CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepaileman

[merge]Pocong - Latest: pocong air terjun kanching by ismiulamraja

[Copy link]
Post time 7-7-2009 02:32 PM | Show all posts


ni wakenabeb punya siri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 10:05 AM | Show all posts

Pocong gemparkan Felda Jengka 4

Post Last Edit by Syd at 20-7-2009 10:07

Pocong gemparkan Felda Jengka 4   
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
[email protected]

   


      

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit


KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk ditanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan,pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.
        
Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang kearahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:28 AM | Show all posts
dahsyatla mamat ni. terketar2 pun gigih rakam gmbr antu. tensen pocong tu org x takut kt dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:28 AM | Show all posts
caya la syd ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:32 AM | Show all posts
real ahh pocong nie..kaki tak jejak tanah... seremmmmmm sehh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:32 AM | Show all posts
wahhhh!!!!....
Agaknya cam ni kot yang mak pu3 nampak tuu...
eeeeeeeeeee......atutttnyaaaa{:2_77:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2009 10:56 AM | Show all posts
siot...
seram siot..
klu aku tak tau la berani ke tak nk pi rakam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:20 AM | Show all posts

Pocong gemparkan Felda Jengka 4

Pocong gemparkan Felda Jengka 4
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
[email protected]


KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.



Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan tele-

fon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, se-

malam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan

dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.


credit to: Berita Harian, Isnin 20/07/2009
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 11:22 AM | Show all posts
seram siot....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:25 AM | Show all posts
ada dua thread nih??
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:46 AM | Show all posts
wuih! seram bangat nih.. ni pic betul ke? ade sesape yg dapat sahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:47 AM | Show all posts
pocong...?huh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:52 AM | Show all posts
seram siot......nasib bek jauh ckit dr kampung ak...huhuhuhu....klu x mau ak x blk raye taun nie....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 12:09 PM | Show all posts
kat pahang ni banyak betul pocong, hari tu anak buah teman dapat tangkap dengan hp kalau tak silap teman dekat raub..........melompat2 tinggi nak melintas kereta diaorg nasib baik diaorg pecut dulu baru pocong tu sampai kat jalan raya. mata merah jer...........kat hp nampak pocong tu melompat2 tinggi.

teman rasa kes ni pun betul juga entah pocong yang sama tu berkeliaran merata2. kekadang tu yang ada kes kemalangan di sebabkan terkejut benda2 mcm ni tiba2 terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 12:13 PM | Show all posts
fuh seram bangat sih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 12:27 PM | Show all posts
ceh...seram tu.....kata org, klu berani bukak kain dia, nanti dia bg apa yg korang nak.
klu berani la......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 02:04 PM | Show all posts
pas ni mesti si pocong ni akan diseranah oleh kaum kerabatnya sebab terexpose kan diri tanpa kacau mamat tu....patutnya kalau dah nampak tu kurang2nya ngilai la skit2..tak pun toing2 susah payah lompat (maklum la kaki kena ikat dgn kain kapan)
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 03:02 PM | Show all posts
alamak...cik koko jely!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 08:16 PM | Show all posts
8# Rajawali


Takdak orang cerita pocong ni jenis hantu yg mengeluarkan bunyi.... agaknya dia bisu kot?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:33 PM | Show all posts
Pocong gemparkan Felda Jengka 4
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
[email protected]

http://www.bharian.com.my/Monday/Nasional/20090720000102/mainpix
KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman meng ...
leon_mclaren78 Post at 20-7-2009 11:20

nape hantu cmni cume jelma dkt satu, dua orang je..
nape tk jelma kt ramai2 org, cm dkt jom heboh ke... kan besh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066740 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list