|
Edisi Selatan: Mayat terlentang di kebun sayur
Oleh Saipul Adli Mohamad
[email protected]
JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita bujang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan terlentang dan mulut berbuih di sebuah kebun sayur di Ulu Choh, dekat sini, tengah hari semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Tan Foo Suan berkata, ketika ditemui selain kesan lebam dipercayai kerana terjatuh, mangsa lengkap berpakaian, manakala barang kemas dan wang tunainya tidak hilang.
揃erdasarkan siasatan awal, kami mendapati mangsa bekerja di kebun milik abangnya kira-kira tujuh atau lapan bulan lalu sejak datang dari Cameron Highlands dan ke kebun berkenaan setiap hari.
揝etakat ini, kematiannya tiada unsur jenayah dan kes disiasat sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, bedah siasat akan dilakukan esok (hari ini) untuk mengesahkan punca kematiannya, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara : Gulai sembilang terakhir
Oleh Badaruddin Mat Zakaria dan Rudy Syareme Sherifuddin
GEORGETOWN: Seorang pemandu jengkaut sempat menikmati gulai ikan sembilang yang dimasak ibunya sebelum terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan, malam kelmarin.
Mangsa, Mohd Herizan Md Yusoff, 21, dari Mukim E, Titi Teras, Balik Pulau, meninggal dunia setengah jam selepas dimasukkan ke Hospital Pantai Mutiara (HPM), Bayan Baru, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 10.20 malam ketika mangsa memandu kereta Proton Iswara Aeroback di Jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas apabila keretanya dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori satu tan.
Bapa mangsa, Md Yusoff Hussein, 53, berkata arwah bekerja sebagai pemandu jengkaut selain bekerja sambilan di sebuah kantin kilang di Bayan Lepas pada sebelah malam.
Katanya, pada tengah hari kelmarin, seorang adik arwah membawa pulang lima ekor ikan sembilang yang ditangkapnya sebelum diberikan kepada isterinya untuk dimasak gulai.
揂rwah sempat menikmati dua kali masakan gulai ikan sembilang ibunya yang menjadi kegemarannya ketika makan tengah hari dan malam sebelum keluar bekerja kira-kira jam 10 malam.
揝elepas hampir 20 minit arwah keluar, saya dimaklumkan seorang jiran anak saya terbabit dalam kemalangan jalan raya.
揔ami dimaklumkan harapan untuk hidup tinggal 50-50 saja dan dia dimasukkan ke HPM, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : Kubur atas bukit
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: 揃eberapa hari sebelum kejadian, Nizam ada bergurau dengan rakannya mahu dikebumikan di atas bukit jika meninggal dunia dan akhirnya kata-katanya itu menjadi kenyataan hari ini (semalam), |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Pelajar lintas jalan tunggu bas maut
Oleh Yahya Awang
[email protected]
PARIT BUNTAR: 揝ebelum kemalangan, arwah berubah jadi pendiam. Apa yang dicakap ibu, arwah mengikut saja, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Misteri jatuh jejambat
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
HULU KLANG: Kematian seorang pemilik bengkel kenderaan mencetuskan tanda tanya selepas mangsa disyaki terjatuh dari jejambat susur keluar Jalan Genting Klang menuju Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, mayat mangsa, Mohd Safii Abas, 44, ditemui orang ramai terbaring di atas jalan selepas dipercayai terjatuh dari jejambat setinggi lebih 20 meter.
Tambah aneh apabila Proton Iswara milik mangsa ditemui ditinggalkan di atas jejambat terbabit dalam keadaan enjin masih hidup.
Adik ipar mangsa, Mohd Nizam Dahari, 30, berkata ketika kejadian dia memandu kereta melalui jalan Genting Klang dan terserempak Proton Iswara mangsa di bahu jalan.
揝aya segera berhenti untuk memeriksa kereta terbabit sebelum mendapati mangsa dikerumuni orang ramai di bawah jejambat itu.
