CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: homeboy

All About Camelia

[Copy link]
Post time 22-9-2006 01:28 AM | Show all posts
HARIAN METRO 21/9

Camelia perkenal 'Urban Pop Chic'

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

PENEROKAAN Camelia untuk memperkenalkan irama musik 'Urban Pop Chic' pada album terbaru 'Mysticam' yang bakal menemui peminat November ini memberikan satu peluang keemasan buat dirinya sebagai anak seni.

Dimensi penerokaan Mysticam yang diterjemahkan melalui perjalanan spiritual yang dilalui dalam hidupnya telah membuka ruang untuk memperkenalkan Mysticam dipersada antarabangsa.

Kunjungan dan tawaran membuat persembahan secara live di Shanghai, China, 29 September ini sempena pembukaan rasmi sebuah butik milik Hugo Boss.

Ia turut diserikan dengan minggu Kejohanan Formula I yang bakal berlangsung 1 Oktober depan di Litar Antarabangsa Shanghai yang turut dihadiri ribuan peminat pelbagai golongan.

Tawaran yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik Hugo Boss, Lars Larsen kepada Camelia, 32, atau nama sebenarnya, Dayang Nur Camelia Abang Khalid adalah satu kebanggaan buat dirinya.

Bagi Camelia atau lebih mesra dengan panggilan Mimie memberitahu bahawa tawaran itu diperoleh ketika pertemuan ringkas Larsen di Litar Antarabangsa Sepang pada Mac lalu.

Menurutnya, dalam pertemuan itu tawaran pada musik dan fesyen yang dibawa olehnya menjadi tarikan dan minat sehinggakan ingin menjalinkan hubungan perniagaan secara bersama.

Katanya, ketika itu bagai tidak percaya sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak namun, segala tanda tanya terjawab dua bulan lalu.

"Inilah kejutan buat 'Mysticam' dan buatnya sendiri termasuk industri hiburan apabila mendapat peluang membuat persembahan dalam pentas antarabangsa di tempat orang.

"Sukar untuk percaya, namun ia satu realiti sebenar apabila akan menjejaki ke Shanghai nanti sebagai seorang penghibur yang membawa nama Malaysia ke mata dunia," katanya.

Mimie berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Album Mysticam dan Majlis Menandatangani Penjanjian Bersama Virgin Records (VR) di Hotel Gurney, Pulau Pinang.

Hadir sama, Pengurus Label VR, Jeremy Chong, Penerbit Eksekutif Mysticam, Boundeng dan Eksekutif Pengiklanan dan Promosi, EMI Musik (M) Sdn Bhd, Ayu Ramli selaku syarikat pengeluar album.

Menurutnya, majlis pelancaran album di Pulau Mutiara dipilih sebagai lokasi terbaik untuk memperkenalkan musik urban dalam era teknologi terkini apabila dipasarkan kelak.

Katanya, dengan adanya impak positif selepas prmosi dilakukan dan tindak balas diterima menunjukkan 'Urban Chic Pop' mulai diterima selain mengubat kerinduan peminat selepas tiga tahun menyepikan diri.

"Album ini cukup bermakna buat saya selepas memberanikan diri untuk memperkenalkan irama pop dance yang ditemui hasil penelitian daripada perkembangan muzik ketika bercuti di beberapa negara luar.

"Selain itu juga, bagi memberkati kelahiran album ini, saya akan bersama keluarga termasuk sanak saudara akan menunaikan umrah ke Mekah pada 6 hingga 16 Oktober depan," katanya.

Mimie berkata, harapannya cuma satu, kenali Camelia pada album ini kerana ianya cukup istimewa dan inilah hadiah buat peminat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap karier seninya.

Katanya, disamping itu juga peminat turut berpeluang menemui dan melihat persembahan Camelia apabila lebih 200 peminat berkunjung di Chill-Out untuk melihat persembahan dengan lebih dekat Mysticam yang sebenar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2006 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by IrvingLorenzo at 18-4-2006 10:33 PM
camelia best apa dulu...




dulu la.... suatu mase dulu.....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 08:12 AM | Show all posts
Camelia's off to Shanghai
-by Terrina Hussein -

FASHION ing閚ue and singer Camelia set off this morning for her first performance in Shanghai.
Camelia recently became the first Malaysian artiste to sign on with Virgin Records.

