|
Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)
[Copy link]
|
|
salam..
rasanya mereka tidak boleh "keudara" ketika ini. heh heh. almaklumlah, "Jadual Allah". |
|
|
|
|
|
|
|
saudara, hal ini banyak terjadi di dalam tariqat. setakat yang saya tahu bukan sahaja Rufaqa' sahaja yang bersungguh-sungguh menanti Imam Mahdi dan meyakini pemimpinnyalah yang akan merintis jalan untuk Imam Mahdi. Selain mereka ada satu lagi tariqat muktabarah (ini setakat pengetahuan saya) yang meyakini pemimpin mereka yang akan merintis jalan utk Imam Mahdi malah mereka meyakini Syeikh mereka akan 'memimpin tangan' Imam Mahdi keluar dari suluknya di alam ghaib. Tariqat ini sangat popular dan ramai ulama'2 yang besar2 di dlam dan luar negara menjadi pengikut syeikh ini.
jadi bila saya ajukan soalan ini kepada dua2 pihak (Rufaqa' dan tariqat yang satu lagi ini) merka jawab itu adalah berdasarkan keyakinan masing-masing untuk merebut janji Nabi untuk kembali menggemilangkan Islam sebelum kiamat. Jadi selagi tidak berlaku lagi, sesiapa pun boleh cuba dan mereka berusaha bersungguh dan berdoa dengan penuh keyakinan agari ianya terjadi di tangan mereka.
Jadi tidak timbul persoalan apa akan terjadi jika Abuya meninggal sebelum Imam Mahdi muncul. Jika ia berlaku, maka sah Abuya bukan PBT. Begitu juga dengan Syeikh yang sorang lagi ini, kalau ia meninggal sebelum Imam Mahdi (syeikh sudah agak berumur, dan bergerak dengan kerusi roda mostly) maka bukan beliau lah yang akan 'memimpin tangan' Imam Mahdi keluar.
Apa-apa pun mereka berusaha bersungguh untuk merebut janji Nabi dan insya Allah ada ganjarannya walaupun tak berjaya. Kita bagaimana?
Wallahu a'lam. Maaf kalau ada kesilapan. Tolong betulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 21-2-2006 01:25 AM
saudara, hal ini banyak terjadi di dalam tariqat. setakat yang saya tahu bukan sahaja Rufaqa' sahaja yang bersungguh-sungguh menanti Imam Mahdi dan meyakini pemimpinnyalah yang akan merintis jalan ...
salam
Ini baru dua yang diketahui.
Kalau Imam Mahdi pun dah ramai yang mengaku, pengakuan menjadi 'Pemuda Bani Tamim' takdelah susah sangat (kalau dibandingkan dengan Imam Mahdi). Selagi tidak ada riwayat jelas tentang diri PBT, maka sesiapapun dari suku Bani Tamim atau orang2 biasa yang berharap benar mempunyai darah Bani Tamim boleh mendakwa diri sebagai PBT. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak siapa tahu tentang perkara bilakah saat kedatangan Imam Al-Mahdi, ini semua perkara ghaib dalam perancangan Allah swt, kita hanya boleh yakin bahawa Imam mahadi akan dilahirkan disuatu masa nanti, inilah pegangan Ahlussunnah waljamaah berdasarkan hadis2 dari Nabi SAW, sekiranya ustaz Ashari meninggal dunia lebih awal sebelum kedatangan imam Al-Mahdi, maka tidak mendatangkan sebarang masalah, dan jika kedatangan Imam Al-Mahdi semasa hidupnya Ustaz Asaari, tidak mendatangkan sebarang masalah, dan sekiranya Ustaz Asaari mahu atau tidak mahu membaiat Imam Al-Mahdi pun tiada masalah, Kita kena faham konsep bahawa Allah swt sahaja yang mempunyai kuasa mutlak, selain dari Allah swt tidak boleh membuat keputusan atau perlaksanaan perancangan, Jika Allah swt mahu memberikan kemuliaan kepada seseorang, tiada siapa yang boleh menahan. Allah swt tidak berkongsi kuasa dengan sesiapapun, Allah swt tidak perlukan Ustaz Ashari sebagai syarat untuk sahnya Imam Al-Mahdi, Allah swt mahasuci dari berkongsi kuasa, apabila Imam Al-Mahdi datang maka dia akan mengishtiharkan dirinya berhampiran kaabah. Dengan bantuan dari Allah, bukan dari bantuan makhluk.
