|
[Tempatan]
Pemandangan musim keladi bunting di Melaka Tengah. Ada kata mcm Eropah, ada kata
[Copy link]
|
|
pittjie replied at 21-5-2020 10:54 PM
Babe! You wajib join FB "kolektor buku2 semalaysia". Ahli dia selalu jual beli buku2 rare. DBP & c ...
Fb tu banyak tunjuk novel lama ke? Masa iols sekolah rendah suka baca buku2 sastera yg kakak iols masa tu dia dh form berapa tah.
Ada satu buku tu warna kuning tajuk dia Seindah Anggerik. Dia cam koleksi2 cerpen.
Best cite2 dlm buku tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 22-5-2020 02:58 PM
Tak tau la uols
Tunggu la orang lain jawab kot ada yg tau
Yea la kot. Haha! |
|
|
|
|
|
|
|
Woww..dari jauh mmg cantik mcm tulips kat NL. Boleh bergambar fefeeling ober the sea. |
|
|
|
|
|
|
|
Segala puji bagi Allah, cantik ya permandangannya, boleh buat kita tenang sahaja apabila berada di kawasan situ. |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting dalam ucapan Salam Perantau ada background Eropah
mesti dpt ribuan LIKES |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 22-5-2020 03:08 PM
Fb tu banyak tunjuk novel lama ke? Masa iols sekolah rendah suka baca buku2 sastera yg kakak iol ...
Ya byk buku2 lama Suchi. Depends pd penjual yg mostly pun collector. Sesetengah tu kalau open sale mmg terus jual byk buku. Followers mmg tunggu eller update buku satu persatu. Gigih tu yunggu walau kdg2 sampai wee hrs. |
|
|
|
|
|
|
|
Canteknyaaaa... One for the gram! |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
The pools are alive with a sound of music |
|
|
|
|
|
|
|
38 ditahan ambil gambar bunga teratai di kolam tadahan banjir
Bernama -
May 26, 2020 10:10 PM
MELAKA: Seramai 38 individu, termasuk 3 bayi dan 6 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ditahan kerana berhimpun untuk mengambil gambar pemandangan bunga teratai di kolam tadahan banjir di Taman Semabok Perdana dalam Ops Covid-19 dan Cegah Jenayah Hari Raya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Afzanizar Ahmad berkata dalam operasi kira-kira 12 tengah hari tadi, mereka yang ditahan termasuk 2 remaja berusia 18 tahun ke bawah, 19 tahun hingga 55 tahun (20 orang) dan 55 tahun ke atas (7 orang).
Beliau berkata, 20 individu dewasa dikompaun RM1,000 setiap seorang di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan hukuman di bawah Peraturan 15(1) peraturan sama.
“Tindakan dilakukan berdasarkan maklumat terdapat orang awam mengambil gambar berlatar belakangkan pemandangan bunga teratai di kolam tadahan banjir tersebut dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk tindakan lanjut, termasuk kompaun ke atas 20 individu dewasa terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di kepala Batas, 6 individu di Kampung Padang Benggali, Penaga, dikompaun RM1,000 setiap seorang hari ini atas kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata tindakan kompaun dikenakan ke atas 6 individu terbabit atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran dan mengadakan aktiviti ziarah pada hari ke-3 sambutan Aidilfitri.
“Mereka dikenakan tindakan tersebut susulan Ops Covid-19 yang dilakukan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara bermula 3 petang tadi,” katanya hari ini.
Beliau berkata, 10 pasukan ditugaskan memantau kawasan perumahan di sekitar Seberang Perai Utara, termasuk di Kepala Batas, Bertam dan Tasek Gelugor.
Katanya, sejak hari raya pertama sehinggalah 12 tengah hari tadi, 101 orang dikompaun atas pelbagai kesalahan seperti merentas negeri dan melakukan aktiviti ziarah yang melanggar SOP PKPB. |
|
|
|
|
|
|
|
jaga jaga tasik tu takut nyamuk vector penyakit parasites so yes careful. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap takde kluster keladi bunting |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaikan di Seoul tapi sebenarnya hanya di Melaka
29 Mei 2020
Keindahan panorama di Taman Semabuk Perdana, Melaka Tengah bagaikan seolah-olah berada di Seoul, Korea Selatan. - Foto Facebook Skiddromance Picture
MELAKA TENGAH - Keindahan panorama bunga mekar di Taman Semabuk Perdana, Melaka Tengah bagaikan seolah-olah berada di Seoul, Korea Selatan, menarik perhatian ramai pihak.
Perkongsian tular itu telah dimuat naik di akaun Facebook, Skiddromance Picture baru-baru ini yang memaparkan keindahan semula jadi bunga mekar berwarna ungu putih dikelilingi kehijauan yang ternyata memukau pandangan.
Ahmad Shahrin Syafeeq Ahmad Zamzuri, 29, yang memuat naik gambar tersebut mengakui ia adalah tulen dan bukannya disunting.
"Kawasan itu memang wujud, saya baru mengunjungi kawasan itu dua hari lalu.
"Bagaimanapun sekarang ini, tempat tersebut telah ditutup dan dijaga oleh Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
"Ramai telah berkunjung ke lokasi tersebut gara-gara sudah tersebar di laman sosial kerana masyarakat mahu melihat sendiri keindahan selain mengambil gambar," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Ahmad Shahrin memuat naik kiriman dengan kapsyen, "Kat Melaka ada Seoul? Taman 'Seoulmabok' Perdana. Antara lokasi dan pemandangan yang jarang dapat dilihat dengan keindahan bunga yang mekar." |
|
|
|
|
|
|
| |
|