|
Bertudung...tapi... (merged: rahmat, Normala17)
[Copy link]
|
|
Originally posted by fleurzsa at 2004-11-23 06:05 PM:
Islam amat menitik berat ttg pendidikan terhdp kaum perempuan. Perempuan yg dididik sejak kecil dgn pendidikan Islam akan terbentuk peribadi mereka menjadi mulia dan terpuji.
Sebaliknya perempua ...
salam fleurzsa .. tapi bagaimana pula tentang pendapat
cerdik pandai2 dinegara ini yg mengatakan rambut bukanlah
sesuatu yg dikita aurat ?? saya kira ini amat penting walaupun
remeh kerna jika tidak , kita hanya setakat utk mempersoalkan hukum
dan bukan dalam melaksanakannya . |
|
|
|
|
|
|
|
w'salam
Originally posted by dess402 at 27-11-2004 08:53 AM:
salam fleurzsa .. tapi bagaimana pula tentang pendapat
cerdik pandai2 dinegara ini yg mengatakan rambut bukanlah
sesuatu yg dikita aurat ?? saya kira ini amat penting walaupun
remeh ...
So setiap muslim melaksanakan tuntutan menutup aurat yg menjadi hukum dlm Islam.
Mengenai pendapat bhw rambut bukanlah aurat....
Allah swt mengurniakan manusia akal dan hati utk memikirkan mana yg terbaik bg diri masing2. I ubahsuai kata perpatah... Rambut sama hitam liang lahad lain2...
Telah ada perbincangan mengenai rambut bukan aurat itu....sila rujuk..
http://forum.cari.com.my/viewthr ... ghlight=&page=1
Ulang bicara...
Kewajipan asas perempuan adalah menutup aurat. Bagaimana cara mereka menutup aurat itu adalah mengikut tahap2 kefahaman dan keimanan mereka.
wallahua'lam
[ Last edited by fleurzsa on 27-11-2004 at 10:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai tudung untuk tutup aurat...
...tutup aurat kerana apa? niat kalau tak bersih (ikhlas) mmg la tak berkesan amal tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CD-RW at 27-11-2004 04:18 PM:
...tutup aurat kerana apa? niat kalau tak bersih (ikhlas) mmg la tak berkesan amal tu
yub betul tu..:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dess402 at 18-11-2004 01:36 PM:
sebenarnya bukan salah tudung .. tetapi sikap atau mentaliti .
tetapi apa pun saya masih menggangap mereka yg bertudung
tetap mengikut Islam . lagipun bukanlah majoriti yg menutup aurat
...
:setuju:
yg bertudung, tak semestinya semua baik;
yg tak bertudung, tak semestinya semua baik;
yg bertudung, tak semestinya semua jahat; dan
yg tak bertudung, tak semestinya semua jahat. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
Reign This user has been deleted
|
Rasulallah pernah bersabda...
" ada akhir zaman nanti, umat ku akan berpakaian tetapi serupa berbogel...." :lebai:
P.S: aku ubah skit supaya senang difahami... |
|
|
|
|
|
|
rahmat This user has been deleted
|
Tudung
nilai tudung
ai kat malaysia ni macam macam bende dah berlaku.kes rogol kes sumbang mahram dah macam biasa jer. aku tak tahu hadis ni betul ke idak tapi salah satu tanda tanda kiamat ialah bilamana org berzina ditepi jalan org buat tak kesah jer. emm kalau kite rase impossible bende tu berlaku cuba try imagine zaman para sahabat dulu ker tabien ke. ingat diorang leh imagine ker perbuatan rogol anak sendiri yang keji tu? memang aku tak paham la manusia sekrang ni. But ingat! bukan sahaja si perogol tu salah tapi biaah yang dicreate oleh certain pihak pun kene dikaji semula.takkan kite nak tunggu bende tu jadi kat relative kite nauzubillah..
meh sini aku nak bagitau satu bende yang ade kaitan ngan tudung
dari imam muktar
-societies sekarang seakan-akan memaksa wanita utk dress up like a man and act as a man in order dapat diterima oleh society. Korang kene bercakap macam laki(yelah kan kalau tak stand up macam mane nak kedepan) pakai macam laki, dedahkan aurat utk tatapan lelaki dan semua macam laki la.Is that a freedom for ur oh sister?
adakah kamu suka diterima sebagai org yang terpaksa act as lelaki or being accepted as a pompuan dan nilai nilai seorang perempuan?
Aisyah rah adalah pemalu dan berbudi bahasa tapi beliau adalah disanjungi oleh para sahabat. emm betui2
dari satu brother
org kate pakai tudung pun kene rogol apa cita?
