|
Wajarkah tindakan Mawi semasa bertunang dulu?
[Copy link]
|
|
Originally posted by shawie at 30-8-2006 04:08 PM
Dua sebab
1) keluarga tak suka
2) mawi tawar hati
Tetapi sebab kenapa keluarga tak suka dan dia sendiri tawar hati itu lah yg mawi tak ceritakan malam tu....tawar hati tu jelas dari wajah ma ...
Sis pun setuju tapi Mawi buat keputusan yg tepat. He chose his family over org lain...Kalau sebaliknya yang berlaku..rasa rasanya org akan berlipatganda mengutuk dia..Nanti front page: MAWI derhaka pada keluarga...bla bla bla
So..in this case..dia ada reason dia yg tersendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
mawi dgn family dia sama je mata $$$$ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polaris_girlz at 1-9-2006 09:31 AM
mawi dgn family dia sama je mata $$$$
Takleh cakap gitu...Mana kita tau ada perangai si Ina ni yang memang diorang langsung tak boleh tolerate langsung.
Polar gi la beli buku "Mawi si Jantung Hatiku" tu pas tu letak diri polar dalam kasut family Mawi. Tu yang tersurat...
Apa jadi antara diorang ngan Ina pun kita tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polaris_girlz at 1-9-2006 09:31 AM
mawi dgn family dia sama je mata $$$$
TOLONG PASTE APA YG dhani LETAK KAT BOARD GOSIP DALAM POST INA AKA PARIS HILTON
credit to dhani
MAWI:* Sukar untuk saya jelaskan kerana ia terlalu
> peribadi. Yang boleh
> saya katakan, ada masalah antara Ina dan keluarga
> saya. Ada insiden di
> mana dia mengguris hati keluarga saya. Di mana
> silapnya, biar ia terus
> menjadi rahsia saya, Ina dan keluarga. Saya tidak
> mahu melukakan hati,
> menjatuhkan maruah atau air muka orang. Biarlah dia
> yang rancak
> bercerita dengan media, tetapi tidak sesekali saya.
> Bagi saya, apa yang
> berlalu biarlah berlalu. Niat saya dulu mahu
> berbincang dengan abah
> sekali lagi dan dapatkan lampu hijau untuk
> meneruskan hubungan selepas
> dia sembuh, tetapi segala-galanya sudah terlambat.
> Apapun, bagi saya
> dalam bab soal kahwin, restu keluarga sangat
> penting. |
|
|
|
|
|
|
|
*MA: Yang paling Mawi kesali mengenai Ina?
>
> MAWI:* Dia bercerita hal peribadi kami kepada media.
> Dari dulu saya
> berpesan kepada Ina mengenai perkara ini. Saya faham
> keadaan dia,
> tertunggu-tunggu dan risau, tetapi dia perlu
> bersabar. Hanya kesabaran
> tinggi dapat redakan kerisauan di hati. Paling saya
> tidak tahan, dia
> terlalu mendesak. Dia tidak menghormati keadaan abah
> yang terlantar
> sakit di hospital. |
|
|
|
|
|
|
|
MAWI:* Sebulan lalu saya, Ina dan keluarganya
> berjumpa di Kuala Lumpur.
> Saya jelaskan keadaan abah dan minta mereka bersabar
> sehingga abah
> sembuh. Kemudian, baru boleh berbincang dan
> dipersetujui Ina dan
> keluarganya. Selepas sebulan dia bertanya lagi dan
> mendesak saya supaya
> memberikan jawapan. Fikiran saya benar-benar
> berserabut, saya risaukan
> keadaan abah yang kritikal dan tunang pula tidak
> henti-henti mendesak.
> Saya memintanya bersabar, tetapi dia terus mendesak.
> Sepanjang abah di
> hospital, Ina menghubungi saya beberapa kali untuk
> mengetahui tarikh
> perkahwinan. Dia turut memberi kata putus, tentukan
> tarikh atau dia akan
> tamatkan hubungan. Apa anda akan lakukan bila di
> kedudukan saya? Saya
> rungsing dan susah hati, sepatutnya dia hormati
> keadaan abah. Kemuncak
> malam Jumaat minggu lalu, kami bergaduh di telefon
> dan esoknya cerita
> kami keluar di akhbar. Lebih menyedihkan, ia
> digembar-gemburkan
> seolah-olah saya putuskan pertunangan, padahal
> maksud saya ketika itu,
> keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk
> berbincang. Kesedihan
> berganda apabila kisah ini dibesar-besarkan ketika
> abah saya pergi buat
> selama-lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
*MA: Apa tujuan Ina datang berjumpa Mawi di Kuala
> Lumpur minggu lalu?