Allah swt telah memberi nikmat Iman dan Islam kepada Ustaz Asaari, dan Ustaz Assari hanyalah manusia biasa, tidak lebih dari itu, sampai masanya dia akan kembali kepada Allah apabila ajalnya sampai. Sedangkan Nabi SAW lebih mulia dari Arash Allah, Nabi SAW adalah semulia2 makhluk ciptaan Allah, pun baginda tetap diwafatkan oleh Allah. Untuk menjawap persoalan diatas,Allah swt tidak perlukan bantuan sesiapa untuk menaikkan, mengiktiraf, membaiat,dan menjadikan Imam Al-Mahdi berkuasa dimuka bumi.
[ Last edited by kuman at 21-2-2006 10:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KURSUS MOTIVASI SOLAT MEMBINA PERIBADI AGUNG
Tarikh: 26 Feb 2006 (Ahad)
Tempat: A-2-2 Pelangi Square Damansara, PJ6 Persiaran Surian
Petaling Jaya, Selangor.
Anjuran: Pusat Motivasi Harmoni & Spectral Multimedia
Masa: 8.00 - 6.00 petang
Pendaftaran: RM 20.00 (pelajar), RM 30 (selain pelajar)
揝IJIL PENYERTAAN DISERTAKAN擺/color]
Untuk penyertaan:
Sila hubungi -
Dr. Nor 慉ini Abd Rahman (019-3141074)
Pn Aqilah (016-2038313)
En. Ady Erwan (012-2674313)
Cik Fazihan (012-5905224)
Cik Saudah (012-3437463)
--------------------------------------------------------------------------------
Aturcara Program
8.00-8.30 am Pendaftaran peserta
8.30- 9.40 am Kuliah 1 (Sembahyang, Peranan dan Falsafahnya)
9.40 - 10.00 Rehat
10.00 - 11.00 Kuliah 2 (Keagungan dan Kebesaran Solat)
11.00 - 11.15 Nasyid/sajak
11.15 -12.30 Kuliah 3 (Mengapa solat tidak membangunkan insan)
12.30 - 2.30 Sembahyang dan makan tengahari
2.30 - 3.30 Kuliah 4 (Solat itu berat kecuali bagi orang yang khusyuk)
3.30 - 4.30 Kuliah 5 (Panduan menjaga kesempurnaan solat hingga boleh melahirkan rasa khusyuk
4.30 - 5.15 Sembahyang asar
5.15 - 6.00 Sesi dialog
--------------------------------------------------------------------------------
揗elalui sembahyang umat Islam dapat membina jiwa serta mental dan seterusnya membentuk peribadi unggul. Sudah pastilah ini suatu yang hebat dan unik kerana dengan mendirikan solat secara automatik seseorang itu akan dimotivasikan 5 kali sehari. Inilah merupakan program dan agenda pertama dan utama bagi kecermelangan, kejayaan dan kegemilangan umat Islam semenjak dahulu, kini dan akan datang |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
tumpang tanya, Puan MawarMerah silap thread ke? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 21-2-2006 01:25 AM
saudara, hal ini banyak terjadi di dalam tariqat. setakat yang saya tahu bukan sahaja Rufaqa' sahaja yang bersungguh-sungguh menanti Imam Mahdi dan meyakini pemimpinnyalah yang akan merintis jalan ...
ni lah yg jd persoalan sy, apa jd dgn pengikut2 ustaz Ashaari klau dia ditaqdirkn Allah SWT meninggal sblum sempat tegakkan daulah Islam? nak teruskn ke? ke nak cari PBT yg lain? sbb apa yg diperjuangkn selama ni x jadi...
pd pendapat sy lah, bukankah lbh elok klau kita kata nak berjuang tegakkan daulah Islam, kita terus shj berjuang semata2 utk tegakkan islam? tak perlu nak rebut2 apa2 title...bukan ke ini lbh utama? krn seolah2 org ini (yg mendakwa adanya org2 'tertentu' yg perlu diikut) tlh menambah2 sesuatu dlm i'tiqad mereka?
