CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351

[Copy link]
Post time 30-9-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum ada update eh? Takziah pd keluarga kedua2 mangsa. Harap they find out the truth. Obviously something happened. Mcm mana letih terus meninggal dua2 simptom sama pulak tu? Fishy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2017 09:40 PM | Show all posts
harap pihak keluarga jgn harapkn suruhanjaya siasatan aja
buat siasatan sndiri.

nk tunggu brapa ramai mati lagi psl askar ni?

dlu nuri asik terhempas, dh berpuluh tentera maut , perdana menteri sndiri tarak berani naik
balik2 askar kita juga kena, yg last tu kene ahli keluarga panglima tk silap, barula gomen gigih nk gnti.

kesian anggota keselamatan trutama org bwhan ni jadi lab rat pihak atasan, buat dera/hukuman mcm2 kt org bawahan bagai
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada keluarga.
Harap siatan telus tak ada yang disembunyikan.
Kesian pada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjawab lah pihak tahanan ni. Tak logik alasan kepenatan, muntah dan sesak nafas.

Takziah keluarga. Tabahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab2 tentera ni da byk blaku lately
Aritu kes farhan
Pastu konon2 hal2 ketenteraan rahsia...sulit bagai
Ni haa 2org skali meninggal
Kalau dah muntah2 tu mesti betul2 penat tuh
X dpt bayangkan kalau diorg tu kena dera
Atau yg kena sorg jer dulu yg sorg lg saksi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 10:22 PM | Show all posts
ada bau bau taik palat ayahanda ronney jerr kes nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2017 10:46 PM | Show all posts
hasil bedah siasat katanya paru2 berdarah..

mmg ada unsur jenayah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 10:48 PM | Show all posts

Dua Anggota TLDM Diklasifikasi Mati Mengejut Setakat Ini - Polis

Tarikh kemaskini: 30/09/2017       

IPOH, 30 Sept (Bernama) -- Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, semalam sebagai mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata bedah siasat sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematian mereka.

Beliau berkata LK 1 PNK Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatuiman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia semasa ditahan di pusat tahanan itu.

Nik Muhammad Baihaqy ditahan di pusat berkenaan selama 45 hari mulai Rabu lepas (27 Sept) atas kesalahan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan yang bertentangan dengan Seksyen 58 Angkatan Tentera 1972.

"Si mati juga disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan kes masih dalam siasatan dan menunggu laporan kimia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata LK I TLS Muhammad Lailatuiman pula ditahan pada Khamis lepas (28 Sept) atas kesalahan tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti.

Menurutnya kedua-dua lelaki itu bukan kawan atau kenalan kerana mereka bertugas di unit berlainan.

Gan berkata jenis latihan yang dijalani mereka adalah orientasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi tahanan yang dirujuk ke pusat tersebut dan ketika mereka menjalani orientasi itu, keadaan cuaca cerah.

TLDM dalam kenyataannya hari ini menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailatuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan semalam.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2017 10:59 PM | Show all posts
Luahan Akhir Nik Mohd Baihaqy

IPOH: "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua (berhenti kerja)," itu luahan terakhir Allahyarham LK 1 PNK Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, kepada isterinya Noor Bazlin Mohammad.

Noor Bazlin, 28, berkata sebelum ini suaminya yang bertugas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di bahagian Paskal mulai 2015 pernah menyatakan mahu berhenti kerja dan merancang untuk menjalankan perniagaan.

Jururawat di Klinik Kesihatan Dato' Keramat di Kuala Lumpur itu berkata sebelum memasuki bilik tahanan suami menghubunginya  dengan menggunakan telefon pengiring dengan memberitahu dia ditahan atas kesalahan lewat hadir ke tempat kerja buat kali kedua.

Menurutnya dia turut menerima panggilan daripada seorang pegawai TLDM pada malam Rabu yang mengatakan suaminya akan ditahan.

"Selepas mendapat tahu hal itu saya berasa risau dan tidak sampai tiga hari dia ditahan saya mendapat berita pemergiannya," katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Sabtu.

Menurut kenyataan TLDM hari ini, Nik Mohd Baihaqy dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan semalam.

Menurutnya ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum kedua-dua anggota disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

Punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihak TLDM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian, menurut kenyataan itu.