-amboi-amboi,i bile doktor kate makan lima ubat hang dok makan satu ubat jer leh baik ke sakit tu. Islam suruh pakai tudung elok elok korang pakai semipro nye style, pi merata ngan laki korang rase cukup ker tudung tu sebagai protection?
dari satu brother jugak
sekrang ni ujian hebat pompuan kene harsh so leh ke depa bukak tudung?
dulu dulu zaman nabi lagi teruk. tapi depa tak bukak pun
kalau aku rajin aku nak citelah pasal pergerakan Feminism sebab die banyak contribute pada perjuangan hak wanita termasuk dengan perjuangan sister.basically diorang marah sebab penggunaan diorang mase zaman industri mesin tu bukannye pasal differences yang ade ngan laki. last last terextend sampai nak kan hak same je ngan laki. hoho kirenye kalau laki nak buat bina badan depa pun nak buat bina badan(memang ade pun adoi). naluri pompuan tentu bukan macam tu ;)
lagi satu kan aku rase kalau kite sensitif sangat pasal agama cuba lag kita pikir pasal budaya pulak. rase nye tudung ni adalah salah satu budaya melayu yang dah lame dah. in fact dalam Islam budaya tudung ni dah berumur 1400 tahun. tak rase sayang dan bernilai ker perkara ni.kalau kat myammar tu ade satu kaum yang pompuan die pakai gelang kat leher. Honestly aku gerun ma tengok diorang sebab leher depa panjang. serius tak tipu. tapi diorang bangga ngan attraction begitu. laki depa kate pompuan macam tu lawa. kalau kat fiji org laki nye suke pompuan gemuk hehhehe ai kenapalah tanak sayang budaya tudung yang sungguh murni ni...
ingatlah sister. Let the world accept you as a women not as a man
p/s kepada mak, nenek, makcik ,sister semua Allah bersamamu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apabila Allah gariskan the rulings dalam An-Nur 31, ada lagi rulings dalam An-Nur 30... satu pihak kena patuhi An-Nur 30, satu pihak kena patuhi An-Nur 31... insyaallah tak ada masalah rogol  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sekadar bertudung tetapi aurat lain terbuka dan jelas kelihatan. Mok nik perati kat msia nie jadi trend wanita bertudung kepala tapi aurat lain terpamir sakan ..barangkali kefahaman terhadap aurat hanya kepala.sebab itu kita bertudung tetapi baju ketat sendat singkat. Jadi jelas sekali ia tak menutup aurat dan tidak dapat menutup nafsu lelaki sebaliknya makin mengundang nafsu lelaki untuk mendekati wanita yang hanya menutup kepala tetapi aurat lain terbuka. kat US mok nik jumpa pompuan bertudung memang menutup aurat tak ler seperti gambar2 kat bawah nie.
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 6-10-2005 07:29 AM
sekadar bertudung tetapi aurat lain terbuka dan jelas kelihatan. Mok nik perati kat msia nie jadi trend wanita bertudung kepala tapi aurat lain terpamir sakan ..barangkali kefahaman terhadap aurat ...
good info....:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Rayle This user has been deleted
|
Dulu masa sekolah ustaz pernah beritahu....
Pompuan yg tak pakai tudung ini seperti makanan yg tak di tudung..
makanan yg tak di tudung lalat akan hinggap di atas makanan itu...lalat boleh membawa kuman. bagi juga pompuan yg tak pakai tudung ....mata lelaki selalu tertumpu kat body dia... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mok_nik's post
Memang kat Malaysia banyak yang bertudung hanya mengikut trend mesti matching dengan baju dan bubuh brooch bertaburan.Yang remaja pula pakai jeans dengan t/shirt,berpegang tangan dengan boyfriend,duduk di merata ceruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 6-10-2005 07:29 AM
sekadar bertudung tetapi aurat lain terbuka dan jelas kelihatan. Mok nik perati kat msia nie jadi trend wanita bertudung kepala tapi aurat lain terpamir sakan ..barangkali kefahaman terhadap aurat ...