ingatlah sebuah hadis:
drp jabir bin Abdillah al ansari r.a."bhw seorg lelaki bertanya kpd rasulullah, katanya: apa pandangan tuan apabila sy bersolat yg wajib, dan sy berpuasa ramadhan, sy menghalalkn yg halal dan sy mengharamkn yg haram, dan SY TIDAK MENAMBAHKN SESUATU LBH DRP YG DEMIKIAN ITU, adakah sy akan masuk syurga? sabdanya:Ya. (riwayat muslim)
dan tahukah saudara2,
terdapat beberapa ulama2 islam ahlussunnah tidak mengakui i'itiqad akan lahirnya Imam mahadi termasuklah ibnu khaldun. ini kerana hadis2 yg menerangkan hal al mahdi tidak terdapat dlm hadis bukhari dan muslim, hanya ada dlm kitab hadis tirmizi dan abu daud, yg kemudiannya diterangkn bhw hadis itu dhaif kerana rawinya terdapat seorang yg bernama 'ashim yg sgt pelupa dlm hafalannya. selain itu terdapat sebuah hadis yg langsung tidak disebut dlm slh satu kitab hadis yg 6, tp terdapat dlm kitab Hajatul Qulub, karangan Majlisi (seorg syiah) yg dinamakan hadis "engkau wasiatku". menurut ibnu hajar al haitami hadis itu adalah hadis maudhu' (rujuk Shawaiqul Muhriqah)
sy rasa, lbh elok, lbh utama, dan lebih bagus kalau ustaz ashaari dan pengikut2nya terus shj berjuang menyebarkn islam kpd masyarakat, spt mn2 pendakwah2 dan jemaah2 lain dgn x perlu nak mendakwa merekalah yg dh dijanjikn Allah dsb. kita lihat asy syahid hassan al banna, pengasas ikhwanul muslimin yg rasa sy jemaahnya lebih hebat dr al arqam atau rufaqa', tidak pernah sekalipun mendakwa dia PBT,almahdi dsb. mcm tu jugak, syed qutb, abdul qadir audah, ramadhan al butti, dll, mereka ikhlas benar2 berjuang utk menegakkan kalimah Allah. tidakkah begitu lbh baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 21-2-2006 01:41 PM
ni lah yg jd persoalan sy, apa jd dgn pengikut2 ustaz Ashaari klau dia ditaqdirkn Allah SWT meninggal sblum sempat tegakkan daulah Islam? nak teruskn ke? ke nak cari PBT yg lain? sbb apa yg dip ...
rasanya MawarMerah dahjawab kot...
jawapan beliau adalah menyuruh sesiapa yang nak tahukan jawapan, pergi ke kursus yang dianjurkan.
Originally posted by Mawar Merah at 21-2-2006 12:12 PM
KURSUS MOTIVASI SOLAT MEMBINA PERIBADI AGUNG
Tarikh: 26 Feb 2006 (Ahad)
Tempat: A-2-2 Pelangi Square Damansara, PJ6 Persiaran Surian
Petaling Jaya, Selangor.
Anjuran: Pusat Motivasi Harmoni & Spectral Multimedia
Masa: 8.00 - 6.00 petang
Pendaftaran: RM 20.00 (pelajar), RM 30 (selain pelajar)
ataupun MawarMerah ni OFF TOPIC ???? ff: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 21-2-2006 01:41 PM
ni lah yg jd persoalan sy, apa jd dgn pengikut2 ustaz Ashaari klau dia ditaqdirkn Allah SWT meninggal sblum sempat tegakkan daulah Islam? nak teruskn ke? ke nak cari PBT yg lain? sbb apa yg dip ...
Ini dari apa yang saya tahui, apabila tugas seorang mujaddid sudah selesai... seperti Mujaddid ini tugasnya untuk mendapatkan daulah sesuatu tempat, maka apabila dia mendapat kemenangan sesuatu tempat itu maka dia akan menunggu hari matinya,kerana tugas simujaddid ni sudah selesai. semasa daulah pengikut2nya kegembira dalam tangisan, seperti zaman Baginda dulu kerana ini adalah sunnah Allah pada hari telah selesai turun ayat2 Al-Quran maka baginda akan wafat tidak lama lagi, maka para sahabat pun gembira tapi dalam hati mereka terasa sedihnya kerana Baginda akan wafat tak lama lagi...
Ini kerana tugas mujaddid sudah selesai dan mujaddid akan meninggal dalam masa 2 tahun kalau tak silap saya.... dalam masa 2 tahun itu Mujaddid akan meyelesaikan tugas2 dia dalam suasana kasih sayang.... insyallah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 21-2-2006 01:41 PM
ni lah yg jd persoalan sy, apa jd dgn pengikut2 ustaz Ashaari klau dia ditaqdirkn Allah SWT meninggal sblum sempat tegakkan daulah Islam? nak teruskn ke? ke nak cari PBT yg lain? sbb apa yg dip ...
