|
Mongol mengambil masa 2 tahun untuk menghapuskan Assassin.....hampir2 menghapuskan mereka terus dari bumi Persia. Assassin Grand Master Rukn ad Din akhirnya menyerah diri kpd Hulegu. Kemudian barulah Hulegu mengarahkan fokus ke Baghdad.....................
Perkembangan empaiar Islam boleh dikatakan sampai kekemuncaknya pada zaman Umayyad. Pada zaman Abbasid empiar Islam agak statik dengan hanya beberapa Khalifah sahaja yang benar2 soldadu yang praktikal. Kuasa politik banyak tertumpu di Iraq. Gabenor2 di Persia banyak terbiar menguruskan wilayah mereka .........hanya sedikit yang benar2 menghormati Baghdad. Akan tetapi Baghdad telah menjadi pusat kebudayaan, spiritual dan intelektual. Masjid2, librari2 luas dipenuhi dgn bahan2 penulisan Arab dan Persia, universiti terbesar di dunia dan istana2 indah semuanya ada di situ.............
Seperti biasa, Mongol akan menghantar wakil ke Baghdad meminta menyerah tetapi ditolak. Namun dikalangan warlord2 yang lain semua sudah menyerah. Dengan ini Hulegu dan orang2nya dapat 100% menumpukan perhatian kpd Baghdad. Pasukan Kristian dari Georgia juga telah bergabung dgn Mongol ..........jadi dengan ini kekuatan pihak Mongol berganda .
Masa itu Khalifah ke-37, Mustasim, masih muda, dikatakan sebagai lemah dan lebih menumpukan perhatiannya dalam bidang spiritual. Keadaan ini di exploitasi oleh pembesar2 dan merekalah yang kira memerintah Baghdad. Pasukan perang mereka bukan tak ada ..........infact boleh dikumpulkan dari merata tempat sehingga Morocco ...Malangnya Mustasim memilih untuk mengikut nasihat ketua menterinya, Ibn al -Alkami bahawa kononnya pertahanan Baghdad mencukupi. Dalam masa yang sama, Ibn al-Alkami telah menghantar isyarat ke Mongol untuk menyerang kerana pertahanan Baghdad menyedihkan. Rujukan dari punca Persia menerangkan punca pengkhianatan ini adalah kerana Ibn al-Alkami ialah seorang Shia dan dia tidak menyenangi layanan Khalifah terhadap saudara2 Shianya. Sama ada cerita ini hanya diada2kan untuk menuduh orang2 Shia ...tak taulah.
Apabila Mustasim akhirnya memberi perintah untuk mempertahankan Baghdad dgn baik, tentera Mongol sudahpun hampir sejauh 1 hari perjalanan sahaja. Satu kontinjen 20,000 orang telah keluar dari kota Baghdad dan berkhemah di padang berdekatan. Mongol bertindak memecahkan empangan2 dan daik2 berdekatan untuk membanjiri perkhemahan tersebut. Ramai yang mati lemas ....yang lebihnya dipancung oleh tentera berkuda/cavalry Mongol.
Dalam masa yang sama, jurutera2 Hulegu pula menggali parit dan membuat kubu di keliling kota. Pada 30 Januari, 1258, Baghdad mula dibedil. Semua ini berlaku dgn pantas. Sunggohpun kereta2 lembu yg membawa ammo yang dihangkut dari Jebal Hamrin masih lagi dalam 3 hari perjalana, Mongol menggunakan apa saja yang ada ...batang2 pokok, batu2 asas bangunan disitu. Selepas 7 hari Mongolpun menyerang dan dapat menguasai tembok timur kota Baghdad. Apabila garrison Baghdad menyerah diri, mereka dibunuh sorang demi sorang. Pada 13 Febuari, the sack of Baghdad bermula. Apa lagi, diceritakan pasukan Georgialah yang amat gairah sekali. Komuniti Kristian Timur yg berselindung dalam gereja selamat, tetapi populasi Islam...Sunni atau Shia....diselesaikan dgn dahsyat. Kebanyakan wanita2, kanak2 dan semua harta Khalifah dihantar ke Qaraqorum. Khalifah beserta keluarganya, setelah diberi makan dalam satu bankuet, seperti lazimnya, mereka dijahit dalam karpet Mongol dan di pijak2 oleh kuda2 sampai innalillah.......Maka tamatlah dinasti Abbasid yang berusia 500 tahun itu.
Sumber Persia berkata diantara 800,000 dan 2 juta terbunuh dalam kota Baghdad. Bau mayat tersangat teruk sehingga Mongol terpaksa berkhemah di luar kota. Walau bagaimanapun dipercayai sumber Persia agak lebih diperbesar2kan kejadian ini kerana selepas 2 tahun kemudian Baghdad bangun semula sebagai pusat komersial dgn ekonomi yang baik.