>
> MAWI: *Setahu saya, dia ada sesi fotografi. Kami
> tidak berjanji untuk
> berjumpa. Lagipun ketika itu saya sibuk, mustahil
> boleh jumpa. Dari jam
> 3 petang saya sibuk di RTM, kemudian ada persembahan
> di Hotel J W
> Marriot pada sebelah malamnya. Antara waktu itu,
> saya ada rehearsal dan
> sound check. Ketika membalas panggilannya, dia
> mendesak saya supaya
> memberikan keputusan, biarpun berkali-kali saya
> jelaskan tunggu sehingga
> abah sembuh. Tindakan Ina tidak kena pada waktunya,
> malah menambah
> tekanan yang ada. Saya betul-betul sedih dan
> terkilan. Selama ini saya
> berharap kehadirannya (sebagai tunang) dapat
> memberikan kekuatan dan
> semangat kepada saya, tetapi sebaliknya yang
> berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
*MA: Benarkah Ina sukar menghubungi Mawi dan perlu
> melalui pembantu
> peribadi (PA) atau kakitangan Maestro sebelum
> bercakap dengan Mawi. Dia
> juga tidak ada nombor telefon Mawi?
>
> MAWI: *Dia ada nombor saya. Nombor yang dipegang PA
> saya adalah nombor
> saya. Masalahnya saya kerja, jadi tentu telefon saya
> dipegang pembantu
> peribadi atau kakitangan Maestro lain. Boleh
> dikatakan pada kebanyakan
> masa mereka menjawab panggilan saya. Selepas keluar
> AF pada Ogos tahun
> lalu sehingga Januari lalu, kami kerap berhubung.
> Kadangkala dalam satu
> hari, lima hingga tujuh kali dia hubungi saya.
> Jadual saya padat dan
> adakalanya dia hubungi saya pada waktu tidak
> sepatutnya, antaranya di
> atas pentas, ketika latihan atau menguji sistem
> bunyi. Dia mahu berbual
> seperti biasa, tetapi tidak boleh kerana waktu
> terlalu suntuk. Biasanya
> jam 2 atau 3 pagi baru selesai semua kerja. Tidak
> dinafikan tiga atau
> empat bulan ini memang susah untuk berhubung, tetapi
> bukan tidak ada
> langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
*MA: Sebelum ini anda mengaku tidak suka Ina menjadi
> model dan muncul di
> majalah atau akhbar. Kenapa?
>
> MAWI:* Memang betul saya tak suka. Bagi saya, tidak
> perlu kerana ketika
> itu dia tunang saya dan bukan artis. Bukan senang
> apabila menjadi
> perhatian ramai kerana banyak cabaran dan onak
> durinya. Berkali-kali
> kami berbincang mengenai perkara ini, tetapi apa
> boleh buat dia minat
> dan saya tidak boleh halang rezeki orang. Kalau
> ikutkan, dia boleh tolak
> tawaran yang datang, tetapi dia nak juga. Mungkin
> sudah tertulis itulah
> rezekinya. |
|
|
|
|
|
|
|
*MA: Jika perkara ini tidak berlaku, apa yang Mawi
> mahukan dalam
> hubungan ini?
>
> MAWI:* Dia mendengar kata, bersabar, hubungan baik
> dan pandai ambil hati
> keluarga serta tidak perlu mendedahkan diri dengan
> media.
> |
|
|
|
|
|
|
|
*MA: Teman hidup yang bagaimana Mawi harapkan?
>
> MAWI:* Paling penting bukan sebab populariti saya,
> faham kerja saya,
> tidak terlalu mengikut perasaan, tenang, matang,
> tidak cepat melatah dan
> menerima saya seadanya.
> |
|
|
|
|
|
|
|
*MA: Jika tidak menjadi keberatan, boleh Mawi kongsi
> pengajaran yang
> diperoleh melalui peristiwa ini?
>
> MAWI:* Tuhan sentiasa menguji orang yang sabar.
> Sesuatu yang diberi
> tidak semestinya kekal. Ada yang diberi dan ada yang
> ditarik. Contoh
> terdekat, saya dilimpahkan dengan duit dan diberikan
> kereta yang mana
> satu ketika dulu tidak pernah terlintas di fikiran.
> Pun begitu, dalam
> sekelip mata saya hilang abah dan Ina. Dari situ
> saya sedar kita kena
> sentiasa bersedia menghadapi apa juga kemungkinan
> dalam hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NBI86 at 1-9-2006 09:51 AM
*MA: Benarkah Ina sukar menghubungi Mawi dan perlu
> melalui pembantu
> peribadi (PA) atau kakitangan Maestro sebelum
> bercakap dengan Mawi. Dia
> juga tidak ada nombor telefon Maw ...