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
apa-apa pun, orang bertariqat apabila mursyid meniggal, maka perlulah berbaiah dengan mursyid yang baru. jadi begitulah sekiranya Abuya meninggal maka perlulah anak-anak buah mencari mursyid yang baru untuk membimbing perjalanan menuju Allah.
mengenai merebut jawatan atau ttile PBT, itu adalah merebut janji Nabi. Nabi dah janji bahawa Islam akan bangkit semula di akhir zaman, maka berebutlah kita untuk menjadi orang yang merealisasikan janji Nabi ini. Para sahabat dulu berebut-rebut nak takluk Konstantinopel kerana itu janji Nabi, tapi ianya berlaku di tangan Muhammad al-Fateh; beberapa ratus tahun selepas kewafatan nabi. Jadi di sini tidak timbul nak rebut jawatan atau apa; semua orang boleh cuba dan sape tak nak jadi orang yang kembali menggemilangkan Islam. Berjaya atau tidaknya itu di tangan Tuhan. Insya Allah ada nilainya di sisi Tuhan.
Pendapat peribadi saya, saya hormati mereka yang cuba nak merebut janji Nabi utk kembali menggemilangkan Islam di akhir zaman; baik dari jemaah mana sekalipun. Saya hormati Abuya ke Sy Nazim ke, asalkan cita2nya utk Islam.
Tapi bila berjuang mestilah ada keyakinan. itulah yang menyebabkan anak-anak buah meyakini akan kedudukan guru mereka. SEsiapa yang bertariqat pasti tahu adab murid dengan guru; menurut Syeikh Syaarani, beliau mengatakan bahawa antara adab murid dengan guru ialah murid mestilah menganggap gurunya wai terbesar sekali.
Wallahu a'lam. Ampun maaf
[ Last edited by beemer318Ci at 22-2-2006 02:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 22-2-2006 02:09 AM
apa-apa pun, orang bertariqat apabila mursyid meniggal, maka perlulah berbaiah dengan mursyid yang baru. jadi begitulah sekiranya Abuya meninggal maka perlulah anak-anak buah mencari mursyid yang b ...
Ya... saya setuju bahawa kita perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik... tapi mengapa tidak kita berjuang sahaja demi Allah swt, ikhlas semata2 kerana ALlah. Saya rasa agak pelik dengan istilah 'Merebut' yang digunakan memandangkan istilah ini seakan2 mengatakan sesiapa sahaja boleh menjadi PBT... sedangkan takdir Allah swt telah menetapkan hanya 'orang itu' sahaja adalah PBT.... maka apabila telah sampai waktunya.. maka akan terjadilah seperti yang direncanakan oleh Allah itu... samaada dengan usaha 'orang itu' atau tanpa usaha 'orang itu' kerana segala2nya adalah atas kehendak Allah untuk mengerakkan 'orang itu' apabila telah sampai masanya... Seperti yang Abuya kata...Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan redha Allah... Jadi tumpukan kepada perjuangan Islam.. Apabila telah sampai masanya... biar le ianya berlaku seperti ketentuan Allah... Hanya Allah swt Yang MAha Mengetahui... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 22-2-2006 02:09 AM
apa-apa pun, orang bertariqat apabila mursyid meniggal, maka perlulah berbaiah dengan mursyid yang baru. jadi begitulah sekiranya Abuya meninggal maka perlulah anak-anak buah mencari mursyid yang b ...
Ya... saya setuju bahawa kita perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik... tapi mengapa tidak kita berjuang sahaja demi Allah swt, ikhlas semata2 kerana ALlah. Saya rasa agak pelik dengan istilah 'Merebut' yang digunakan memandangkan istilah ini seakan2 mengatakan sesiapa sahaja boleh menjadi PBT... sedangkan takdir Allah swt telah menetapkan hanya 'orang itu' sahaja adalah PBT.... maka apabila telah sampai waktunya.. maka akan terjadilah seperti yang direncanakan oleh Allah itu... samaada dengan usaha 'orang itu' atau tanpa usaha 'orang itu' kerana segala2nya adalah atas kehendak Allah untuk mengerakkan 'orang itu' apabila telah sampai masanya... Seperti yang Abuya kata...Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan redha Allah... Jadi tumpukan kepada perjuangan Islam.. Apabila telah sampai masanya... biar le ianya berlaku seperti ketentuan Allah... Hanya Allah swt Yang MAha Mengetahui... |
|
|
|
|
|
|
|
saya kurang faham dgn apa yang ct_og katakan ttg takdir dan 'telah di tentukan'. bukankah semua perkara telah Tuhan tentukan? Kaya miskinnya kita, hidup matinya kita, berjaya atau gagalnya kita. jadi kenapa perlu kita berusaha? Nabi kata dlm satu hadith yang ada dlm hadith 40 an-Nawawi yang seseorang tu telah tertulis sejak azali lagi samada dia tu masuk syurga atau neraka. jadi kenapa usaha?