Ibn al-Alkami pula terus berkhidmat dengan kerajaan Mongol.
Nota: Mongol mempunyai kepercayaan bahawa darah mempunyai semangat/spirit....jika melimpahi bumi akan mendatangkan sesuatu yang tidak baik. Sebab itulah mereka selalunya memasukkan orang2 tertentu kedalam bungkusan karpet sebelum dibunuh supaya darah tidak mengenai bumi. Ada cara2 lain juga...............
[ Last edited by hamizao at 24-4-2007 11:55 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 hamizao's post
lepas tu apa terjadi...dgr citer org monggol nie masuk islam..betul ker?...org2 monggol tu dok terus kat iraq ker?..so bykler keturunan monggol kat iraq ek?..kalau tak silap assasin nie lagu kumpulan muse..hehehehe...sahler kumpulan tu amik assasin... |
|
|
|
|
|
|
|
syg...buku2 dan hasil kajian zaman tu abis kena bakar ..kena campak kt tigris...patut monggol ni bwk balik..studi...kasi maju negara diorg... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 cak!'s post
jangan lupa ahli2 politik kat china sekarang banyak keturunan monggol.
bangsa monggol yang hebat banyak berhijrah kat china semasa penaklukan china.
bila depa kala depa tak kuar dari china..sampai sekarang ramai keturunan monggol kat china. itu yang sekarang china pn power juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 Jamaloogy's post
Saya tak kata tentera Islam Baghdad dah pakai meriam,senapang pada waktu itu.Saya beri contoh sepatutnya begitulah bandingan pencapaian teknologi senjata dan ketenteraan di antara tentera Islam yg maju dlm segala segi dgn tentera Mongol yg dikatakan primitif.
Begitu juga dgn China yg jauh lebih maju dari Mongol,sepatutnya China yg dikatakan perintis kepada gunpowder atau ubat bedil sudah semestinya mempunyai teknologi senjata dan perang yg lebih canggih,organisasi tentera yg lebih tersusun,dgn tembok besar China yg tersergam gagah sebagai kubu pelindung;sepatutnya tidak mudah2 dialahkan oleh tentera Mongol yg serba kekurangan dr segi material.
Tentera Mongol cuma berbekalkan semangat menakluk dan survival.Mungkin di sebalik segala kekurangan material merekalah yg mendorong kepada bangkitnya semangat kepahlawanan mereka yg luarbiasa.
Harap anda tidak keliru.:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by remizati at 24-4-2007 09:45 AM
lepas tu apa terjadi...dgr citer org monggol nie masuk islam..betul ker?...org2 monggol tu dok terus kat iraq ker?..so bykler keturunan monggol kat iraq ek?..kalau tak silap assasin nie lagu kump ...
Selepas itu bermulalah Dinasti Ilkhan memerintah Persia selama kira2 60 tahun sahaja. Pada mulanya, Islam kurang mendapat perhatian kerana Ilkhan lebih condong kepada Kristian dan Buddha. Pada keseluruhannya mereka tak kisah sangat dgn bab ugama sehinggalah Ghazan the Reformer menjadi Ilkhan (1295). Atas sebab tertentu, Ghazan bertindak untuk memeluk Islam dan kebanyakan jenderal2 dia juga ikut sama.
Ttg Hulegu pula, selepas Baghdad ia membuat persediaan untuk menyerang Syria. Putera2 wilayah2 kecil ramai yang menyerah kepadanya.....dia dianggap sebagai warlord yang baru di daerah sana. Mereka menjadi vasal Hulegu .....dan parajurit2 mereka juga bersekutu dgn tentera Hulegu. Bak kata semua Putera2 yang memerintah daerah2 Timur Tigris adalah dengan izin Hulegu. Memang ada macam2 cerita ttg masa itu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #68 rempo's post
Betul China lebih kuat kuasa tentera dia...tapi aplikasi defensive kurang sesuai mengahadapi tentera yang mobile. Cerita sama berulang ketika perang dunia kedua apabila Perancis membina Maginot Line untuk menghalang serangan Jerman. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 tinangol_csm's post
saye bukannye ape...geram sgt2 kenapa la tentera mongol p musnahkan buku2 akedemik yg sgt penting untuk peradaban manusia....ape yg dengki sgt kat buku2 tu..sgt merugikan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 cak!'s post
Sebab diaorang barbarian kot? |
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku citer drama n komik...legend of condor heroes...ada citer skit pasal askar2 mongol masa genghiz jd jeneral |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 24-4-2007 02:23 PM
saye bukannye ape...geram sgt2 kenapa la tentera mongol p musnahkan buku2 akedemik yg sgt penting untuk peradaban manusia....ape yg dengki sgt kat buku2 tu..sgt merugikan
Pahlawan2 Mongol pada masa itu tidak tahu membaca....jauh lagi kalau nak punya fahaman ttg perkara2 akedemik. Pada pandangan Hami mereka punya mindset berlainan. Buku2 bukanlah aset pada meraka. Kemahiran mereka adalah dalam bidang2 yang lain....and mind you they were very, very good at what they were good at, considering their humble beginnings! Berkali2 Hulegu menghantar wakil ke Baghdad ...kalau dipandang dari segi lain mereka agak adil ...........tetapi kalau dibantah atau dicela, kemarahan Mongol tiada tandingnya! Hami fikir keengganan Khalifah menyerah banyak dipengaruhi oleh ketua menterinya yang telah mengguna keadaan itu untuk membalas dendam.