揝aya tidak pasti apa yang berlaku namun polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Mayat suami ada kesan hentakan
Oleh Azahar Hashim
KULIM: Kegelisahan seorang isteri selepas suaminya tidak pulang ke rumah, berakhir dengan kesedihan apabila polis bersama penduduk kampung yang mengadakan gerakan mencari menemui mayat lelaki itu dengan kesan luka di kepala di tebing sungai, dekat Kampung Batu Putih, Sungai Kob, di sini, awal pagi semalam.
Polis yang menemui mayat lelaki terbabit kemudian memaklumkan kepada isterinya yang berusia 40-an untuk pengecaman dan isteri mangsa yang ke tempat kejadian mengesahkan lelaki terbabit adalah suaminya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdul Majid Hashim, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras di kepala.
Katanya, polis menemui kesan darah pada tebing sungai terbabit kira-kira 50 meter dari tempat mayat mangsa ditemui dan dipercayai mayat mangsa hanyut serta tersangkut pada sampah di dalam sungai itu.
Beliau berkata, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, mangsa, Lim Sook Boey, 50, mengarahkan isteri serta beberapa pekerjanya pulang dahulu ke rumahnya di Taman Haruan di sini, selepas menutup kedai pertukangan milik mereka di Taman Mutiara di sini.
Katanya, apabila mangsa masih belum pulang selepas jam 8 malam, isterinya meminta seorang pekerja mencari lelaki itu di kedainya.
揝eorang pekerja mangsa kemudian pergi kedai terbabit dan mendapati kedai berkenaan sudah ditutup dan pekerja terbabit kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada isteri mangsa.
揑steri mangsa serta beberapa pekerjanya kemudian mencari mangsa di sebuah stor menyimpan pasir yang terletak kira-kira dua kilometer dari kedai terbabit dan menemui kereta mangsa di hadapan stor terbabit, tetapi mangsa tiada, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: 2 warga Myanmar dibunuh
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]
SUBANG JAYA: Dua warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tetakan di leher dan perut terburai di sebuah kilang di Pusat Bandar Puchong di sini, semalam.
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui orang ramai dalam kilang berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari, sebelum menghubungi polis.
Seorang lelaki yang juga rakan mangsa menghilangkan diri dan polis kini mengesannya untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata satu mayat ditemui di bilik air dengan kesan tetakan di leher, bahu kanan dan lengan kiri.
揗ayat seorang lagi lelaki ditemui dengan kecederaan di perut di ruang tengah kilang berkenaan dengan perutnya terburai.
揚olis sedang mengesan seorang lelaki yang juga rakan mangsa yang menghilangkan diri selepas kejadian itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Nasional: 2 bungkus mayat bayi
Oleh Efindi Badarudin dan Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kejam. Itulah istilah paling tepat menggambarkan pihak terbabit dalam kes pembuangan dua bayi yang dijumpai mati di dua tempat berasingan di sekitar ibu negara dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Bayi pertama, dipercayai dilahirkan wanita Islam, ditemui berbalut dalam sehelai kain batik dan diselitkan surah Yasin, manakala seorang bayi lagi dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum diletakkan di kubur penganut Kristian.
Bayi perempuan yang ditemui dalam beg plastik berhampiran tong sampah di Jalan TSP 2, Taman Industri Sungai Buloh, dekat sini kira-kira jam 1.45 tengah hari kelmarin masih bertali pusat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abdul Rahman Ibrahim, berkata bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pekerja restoran yang hendak membuang sampah.
Menurutnya, pekerja terbabit kemudian segera memaklumkan kepada polis mengenai penemuan mayat bayi berkenaan.
Bagaimanapun, kata beliau, tiada sebarang kecederaan dikesan pada tubuh bayi berkulit cerah itu.
揗ayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : 'Arwah kata dia dah sihat'
Oleh Ibrahim Isa
KOTA TINGGI: Tunang Allahyarham Siti Aznura Tukiran, 24, Mohd Saiful Md Zin, 23, tidak menyangka pertemuan yang dijanjikan semalam adalah pertemuan terakhir mereka.