ct_og, semua perkara dlm dunia telah ditentukan Allah. Dia Maha Mengetahui yang lepas, kini dan akan datang. Dia juga al-Jabbar, al-Qahhar. Usaha kita hanyalah sebagai adab kita dengan Tuhan yang Maha Agung. Ianya tidak member apa-apa kesan. Segalanya Tuhan telah tentukan. Tapi kita tak tahu ketentuan Tuhan sehinggalah ia berlaku.
Jadi dlm hal ini, Nabi tidak menyebut sapa PBT (malah ramai juga ulama' yang tidak terima perihal PBT) dan kalau bukan PBT, Nabi juga tidak menentukan siapa orang2 yang akan membangunkan Islam buat kali kedua di akhir zaman. Orang yang Nabi dah cakap awal2 dan dipersetujui oleh ramai ulama' ialah Imam Mahdi dan Nabi Isa.Itu janji Nabi. Selain itu Nabi tak sebut, maka ianya umpama tawaran Nabi kepada umat akhir zaman utk sama2 kembai menggemilangkan Islam di akhir zaman.
Soal ikhlas ni sulit sikit. Adakah kita mengatakan bahawa sahabat Nabi Abu Ayyub al-Ansari tidak ikhlas dlm perjuangannya kerana beliau juga cuba merebut janji Nabi utk menakluk Konstantinopel. Nabi kata Konstantinopel akan jatuh ke tangan pemimpin sebaik2 pemimpin, tentera sebaik2 tentera dan rakyat sebaik2 rakyat. Abu Ayyub cuba utk merebut janji ini tapi tidak berjaya dan syahid di pinggiran kota Istanbul. Adakah beliau tidak ikhlas berjuang kerana bergerak mengikut alamat Nabi atau kerana beliau nak title sebaik2 pemimpin?
Wallahu a'lam. ampun maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 22-2-2006 09:44 AM
saya kurang faham dgn apa yang ct_og katakan ttg takdir dan 'telah di tentukan'. bukankah semua perkara telah Tuhan tentukan? Kaya miskinnya kita, hidup matinya kita, berjaya atau gagalnya kita. ja ...
APa yang saya maksudkan sama seperti yang beemer318Ci fahami... so harap berjaya dalam perjuangan.... Salam ... maaf kira menyinggung perasaan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak siapa tahu bila...mungkin 100 tahun akan datang, mungkin 1000 tahun akan datang, yang penting jalankan kerja dakwah supaya tak termasuk golongan org yang rugi, elakkan balik keahirat bawa bakul kosong.
Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.(Al-Asr:1-3)
Beriman dan beramal, masih rugi, beriman beramal dan berdakwah, masih rugi. beriman beramal berdakwah dan istiqomah baru lengkap.
Wallahuaklam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ct_og at 22-2-2006 01:40 PM
APa yang saya maksudkan sama seperti yang beemer318Ci fahami... so harap berjaya dalam perjuangan.... Salam ... maaf kira menyinggung perasaan....
hehee tidak ada apa2 yang menyinggung pun. saya pun mohon maaf jika ada terkasar bahasa dengan ct _og.
selamat berjuang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 22-2-2006 04:31 PM
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dgn Putera Bani Tamim ini sila lawati...
1.) Siapa Bani Tamim: Asal Keturunan Bani Tamim
[url=http://banitamim.hyperboards.co ...
Alhamdulilah.
Terima kasih pada Akak Mawar
Saya gembira dapat membacanya. Semoga pejuang2 kebenaran akan memperolehi kegemilangan, kecemerlangan dan kemenangan didunia dan diakhirat.
Teruskan usaha anda , akak mawar!!!
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|