Alhamdulillah, seronok baca pengalaman uols pi Haji / Umrah. TQ also for the tips..
Sy plan nak g hujung thn ni & masih recce2 / shortlist travel agent - cuma agak pening mana satu, almaklum 1st time nk g, so tak boleh nk imagine sgt mcm mana / area Safa or clock tower etc.
So far, dh attend kursus umrah by Tiram dgn satu lg tk igt / tk femes TA. Alhamdulillah, dptlah sedikit sebyk pengisian / ilmu.
Ustaz bgtau sebelum pergi, selain pasang niat, perlu bertaubat, buat solat2 sunat byk2, bykkan bersedekah, bersabar etc.... Allahu, mampu / sempat ke nk buat semua tu, rasa kerdil sgt bila nk pergi ke Tanah Suci ni Tapi, at the same time bersyukur2 sgt sbb tahun ni terasa mmg betul2 nak pergi & kebetulan ada kawan ajak (nak bawak Mak tapi Mak uzur / dh solat duduk, so dia jdi segan & tak nk menyusahkan sape2)..
Apa2 pun, semoga sy terus beristiqomah dan berusaha agar dapat dijemputNya nanti
tahniah......bukan semua orang ada rezeki dijemput ke Tanah Haram.
duit bukan ukuran ke sana walaupun nak ke sana perlu duit.
buat ibadah utk mendapat redha Allah sehabis baik.
selebihnya kita usaha merubah diri ke arah yang lebih baik dari hari ini dan semalam.
baru je kawan yang nak pergi 9.3 dapat khabar dari TA, bahawa setakat hari ini umrah ditangguh kerana covid 19 ni
dia rasa down...tapi akak kata bersabar...perancangan Allah lebih hebat dari manusia
walaupun sekarang ni u xley g umrah sbb corona, i tolong jawabkan utk future reference.
Makkah
Hotel anjum - xla dekat sangat... mmg dekat ngan dataran masjidil haram.. tapi dekat dengan expansion baru yang xsiap lagi.. which means u kena menapak jugak dalam 500m sepanjang dataran tu nak masuk pintu masjidil haram asal. (once expansion dah siap...for sure mencanak2 naik harga hotel ni)
- Mmg area hotel xder kedai(convenient store hotel ada la).. so fokus ibadah je. kalau nak shopping kena g clock tower (700m dari hotel, 200m dari pintu masjidil haram)
- Makanan hotel - 4-5 bintang.. selera malaysia.. buffet.. siap dessert lagi. nasi mmg wajib.. ada bubur.. n sometimes mee/spagetthi. Tempat makan luas, mknn bnyk, xyh berebut. Cuma kalau lambat tu meja jauh sikit kedalam la.
Madinah
Hotel jawharat - +-300m dari pintu 17(lelaki), dalam 600m dari pintu 25(perempuan) masjid nabawi. Time pergi je la terasa, time balik dah boleh enjoy cuci mata masuk keluar kedai.. rasa dekat sangat aih 600m tu.
makanan selera malaysia.. bufet ok2 je.. cuma tempat makan limited dan beratur panjang kalau time jemaah ramai. kongsi ngan jemaah indonesia lagi. silap2 tapau masuk bilik je la.
Mutawif dari malaysia(KLIA) and sentiasa ada ngan jemaah 24/7. mutawif i rajin bg ceramah dalam bas (walaupun kitorg tertido sbb penat). tanya je apa saja, insya allah dia bantu.
Setiap hari ada ziarah. sehari je free and easy.
Sebab group kecil, mmg satu bas besar conquer 20+ org je.. mmg selesa la. Alhamdulillah, group kami semua ontime..so xder hal sangat..
overall... i bagi 4 bintang. (5 bintang kalau anjum tu betul2 dekat)
e.gurl....saya cuma nak tambah satu fakta tentang pintu masuk untuk jemaah wanita di masjid Nabawi.
kalau pintu lelaki Pintu 17....jemaah wanita boleh mauk ikut pintu (gate masjid) 15-16.
situ memang pintu masuk jemaah wanita selain pintu 25.
saya dah biasa pintu ni dari 1st time jejak Haramain sejak haji 2015.
letih nak menapak ke gate 25 dari pintu 15 tu, tambah pulak kalau dah lambat.
saya memang asyik dapat hotel ikut pintu 15 je....so masuk solat ikut pintu 16 (pintu masjid).
nak ke raudhah baru menapak masa lain
Post time 3-3-2020 11:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dee556 replied at 3-3-2020 02:53 PM
letih nak menapak ke gate 25 dari pintu 15 tu, tambah pulak kalau dah lambat.
saya memang asyik ...
3 ari je kat sana...so xsempat nk explore lebih. Kubah hijau pun nmpk dari dlm bas je
Biasa sy buat theorem Pythagoras terus g gate 25 tu..dekat dan cepat sikit. Lalu gate 17 tu kalau rasa nk jln2 shopping ajer.. gate 15-16 xpernah lalu pun.
owhhh....kejap jugak ya.
saya dah terbiasa gate tu...pegi umrah pun memang hotel area gate 15.
tapi umrah 2018 yg lepas, i dgn husband explore yang straight dari gate 15 hingga ke gate 6 & 7.
pergi pasar kurma jalan kaki....balik tu tak larat nak ke hotel.
husband hantar kurma ke hotel, i pegi Bin Dawood beli air dan bun....duduk makan tak jauh dari gate 15 tu seambil tunggu masuk waktu.
I dan husband akan buat macam 1 hari kami jalan2 kawsan sekitar.
kita2 ni yang duduk hotel belah2 gate 14 - 28 ni mmg tak nampak kubah hijau kalau masuk ke masjid kan. saya masuk dari gate 16. tapi kdg2 saja2 je ikut pintu 25 dan 30. ada sekali tu lepas zohor ke asar ... saya nekad pusing keliling masjid nabawi. ya la selalu kan tak sempat. kita ni kat sana selalu terkejar2 waktu. mmg tak de masa nak pusing2 keliling. jadi .. ada waktu tu nekadkan je memusing masjid tu .... baru la nampak kubah hijau dgn dekat. masa tu rasa sayu tak dpt nak cakap. rasa macam sayu dpt masuk raudhah la gitu.
betul tu... kita yang duduk hotel are gate 15-16 memang jauh menapak untuk kubah hijau.
umrah baru ni untuk ziarah wada, kawan i nak pegi dekat dengan kubah..so solat zohor dekat gate 12.
menapak hingga ke kubah dan berdoa di situ.
sayu dan sebak rasa
alhamdulillah umrah last nov, memang hotel di gate 15, tapi dari bilik boleh nampak kubah hijau .. bila dlm bilik, mengintai la ke kubah.. solat selalunya masuk melalui pintu terdekat. kalau nak ke raudhah baru menapak ke pintu masjid gate 25 tu.
sis...............i faham perasaan you kerana i pernah mengalaminya.
sejak itu kami bertekad ke sana setiap tahun.
dan alhamdulillah...Allah murahkan rezeki kami dan 4 dari 5 orang anak kami dah ke sana.
sekarang ni dalam perancangan nak bawa anak sulung satu keluarga ke sana...doakan kami ya sis..
kita saling memerlukan doa...