Ini kerana, pada pertemuan terdahulu pada Ahad lalu, Allahyarham ada mengatakan dirinya sudah sihat dan mungkin akan dibenarkan pulang tidak lama lagi bagi membuat persiapan sebelum majlis perkahwinannya.
揝ebaik diberitahu Allahyarham akan dibenarkan pulang hari ini (semalam), saya benar-benar gembira kerana Allahyarham sudah lama terlantar di hospital bagi mendapatkan rawatan.
揝aya benar-benar percaya keadaannya semakin pulih kerana ketika pertemuan terakhir kami, Ahad lalu, Allahyarham sudah boleh berjalan dan berbual seperti biasa tanpa rasa lelah atau sesak nafas, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : Liang lahad jari berinai
Oleh Ibrahim Isa
KOTA TINGGI: 揔ak tolong pakaikan inai, balik nanti boleh buat persiapan lain, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : Kereta putus dua
Oleh Zainal Zawawi Mohamed dan Abdullah Wahab
KUALA LUMPUR: Aksi nekad seorang lelaki memandu ala Formula Satu (F1) ketika melalui selekoh membawa padah apabila dia terbunuh selepas merempuh dua batang pokok di Lebuh raya Mahameru, di sini, malam tadi.
Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa yang memandu seorang diri dipercayai berlumba dengan sebuah lagi kereta sebelum dia gagal mengawal kenderaannya ketika melalui selekoh.
Mangsa Mohd Hisam Talib, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu Proton Iswara Turbo dipercayai berlumba dengan sebuah Mitsubishi Evolution.
Katanya, mangsa gagal mengawal kenderaan ketika mengambil selekoh dan merempuh dua pokok menyebabkan kereta berkenaan terputus dua.
揃ahagian depan kereta mangsa melekat di pokok kedua manakala bahagian belakang bersama mayat mangsa berada kira-kira 50 meter di hadapan.
揚emandu kereta yang berlumba dengan mangsa dipercayai melarikan diri sebaik melihat kenderaan mangsa terbabit dalam kemalangan, |
|
|
|
|
|
|
|
Warga Indonesia dikerat lapan
MIRI 25 Mei - Seorang lelaki warga Indonesia menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila badannya dikerat kepada lapan bahagian di sebuah ladang kelapa sawit, di Bekenu, dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Dahlan, 29, mati ditetak dengan senjata tajam yang dipercayai parang.
Tetakan itu menyebabkan beberapa bahagian badan mangsa seperti kepala, kaki dan tangannya putus.
Kejadian yang dipercayai berpunca daripada pergaduhan itu juga mencederakan seorang lagi rakan mangsa, Anjuk.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Fauzi Saadi Diol ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh.
Polis menahan seorang suspek warga Indonesia bekerja di ladang yang sama, pukul 10.30 malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak mangsa culik ditemui mati
JOHOR BAHRU 25 Mei - Kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai diculik dan ditemui mati di Taman Teknologi Senai dekat sini pada 6 Mei lalu dikenal pasti sebagai Lo Ching Poon.
Perkara itu dinyatakan oleh bapanya, Lo Boo Chuan, 36, setelah polis memberitahu ujian Asid Dioksiribonukliek (DNA) mendapati kanak-kanak itu adalah anaknya.
Bagaimanapun, keputusan rasmi DNA itu hanya akan diumumkan oleh pihak polis pada satu sidang akhbar esok.
Boo Chuan yang bekerja sebagai tukang masak di Singapura telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak polis yang datang ke tempat kerjanya di Woodlands kira-kira pukul 6.30 petang ini.
``Saya tinggalkan kerja saya dan pulang ke rumah dengan segera. Saya tidak percaya mengenai perkara itu,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Johor Jaya di sini hari ini.
Pada 25 April lalu, Ching Poon didapati hilang dan dipercayai dilarikan oleh kenalan ibunya yang dikenali sebagai Martin.
