|
Cerita dari orang yang empunya cerita:
Di Usik Jelmaan Penunggu Rumah..........
![](http://img523.imageshack.us/img523/9152/blackdeathnj2fv0.jpg)
Along, Nora dan Ayu, itulah 3 orang sahabat karib.
Mereka ni berkawan sejak di tahun pertama lagi di salah sebuah institusi pengajian tinggi ( korang faham2lah kat mana)
Kebetulan ketika mereka berada di tahun 3, oleh itu mereka tidak dibenarkan lagi tinggal kat kampus.Biasalah U pun meniaga jugak.
Mahu tak mahu diorang kenalah menyewa kat luar.
Setelah puas mencari rumah, akhirnya diorang dapatlah menyewa sebuah rumah teres kat kat U tu.
Disebabkan sewa rumah tu agak murah,maka diorang pun bersetuju nak sewa rumah tu.
Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua, nama dia orang kat situ panggil Atok Mok.
First time jumpa gan Atok Mok masa bagi duit deposit, barulah diorang dapat tengok muka orang tua itu.
Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini.
Mujur juga orang tua itu cepat belah.
Tapi dia pandang si Ayu ni semacam jer! Macam ada perasaan jer...
Agak agak sebulan diorang menyewa di rumah itu,
Diorang macam dapat rasa sesuatu yang tak kena kat rumah tu.
Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi.
Kekadang diorang ternampak macam kelibat Atok Mok kat dalam rumah tu.
Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora tengok sendiri yang Atok Mok sama Ayu ni tidur berdua kat dalam bilik.
esoknya, pagi pagi, Along dan Nora soundlah kat Ayu apa yang diorang nampak Ayu dah buat malam tu...
Terkejut sakan lah Ayu padahal malam tu dia tak balik rumah.
Lagi pun, buat apa dia nak tidur pulak ngan Tok Mok?
Masa ngah ,mandi petang tu, Ayu tengok kat badan dia ada pulak kesan lebam dan calar-calar...husssh ganas...
Heran gak Ayu...Tapi dia diam jer...memikirkan macam mana lak boleh dapat macam tu...
Sementara tu diorang cuba gak cari rumah sewa yang lain kot kot ada..
Diorang dah tak berani dah duduk sorang-sorang kat rumah
Kalau Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah.
Untuk masuk sorang sorang kat dalam rumah, sorrylah.
Masa tu, tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang.
Kemudian tiba-tiba sahaja kaki dia macam terikut-ikut masuk kat kat dalam rumah.
Malam tu ketika sedang mereka sedang tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai.
[fly]hi i i i hi i i i hi i i i hi i i i h i i i....[/fly]
Seluruh badan Ayu jadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora.
Rambut Ayu yang memang panjang mula mengerbang-ngerbang.
[ Last edited by rdzaccess at 16-8-2007 03:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudahmula menampakkan kemerahan.
Walaupun mereka cuba membacakan ayat-ayat suci Al-Quran namun keadaan Ayu menjadi agak kurang sikit,
tetapi lepas beberapa minit keadaannya kembali teruk.
Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, tetapi Along dan Nora dengan pantas memegang kedua-dua belah tangan dan kakinya.
Walaupun begitu, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa.
Maka Along danNora pun ditendang oleh Ayu, tersungkur masing-masing.
Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil,
cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.
Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kekecuhan kuat Along dan Nora
telah didengari oleh penduduk yang tinggal berdekatan kat situ.
Diorang pun masing-masingbergegas keluar ingin tahu apa yang berlaku.
Kebetulan pulak salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab,
mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang diorang sewa tu.
Tapi dia tak mau ceritakan.
Dia tidak mahu membuka merungkaikan rahsia rumah tu.
Walaubagaimanapun dia cuba untuk membantu supaya Ayu pulih.
"Kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini.
Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih tak nak lepaskan rumah ini". kata Pak Wahab.
[ Last edited by rdzaccess at 16-8-2007 06:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jam 4 pagi, maka berkuranganlah jeritan Ayu,
itupun setelah dijampi serapah dengan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab.
Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan dia diajar mengucap.
Setelah sedar, dia bingkas memeluk Along dan Nora sambil menangis.
Ayu terasa dirinya cuba dipeluk oleh Tok Mok.
Kemudian dia melihat Tok Mok mula beredar kemudian bertukar menjadi satu lembaga yang semakin lama semakin menjauh lalu hilang.
Selepas peristiwa menyeramkan malam itu, diorang pun terus berpindah rumah.
Kejadian pada hari itu telah mengajar diorang untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa.
Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu diselidik terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menetap.
