|
[Tempatan]
Versi 9: Pengganas Sulu Letak Senjata Tanpa Syarat! – Tegas PM
[Copy link]
|
|
zainmahmud posted on 7-3-2013 11:29 PM
kepada yg x faham tujuan aku tulis kenapa efos kita bom sasaran yg tiada, jgn cepat melompat. aku ta ...
bom direct kat pemberontak salah dalam perjanjian GENEVA.....kalau kita US ok lah....
cari musuh dalam hutan...teknology ni US aje ada guna tikus..... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 7-3-2013 11:27 PM
u want me to explain here or PM?
Mana2 yang u selesa. Thank you in advance ek. |
|
|
|
|
|
|
|
stone, kita bukan bom pemberontak, kita bom intruders yg melancarkan serangan ke atas bumi kita...
or you wanna tell me, efos bom sipi2 sbb tak leh bom direct? ada ka code of conduct lagu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 7-3-2013 11:29 PM
ade jek ambiga komen..
ak pon tertarik ngn komen ni
Can politicians on both sides stop being their usual bickering selves and take a bi partisan approach to this? PM lead the way! #LahadDatu
|
|
|
|
|
|
|
|
even tamil tigers dibom habis2an oleh tentera negara depa sendiri sampai tamatnya pemberontakan di sana...adakah ianya salah di sisi undang2 geneva? |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 7-3-2013 11:31 PM
Sebut pasal minah ni. Bukan terror mana pun, kawan aku tapaw dia masa masing2 mewakili client kat ...
hai mey??..so pandai cakap jelah???bukan stock karpal singh lah minah ni??
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsrezza posted on 7-3-2013 11:37 PM
ak pon tertarik ngn komen ni
kebetulan plak pendapat die ngan saifuddin abdullah, our deputy minister of higher education adalah sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
zainmahmud posted on 7-3-2013 11:37 PM
stone, kita bukan bom pemberontak, kita bom intruders yg melancarkan serangan ke atas bumi kita...
...
Yup....melainkan antara negara |
|
|
|
|
|
|
|
just because kita tak baca sesuatu berita, or it escapes our attentions altogether, tak bermakna berita tu tak wujud
cuba2 lah gugel "ban ki moon condemns/warns/cautions/urges" bersepah2
almost every major events org tua tu kluar statement, as a formality saja la biasanya, kang dikata makan tido saja pulak
tak payah lah syok sendiri sangka tiap kali org tua tu bukak mulut, tujuannya tak lain nak jelajah kita lah tu (yahudi dan nasroni sentiasa cemburukan kejayaan ummah)
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 7-3-2013 11:31 PM
kena tembak, jatuh lam air, mayat tu duk lam air sampai ler keesokannya baru bulih bawak kluar...a ...
Oic, thanks ek.
Btw, "hamput"? Orang Johor kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 7-3-2013 11:32 PM
Cite pasal kiram seng molia ni, dengar kata sorang kutu tu diorang pernah ajak kita pi icj tapi ki ...
sila kuarkan bukti..hearsay aku x layan!!!...ada itam putih baru leh argue!
sila bagi gaji ko bulan ni kat aku ok!!!..
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 7-3-2013 11:32 PM
Cite pasal kiram seng molia ni, dengar kata sorang kutu tu diorang pernah ajak kita pi icj tapi ki ...
menipu jah citer indonesia ajak malaysia pegi ICJ nak tuntut sabah tuh.. tak yah caya laa.. tuh semua cerita nak nampak cam betul jah kuhnun sulu ada hak kat sabah... sedangkan perebutan pulau sipadan antara malaysia dan indonesia masuk ICJ pun indonesia kalah dan sipadan jadi hak malaysia... camna lak sulu nak tuntut sabah yg terang2 terbukti selama nih mmg malaysia memajukan sabah.....
org2 umno bleh laa kencing.. dorang hari nih jah ingat.. esok2 dah melayu mudah lupa.... apatah lagi milik kerajaan sulu yg takder kerajaan tuh... nak tuntut aper bender.. negara pun takder.... filipina tak tuntut pun pulau sipadan tuh...