[ Last edited by hamizao at 24-4-2007 07:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lepas dinasti ikhlan apa pulak yg terjadi....kalau ikut tarikh 1295 merangkumi dinasti ikhlan tuh..melaka belum wujud kan...baru srivijaya kan?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by remizati at 24-4-2007 08:22 PM
lepas dinasti ikhlan apa pulak yg terjadi....kalau ikut tarikh 1295 merangkumi dinasti ikhlan tuh..melaka belum wujud kan...baru srivijaya kan?..
Sebenarnya, Ilkhanate adalah negara Mongol pertama yang runtuh...diikuti dgn Cina. Ilkhan terakhir, Abu Sa'id, tidak meninggalkan putera. Kebanyakan orang2 Mongol yang tidak masuk Islam telah lama berhijerah keluar Persia. Yang masuk Islam pula telah mercampur dgn populasi Persia. Jadi buat beberapa ketika Persia tiada mempunyai kerajaan yang berkesan sehinggalah datangnya seorang pahlawan Turko-Mongol dari Samarqand, 30 tahun kemudian(1365). Dia ialah Timur the Lame .
Benar, Melaka belum ada lagi masa zaman Ilkhan.
[ Last edited by hamizao at 29-4-2007 07:05 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 keep88's post
betui tu..masa tu baghdad glemer bab kaji mengkaji sebab aktiviti kaji mengkaji ni di sponsor oleh wakaf.. tapi sayang bile mongolia serang baghdad banyak note yg dikaji dihapuskan.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku tak tahan tuh...
buku2 kitab2 punyerlah banyak...
Puak2 Momggol ni timbun dalam Sg Furat
buat jambatan/Tambak nak seberang sungai...
Hitam air sungai dek dakwat buku2 tuh...
foooh... bayangkan Sg tuh dah ler dalam & lebar...
berapa bukit buku baru boleh seberang sungai ....
ngeeee... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 24-4-2007 14:23
saye bukannye ape...geram sgt2 kenapa la tentera mongol p musnahkan buku2 akedemik yg sgt penting untuk peradaban manusia....ape yg dengki sgt kat buku2 tu..sgt merugikan
Mungkin ini adalah balasan dari Allah terhadap umat Islam yang gemar membakar buku buku karya mereka yang dianggap terkeluar dari ajaran sebenar, tanpa mahu mengkaji isi kandungannya..... |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud kau St.Yeepi :hug: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 St.Yeepi's post
sbb org islam tau memantau mana yg betul mana yg tak...
cthnyer awal penulisan al-quran,semua diselaraskan oleh saidina uthman..
tak mcm bibble..semua org bleh tulis,sumber pon tak tau dr mana....
sebab al-quran dah dihafal dlm hati,jd keaslian terjagalah..
cam org monggol tu bukan tau pom mana buku yg patut disimpan ngan tak..
diorg kan asyik perang jer kejenyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 remizati's post
Also an interesting thought...
Malang sekali buku2 sejarah Mongol dari kaca mata Mongol sendiri telah hilang. Ya...ada scribe2 yang disuruh tulis ...tetapi naskah2nya dah hilang. Jadi apa yang kita tahu ttg sejarah Mongol sekarang adalah yang tertulis dalam sejarah negara2 lain seperti Cina, Persia, Russia dll dan juga yg dirakamkan oleh pengembara2 yang pernah melalui Old Silk Road....Sudah tentulah ada yang agak bias terhadap Mongol....
Sy teringat akan satu gambar Genghis Khan yang mengibaratkan dirinya sebagai diutus oleh tuhan untuk menghukum mereka di bandar Bukhara....kira2 30 tahun sebelum Baghdad. Masjid yang disangkakan Istana raja ditukar menjadi kandang kuda.............Perlu diingat bahawa pada masa itu Khwarazm Shah juga mempunyai idea untuk menakluki Cina.
OK, berbalik kepada Baghdad..........banyak yang berkata Islam(di Baghdad/Persia) tidak dapat membangun semula seperti sediakala selepas itu setelah banyak/semua(?) bahan2 ilmiah telah dimusnahkan............:hmm: Hami ingin mendapatkan komen dan pendapat ttg ini.
[ Last edited by hamizao at 4-5-2007 03:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|