"Ya, Kami Dah Bercerai"[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 7:37 PM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin. [size=0.98em]"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. [size=0.98em]Ditanya adakah dia terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida berkata, perasaan kecewa masih menghantui dirinya kerana sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi. [size=0.98em]"Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya," katanya.
[size=0.98em]Mengenai punca perpisahan mereka, Vida memberitahu beliau belum bersedia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah. [size=0.98em]"Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula," katanya. [size=0.98em]Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut. [size=0.98em]"Tidak... sakit ini biar saya yang tanggung," katanya. [size=0.98em]Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir ahli perniagaan kelahiran Machang, Kelantan itu memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu. [size=0.98em]Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi. [size=0.98em]"Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah," katanya
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... 6xbQ3MlYzq4qrQOq.99
|