya. Beberapa buah buku yang berunsur keagamaan menarik minatnya. Sejak akhir-akhir ini, Kate tertarik untuk mengetahui lebih banyak tentang agama Islam.
Pada mulanya, Kate hanya keliru. Pelbagai soalan menerjah fikiran. Dia juga punyai rakan-rakan beragama Islam namun cara hidup dia dan mereka lebih kurang sama. Berhiburan setiap masa terluang. Apa yang dia minum, rakan-rakannya juga minum. Pakaian dia dan mereka, serupa juga. Cuma ketika bulan puasa saja, mereka kurangkan aktiviti sebegitu. Menghormati bulan Ramadhan alasannya.
Berbeza dengan Zack. Bila tiba waktunya, Zack akan memohon diri seketika untuk menunaikan solat. Zack tidak minum minuman beralkohol. Apa yang paling dia suka melihat Zack adalah, tatkala rakannya itu kembali dari solat. Wajah Zack kelihatan tenang tanpa masalah. Seolah-olah apa saja yang membelenggu fikiran Zack sebelum itu, hilang begitu saja.
Istimewa benarkah bersolat sehingga mampu selesaikan masalah?
Tapi, kata Zack, masalah takkan mungkin hilang begitu saja. Cuma setiap kali selepas solat, Zack berdoa dan mengadu pada Tuhan. Walau masalah belum selesai, sedikit sebanyak apa yang dia buat itu memberikan satu ketenangan. Dan di sini, Kate kembali keliru. Dia juga berdoa dan mengadu pada Tuhan. Tetapi, dia masih tetap seperti itu. Hatinya masih tidak tenang. Hati masih terasa berat.
Pada Kate, semua agama sama saja. Semua agama mengajar manusia akan kebaikan…bukan? Dan juga kepercayaan terhadap aspek ketuhanan. Dan dia, sebagai penganut Kristian, turut percaya pada Tuhan. Wujud syurga dan neraka. Adanya balasan dosa dan pahala. Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuma, sudah sekian lama dia tidak mempraktikkan ajaran itu. Bukan kerana tidak yakin, tapi lebih kepada malas. Kalau Tuhan itu maha mendengar dan maha melihat, apa lagi perlunya dia menyembah Tuhan? Bukankah Tuhan sudah tahu isi hatinya? Tahu setiap perbuatannya? Jadi, minta saja dalam hati. Tuhan pasti tahu.
Islam yang diterangkan oleh Zack pula, secara ringkasnya adalah satu cara hidup. Lengkap dan sempurna peraturannya. Percaya bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan seluruh alam. Bukan sekadar melakukan ritual penyembahan dan ibadah, tetapi menyeluruh kepada semua aspek kehidupan.
Banyak soalan yang dia tanya pada Zack selain cuba memahaminya melalui pembacaan. Dan Zack, akan berusaha sebaik mungkin untuk menerangkan kepadanya. Akui Zack, dia bukanlah terlalu arif. Ada masa-masanya, Zack meminta izin untuk merujuk kepada buku atau seseorang dan kembali semula dengan jawapan. Akui Zack lagi, dia bukanlah contoh terbaik sebagai seorang Islam. Namun, Kate tidak pula merasakan begitu. Kalau semua suruhan agama Zack ikut, apa yang tak baiknya?
“Tak semua. I banyak lalai.” Jawapan yang Zack berikan sambil diiringi senyuman sumbing seperti selalu.
Dan sehingga kini, Kate kurang mengerti maksud Zack itu.
“Hey…Zack.” Lengan Zack dia tarik perlahan.
“Yup?” Zack mengangkat muka.
Buku yang bertajuk A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam yang dikarang oleh beberapa penulis tersohor ditunjukkan kepada Zack.
“Do you think it’s good to read?”
Zack hanya mengangguk dan senyum. Kalau mahu meluaskan pengetahuan, apa salahnya.
“You know Zack. There was one day, I try to listen to Quran on you tube.”
Kata-kata Kate kali ini telah memusatkan perhatian Zack sepenuhnya. Mesej yang hampir separuh ditaip segera dipadamkan. Telefon bimbit terus disimpan dalam poket seluar.
“You…what?” Zack menyoal kembali.
“I try to listen to Quran. Can’t remember which surah. I just pick one randomly. After one, two minutes, I stop.”
“Kenapa?”
“I cry.”
Zack kerut kening. “Kenapa?”
“I don’t know. I cry for no reason. Listen to it makes me feels calm and sad at the same time.” Jujur Kate berkata.