Her new album, MystiCam, has shown a different side to the previous pop and ballad only singer.
By teaming up with DJ Gabriel and DJ Romy, Camelia has added house and dance elements to her music, giving her a new lease on her career.

揑 think the new concept now is very modern, it抯 very 慺ashion
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:20 AM | Show all posts
BERITA HARIAN 28/9

Album Mysticam bawa Camelia ke Shanghai
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak terima dua jemputan buat persembahan di luar negara
DETIK 0711 menjadi pertaruhan penyanyi jelita, Camelia atau nama sebenarnya, Dayang Nur Camelia Abang Khalid apabila penantian selama hampir setahun menghasilkan album terbaru, bakal menemui titik noktahnya.

Nombor 0711 - yang bermaksud 7 November 2006 - bakal menamatkan segala penerokaan Camelia untuk memperkenalkan Mysticam yang dihasilkan sendiri sebagai buah tangan untuk peminat tersayang.

Camelia atau panggilan mesra Mimie ketika ditemui Hip sempena Majlis Pelancaran Album Mysticam di Hotel Gurney, Pulau Pinang baru-baru ini jelas begitu teruja dengan kehadiran album terbarunya.

Kerjasama Virgin Records dan EMI Muzik (M) Sdn Bhd dan kepercayaan pengurusnya, Jeremy Chong pada bakat yang ada pada bintang kelahiran Kuching, Sarawak, bagaikan menyuntik semangat Mimie.

Cetusan dan kelahiran Mysticam bakal terjawab apabila dipasarkan nanti dengan irama musik Urban Pop Chic yang lebih berkonsepkan dance muzik bersesuaian dengan era masa kini.

Mimie berkata, kelahiran album Mysticam sememangnya membawa erti dan tuah pada dirinya kerana sungguhpun album bakal dipasarkan November depan, dia sudah pun menerima tawaran ke luar negara.

Tawaran membuat persembahan secara live di Shanghai, China, pada 29 September ini membuktikan anak Malaysia itu mampu berjaya di persada antarabangsa. Bermula dengan pembukaan rasmi sebuah butik kecantikan milik Hugo Boss, Mimie juga dijangka menghibur tetamu Kejohanan Formula 1 pada 1 Oktober depan di Litar Antarabangsa Shanghai.

"Kunjungan penuh bersejarah itu turut dihadiri ribuan peminat di seluruh dunia yang terdiri dari pelbagai golongan atasan dan bawahan serta peminat sukan bermotor.

"Hasrat untuk bekerjasama antara saya dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik Hugo Boss, Lars Larsen pada Mac lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membuahkan hasil," katanya.

Baginya, bukan mudah anak tempatan memperoleh peluang keemasan seumpama ini dan ia bagai satu kejutan buat Mysticam sendiri apabila sudah dapat diterima jurnal muzik baru ini.

Katanya, apa yang pasti ia bukan mimpi tetapi realiti dan kehadiran ke Pulau Mutiara turut membuka peluang kepada peminat di sini mengenal muzik Urban Pop Chic sebenarnya.

"Inilah semangat dan harapan saya sebenarnya bahawa kehadiran Mysticam bakal mengubah segala-galanya selepas hampir tiga tahun tidak melahirkan sebarang album," katanya.

Mimie berkata, sebagai memberkati kelahiran permata terbaru itu, dia bersama keluarganya akan pergi menunaikan umrah pada 6 hingga 16 Oktober depan.

Tujuan ke sana bagi meneruskan tradisi keluarga untuk beramal ibadat selain mengunjungi kubur Allahyarham nenek dan datuknya yang meninggal dunia di Makkah beberapa tahun lalu.

Harapannya hanya satu, kenali Camelia pada album ini kerana ia cukup istimewa dan inilah hadiah buat peminat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap karier seninya.

