CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Share pengalaman org berhutang tak bayar

[Copy link]
Post time 16-7-2016 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pulak thn lepas ank jiran aku nak pinjam rm200..katanya xcident kat kl..takut nk bgtau ayah dia sbb pkai moto kawan..
aku pun bg la...sbb ingat dulu arwah mak dia baik ngan kitorg..
smpai skrg x bayar..yg x thnnya bila time aku balk kg terjmpa dgn budak ni mmg dia xde sebut lnsung pasal hutang tu..buat2  biasa je..klau dia ade kata x mmpu bayar lagi mmg aku ade niat nk halalkn..tp ni senyap je..sakit pulak hati aku..
last2 aku citer kat mak ayah aku..rupanya budak ni slalu paw rm20 @ 50 dr mak ayh aku..pastu mcm biasa la x bayar..pastu hritu dgr citer pinjam dr pakcik satu taman gak rm200..lmbat bayar tp pakcik tu ugut nk bgtau ayah dia..br bayar.aku kdang2 rase sedih mcamana budak muda mcm dia boleh pau @ pinjam duit dr org tua..x malu lansung.pastu ade hati pulak nk kawin..puihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2016 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 14-7-2016 10:17 AM
bgs betul la ko nie...

pengalaman aku laa...sampai cina pun berhutang dgn aku tak bayar2...sora ...

Banyak tu bagi pinjam. Org berhutang ni tak aman hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 08:12 AM | Show all posts
adik aku dulu habis spm tak sambung blaja terus keje jaga butik kt klang, menumpang rumah makcik aku. biasalah keje butik tutup pkl 10 mlm mestilah kene balik malam malam, tu pun adik aku ms tu pakwe die hantarkan balik. husband makcik aku tu tak suke adik aku, so satu hari tu adik aku on the way balik dpt sms dari makcik aku kene halau dr rumah tu. malam tu jugak adik aku carik rumah baru siap bergadai2 nk beli perabot. pdhal adik aku duduk situ selalu je belikan anak die kfc, hulur skit2 belanja rumah.

10 thn berlalu alhamdulillah adik aku pun dah senang skit. leh beli kereta ada keje part time walaupun takat kerani je. skrang ni leh nampak la makcik aku tu makin susah.  yg aku tau makcik aku tu beberapa kali la jugak pinjam duit adik aku, alasan anak ramai 6 org. makcik aku tak keje. berbayar balik tu wallahualam, tp ada sekali tu die pinjam duit adik aku, wat majlis birthday anak die, sekali ngan jiran la. tp tak jemput pun adik aku.  adik aku pun terasa la sbb diorg ni dekat je. adik aku selalu gak gi rumah makcik aku tp adik aku segan bab makan, sbb makcik aku tu masak mmg cukup2 makan jelah. nk amek lebih2 takleh, sampai anak anak die mcm terbantut je suma kecik kecik kurus kurus belaka. muka dahle sepesen

aku tny gak adik aku ko nak halalkan ke duit hutang makcik aku tu? mmgla setakat pinjam 100 200 tp kalau dah berkali kali terkumpul ribu riban jugak. adik aku cakap takpela die anggap benda tu sedekah kt makcik aku. die pun kesian ngan makcik aku takleh bermewah mewah mcm org lain, bayangkan anak sulung die taknak sambung belajar sbb nk keje tolong mak dan ayah, tp mungkin itu balasan allah kepada makcik aku tu. wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 08:46 AM | Show all posts
Missfadh replied at 16-7-2016 05:46 PM
Banyak tu bagi pinjam. Org berhutang ni tak aman hidup.

rezeki terlebih time tu...

kadang2 serba slah nak bagi org pinjam, sbb sebenarnya kita pun nak guna jugak duit tu (adalah niat nak pakai utk benda lain). tapi kadang2 terasa Allah bagi rezeki lebih nak tlg org lain, so bagi jer la pinjam..

pinjam tau..bukan bagi terus, sbb kita nie pun bukan nya jenis orang yang sentiasa berduit. time2 takder duit mmg memula akan minta org tu bayar, tapi selalunya mmg hampeh la jawapan...

so dalam hati akan ckp mcm nie "takper tak nak bayar, kat akhirat nanti merasalah"

then bila tak tuntut2, Allah bagi rezeki lain pulak..Syukur...tapi dalam masa tu ada lagi makhluk Allah lain nak pinjam duit...

so the circle of org berhutang goes on and on mcm nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 18-7-2016 08:46 AM
rezeki terlebih time tu...

kadang2 serba slah nak bagi org pinjam, sbb sebenarnya kita pun nak  ...

