|
[Tempatan]
[Update: SAH mayat AMIR, mungkin DILANGGAR & TERPELANTING masuk SUNGAI #1] M
[Copy link]
|
|
yup,, mase tu baru lps jumpa dia ..tolong exora, exora jugak yg langgar...terasa kehilangan dia sbb arwah baik.......
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.....teringat kes kat luar negara.....ada beberapa kereta accident....sb jalan tuh sunyi....xnmpk kereta tu jtuh parit...smpai la ad budak kuar dri parit tu....family dia semua dh mati dlm kete tu
lepas tuh kes...ada tourist tu....family dia ingt dia ilang mana
rupanya tercmpak dalam sungai...sebab kene langgar....beberapa hari kemudian baru jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang mamat ni pun tolong gak tp kena langgar.. hancur kaki. mamat ni kata ada sorang lg tolong tp lepas perlanggaran tu budak ni hilang maybe tercampak. I baca kt fb. |
|
|
|
|
|
|
|
yup..yg ini betul, dia kena libas dgn kontena tu, pastu terpelanting jatuh ke sungai.....sungai pula tgh deras masa tu, sebab hujan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru lalu nkve ternampak sg kayu ara .. mmg possiblela dia tercampak kat situ .. mmg dekat dgn tempat kejadian ..
Jauh jugak dia kena bawa arus .. smpai area shah alam sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu..kesiannya lahai..moga diberi kekuatan kpd ahli keluarganya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga tabah buat kaum keluarga..pergi waktu buat kebaikan insha'Allah ada ganjarannya.. amin |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.
takziah kepada ahli keluarga. semoga arwah dapat ganjaran yang hebat kelak |
|
|
|
|
|
|
|
Update kes ni: tengok di ig semalam dah disahkan melalui DNA yang mayat dijumpai dalam sungai tu memang mayat arwah Amir Hamzah ni. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
fahima80 replied at 20-10-2018 09:18 AM
Update kes ni: tengok di ig semalam dah disahkan melalui DNA yang mayat dijumpai dalam sungai tu mem ...
Innalillah...bleh jugak sempurnakn jenazah dgn baik .. takziah utk famili |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian DNA: Sah mayat Amir Hamzah
IBU Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang hilang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), minggu lalu, reda dengan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan mayat ditemui di Sungai Kandis, Isnin lalu, adalah anaknya.
Mariam Shanani Harun, 60, berkata keputusan DNA yang diketahui hari ini akhirnya menamatkan penantian mereka sekeluarga walaupun perkara itu menyedihkan mereka.
“Mayat itu anak saya kerana ada dua kesan parut di bahagian betis sebelah kiri dan perut itu sama dengan Amir.
“Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya meninggal dunia namun saya bersyukur ia selesai.
“Bagi saya, Amir adalah anak yang periang dan manja semasa hidupnya. Amir pasti akan dirindui oleh kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Foresik Hospital Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, beliau masih tidak mengetahui bagaimana punca sebenar Amir Hamzah, 22, terbabit dengan kemalangan itu.
Katanya, berdasarkan maklumat awal yang diberitahu kepadanya, Allahyarham dikatakan membantu seorang daripada mangsa kemalangan terbabit.
“Saya diberitahu, Amir mungkin terpelanting ke dalam sungai susulan penemuan beberapa barangannya termasuk topi keledar yang pecah dan beg miliknya.
“Tetapi saya tidak tahu bagaimana dia boleh terpelanting ke dalam sungai itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Mariam yang tinggal di Pulau Pinang berkata, anaknya sepatutnya menyertai Angkatan Tentera Malaysia semalam.
“Amir juga tidak sempat menerima Diploma Pengurusan Penerbangan dalam majlis konvokesyennya pada 13 Oktober lalu,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan mayat yang ditemui tersangkut di perangkap sampah, Isnin lalu, adalah Amir Hamzah.
Beliau berkata hasil laporan ujian DNA yang dilakukan pihak Hospital Shah Alam (HSA) adalah positif.
Dalam kemalangan terbabit yang berlaku awal pagi Jumaat minggu lalu, seorang lelaki dan wanita maut, tujuh parah, manakala Amir Hamzah yang dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju ke Padang Jawa tidak ditemui.
Motosikal milik Amir Hamzah ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018
|
|
|
|
|
|
|
|
post mortem kan boleh tahu dia kena langgar ke hapa |
|
|
|
|
|
|
| |
|