CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: CARI-MAL

"Kenapa Nak Rompak Rumah Sendiri?" - Adam Fahmi

[Copy link]
Post time 23-10-2017 01:37 PM | Show all posts
dah sah bercerai talak satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 01:38 PM | Show all posts
Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 11:30 AM


[size=0.75em]Ezlynn dan Adam akhirnya bercerai talak satu pada Isnin. Foto SYED AZAMUDDEN

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)
[size=0.875em]DIKEMAS KINI
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Selepas melalui pelbagai kontrovesi, Ezlynn akhirnya bercerai talak satu dengan Adam Fahmy selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
[size=0.98em]Adam, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas dia bersetuju menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan sejak awal tahun ini secara baik.
[size=0.98em]Lafaz itu dibuat Adam di hadapan Hakim Syarie, Noorbyetty Nasir kira-kira pukul 10.30 pagi.
[size=0.98em]Sebelum itu, Noorbyetty mengarahkan Adam dan Ezlynn bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir sebelum lafaz cerai dibuat.



[size=0.98em]Ezlynn atau Azline Ariffin, 36, memfalkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984 pada 7 April lalu.


[size=0.98em]Adam membacakan kenyataan kepada petugas media.
[size=0.98em]Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
[size=0.98em]Sebelum ini Ezlynn mendakwa rumahnya diceroboh suami sendiri yang melarikan beberapa barang berharga namun perkara itu disangkal oleh Adam kerana rumah berkenaan adalah milik mereka bersama.
[size=0.98em]Adam Tak Tahan Difitnah, Ezlynn Dakwa Diabaikan
[size=0.98em]Sementara itu, Adam ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu akan memfailkan nusyuz terhadap penyanyi itu dalam masa terdekat ini.
[size=0.98em]Adam berkata, dia mengambil keputusan itu bagi membuktikan kepada mahkamah bahawa segala tuduhan dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah.
[size=0.98em]Malah kata Adam, Ezlynn juga ingkar untuk kembali taat kepadanya walaupun dia telah menyerahkan surat tuntutan untuk berbuat demikian kepada penyanyi lagu Hye Hye Bye Bye itu pada 15 Ogos lalu.


[size=0.98em]Ezlynn anggap keputusan Adam ingin memfailkan nusyuz terhadapnya sebagai hak lelaki itu.
[size=0.98em]"Demi menyelamatkan rumah tangga kami saya minta dia kembali taat dan berpindah ke rumah kelamin baru kami di Cheras tetapi ia tidak mengendahkannya.
[size=0.98em]"Malah saya minta dia tidak lagi melakukan perkara-perkara tanpa izin dan di luar pengetahuan saya namun semuanya diabaikan.
[size=0.98em]"Dia juga tidak henti-henti menyebarkan fitnah tentang saya walaupun saya sudah menegurnya tidak boleh mengaibkan suami namun semuanya dilakukan untuk mendapatkan simpati masyarakat," katanya.
[size=0.98em]Dalam pada itu, Adam berkata, dia memutuskan untuk bercerai secara baik kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa fitnah bekas isterinya itu sehingga dia dan keluarganya mendapat malu.
[size=0.98em]Kata Adam lagi, dia sudah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka dengan pendamaian namun Ezlynn tetap nekad untuk bercerai.


[size=0.98em]Pelbagai kontroversi melanda pasangan ini.
[size=0.98em]"Dia telah melakukan pelbagai perkara dengan niat untuk mendapatkan dan mempercepatkan proses perceraian termasuk memutarbelitkan fakta kes dengan tujuan fitnah dan memburukkan dan menghina saya, suaminya sendiri," katanya.
[size=0.98em]Sementara itu, Ezlynn ketika ditanya mengenai reaksi berhubung tuntutan nusyuz itu memberitahu Adam boleh meneruskan proses itu kerana itu adalah haknya.
[size=0.98em]"Suka hati dia. Dia boleh cakap apa sahaja dan kita tengok sahaja nanti.
[size=0.98em]"Dia hendak kata saya abaikan dia... dia dahulu yang mengabaikan saya, perasaan saya dan peluang telah diberikan terlalu lama.
[size=0.98em]"Apa-apa pun saya tenang dan lega, Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya hari ini," katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... zEpzgSomVATF8UMl.99

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha. asa juga kes mc gini yerrr.. Lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.937221 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list