FAKTA:

Nama Sebenar : Dayang Nur Camelia Abang Khalid
Nama Komersial: Camelia dan Mimie
Umur: 32 tahun (20 Jun 1974)
Karier: Penyanyi, model dan pengacara program Casa Impian di Astro Ria.
Album: Camelia, Rindu Padanya, Memori, Mimpi dan kompilasi, Untukmu.
Pembabitan: Duta produk L'Oreal, Tag Heuer, Wacoal dan Epson. Pantene adalah komersial TV terbarunya termasuk Jam Tangan Omega.
Pencapaian:

Dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik & Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik 1999 (AIM'98).

Album Mysticam memuatkan 10 lagu termasuk enam lagu baru termasuk lagu kebanggaan rakyat Sarawak, Puteri Santubong, Jari Jemari, Closer dan Hyphosis termasuk lagu Seiring Dan Sejalan nyanyian Broery Marantika dan Sharifah Aini dengan gubahan Baru.

Penampilan istimewa Too Phat dan DJ Gabriel
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 11:10 AM | Show all posts
9/12/06 - Harian Metro

MystiCam ilham Camelia
Oleh Hartati Hassan Basri


SETIAP peluang yang ada akan digunakan penyanyi Camelia untuk memperkenalkan album barunya, MystiCam kerana ia buah tangannya yang cukup istimewa.


Katanya, dia tidak segan menghulurkan cakera padat (CD) albumnya itu apabila bertemu kenalan luar ketika menghadiri majlis tertentu seperti Formula One atau apa-apa majlis sekalipun dengan harapan mereka mendengar lagu-lagunya.

揝aya harap mereka dengar lagu saya dan mungkin ada peluang untuk melebarkan sayap ke luar negara. Apabila bertemu bos BMW ketika majlis Formula One, saya berikan CD. Ternyata mereka menyukai lagu Jari Jemari.

揝aya juga diundang menyanyi untuk majlis pembukaan kedai Hugo Boss di Shanghai, China, September lalu. Saya bangga apabila melihat orang Cina di sana menari mengikut rentak lagu Jari Jemari dan Seiring Sejalan yang saya nyanyikan di tengah-tengah pusat beli-belah.

揃etapa bangganya saya. Walaupun mereka mungkin tidak faham dengan liriknya, apa yang penting mereka dapat menikmati melodi lagu itu.

揝aya juga menghadiri promosi di pusat beli-belah di seluruh negara sebelum album dipasarkan untuk memperkenalkan kehadirannya. Lagu Seiring Sejalan yang menjadi single, sudah diperkenalkan kepada orang ramai sejak beberapa bulan lalu.

揔ini album yang saya hasilkan sejak akhir 2005 berada di pasaran mulai 29 November. Saya bangga dan puas sangat kerana selepas lama menanti, akhirnya album ini boleh dimiliki peminat. Harapan saya, album ini disukai peminat,
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 09:29 PM | Show all posts
Muzik seiring fesyen

Oleh ABIE ABDULLAH

AGAK kerap kita melihat kelibatnya di arena fesyen. Tidak hanya di Malaysia, wajah cantik Dayang Nur Camelia Abang Khalid turut menghiasi barisan depan pertunjukan fesyen antarabangsa termasuk London dan Paris.


Minatnya ke arah dunia fesyen itu bagaimanapun tidak membataskan karier nyanyiannya. Bagi wanita berasal dari Kuching yang lebih mesra dengan panggilan Mimi, fesyen dan nyanyian adalah satu, perlu berjalan seiringan.

揂rtis selalu diperhatikan, apa yang mereka pakai, sesuai atau tidak. Jadi cuba fikirkan muzik tanpa fesyen dan fesyen tanpa muzik. Sebenarnya kedua-duanya dalam satu aliran.

揔ebanyakan majlis anugerah untuk artis misalnya, acara didahulukan dengan laluan karpet merah dan di situ, artis melaram dengan pelbagai fesyen yang menampilkan imej. Imej amat penting untuk artis sebagaimana muzik juga.

揗acam Madonna, setiap kali muncul dengan produk baru, imejnya pasti berubah mengikut kesesuaian. Begitu juga Fergie, Beyonce atau Justin Timberlake. Malah antara mereka sudah ada yang membina nama sebagai jenama fesyen.

