err..aku yg tak brape kreatif main gitar ni boleh menyumbangkan komen..?
memang kelihatan dasat sekali akan permainanmu itu but seriously kalau aku tak tgk tajuk, mampuih aku tak tau lagu tu tribute to p ramlee (aku sempat tgk satu tu je pon)..tu je la aku bley komen...nak komen style main ko tu tak bley la pasal aku ni tergolong dlm kategori guitar solo yg penuh kekotoran,kelam kabut,huru hara tanpa pedoman tetapi berhemah dan seringkali mengundang kemarahan kawan dan lawan,so tak bley nak komen lebey2 la...
TQ Rays_1 bagi link tu boleh gak dengar sambil2 menaip nih!
Bagus depa tu main...tapi aku tak heran sangat sebab macam Zakk Wylde tu pro. ini jenih orang yang mukanya selalu keluar dalam Guitar Player atau guitar World, etc. ...depa ni selalu kita boleh jumpa kat "master class' guitar so memang lah mainan nya "berhantu"...
cuma yang aku nak cerita (saje nak buang masa ) ialah teknik yang depa guna. Maybe untuk orang baru belajar, orang "biasa2" macam aku, boleh ambil ikhtibar...tumpang rumah ye death_dealer jangan marah aku merapu2 nih!!
PAling ketara sekali coba tengok stail dua guitarist tu main. Ada beza banyak tu...kengkawan semua tentu boleh nampak, tak yah belajar pun boleh tau.
1. Guitarist 1 main lagu My Way sempoi giler tapi best...dia ni besar kemungkinan root dia klasikal kot...dia telah menguasai kawalan fret board yang cukup baik. Tengok ibu jari dia, kebanyakan masa duduk kat belakang neck guitar. Kecuali bila dia perlu bend tali dan kawal vibrato, kaedah kawalan dengan ibu jari melepasi neck ni biasa digunakan kalau kita nak main "pentatonic" scale, string bending dan vibrato sekali gus. Tengok masa 3.44 lebih kurang, tu maksud aku. Lagu ni perlu permaianan yang "fluid" sebab tu, kalau dia letak ibu jari kat belakang neck, permaian jadi macam "melayang" tak bulky/chunky. So mudah cerita, kalau nak bunyi guitar "lembut", "fluid" semacam, letak ibu jari kat belakang neck. Kalau nak bunyi chunky, julurkan sikit melepasi neck.
2. Guitarist 2 tu main pun sempoi je. Tapi teknik dia cukup bagus. Dalam kebanyakan masa dia seolah2 genggam neck gitar tu dalam tangan untuk bunyi yang chunky macam aku cakap tadi. selau bila kita main guitar melepasi fret 12, teknik ni berkesan betul.
Scale yang dia guna kalau tak silap pendengaran aku (silap soory aa) ialah minor pentatonic dan harmonic minor jugak. Perhati kaedah dia kawal vibrato pada 0.17 lebih kurang. Dia guna tiga jari sekali gus, dgn ibu jari melepasi neck. Cara ni pertamanya akan beri note precision yang lebih baik, sustainability lebih lama dan paling penting, tekanan jari pada tali seimbang. Dia juga guna kaedah sama bila bend tali pada .35 tak silap. 3 jari digunakan untuk kawalan dll. lah.
Cuba tengok pada 1.06. Dia main skel tu dengan satu note sustain (yang dia tekan dengan jari telunjuk) kaedah ni ramai guitarist pro. guna untuk jimatkan movement, tapi note meletup2 keluar. KAlau kita nak latih teknik ni, ambik gitar, pilih mana2 skel, tekat root note, lepas tu 3rd & 5th. pusing2 note nih, tapi root tekan je terus. Tangan kanan, alternate picking. keluar lah bunyi tu. senang je betol dak
still, aku suka dengar death_dealer main guitar. Keep it original dan enjoy the sound. Itu yang penting
lain pada tu, kengkawan semua tentu lagi tau dari aku...salam! aku pun tak penah belajau gitar tinggi2, so cerita katun camni, oklah ceria selalu!
nangis jap aku baca komen si komeng ni
cara dia komen tu aku dah taula dia ni main gitar macam mana..
memang betol pasal posisi jari kat blakang neck tu..
ada member aku cakap dulu, memang pantang gitaris
klasikal ibu jari tak duduk bakang neck
wah komeng, ko ni buat aku segan ngan ko..
must be very very humble guitarist
a'ah cara dia main my way tu memang lembut sgt..
macam membelai belai jiwa .. huhu
dahla aku tgh sedih ni.. hampir nanges aku dgr
ngahaha
death_dealer...utk mengelakkan dari post aku ni off-topic, makanya it's not appropriate lah for me untuk menumpang begitu sahaja sambil mencilok serba sedikit ilmu2 gitar nih kat rumah ko tanpa menyelitkan sebarang komen since tajuk thread ni pon berbunyi 'sila komen video saya' kan..?ok here goes...2nd video ko aku tgk adalah arch enemy ..good guitar playing..right attitude...need more feel..tu je tq...
sikomeng...ko takde buat instructional video kat youtube ke..?kalau takde, buat le satu...ko ada pemahaman serta elaborasi dan penerangan tentang teknik2 permainan yang baik..so why not bai?jarang bebudak melayu malaysia ni aku jumpa post informasi2 yg berguna pasal gitar macam cikgu2 gitar mat salleh tu...post2 bingai banyak le...
