|
|
Edited by ResellerMaxis at 28-4-2021 07:12 PM
PENAFIAN DAKWAAN PEMBERIAN VAKSINASI KEPADA PEKERJA GENTING GROUP ATAS ARAHAN MENTERI
Telah tersebar di laman media sosial suatu dakwaan yang menyatakan sejumlah pekerja syarikat Genting Group menerima vaksinasi COVID-19 kononnya atas arahan saya. Saya menafikan saya pernah mengeluarkan apa-apa arahan seperti dakwaan tersebut.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, penetapan kumpulan penerima vaksin Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah mengikut Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan seperti yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada 1 Mac 2021.
Semasa tempoh pelaksanaan Fasa 1 PICK, janji temu vaksinasi diuruskan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri mengikut senarai yang turut disediakan di peringkat negeri.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negeri yang beranggapan mereka boleh mula memberikan vaksinasi kepada kumpulan penerima lain apabila selesai menjalankan vaksinasi kepada penerima Fasa 1.
Bagi kes di Pahang, CITF Negeri telah membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja-pekerja di sektor pelancongan 1 melibatkan 56 buah hotel di Kuantan, Genting Highlands, Cameron Highlands, Jerantut, Raub, Mentakab, Bentong, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser. Keputusan pemberian ini dibuat apabila negeri Pahang telah selesai memberikan vaksinasi dos pertama (sementara menunggu selang masa bagi dos kedua) kepada kesemua penerima yang tersenarai dalam kumpulan keutamaan Fasa 1.
Pihak CITF Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan CITF Negeri ini selepas mereka memulakan vaksinasi kepada kumpulan tersebut. Susulan daripada kejadian ini, saya telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri Pahang pada 12 April 2021 bahawa keputusan untuk menyenaraikan kumpulan awal penerima vaksin adalah di bawah bidang selia JKJAV. Sehingga mana-mana kumpulan disenaraikan, keputusan senarai keutamaan terdahulu adalah terpakai.
Lindung Diri, Lindung Semua.
Khairy Jamaluddin
Menteri Penyelaras
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
La. Jawapannya bukan arahan saya tapi arahan dot dot dot ke. Ingat ada penjelasan sainstifik kenapa pekerja casino lebih utama dari orang tua, guru-guru dan lain lain.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|