|
Berkaki ayam
Tulisan cakar ayam |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu ayam dikejar musang
Anak ayam cari ibunya
Ibu ayam berlari terus lari
Terus lari dan ditangkap musang
Anak ayam mencari
Terus cari
Ibunya yang hilang
.lagu tadika dulu2
Maap xde kene mengena dgn peribahasa.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar duri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haha sebab ayam ni sangat dekat dengan manusia, bukan bahasa melayu saja, dalam english pun banyak idioms yang berkenaan ayam. Rasanya dalam bahasa lain pun banyak (tapi xpaham je). Paling biasa dlm ebglish kalau nak kata orang pengecut dipanggil "chicken".
Beberapa Contoh:
Chicken out: The act of not doing something because of fear.
Counting chickens before they hatch: The act of predicting a successful outcome before it actually happens.
Getting up with the chickens: Waking up really early, at the same time that chickens get up.
A chicken and egg situation: An impossible situation with no good answer.
Tu belum lagi hen, rooster dll.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagai ayam kene kepala
Maksud: tidak dapat berbuat apa-apa
Bagai ayam dimakan
Maksud: pucat dan kuning kerana menghidap penyakit, sangat gelisah kelakuannya.
Bagai ayam dibawa ke lampok
Maksud: orang yg tak pernah masuk majlis.
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan
Maksud: nasib yg malang
Menerka ayam di dalam telur
Maksud: melakukan sesuatu yg sia-sia
Sembelih ayam dgn pisau, sembelih org dgn kapas
Maksud: manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut.
Anak ayam kebasahan bulu
Maksud: resah, menjijikkan
Jemur terkekar ayam tiba
Maksud: baru saja dagangan dibuka, telah byk org dtg membeli
Jika memelihara ayam, musang jgn dijinakkan, setidak-tidaknya bertempiaran kelak
Maksud: jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, jangan dibiarkan org lelaki yg jahat dtg ke rumah
Muncung seperti ekor ayam
Maksud: tak berhenti bercakap
Bagai ayam naik ke surau
Maksud: bertamu ke rumah org yg tidak memberi jamu apa-apa
Berketak ayam mandul, org berketak ia berketak, org bertelur ia tidak
Maksud: org yg bernasib malang walaubagaimanapun meniru org lain tetapi nasibnya tidak berubah
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut
Maksud: org bodoh suka menunjukkan kerja yg dibuatnya tetapi org bijaksana membuat kerja hanya dgn diam-diam
Bagai ayam lepas bertaji
Maksud: seseorg memdapat kesusahan dan org lain serba salah utk menolongnya
Retak-retak bulu ayam
Maksud: perselisihan yg mudah didapatkan
Sapu tgn menali ayam
Maksud: kemiskinan yg amat sgt
Tua-tua telur ayam
Maksud: hanya tua sedikit saja(biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan)
Tersabung akan induk ayam
Maksud: tidak tepat dgn dugaan semula, kecewa
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu
Maksud: perkara yg mustahil
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam
Maksud: org lelaki yg suka kpd perempuan jahat
Telur hari ini lebih baik daripada anak ayam besok
Maksud: pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok
biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam
Maksud: biar mengerjakan pekerjaan kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yg halal
Bertungkus-lumus biarlah didapur,sifatkan seperti telunjuk dengan kapur, arang jgn dibuat pupur, banyaklah ayam kelak dtg melumpur
Maksud: perselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan utk menyelesaikannya dgn baik
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah
Maksud: tiap org itu ada gunanya, simbol persatupaduan yg kukuh.