Mendengar jawapan Kate, Zack mendiamkan diri. Wajah Kate direnung sehingga Kate melarikan anak mata. Warna kulit pipinya yang putih cerah mula berubah, merona merah. Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ehemmm…” Zack melepas batuk pura-pura. Terasa segan sendiri setelah merenung Kate begitu.
“Nak pergi minum?” Zack mengajak, beberapa saat kemudian. Kate senyum dan mengangguk.
“I mahu pergi bayar ini dulu…” Balas Kate sambil menunjukkan buku di tangan.
“Bagi sini. I bayarkan…”
“You sure?”
“Yup. Take it as a present…”
Kate angkat kening dan Zack membalas dengan senyuman. Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka duduk melepak di taman KLCC sambil melihat air pancut. Zack memusing penutup air mineral yang dibeli di Cold Storage lalu dihulurkan kepada Kate. Kemudian, setin Nescafe Latte dibuka untuk dirinya sendiri.
Masing-masing mendiamkan diri sambil meneguk air ditangan. Memaku mata pada ritma turun naik air di taman.
Dalam diam, Zack memerhatikan Kate disebelah. Campuran pelbagai etnik di sebelah ibu dan Inggeris disebelah bapa menjadikan rupa wajah Kate agak unik. Rambut ikal berwarna coklat perang semulajadi dibiar panjang melepasi bahu. Slanga pelat ketika Kate bertutur dalam Bahasa Melayu, menambah kecomelannya. Jika tidak kerana cengkung dan pucat, pasti Kate kelihatan lebih cantik lagi.
“Kate…” Panggil Zack.
“Yes?”
“Tak ada apa-apalah.” Zack pantas mematikan niatnya untuk bertanya.
“What is it? Cakaplah.”
“You…betul-betul ke, berminat pasal Islam?” Akhirnya, Zack melontar soalan.
Kate senyum, bahu terangkat. “No.”
Zack angkat kening.
“I mean…I don’t know. I mula faham apa itu Islam. But then...ah…”
“Why?”
“It seems that, there are so many rules that I have to follow."
"Rules?"
Kate angguk.
"Such as?"
"Cannot love dogs…”
Zack tergelak. Banyak-banyak peraturan, tak boleh sayang anjing yang Kate sebut dulu.
“Hey...we talked about it, remember? Siapa cakap you tak boleh sayang dogs? Cuma, it is not advisable to have dogs as a pet…”
“Samalah.” Balas Kate.
“Tak sama. Loving dogs and having them, as a pet is a two different things. Anyway…tak ada dog, you still can have cat, right? Or bunny, fish….sugar glider…biawak…”
“Biawak?” Kate ketawa.
“Iguana…” Sambung Zack, tersengih. Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Well…Zack. Frankly, I don’t know. Seriously, I don’t mind not to drink. I somehow thought that I should just stop. I memang tak makan pork so it’s fine. But…” Kate menyambung kata. Menghembus nafasnya, perlahan.
“But?”
“So much things to think. Not that easy. Not sure if I can follow all rules like wearing hijab. Malaysia…panas…”
Zack angkat kening. Kate membalas dengan senyuman nipis. Iya, banyak saja alasan yang boleh dia beri. Kerana dia masih keliru, masih perlu membuat justifikasi. Untuk menukar agama, bukan perkara main-main. Banyak pro dan kontranya yang perlu difikirkan secara mendalam.
Berminat tapi hati masih belum terbuka…
Zack senyum serta menjungkit bahu. Tiada paksaan dalam beragama. Tidak boleh memaksa seseorang yang bukan Islam agar menerima Islam. Seandainya Kate mahu menerima Islam, biarlah dengan hati ikhlas. Sebagai kawan, dia akan bantu walaupun hidupnya tidaklah sealim mana. Bolehlah tolong setakat yang termampu.
Sekali lagi, wajah Kate Zack tatap lama. Kali ini, secara berdepan, bukan curi-curi. Walaupun cahaya sedikit suram, Zack yakin, pipi Kate pastinya sedang merona merah seperti tadi.
“Stop. Doing that…” Tiba-tiba, Kate memberi amaran.
“Doing what?”
“Staring at me like I’m a monkey in the zoo…”
Zack ketawa besar.
“Kalau you jadi monkey, mesti jenis yang comel-comel macam Baby Pygmy.”
“Idiot.”
Zack menyambung tawanya. Kate tersenyum sendiri.