:setuju: :setuju: :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
i've seen a girl wearing tudung tapi baju nampak pusat. luas plak tu. even gays and transexuals dont dress that weird.  |
|
|
|
|
|
|
rahmat This user has been deleted
|
assalamualaikum warahmatullah
Sebenarnye dalam isu tudung ni banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tapi sebelum tu saya sebagai lelaki sebenarnya tak mahumenjadi orang yang suka mengkritik kaum kaum wanita pasal isu tudung. Selalu saya tengok kat seminar seminar dimana kaum lelaki membangkitkan isu tudung namun pernah tak kita bangkit isu laki?. Bagi saya hanya lelaki yang benar benar ikhlas je yang berkelayakan tegur mereka. Sebabnya kita laki pun ade juga obligation yang seakan akan sama dengan tudung. Jujurnya saya rase sister sekarang relatively more islamic than brothers. Sebab kebanyakan sekarang ni kita dapat lihat banyak jugak yang pakai tudung. Mungkin dari segi pemahaman tu mungkin bercanggah tapi alhamdullilah sister sekarang ade kesedaran. Bagi kita sebagai lelaki, cubalah kita lihat ape kah obligation Allah yang berbentuk "sepanjang masa" seperti sembahyang jemaah dan menyimpan janggut. Sembahyang jemaah dan janggut sebenarnye lebih kurang sama dengan tudung. Namun cuba lihat masjid masjid kita. Hanya dipenuhi dengan tahi cicak sahaja. Tak sedih ke. Kalau ade tahi manusia kat masjid kita tak sedih ke. Apa tak same ke tahi cicak ngan tahi manusia. Pernah tak kita laki dengar hadith tentang Rasululah Saw mahu membakar rumah dimana orangnya tak gi semayang jemaah. Begitu juga dengan janggut. Orang simpan janggut dianggap jumud. Jika perkataan perkataan ini terasa sakit dihati, begitu juga kalau kita cakap tentang hukum hakam pasal tudung ni pada perempuan.Diorang pun pedih jugak kalau isu tudung ni. Itulah sebenarnye saya berasa kita kene ubah attitude kita sebagai lelaki. Kita lelaki sepatutnya lebih islamic. kalau kita lihat senario di malaysia, jantina mana yang lebih banyak masuk ipt, dan jantina mana berada diforefront dalam memperjuangkan Islam? Kita laki nak pakai serban pun mengelabah. Saya sebenarnye bukan ape, saya nak kaum kaum yang suka menegur perempuan ni agar melihat diri sendiri, adakah kita sendiri mengikut Islam? Sebab saya rase serius sekarang ni perempuan dah relatively more islamic than brothers.
Jadi saya rase isu tudung ni lebih baik diserahkan kepada lelaki lelaki yang ikhlas ( ulamak dan sebagainya) dan juga sister sister yang mashaAllah memang jaga aurat mereka. Sebab aku sendiri pun rase segan nak tegur depa pasal tudung ni.Sebenarnye saya rasa cukup kagum dengan sister sister yang jaga aurat ni lagi lagi ditempat saya belajar sekarang (us)Kadang kadang saya terfikir, cuba ko try pakai serban ke ape pegi kelas.Sure orang pandang pelik. Pastu bile saya pikir lagi, bile saya tengok orang melayu tak pakai tudung, saya macam menunjukkan sifat tak senang kat depa. Tapi kenapa bile saya ngan orang putih saya macam peramah jer. Ape minah mat saleh tu disukai oleh Allah ke berbanding dengan orang melayu islam tu. Dia mungkin tak pakai tudung but at least die ade akidah. Dan saya tentulah rase kagum tak ingat bila sister kat sini pakai tudung labuh lagi. MashaAllah may Allah reward you all. Serius saya rase sejuk hati kat depa. serius. Kalau diorang nak pinang I I terima jer huhu gatal..
Buat yang masih steadfast dalam menjaga aurat.. doa saya akan terus bersama anda.InshaAllah bila kita hendak kemana-mana, lihatlah dialmari kita, pilihlah pakaian taqwa. Sarungkan baju taqwa itu. Biarlah dunia ingin kata ape kat korang. Janji dihati mu ada taman yang berada dalam hatimu. Bak kata ibnu taimiyah, korang nak penjara aku? taman aku ada didalam hati
p/s fakta sains.. sapa pernah tengok tayar kalau biar lame lame kat matahari die akan rosakkan? Sebab die polimer, uv rosakkan tayar tu. So rambut yang selalu terdedah kat matahari pun akan rosak jugak aku tak suka la fakta fakta sains nak illustrate agama, tapi saje jer
sorry for my merepek |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lagi sopan : Baju kurung tanpa tudung OR jeans/t-shirt ketat with scarf
Soklan ni menurut pandangan Islam ler. Kalau boleh cubalah jawab menurut format soalan yag ditanya yer :stp:
Tapi kalau nak gak jawab dua-dua tak sopan, then yang mana LEBIH tak sopan 
Didahului dengan jutaan terima kasih  |
|
|
|
|
|
|
|
Antara 2 tuh ader yg lebih ker?
Rasernyer 2-2 terang |
|
|
|
|
|
|
|
banyak college student pakai tudung.. tapi berbaju ketat.. mcm mana tu??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|