Edited by mixed at 14-4-2017 05:23 PM
[color=rgb(0, 51, 153) !important][url=]
Bekas Peserta AF9 Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air PanasDiterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 3:58 PM [size=0.75em]Azri bersama isterinya, penyanyi Salma Mentor. Foto Instagram @azri_af9
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) Mohammad Azri Abdullah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat terhadap pertuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu. Mohammad Azri, 30, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.
Tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap anak perempuan tirinya, yang kini berumur 10 tahun, dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V. V. Suloshani menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh yang diwakili peguam Fahmi Abd Moin memohon jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai tiga anak selain menjaga ibunya. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan supaya tidak menganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.
Azri dan Salma berkahwin pada 31 Jan tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... Rhox5bYrP6jO2yqU.99
****salma ada duit menang tempoh hari kan bole dia selamatkan laki bayar duit jaminan laki bini sakai
|