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan di dalam laut, berkokok ayam dalam hutan
Maksud: ucapan pemimpin yg menggemparkan org di mana-mana
Memperlapangkan kandang musang, mempersempitkan kandang ayam
Maksud: sengaja memberi kesempatan kpd org yg bermaksud jahat
Masuk ke kampung org bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang org jgn dipijak, duduk di tangga, mandi di hilir org, berdiri di luar-luar gelanggang
Maksud: kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jgn berbuat pekerjaan yg buruk, selalu merendahkan diri, jgn sukan mendahului org dan jgn menunjuk-nujukkan diri
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RE: Per: Peribahasa berkait ayam
Edited by miz_ayu at 9-1-2019 04:54 PM
1) Ayam di kepuk mati kelaparan
Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur
2) Ayam ditambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang Untung yang malang seperti isteri atau tunangan dirampas orang yang berkuasa
3) Ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya
Perangai daripada baka yang asal tidak akan berubah juga
4) Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling Tidak senang melihat kebahagiaan orang
5) Ayam seekor bertambang dua Gadis seorang, dua bujang yang ingin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antaranya:
1.tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa tahu
=tidak ada orang yang dapat menentukan nasib seseorang
2.seciap bak ayam, sedencing bak besi
=seia sekata
3.terbulang ayam betina
=orang yang disangka berani dan sebagainya, ternyata tidak
4.sebuah lesung ada seekor ayam jantannya (atau pemimpinnya)
=tiap-tiap kaum ada seorang penghulunya atau seorang cerdik pandainya yang akan melindungi kaum itu dari kejahatan orang lain
5.mati ayam, mati tungau
=jika tuannya celaka, anak buahnya ikut merasakan celaka juga'
6.memperlapang kandang musang, mempersempit kandang ayam
=memberi kesempatan baik kepada orang yang bermaksud jahat
7.menggantang anak ayam
=melakukan pekerjaan yang tidak mungkin atau sia-sia untuk dikerjakan
8.asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan
=tabiat orang tidak akan berubah
9.anak ayam kehilangan induk
=ribut dan bercerai-berai karena kehilangan tumpuan
10.ayam itik raja pada tempatnya
=setiap orang berkuasa di tempatnya atau di lingkungannya
11.ayam hitam terbang malam
=sukar ketahuan (tentang perkara dan sebagainya)
12.ayam putih terbang siang
=mudah ketahuan (tentang perkara dan sebagainya)
13.ayam putih terbang siang
=mudah ketahuan (tentang perkara dan sebagainya)
15.Bagai ayam dimakan tungau
maknanya : pucat dan kurus kerana penyakit
16.Bagai ayam naik ke surau
maknanya : Naik atau pergi ke rumah orang yang tidak menghidangkan apa-apa makanan.
17.Ayam baru belajar berkokok
maknanya : masih muda, belum cukup umur
18.Ayam yang tangkas di gelanggang
maknanya : orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis
19.Ayam pulang ke pautan
maknanya : sudah pada tempatnya
20.Jangan memangku ayam jantan,baik memangku ayam betina
maknanya : mendapatkan rezeki dengan cara yang halal itu lebih baik dan diberkati
berbanding dengan usaha meraih rezeki dengan cara haram.
sekian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagai ayam dimakan tungau
Makna: Pucat dan kurus kerana penyakit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seperti ayam berak kapur
makna: wajah yang pucat kerana menghidap penyakit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak ayam kehilangan induk
=ribut dan bercerai-berai karena kehilangan tumpuan
asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan
=tabiat orang tidak akan berubah
ayam bertelur di padi
=hidup senang dan mewah
ayam ditambat disambar elang
=malang sekali
ayam hitam terbang malam
=sukar ketahuan (tentang perkara dan sebagainya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ayam pulang ke pautan
Maksud :Sudah pada tempatnya
Ayam menang, kampuh tergadai
Maksud: Keuntungan yang tidak ada faedahnya. *kampuh ialah kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya
Maksud: Walaupun hidup senang di negeri asing, ingat juga akan negeri sendiri.
*ayam beroga ialah ayam hutan
Bagai ayam mengeram telur
Maksud: merah muka seseorang
Buta ayam
Maksud: Mata yang rabun menjelang senja
Ayam terlepas, tangan bau tahi
Maksud :kerana mencuri, tetapi perasaan malu kepada orang-orang kampung tidak akan hilang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ayam yang tangkas di gelanggang
Maksud: orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar di sekeliling
Maksud: tidak senang melihag kebahagiaan orang
Ayam terlepas tangan bau tahi
Maksud: Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata
Bagai ayam pulang ke pautan
Maksud: sudah pada tempatnya
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak
Maksud: orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak
Berketak ayam mandul, orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak
Maksud: orang yang bernasib malang, walaubagaimanapun meniru orang lain tp nasibnya tetap tidak berubah
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam
Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua.
Maksud: Perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga
Mati ayam, mati tungau,
Maksud: Jika tuannya celaka, anak buahnya ikut merasakan celaka juga.
Menjunjung sangkak ayam.
Maksud: Mendapat malu besar,
Sebagai ayam di diasak malam.
Maksud: tidak berdaya lagi.
Ayam keluar mencari musang.
Maksud: Perempuan yang keluar mencari lelaki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rabun AYAM
Cap AYAM
Musang berbulu AYAM
cakar AYAM -sejenis makanan
Bunga tahi AYAM
ajak-ajak AYAM
Ibu AYAM
Bapak AYAM
AYAM berkokok alamat nak siang
Burung AYAM-AYAM
ikan AYAM
|
|
|
|
|
|
|
|
Rabun AYAM
Cap AYAM
Musang berbulu AYAM
cakar AYAM -sejenis makanan
Bunga tahi AYAM
ajak-ajak AYAM
Ibu AYAM
Bapak AYAM
AYAM berkokok alamat nak siang
Burung AYAM-AYAM
ikan AYAM
AYAM tambatan
Hangat-hangat tahi AYAM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|