adooi...aku tak pandai sebenarnya, yang aku cerita tu pun kita semua dah tau dan basic2 je lagi advance, aku tak pandai le nak cerite...ramai kengkawan kat sini yang hebat2 belaka boleh cerita dengan lebih dasat
aku tak gamak nak bubuh video ke, apa2 yang sewaktu dengannye kat sini Raz_1 sebab aku tau, aku tak main gitar sebagus orang lain...karang abih gelak satu komuniti Forum ni karang!hihihi...!
cikgu2 mat saleh tu aku rasa depa pun macam kita jugak...ada yang pandai, ada yang tak pandai, tapi ada yang memang gifted lah...satu hal yang membeza kan kita dengan dia (at least aku le sebab aku ni malas sikettt he he he) adalah kesungguhan dan dia punya sabar...ilmu yang dia timba sama je dengan apa yang kita belajar...gitar tetap sama walau kat mana ceruk dunia pun...tapi sebab dia memang "all out" untuk dapat apa yang dia hajat, so pada adatnye dia dapatlah.
apa yang dibelajar dalam bidang muzik ni, khususnya Gitar ni, adalah 1/3 je dari "package" yang lengkap...2/3 lagi ada pada diri kita yang belajar...kalau diri yang belajar dah surrender bila tengok "training regime" yang pelik2, memanglah kita tak kan sampai ke mana2 kan
aaa! death_dealer! saudari tak de video baru ka? aku nak tengok
salam...
cuma kalu aku lebih suka kalu ada isu2 gitar nih, kita kongsi2 kat sinie, aaa! mana tau, boleh dapat ilmu baru
coach bola pon kalau nak ikutkan bukannya semua terer main bola tapi knowledge tu yg penting and yg basic tu la yg sepatutnya ditunjukkan dulu...ye dak...?heheh...
death_dealer...new vid..?looking forward la nya aku nih....and hopefully with little instruction in the vid perhaps..?heheheh...baguih la ko ada org sponsor gitar....gitar idaman aku dah masuk 3 tahun dah aku postpone pembeliannya nih...so for the time being,terpaksa la aku bergembira nestapa dgn gitar neck patah aku tu dulu...boleh lagi main tu tapi main dengan hati yg pilu la...bertambah pilu bila di tune pakai tuner....oh...
haha gitar elektrik pertama aku pon patah neck gak,
kena kipas kat siling..
mcm ko gak, aku glue sendiri, main jer gitar tu haha
kdg kala aku ada gak pinjam gitar dari org.. memang pilu..
tapi tuhla yang ngajar aku supaya tolak tepi dulu
semua brg brg ni dan fokus kepada permainan..
jeles memang jeles tgk orang ada gitar baru bermacam rupa
tapi dah byk contoh org yang sekeliling aku,
bila senang dapat, dia senang lepaskan, lagi lagi perempuan...
kdg kdg gitar tu buat stok posing sakan je, main nya tak...
yang buat aku lagi sedih tu, dua org kawan baik aku prangai camtu..
dahla aku yang pi temankan beli gitar,plih gitar, test gitar...
yang paling aku geram tu, bila aku tanya, ko tak prektis gitar ke?
'alaa boifren aku slalu pinjamlah...' blergh gita plak harga beribu bukan ratus punya
haha btw, aku ada video baru...
kalau free silala lawat channel aku ye
[ Last edited by death_dealer at 10-5-2009 09:26 ]
licks2 yg sedap dan fitting tp rase mcm transition drpd lick ke lick tk lancar. mebbe backing track kot
backing track rase mendatar tk? sbb i rase mcm camtu je backing die. salunya style cmni bes kalo backing track bercommunciate ngn soloing. cth mase ila rest, piano men lick fill in the blank.
huk aloh..kipas siling..?ko try to stage dive dari atas katil double decker ke..?anyway..neck aku tu dah banyak kali kena gam..so after this kalau patah lagi aku ingat nak simenkan aje...aku skrg ni bukannya apa...nak merasa gak feel gitar2 mahal nih...memang la dulu ada member2 advise aku kalau nak beli gitar beli yg baekkk punya terus kalau nak puas hati, tapi masa tu aku pon terpikir kalau pakai gitar mahal tapi main cam haram jadah nak buat hape..skrg ni walaupon aku main cuma ok sket je dari level haram jadah tu tapi aku mesti move on la kan..and one of the reason ngape aku nak beli gitar berkualiti dan mahal ialah 'mungkin aku main tak best pasal gitar tak best'...reason ni more to utk menyedapkan hati sindri la kan..kehkehkeh..
wahh...best la member2 ko tu...awek mithali gitu..kim salam kat diorang..kalau ada lagi geng2 ko yg mencari bf yg berkriteria spt 'tiada masalah untuk meminjam gitar awek tersayang yg berharga ribuan ringgit', aku disini sedia menanti dan menerima awek2 tersebut (inclusive of guitar la sekali)dengan redho...heheheh...
anyway..seen yer vid...as usual la..nice playing and nice guitar too..transition tu will improve from time to time la kan..pasal feel tu aku tak jadi nak komen pasal on yer last post ko kata ko main pakse ..so, it's clearly understood lah kan....
by the way..mana sikomeng..?dah taknak kasi tips2 ka..?low profile giler dier nih...