"Just pray for me. Maybe..one day...who knows..." Kate bersuara setelah tawa mereka reda.
Zack menarik nafas dan mengangguk perlahan.
Aku harap satu hari nanti, hati kau terbuka juga, Kate...
*** Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Vista Tasik
Cheras
Farizah resah. Sudah dua jam dia menunggu balasan di telefon bimbit. Di awal waktu, rancak saja lelaki itu membalas mesejnya. Tapi, bila di ajak berjumpa, tiba-tiba saja lelaki itu mendiamkan diri.
Egonya tercalar. Belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang menolak ajakannya untuk keluar bersama. Tetapi yang ini, agak liat. Dan atas sebab itu, lelaki ini yang menjadi pilihannya. Farizah yakin, orang itu paling sesuai. Dia berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah berpacaran dengannya. Ciri-ciri yang ada padanya membuatkan Farizah yakin, lelaki itu mampu menggalas beban. Lelaki itu takkan dapat menghidu niat sebenarnya.
Terpaksa. Dia benar-benar terpaksa. Fikirannya sudah sesak dan buntu. Tidak tahu pada siapa mahu mengadu.
Untuk melepas berita pada Aaron, dia tak yakin yang Aaron akan bertanggungjawab. Apatah lagi, sudah sebulan mereka tidak berhubungan. Setiap mesej dan panggilan dari Aaron langsung tidak dipedulikan. Kali terakhir panggilan diterima dari Aaron adalah, dua minggu yang lalu.
Dia mahu melupakan Aaron, sekaligus melupakan perkara yang terjadi antara mereka. Tapi, sesuatu yang lain telah berlaku. Keterlanjurannya memakan diri.
Rasa mual datang lagi. Lantas, dengan pantas Farizah berjalan menuju ke bilik air. Untuk hari ini saja, sudah beberapa kali dia memuntahkan isi perut.
Sinki dalam bilik air menjadi tadahan muntahnya sekali lagi. Air matanya turut berjejehan sama. Sungguh dia tak sangka, suratan hidupnya ditakdirkan begini.
Salah siapa? Tiada siapa melainkan dirinya sendiri.
Air paip dibiarkan mengalir laju. Mukanya dibasuh berkali-kali. Farizah mengangkat muka, memandang refleksi wajah di cermin. Pucat, tak bermaya. Air mata yang cuba ditahan luruh lagi. Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Izah…”
Saat dia keluar dari bilik air, Amy sudah sedia menunggu. Jelas wajah Amy kelihatan bimbang. Mungkin tersedar yang sudah beberapa kali bilik air diterjah.
“Izah…kau okay tak ni?” Amy bersuara gusar. Masakan tidak, sedari tadi melihat Farizah keluar masuk bilik air dengan wajah pucat.
“Kenapa kau tak tidur lagi?” Soalan Amy dibiar sepi. Farizah menjawab dengan soalan lain.
“Tengok tv.” Pendek jawapan Amy, masih memandang Farizah dengan penuh tanda tanya.
“Izah…kau sakit ke?” Sekali lagi, Amy menyoal. Farizah mengangguk.
“Kau period ke?” Amy memang tahu, setiap kali Farizah datang bulan, keadaannya memang teruk. Tidak sah kalau datangnya tanpa senggugut, muntah dan sakit kepala. Kali ini, teruk benar kelihatannya.
Farizah terus mengangguk, terpaksa berbohong. Tidak tahu bagaimana mahu membuka cerita dengan Amy. Malu, sudah tentu.
“Jom…aku buatkan kau air ek?” Bahu Farizah dipaut kejap lalu Amy membawa Farizah ke dapur. Farizah menurut tanpa banyak bicara. Kerusi meja makan ditarik lalu Farizah duduk di situ. Dua tangan memangku kepala yang tertunduk.
Amy mengambil sepeket Nestum 3 dalam 1 berperisa madu. Itu saja yang terfikir dikepalanya saat ini. Sekurang-kurangnya, minuman itu akan mengenyangkan. Sambil menuang isi peket ke dalam cawan, Farizah yang tertunduk dipandang.
Kenapa teruk sangat kali ini?
Sudah sebulan, Farizah menunjukkan perubahan. Tidak tahu sama ada perubahan itu elok atau tidak tapi sekurang-kurangnya, Farizah tidak lagi kerap berhiburan seperti dulu. Kurang bercakap, sudah pasti. Senantiasa berkurung dalam bilik. Ada kalanya, wajahnya sugul seperti baru lepas menangis. Bila ditanya, jawapan masih sama. Tiada apa-apa.