Last edited by slippergombak on 7-3-2013 11:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 7-3-2013 11:38 PM
kebetulan plak pendapat die ngan saifuddin abdullah, our deputy minister of higher education adala ...
suratan dalam kebetulan
|
|
|
|
|
|
|
|
zainmahmud posted on 7-3-2013 11:38 PM
even tamil tigers dibom habis2an oleh tentera negara depa sendiri sampai tamatnya pemberontakan di s ...
betul...kerajaan dia tak kisah kalau org luar masuk campur....sebab depa gaduh sama2 depa....
msia kalau dah campur tangan luar...silap2 mau terlepas sabah nanti....atau paling kurang akan memburukkan ekonomi ..... |
|
|
|
|
|
|
|
zainmahmud posted on 7-3-2013 11:29 PM
kepada yg x faham tujuan aku tulis kenapa efos kita bom sasaran yg tiada, jgn cepat melompat. aku ta ...
dah byk ari aku nak tanya psl thermal imaging nih, tak tertanya2, kita miliki atau deploy such technology ka
(hasil pengaruh filem omputeh/layan siri 24 sampai pengsan)
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 7-3-2013 11:41 PM
menipu jah citer filipina ajak malaysia pegi ICJ nak tuntut sabah tuh.. tak yah caya laa.. tuh sem ...
Setau aku yang pulau Sipadan tu antara Malaysia ngan Indon. Pinoy cuma jadi pencelah.
Ke aku yang silap dengar? |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 7-3-2013 11:44 PM
Setau aku yang pulau Sipadan tu antara Malaysia ngan Indon. Pinoy cuma jadi pencelah.
Ke aku ya ...
aku dah ekjas laa.. tersilap... ko baca balik...
Sipadan Dan Ligitan Milik Malaysia.
Posted on Tuesday, December 17 @ 00:00:00 MYT
Topic: | Perbalahan berhubung siapa pemilik sebenar Pulau Sipadan dan Ligitan berakhir apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa, I-C-J, di The Hague, sebentar tadi memutuskan kedua-dua pulau itu sebagai milik Malaysia. Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan menamatkan pertikaian selama 30 tahun di antara Kuala Lumpur dan Jakarta berhubung hak kedaulatan kedua-dua pulau itu.
Dalam keputusan 16 lawan satu itu, mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Malaysia berdasarkan bahawa kedua-dua pulau itu sememangnya di bawah kawalan dan pentadbiran Malaysia.
Ringkasan keputusan yang mengambil masa sejam 45 minit itu dibacakan oleh Presiden I-C-J, Gilbert Guillaume.
Di antara orang kenamaan Malaysia yang hadir ketika keputusan diumumkan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Perbalahan berhubung kedua-dua pulau itu mula hangat pada 1969 apabila Indonesia mencabar hak Malaysia ke atas kawasan berkenaan.
Usaha menamatkan tuntutan berkenaan sejak 1992 gagal dan seterusnya menghalang kedua-dua negara mencapai kesepakatan berhubung sempadan dataran benua masing-masing.
THE HAGUE, 17 Dis (Bernama) -- Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di perairan Borneo adalah milik Malaysia, demikian diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague Selasa.
Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan menamatkan pertikaian selama 30 tahun antara Malaysia dan Indonesia berhubung hak kedaulatan kedua-dua pulau itu.
Dalam keputusan 16:1, mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Malaysia berdasarkan bahawa kedua-dua pulau itu sememangnya di bawah kawalan dan pentadbiran Malaysia.