Rupa-rupanya barulah diorang tahu bahawa Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain.
Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan mirip muka Ayu seperti mirip isterinya yang lari dahulu...................
Ade nya.....
Saper nak sewa rumah aku...Tapi kat sebelah ada kosong...
Close encounter~ joke~ Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu dan lari kerana dia tidak pakai apa apapun kat dalam, selain kain kapan pembungkusnya tu.![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
[ Last edited by rdzaccess at 16-8-2007 08:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm......mcm kisah novel je kisah ayu dgn atok mok tu...![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #764 siape_aku's post
aku pernah baca citer ni....dari majalah mingguan wanita...rdz ko cilok dari situ ker?![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #760 rdzaccess's post
aku setujuk..pasal ending pocong ilang..tah hape2..n yg kes mat rempit tu pun aku sangsi..pueh ler aku mikio...terteleng2 aku duk ingat arah jalan tun razak yg ghupe video tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #759 ashna's post
org tu baru balik dari pesta pakaian beragam kot ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #760 rdzaccess's post
bang, live chase tu dah lamaaaaaaaa kat internet la. semua orang dah tahu dedulu lagi yang ianya bukan di kl. klip asal siap ada suara si mamat yang merakam yang bercakap dalam bahasa asing
tak yah nak penat-penat buat analisis sendiri dah lepas ni ye... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu aku nak tanya sikit.
kita dok berpandukan ayat-ayat al-quran untuk selesaikan masalah sebegini.
kita diminta memahami terjemahan ayat-ayat al-quran jugak.
tapi, di manakah dalam al-quran ada cakap yang dalam dunia ni wujud hantu raya, penanggal, pontianak, roh berkeliaran di bumi, pelesit, hantu galah, pocong dan sebagainya?
aku cuma tau kewujudan sihir, syaitan dan jin-jin yang bersekutu dengannya.
jadi, kenapa kita berforum bagaikan spesis sebegini wujud?
aku sendiri tak tau, jadi aku harapkan korang boleh ajar ilmu korang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih. samalah dengan apa aku percaya selama ni.
kalau tengok kebanyakan postings di bod, ramai yang masih bezakan jin dan hantu (supposedly). bila cakap pasal jin, disarankan guna ayat al-quran sebagai penyudah masalah.
tapi bila cakap pasal hantu, mulalah keluar petua guna lada hitam, garam, cili, kemenyan, penyapu didirikan terbalilk, letak lidi atas pintu, asal-usul adalah roh yang tak tenteram, etc etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 16-8-2007 12:06 ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
bang, live chase tu dah lamaaaaaaaa kat internet la. semua orang dah tahu dedulu lagi yang ianya bukan di kl. klip asal siap ada suara si mamat yang merakam yang bercakap dalam bahasa asing ...
Sememangnya betul apa yang diperkatakan 'tak payah analisis.'
Kat sini saya postkan bahawa saya akan buat analisis.
Harap maklum kenapa saya bertanyakan soalan yang sebegitu rupa?
Terapkan budaya ingin tahu. Periksa sumber yang ada. Kita jangan mudah menggangguk dan meng iakan saja.
Mesti ada pro & con, mesti ada cause & effect bagi kehidupan di dunia ini.
Sememanglah semua kita tak boleh nak tahu, tetapi kalau kita mencuba sesuatu untuk kemahuan diri insya'allah akan diberikan kita pengetahuan.
Macam saranan yang kat sini, alhamdulillah, sekurang-kurangnya bolehlah saya beri sebab mengapa.
OFF TOPIK SATU CERITA...
"Bang, saya nengok lepas abang gi kerja, isteri abang keluar ngan satu orang lelaki tu. Tiap hari pas abang keluar jer lelaki tu datang ngan kereta.Pas tu diorang keluar berdua2"
" Ha!?" kata Mamat.
"Diorang gi mana yer?",tambah soalan dari Mamat.
"Tak taulah bang. Tapi nampak happy jer"
Bila pulang rumah dari bekerja Mamat pun tanyalah isteri dia.
Isteri dia cakap " Takkan saya pergi pasar naik teksi pun abang nak tanya ?"
EHHH...DAH JADI 2...
Lagi satu pengalaman saya apabila pergi kursus.
Bila petanyaan" Ada apa2 soalan lagi tak?"
Peserta suma diam.Maka saya mengambil pendekatan bertanya soalan.
Rakan saya kemudian tanya kat saya, "Tuan, tuan kan dah tahu apa jawapan yg akan di beri oleh dia?"