Ibu kepada tiga orang anak berusia empat ingga 10 bulan itu berkata dia mendapat berita tentang kematian suaminya pada 5.30 petang semalam daripada seorang pegawai TLDM yang menghubunginya.

"Saya reda atas kematiannya, namun saya tidak akan berdiam diri jika kejadian itu ada  berlaku unsur jenayah," katanya sambil menambah suaminya telah berkhidmat dalam TLDM selama sembilan tahun.

Noor Bazlin berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan bersebelahan kubur bapanya yang meninggal dunia dua bulan lalu.-Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 11:00 PM | Show all posts
rasanya kalau penjawat awam yg mengular, masuk ofis lewat disumbat dlm bilik tahanan
tentu dah ramai mati serentak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 30-9-2017 10:59 PM
Luahan Akhir Nik Mohd Baihaqy

IPOH: "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua (be ...

Baru je bapa meninggal, dah anak pula pegi. Semoga keluarganya tabah. Ape la yg sebenarnya jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 30-9-2017 10:46 PM
hasil bedah siasat katanya paru2 berdarah..

mmg ada unsur jenayah..

Kat mana baca tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 ai'olls teringat satu case Fret House di US. Seniors akan ragging juniors yg nk jadi fret brothers teruk2. Satu case tu, seniors paksa juniors tu minom air bergelen2. Tong biru yg 5L tu, yg selalu kat water dispenser tu, disuruh togok bergilir2. Sampai muntah, kencing. Last2, salah satu budak tu mati.
Utk tak OT, silalah siasat case TLDM ni dgn berwibawa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sesuatu je...kita tunggu je apa lg laporannya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
TLDM patut kaji Sop bagi latihan fizikal pada tahanan... x payah la kot, rata-rata masuk dlm tu kompom  kene buang keja
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:36 PM | Show all posts
Edited by NURMIMIE at 30-9-2017 11:39 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/268267/isteri-kata-ada-unsur-jenayah

Muhammad Apendy Issahak
[email protected]



JENAZAH Laskar Kelas 1, Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dituntut ahli keluarga selepas selesai dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh jam 9 malam tadi.
Proses bedah siasat bermula kira-kira jam 3.30 petang hari ini bagi mengenalpasti punca kematian sebenar Nik Muhammad Baihaqy dan Laskar Kelas 1, Allahyarham Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 28, yang turut dilaporkan meninggal dunia ketika ditahan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, petang semalam.
Bedah siasat terhadap Nik Muhammad Bahaiqy selesai jam 8 malam tadi sebelum dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan di Jabatan Forensik HRPB oleh ahli keluarga dan pegawai serta anggota TLDM.

Jenazah Allahyarham dituntut isterinya, Noor Bazlin Mohammad, 27, sebelum bergerak menaiki van jenazah jam 9 malam ke kampung halamannya di Kampung Kubang Keranji, Kota Bharu, Kelantan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Limbat, Pasir Tumboh di sebelah pusara ayahnya yang baru meninggal dunia 30 Julai lalu.
Difahamkan, punca kematian Nik Muhammad Bahaiqy adalah kerana pendarahan dalam paru-paru dan ketika ditanya mengenai hasil bedah siasat, Noor Bazlin mengatakan kematian suaminya ada unsur jenayah.
"Ia ada unsur jenayah, itu sahaja yang boleh saya katakan ketika ini," katanya.
Sementara itu, bedah siasat terhadap Muhammad Lailatuliman kini sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2017 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kena dalam tahanan? Tak boleh dibuang kerja terus ke kalau memang ada masalah disiplin? Apa tujuan tahanan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk prebet kena denda buat pushup dgn guard kt dpn gate kem sg besi. Sedih tgk sian pulak kt heshe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 30-9-2017 11:36 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/268267/isteri-kata-ada-unsur-jenayah

Muhammad Apendy Issa ...

Thank you sis

Tunggu autopsy report yg arwah sorang lagi pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 30-9-2017 11:38 PM
Kenapa kena dalam tahanan? Tak boleh dibuang kerja terus ke kalau memang ada masalah disiplin? Apa t ...

Maybe hukuman dia tahanan & buang keja,  normally yg duduk dalam tu samada dah kena hukuman ataupun tengah tunggu court martial
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.213823 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list