Dalam ringkasan keputusan yang mengambil masa satu jam 45 minit untuk dibaca, Presiden ICJ Gilbert Guillaume, berkata walaupun mahkamah menerima alasan Malaysia bahawa Konvensyen 1891 antara pihak British dan Belanda tidak menetapkan garis sempadan ke arah laut dari perairan Pulau Sebatik, dan dengan itu meletakkan Ligatan dan Sipadan dalam peraiaran Indonesia, ia tidak dapat menerima dakwaan Malaysia mengenai hak warisan daripada Sultan Sulu dan seterusnya menjangkaui tempoh penjajahan sehingga diwarisi oleh Malaysia.
Pertikaian berhubung dua pulau kecil di luar pesisir Sabah dan Kalimantan Timur di Indonesia di Laut Sulawesi itu, tercetus pada 1969 apabila Indonesia mempertikaikan hak Malaysia terhadap wilayah itu.
Perbincangan selama empat tahun bermula 1992 gagal mencari penyelesaian dan menghalang kedua-dua negara mencapai perjanjian mengenai sempadan di laut.
Tuntutan Indonesia berasaskan kepada perjanjian pada 1891 antara bekas penjajahnya, Belanda, dan Malaysia pula pada bekas penjajahnya, Britain, yang menetapkan sempadan di rantau itu.
Pada 1997, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk merujuk pertikaian itu ke ICJ bagi menyelesaikannya "dalam semangat hubungan persaudaraan dan bahawa mereka akan akur bahawa keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan perlu diterima oleh mereka."
Pada Jun tahun ini, Indonesia dan Malaysia mengemukakan asas bagi tuntutan berdasarkan sejarah terhadap pulau-pulau itu dalam satu siasatan awam yang berlangsung beberapa hari.
Tidak ada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Bangsa-bangsa Bersatu.
Dalam penghakimannya, Guillaume berkata mahkamah tidak dapat menerima hujah Indonesia tentang garis pemisah ke arah timur menjangkau ke laut dari Pulau Sebatik walaupun ia disebut dalam Konvensyen Inggeris-Belanda 1891.
Mahkamah sebaliknya menerima hujah Malaysia bahawa Konvensyen itu hanya untuk tujuan menentukan sempadan darat antara pentadbiran British terhadap kepulauan Borneo dan Indonesia Belanda ketika itu.
Dalam menolak alasan Malaysia tentang hak menerusi waris, daripada Sultan Sulu merangkumi sejarah dari zaman Sepanyol, Amerika Syarikat dan kuasa penjajah British, kepada Malaysia sehingga Kemerdekaan pada 1957, bagaimanapun menerima hak Malaysia terhadap kedua-dua pulau kecil tidak berpenghuni itu menerusi kaedah dikenali sebagai "effectivites" (menerusi kawalan dan pentadbiran).
Mengikut undang-undang antarabangsa, amalan kawalan dan pentadbiran sesebuah wilayah memberi hak kepada wilayah itu jika tidak ada hak perundangan sah yang lain, kata Guillaume.
Kedua-dua pihak membuat tuntutan berasaskan "effectivites" dan mendakwa ia kerana hak berdasarkan perjanjian, dengan Malaysia juga memberi alasan sampingan bahawa ia secara aman telah menguasai dan mentadbir kedua-dua pulau itu tanpa bantahan daripada Indonesia atau pihak-pihak sebelumnya.
Guillaume berkata mahkamah bergantung kepada "effectivites" sebagai faktor penentu bagi Malaysia kerana ia mendapati kedua-dua pihak tidak mempunyai hak berasaskan perjanjian bagi Ligitan and Sipadan.
|
| Last edited by slippergombak on 7-3-2013 11:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
stone, boleh hang tunjukkan kat mana ada tulis pemberontak tak boleh dibom oleh efos sesebuah negara? kalau ada, kenapa sri lanka tak kena tindakan oleh geneca convention? and then kita bukan bantai pemberontak dlm negara, kita bantai org luar yg menceroboh dan menggugat keamanan negara...so tak salah kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|