Oh begitu. Kita senang, kita tolong org. Nnt kita susah ada juga org tolong kita.
Moga murah rezeki sis. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 11:37 AM | Show all posts
haih .. bab duit muit ni memang masalah la ...

Sepupu aku, menangis2 mintak tlg (both husband & wife) dari kami ... nak 15k urgent ...

bla..bla..bla ... last2 aku & bapak aku kesian, kitorang bagi 8k ... janji nak pulang dalam masa 1 bulan ... skang dah setahun lebih , bergerak la jugak lepas bertalu2 aku msg dia ... now ade balance 3k lagi ... x Nampak langsing tanda2 nak bayar ...

Update kat IG & FB, pi bercuti la, berjalan la .. hmmmm .... x tau la ... setakat ni kitorg x mintak dah, malad nak menyakitkan hati ... tunggu je la kalau dia terbuka hati nak bayar .. if not, halal kan jugak la agaknya kot. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2016 12:11 PM | Show all posts
cerita pasal tak berkat ni kan, ada betulnya jugak.. aku tengok laa kan, walaupun org hutang aku rm50 je tp jenis liat nak bayar, mmg idupnya susah tak kemana jgk.. aku la kan, klu org betul2 susah, aku anggap sedekah je, tak tergamak aku mntk dia byrkan balik.. tp klu tiap2 bulan minjam rm50, lama2 aku rasa amik kesempatan plk kan.. cuma yg peliknya, yg spesis suka meminjam atau berhutang ni, makan sedap je sokmo.. gi sana gi sini boleh, tp hutang org xleh byr..

aku ni pinjam adik beradik pun aku siap tulis kat buku takut aku lupa byr.. atau kalau byr ansur2 at least aku tau berapa baki.. so aku heran dgn org yg ada hutang buat2 lupa..

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:05 PM | Show all posts
Aku mmg xhalalkan org yg berhutang ngan aku sbb tu saham aku kt akhirat nnt..ye la sbb kt dunia nie pun byk dosa..nnt bila kt akhirat at least ringan sket dosa aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah dalam 5-6 tahun lepas seorang kenalan (nak kata kawan pun baru jumpa 1 kali masa tu tapi selalu la keep in touch dekat internet) hint nak pinjam duit untuk kahwin. Kira macam nak cukupkanlah. Minta 5k. CPM bagi. Janji nak bayar bulan2. A few months after dah kahwin pun tak berbunyi lagi. Bila CPM tanya, dia cerita ada masalah lain. Ok, bagi masa lagi. Almost a year, dua bayarlah tapi lambat and skip2. Last2 agaknya malu sebab liat bayar, dia bitchy kan pasal CPM kat kawan lain which as kawan2 lain tak tahu pun dia pinjam dengan CPM (as if dia ingat CPM bithcy pasal dia coz nampak sangat dia memang hati ada sikittt busuk di situ kan).

Kawan dia tu is bff CPM. Dia berharap kawan tu akan stay away from CPM. But silaplah kot sebab CPM and friends memang tak ada cakap2 belakang ni.

Last2 dia pinjam duit family dia untuk bayar CPM. Heh, apasal kau tak pinjam duit family awal2? At least kau nak ber-bithcy pun dengan family sendiri. Tak adalah sampai kau nak kena harm orang luar kan. Kisahnya masa nak kahwin tu family mintak macam2 sebab anaknya cerita bakal suami berduit padahal tidak seindah bicara la kan. Moralnya, tak payah bagi pinjam duit. Buat menyusahkan hidup je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CikPuanMelayu at 19-7-2016 07:50 PM
cocorex replied at 18-7-2016 04:05 PM
Aku mmg xhalalkan org yg berhutang ngan aku sbb tu saham aku kt akhirat nnt..ye la sbb kt dunia nie  ...