Tu la...cakap last jumpa bulan feb. dapat call pun bulan feb
Tapi citer dia jumpa masa dia datamg kl (IJN tu)?, yang dia dapat 'kebenaran' Mawi tuk datang kekonon nak jumpa Mawi (tapi ada appointment ngan client sebenarnya), yang dia desak Mawi datang tuk lanjutkan pertunangan...
Minah ni memang kuat propa... |
|
|
|
|
|
|
|
MA: Harapan anda terhadap peminat?
>
> MAWI:* Saya harap peminat hormati keputusan saya dan
> keluarga. Beri saya
> peluang untuk menentukan hidup saya serta teruslah
> menyokong karier saya. |
|
|
|
|
|
|
|
MA: Status sebenar pertunangan Mawi?
>
> MAWI: *Selepas apa yang berlaku, jawapan saya putus.
> Saya sudah
> berbincang dengan keluarga dan kami sebulat suara
> dengan keputusan ini.
> Tiada gunanya lagi kami teruskan hubungan ini,
> keluarga saya pun malu,
> kami kena cukup-cukup. Keluarga masih bersedih
> dengan kehilangan abah,
> keluar pula cerita ini. Lagipun, ini yang Ina mahu.
> Dia tidak boleh
> bersabar dan terlalu mendesak. Tidak mengapalah,
> sudah terlambat untuk
> berpatah balik. Keluarga saya akan berjumpa keluarga
> Ina, nanti
> dikatakan pula tidak beradab dan biadab. Bila
> masanya, belum pasti lagi
> kerana kami masih berkabung. Tunggulah, kami tetap
> akan datang dalam
> waktu terdekat ini.
> |
|
|
|
|
|
|
|
MA: Apa membuatkan Mawi nekad dengan keputusan ini?
>
> MAWI: *Saya sudah memikirkan perkara ini
> sedalam-dalamnya. Susah
> menjalin hubungan antara keluarga apabila dicemuh
> dengan kata-kata
> mengguris hati. Tidak sepatutnya Ina bercerita
> perbualan peribadi kami
> kepada media. Akibatnya, ia menjadi besar dan
> digembar-gemburkan. Kalau
> tidak bercerita, mungkin perkara ini boleh dibawa
> berbincang lagi. Sudah
> puas saya kena maki hamun dengan peminat. Mereka
> membuat penilaian
> berdasarkan kenyataan sebelah pihak, walhal mereka
> tidak berhak
> menjatuhkan hukuman jika tidak tahu apa sebenarnya
> berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
MA: Sejak bila Mawi berfikir untuk menerus atau
> menamatkan hubungan
> dengan Ina?
>
> MAWI:* Sudah lama, kira-kira lima bulan. Terus
> terang ketika itu saya
> sayang dia dan mahu meneruskan hubungan kami. Jika
> dia boleh bersabar
> dan tidak terlalu mendesak, perkara ini mungkin
> boleh diselamatkan lagi.
> |
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan2 yang diberi mengenai Mawi....Ina ni.....aku harap dapat dijadikan iktibar kat kita-kita seme....jangan buat apa yang tak patut Mawi buat....dan jangan buat apa yang Ina tak patut buat....itu sajer.....
Tak nafi hal-hal macam ni pun berlaku pada kehidupan manusia lain....cuma tak diwar-warkan dalam media.....kalau ada rancangan macam ni pun bagus juga.....aku rasa adakan? yang model minah negro tu.....apa lak namanya lupa lah.....
Ini realiti.....yang boleh dijadikan panduan pada kita.......
Bagi aku kalau dah sayang tu....banyak cara nak perbetulkan keadaan dengan sebaik-baiknya......sebab tu kita orang Islam ada muzakarah......sebab tak ada muzakarah ni lah....sesetengah orang jadikan media untuk luahkan perasaan.....ini beri kesempatan kepada media untuk sensasikan medium mereka......
Aku pun tak de tempat nak luahkan pendapat aku ......kat sini je lah salurannya.....
Mawi dan Ina.....dua-dua jangan terlalu alpa dengan dunia duitan......tahu anda berdua punyai nilai untuk dikomersialkan.....jangan biar diri kalian dimanipulasikan sehingga memakan diri sendiri....hingga hilang pendirian diri....akibat dikawal pihak tertentu.....anda perlu berfikiran matang untuk tentukan jalan yang terbaik untuk diri sendiri....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa x wajar... klu based on rancangan mawi-ina... mawi asik ckp dia bz... aku rasa tu alasan plg bangang dr seorg lelaki... bgla alasan yg realistik sket... klu aku jd ina aku pon mest brteka teki... x slh klu dia nak kan kepastian... tp yg aku meluat ngan ina ni nampak sgt "GG" nyer!!! :nana::jeler: |
|
|
|
|
|
|
| |
|