揊esyen, industri besar. Sesiapa di dalam industri ini terbabit di dalam industri seni. Semuanya dalam lingkungan sama,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2006 11:56 PM | Show all posts
Ayuh berdansa dengan Camelia


ARTIS: Camelia
JUDUL: Mysticam
GENRE: Chic Pop

KALAU mahu mencari `keaslian' dalam Mysticam, lupakan saja kerana itu tidak mungkin anda temui. Hakikatnya, apa saja genre muzik yang terlalu tulen boleh membuatkan eksekutif di syarikat rakaman bimbang.

Sekurang-kurangnya itulah yang pernah ditakutkan sangat orang-orang radio, MTV dan industri muzik antarabangsa apabila Korn, kumpulan muzik rock, menggempur industri dengan keaslian rock sejati mereka.

Tidak mengapa, kita tinggalkan Korn kerana saya cuma membuat bandingan gaya muzik yang penuh originaliti dengan yang seumpama dalam Chic Pop.

Untuk memudahkan pemahaman, Chic Pop genre pilihan Camelia kali ini lebih kepada muzik disko yang dilapisi lagi supaya kedengaran lebih canggih dalam gaya etnik. Lagipun muzik disko sebenarnya adalah hasil evolusi yang dilalui genre rock dan soul. Ritma dansanya tambah mantap dengan muzik house, acid house yang digabung dengan baik.

Banyak elemen remix ada dalam album ini. Paling nyata, Du Du Du ciptaan Camelia dan DJ Gabriel. Kool pula didatangkan dalam rentak disko ranggi bersama instrumen tradisional. Ia menggambarkan akar budaya penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang ini. Bunyi disco tech pun ada.

Kembara genre Mysticam turut diwarnakan dengan elemen funk reggae pada Trek 5, Cong. Cubaan cukup berani dan menambah revolusi dalam usaha mencari kelainan seperti yang diharapkan Camelia sendiri.

Seperti katanya dalam kulit album yang bermaksub: "Chic Pop adalah rentak yang direka untuk memberi pilihan dalam apa suasana pun."

Apapun, saya cukup seronok dengan clubmix Jari Jemari dan Seiring Sejalan pada Trek 9 dan 10.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 04:57 PM | Show all posts
Misteri Camelia dalam Mysticam
Oleh WANDA IDRIS



SEBAGAI ikon fesyen dan sosialite, Camelia mengakui ia bonus untuk perkenalkan album barunya, Mysticam yang telah pun berada di pasaran sejak 21 November lalu.
--------------------------------------------------------------------------------



BERCERITA soal jodoh dengan Camelia, si jelita kelahiran Kuching, Sarawak yang kini berusia 32 tahun itu memang pandai mengelak.

Bagaimanapun, pada pertemuan terbaru dengan Mega, Camelia yang telah tujuh tahun bersendirian setelah bercerai dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce, tidak menafikan dirinya sudah berpunya.

揧ang utama ketika ini ialah album Mysticam. Soal jodoh, kami tidak pernah membincangkannya malah saya percaya ia datang apabila tiba waktunya.

揘amun saya bahagia kerana 慸ia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 12:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 06:58 AM | Show all posts
Camelia sudah dimiliki
Oleh NIEZAM ABDULLAH



Camelia.

SEBUT nama Camelia, terus terbayang keayuan wajah dan senyuman manisnya. Sebabnya kalau berjumpa dengan wanita ini, ibaratnya tidak berkelip mata melihat senyuman daripada bibirnya.

Bagi saya, Camelia mempunyai pakej lengkap. Dia ada bakat, lemah lembut pertuturan dan mempunyai budi bahasa yang baik. Malah dia juga tidak seperti segelintir artis lain yang dilihat 憄lastik
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 02:21 PM | Show all posts
suka dia ni, cantik, cakap sopan dll..
Reply

Use magic Report

salasila This user has been deleted
Post time 28-12-2006 03:07 AM | Show all posts
Boyfriend dia nie anak Tun Daim kan? Si Wira Dani tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.088864 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list