CPM pernah dengar ustaz cakap. Kat akhirat nanti yg paling kita kisahkan adalah cepatnya hisab. Dah tak peduli nak ambil pahala orang or kurangkan dosa bagai.

Dua2 pihak akan diberi peluang samada nak teruskan calculation or masing2 maaf memaafkan dan straight masuk syurga tanpa perlu banyak berkira.

Sebab even orang tu ambil dosa kita if dia dah muflis pahala, belum tentu cukup untuk bayar tiket masuk syurga dengan amalan kita yg seciput dan defisit ikhlas.

So tak perlulah nak berdendam bagai gitu. Let it go dan percaya Allah akan beri yg lebih baik dan banyak lagi.

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus warga cari ni... pemurah sungguh..
Aku bab duit ni mintak maap..tak dapat nk nolong.sebenarnya bila kita dh kasi pinjam ni, duit tuh sebenarnya dh hangus.cuma kalau nasib dia muncul blk.lg satu kalau nak kasi pinjam korang nilaikan background peminjam mcm bank nilai..cuma bezanya bank untung dpt interest kita dapat susah hati aja.kihkih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 07:59 AM | Show all posts
CikPuanMelayu replied at 19-7-2016 07:48 PM
CPM pernah dengar ustaz cakap. Kat akhirat nanti yg paling kita kisahkan adalah cepatnya hisab.  ...

Aku ikut saranan ustaz yg pernah kata kalo boleh jgn halalkan org yg berhutang ngan kita kecuali adik beradik & saudara mara..sbb tu adalah saham kita diakhirat nnt sbb hutang itu wajib bayar..kalo kita halalkan pun mereka tetap kena tau akad utk memberi & membayar hutang
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 12:28 PM | Show all posts
Teringat ex opismate aku dulu...ada sekali kitaorg keluar sama2 gi shopping mall, dia berkenankan satu beg ni..tapi duit xde..so end up dia beli guna kredit kad aku..kata dapat gaji nanti dia bayar balik..

So bila dah dapat gaji, mcm biasa aku tunggu2 bila mamat ni nak bayar balik..last2 nak dekat 2 minggu after gaji aku call dia mintak duit, kata cc aku dah due payment...gi jumpa dia kat pavi, boleh dia kasi duit kat aku ngan muka meluat sambil dia kasi duit keronyok2 gitu dalam tangan aku...sambil kata 'nah duit kau!' mcm ala2 aku ni hari2 harrass dia...aku sentap ok..tak cek pun duit tu..bila sampai rumah, aku kira..siap kurang few ringgit..mmg la xseberapa, aku boleh top up kan..tapi mcm anjing dia nya perangai, sampai skrg aku tak kasi orang guna CC aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:43 AM | Show all posts
dah lah pinjam duit kita, pastu pergi block semua contact, tukar no phone....
panggil kita orang gile...
pastu boleh suruh bini dia marah kita bila nak minta hutang..
tak pe lah ingat hidup dia boleh senang....
nak tunggu je bila dia kena CASH

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pn ada gak sorg kawan ni pnjam duit..katanye nk byr lepas dpt gaji..tp dh brkali2 gajinye x gak byr..sembang alim bagai xelok itula inila..sembang je kencang yg hutang org ko x byr tu x beringat plk nk menanggungnye nnt..nk je aku sound dpn muka dia..byk dh hint aku bg x gak reti2 nk paham:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 11-7-2016 02:07 PM
aku baru baru ni ada org nk pinjam duit kt aku. aku pun terkejut gak sbb aku tak brape kenal mamat n ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2016 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x keluar reply cnp aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.
Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:
1. Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.
2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah
3. Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu
4. Selepas itu baru tanya dia “Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?”
5. Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.
6. Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30
7. Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan
8. Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.
9. Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:
“Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendan”
10. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.
11. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN!
12. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia

SEKIAN TERIMA KASIH.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumber: http://panjikhalifah.blogspot.my ... tut-hutang.html?m=1

Sori ye cnp berterabur gini.. susah nk cnp guna hp.

Bila guna pc version kat hp lagilah huru-hara hp aku ni.. leceh tul nak berporem
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang..tak yah halalk .
Tuntut di akhirat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.865271 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list