Martin kemudiannya menyerah diri kepada polis pada Jumaat lalu dan tempoh tahanan remannya telah dilanjutkan sehingga 30 Mei ini bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok. |
|
|
|
|
|
|
|
Along rindu adik
Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]
REMBAU: 揂long rindu adik. |
|
|
|
|
|
|
|
Maut di hari lahir Ibu
Oleh Nazarali Saeril dan Muhd Nur Asnawi Daud
[email protected]
SUBANG JAYA: 揥alaupun Hazrill maut dipanah petir pada hari ulang tahun kelahiran ibunya, itu mungkin kebetulan saja dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi, |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat, jengkaut ditemui
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
GOMBAK: Pengawal keselamatan yang terjunam ke dalam tasik bersama jengkaut yang dipandunya pagi kelmarin, dikatakan sempat pulang ke rumah untuk meraikan sambutan Hari Ibu buat isterinya, Isnin lalu.
Mangsa, Wong Hok Lai, 43, dari Ijok, Batang Berjuntai, pulang semula ke rumah kongsi di tapak projek Taman Wahyu itu selepas meraikan majlis terbabit bersama isteri, Wong Mai Lee, 46, dan keluarga.
揝uami saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ, dan baru menjadi pemandu jengkaut terbabit dua minggu lalu, |
|
|
|
|
|
|
|
Saksi panik dengar letupan
Oleh SHAHRUL NIZAM MOHAMAD
KUANTAN: 揝aya panik selepas terdengar bunyi letupan seperti bunga api beberapa kali sebelum melihat kereta jenis Honda Accord itu musnah terbakar sekelip mata, |
|
|
|
|
|
|
|
Maut terbelit kabel
Oleh AHMAD SAUFI MANSOR dan ZULFA MOHAMAD
BUKIT MERTAJAM: 揌abislah... aku dah tak ada anak, anak aku dah mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Maut kerana tertidur ketika menunggang motosikal
JOHOR BAHRU: Akibat dipercayai tertidur ketika menunggang motosikal, seorang pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 28.4 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Kulai, pagi semalam.
Ketua Trafik Johor Bahru Utara, Cif Inspektor Bakri Zainal Abidin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi, Alif Rizal Sulaiman, 19, dipercayai baru tersedar apabila termasuk ke dalam longkang selebar 1.7 meter itu.
揗angsa dalam perjalanan ke utara dan dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan mengantuk. Sampai di tempat kejadian, dia terus termasuk ke dalam longkang lebuh raya.
揂pabila terjatuh ke dalam longkang, mangsa dipercayai baru tersedar tetapi tidak mampu mengawal motosikal lalu merempuh tiang papan tanda arah. Ini berdasarkan jarak mangsa masuk di dalam longkang sejauh 47.1 meter.
揗angsa mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala serta patah kaki kanan, |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua syarikat tayar Michelin mati lemas
BREST 27 Mei - Ketua syarikat gergasi tayar Michelin, Edouard Michelin ditemui lemas dalam kemalangan bot di perairan Brittany, utara Perancis semalam.
Mayat Michelin, 43, pemilik syarikat tayar terkemuka dunia itu, ditemui terapung di kawasan perangkap udang karang kira-kira 10 kilometer di utara Sein.
Pihak berkuasa Perancis hari ini memulakan siasatan kematian beliau.
Menurut polis, bot tersebut karam di kawasan yang berbahaya di tengah laut namun tidak dapat disahkan sebabnya.
Beliau baru beberapa jam menyertai ekspedisi memancing di lautan bersama rakannya, Guillaume Normant.
Bagaimanapun, Normant, ketua salah sebuah persatuan memancing di Brittany masih belum ditemui dan dianggap meninggal dunia.
揟iada siapa yang dapat melihat atau mendengar apa-apa pun, biarpun keadaan laut amat baik tetapi terdapat kabus tebal sehingga tengah hari, |
|
|
|
|
|
|
| |
|