Kalau tiada apa-apa, takkan begini rupa? |
|
|
|
|
|
|
|
“Nah.” Mug berisi bancuhan Nestum diletak diatas meja. Farizah mengangkat muka.
“Thanks Amy.” Ucap Farizah, lesu. Mug di bawa ke bibir, isinya dicicip sedikit.
“Kau tak nak pergi jumpa doktor ke?” Amy masih menunjukkan keprihatinannya.
“Tak payahlah. Bukan tak biasa. Esok okaylah ni…” Lemah Farizah membalas.
Dalam masa sembilan bulan ni, aku tak ada senggugut lagi, Amy. Okay sangatkan?
“Kau jadi ke ambik unpaid leave?”
Farizah mengangguk. “Khamis depan, aku last kerja. Lepas tu aku cuti sebulan.”
“Apa masalah kau ni Izah? Sampai macam ni teruknya. Siap nak ambik unpaid leave lagi…” Amy berkata, teringat perbualan mereka minggu lepas apabila Farizah memberitahu mahu bercuti untuk menenangkan fikiran. Bukan mahu menyibuk tapi dia benar-benar bimbang. Jika sanggup mengambil cuti tanpa gaji, semestinya masalah Farizah memang berat.
“Saja Amy. Otak serabut…” Air dicicip lagi. Lega sedikit rasa perutnya yang sebu.
“Macam mana kau nak kerja esok ni? Larat ke?”
“Larat tak larat, hadap jugaklah. Takkan aku nak MC sebelum cuti…” Balas Farizah.
“Aaron ada call kau?” Amy melontar soalan walau dia sudah tahu jawapannya. Pastinya ada cuma Farizah yang tak mahu menjawab.
Farizah mengukir senyum tawar sebagai jawapan.
Ingin saja Amy memberitahu yang Aaron telah melantiknya menjadi Pegawai pemantau tetapi, niatnya dimatikan. Angin Farizah pasti naik tinggi sekiranya Farizah tahu, dia bersekongkol dengan Aaron.
Hhhmm. Macam aku pulak yang ada skandal dengan Aaron...
Skandal? Farizah direnung lama. Skandal?
“Aku tak boleh habiskanlah, Amy. Tak lalu…” Tutur Farizah. Mug ditolak ke depan. Isinya sudah tinggal separuh.
“Takpelah. Kau biar aje. Nanti aku tolong basuh…” Amy menawar bantuan kecil. Farizah senyum hambar. Keprihatinan Amy menyesakkan nafasnya.
Amy, sahabat baiknya dari dulu lagi. Kalaulah Amy tahu apa yang dia bakal lakukan selepas ini…
“Zack keluarga aku. Kami berkongsi mak dan ayah. Dan aku tak nak, kau mainkan perasaan Zack, sama macam mana kau mainkan perasaan lelaki lain kat luar tu. Aku ada hak nak masuk campur sebab Zack keluarga aku!”
Terngiang-ngiang kata-kata Amy dulu.
Sorry Amy, aku terpaksa. Aku malu, Amy. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Tak mungkin Aaron nak bertanggungjawab lepas apa yang dia dah buat pada aku… Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Izah…”
Namanya dipanggil. Farizah mengangkat muka. Amy menggelengkan kepala. Boleh termenung pulak…
“Aku masuk bilik dululah.” Farizah meminta diri. Amy mengangguk.
“Thanks Amy.”
“No problem.”
Amy ditinggalkan di meja makan.
Usai pintu biliknya ditutup, benda pertama yang dicapainya adalah telefon bimbit. Jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Jari segera dilalukan ke skrin.
Sorry Izah. Lambat reply. Tadi Zack keluar dengan kawan. Baru sampai rumah.
Rasa lega memanjat hati. Rancangannya berjalan lancar setakat ini. Segera jarinya menaip balasan.
It’s okay. So, jadi tak nak jumpa?
Okay. Bila?
Sabtu...malam.
Okay. Nak Zack ambil Izah ke?
No problem. See you then…
See ya…
Bicara ditelefon bimbit mati disitu.
Helaan nafas dilepaskan. Hatinya dipaut rasa bersalah. Otaknya mengatakan tindakkannya ini memang melampau.
Tapi, dia perlukan kambing hitam.
Hanya sekali ini saja lagi dan selepas itu, dia akan ubah cara hidup. Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
X mungkin zack jd kambing ok |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak mengkambingkan zack tu Nicki? Tangkap basah? So klise!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|