Author|Post time 28-3-2020 12:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sharlenetexas at 28-3-2020 12:55 AM
Pasukan Polis Hutan berbaris sebelum pulang ke Pengkalan Sungai Petani sempena pengunduran Pasukan Polis Hutan Malaysia dari Betong, Thailand. 06.06.1976
Police Field Force in line formation before returning to Sungai Petani Base during the retreat of Police Field Force from Betong, Thailand. 06.06.1976
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-3-2020 03:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 28-3-2020 07:42 PM
Google pun tak de cite sangat pasal pengunduran. Yang ada pasal serang hendap komunis di kroh-beto ...
Lupa2 ingat.. Komunis hasut penduduk Betong.. Jadi depa bising dan bagi tekanan pada kerajaan thai.. Tu yg Polis Hutan diberi masa keluar dari Betong tinggalkan depa punya base mlm tu juga
Komunis takut dgn Polis Hutan sebab VAT69 la.. para pengasas awal VAT69 dari polis hutan.
Author|Post time 30-3-2020 12:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
1:14:44
Tun Haniff Omar dilantik sebagai KPN yang baru pada tahun 1974. KPN sebelumnya mati ditembak komunis. Selepas itu komunis tembak mati KP Perak. Komunis telah merancang untuk menembak Panglima ATM tetapi gagal.
Author|Post time 30-3-2020 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ops Mekong - Tahukah Anda, PPH Kita Pernah Diusir Dari Betong Thailand?
Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76).
Yang menjadi dalangnya ialah PKM. Perdana Menteri Thailand yang baru menerajui kerajaan mereka ketika itu, tunduk terhadap desakan ini.
Lebih malang lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong.
Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar Thailand untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut.
PM Malaysia masa tu, arwah Tun Hussein Onn, pun memanggil balik duta kita untuk berbincang.
Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cawangan khas kita terpaksa
berundur dengan berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem Thailand di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.
Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi Malaysia.
Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan.
Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.
Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76).
Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).
Arwah ayah pernah citer..senjata keta perisai siam menghala ke arah anggota PPH yg berjalan kaki..gabungan TD dan PPH yg dikenali sbgai strike forse..stanby 24jam di sempandan..sekiranye siam melepakan tembakn..anggota strike forse dengan segera akan bergerak ke sana..kejadian agak tegang dan hampir2 berlaku peperangan antara malaysia ngan siam..al fatihah utk arwah ayah EX skuad69..46889
Author|Post time 30-3-2020 05:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Komen FB:
..ingin kongsi,,mmm rasanya ramai veteran pph.ramd,rrd tahu..di op puncak bukit kayangan peng hulu@komplek imigresen..dari op tu Nampak jelas separuh bandar betong,,dan dibawah op bukit kayangan dalam sekitar 200 meter jelas Nampak polis pos Thailand,dengan 24 jam bising memekak dengan menyanyi berbagai bagai,,nak sentry pun tak aman,,rasa rasa nak tuju aje dengan mortar 60mm tu,,thai walaupun di ada selindung pkm cara sembunyi,namun dia kena ganggu dengan pejuang pulo..ada lagi ke pos op bukit kayangan tu,yang berdekatan dengan pos op bukit berapit kiri dan kanan,,lama tak kesana..menggamit kenanngan..
Author|Post time 5-4-2020 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tan SrI Ghazali diirngi oleh Jeneral Mahmood dan Jeneral Jaafar Onn bersalaman dengan pasukan polis hutan di Betong. 06.06.1976
Internal Security Minister, Tan SrI Ghazali accompanied by General Mahmood and General Jaafar Onn shaking hands with the Police Field Force in Betong. 06.06.1976
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register