Saya menjawab" Memang saya dah tahu sebab module tu saya yg susun, tetapi kebanyakkan peserta samada malu atau terfikir2 apa soalan atau saranan yg nak dikemukakan." |
|
|
|
|
|
|
|
OFF TOPIK SATU CERITA...
"Bang, saya nengok lepas abang gi kerja, isteri abang keluar ngan satu orang lelaki tu. Tiap hari pas abang keluar jer lelaki tu datang ngan kereta.Pas tu diorang keluar berdua2"
" Ha!?" kata Mamat.
"Diorang gi mana yer?",tambah soalan dari Mamat.
"Tak taulah bang. Tapi nampak happy jer"
Bila pulang rumah dari bekerja Mamat pun tanyalah isteri dia.
Isteri dia cakap " Takkan saya pergi pasar naik teksi pun abang nak tanya ?"
EHHH...DAH JADI 2...
Bahaya gak nihhhhh....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 16-8-2007 12:13 ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
lagi satu aku nak tanya sikit.
kita dok berpandukan ayat-ayat al-quran untuk selesaikan masalah sebegini.
kita diminta memahami terjemahan ayat-ayat al-quran jugak.
tapi, di manakah dalam ...
Bagus...alhamdulillah
Sesungguhnya Iblis dan syaitan nilah yang menyesatkan kita, itu janji mereka kepada Allah dan Allah membenarkan ia diperlakukan demi untuk menduga keimanan dan ketaqwaan umat manusia.
Rasulullah sendiri pernah diganggu ketika solat dan iblis pernah memberitahu ayat dari surah al Qur'an bagaimana hendak menghindarkan mereka daripada gangguannya kepada beberapa orang Nabi.
Dan juga dari hadis di mana sahabat diganggu oleh iblis dalam pelbagai bentuk seperti makhluk yang kecil (separas lutut), seperti seorang tua, seperti seorang pemuda yang sasa termasuklah menyerupai binatang2 dan batu kayu pepejal. |
|
|
|
|
|
|
|
Menggunakan petua barangan2 rumah adalah untuk mengumpan makhluk2 ini.
Kebanyakan makhluk2 ini sudah disihir untuk mengikut telunjuk orang yang menyihirnya.
Apabila sihirnya tidak dimatikan/dihapuskan maka ia akan terus merayau2.
Jadi penggunaan benda di atas adalah dari segi pengetahuan, bagaimana asal kejadian makhluk ini, oleh perawat.
Sila baca thread sebelumnya.
Contohnya :
Masalah- air melimpah
Tempat- dari baldi
Sebab- air dah penuh
Mengapa- paip air tak ditutup
Tindakan-selesaikan masalah
Bagaimana?
kalau air dalam baldi dah penuh kita akan tutup paip dan bukan membuang air dari baldi ( selalunya lah melainkan kita nak cuci tangki takungan.)
Di harap ini memberi dapat penjelasan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by feirina at 16-8-2007 09:54 ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku pernah baca citer ni....dari majalah mingguan wanita...rdz ko cilok dari situ ker?
Aaa...haaa ...saya cilok tapi bukan kat majalah, kat kawan saya...
Tu sebab tajuk saya "Cerita dari orang yang empunya cerita"...
Saja jer , agak2 suma forumer kat sini ada baca majalah mingguan wanita tak?
Saya tak pernah beli majalah wanita sebab saya lelaki, sorry...
kalau ada boleh lah post kat sini, tak per der...boleh kita kongsi sesama...Lepas tu kita boleh kongsi macam maner kita boleh buat kalau kena situasi macam diorang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #776 rdzaccess's post
ha'a yer...aku lupa lak yg ko ni lelaki....BTW aku penah baca citer tu![](static/image/smiley/default/smile.gif)
rdz...tak dak pengalaman yg mistik ker yg terlintas di fikiran nk dikongsi ngan forumers...dah lama tak dgr ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rdz..ko memang pernah lalu are Gurun masa nk gi sungai Tiang kan...
Actually aku keje area perindustrian berat kat sini..ko pernah dengar tak kawasan yg dipanggil Jentayu kat area jeniang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tapi kok serba salah jadinyer, sebab skarang ni cerita kat B B B, pas tu dah ada thread kat situ...dalam MHI ni ..oops MPS ( majlis perbandaran Seremban).
Okay tak perlah, skip BBB ni, cerita kat tempat lain lak...
Bagi masa sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan masa aku kerja kat kilang tu aku... aku tak ada nampak kepala , aku cuma nampak badan jer... pas tu dah dekat pulak tu( masa tu aku pakai cermin mata, sebab berpeluh aku bukak lah cermin mata, jadi kenalah pergi dekat2 baru nampak...)
Okay, kita skip yg ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|