|
jangan percaya orang..
percaya Allah..dia maha menyayangi dan maha adil |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sha2053's post
awat dorang ckp mcmtu..tak baiklah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sha2053 at 28-11-2007 01:12 PM
Ade ke patut depa kata haku sial!!! Wujud ke sial nie sebenarnye...bile dah selalu sgt sampai haku sendiri dah nak caya aku sial...huhu...:kant:
sha....takde istilah sial sebenarnye untuk kite..
sial tu hanya alasan nak mengelak kebenaran ..okay?
teapi kalau istilah diuji tu ade |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 28-11-2007 10:03 PM
semua manusia ada tuahnya bukan sial......
sungguh sialan yg bkata itu.....:@
eh indah...kalu macam tu ape gunenye allah ciptekan manusia kalo tak diuji .........
(mengikut psikologi manusia...bile mereka diuji..mereka akan kata sial menimpe .......hmm...manusia..) |
|
|
|
|
|
|
|
pagi ni haku mmg geram sesangat, mmg macam sial, ade ke patut tgh haku syok2 tgk gitu-gitu ape malam td haku dpt sms dr no hp member haku nie...sms tu berbunyi
"kepada yg mengenali ******(nama dia), apabila m'baca sms ini diharapkan byk2 bersabar dan tenang krn beliua telah pun meninggalkan kita pada 28 Noz 07 jam 6.28 ptg..Diharapkan dpt memperbanyakkan doa kepadanya agar beliau dirahmati ALLAH atas permergiannya sekali gus meninggalkan bumi tercinta, Amin..."
haku ni dok sedih2 la dok tingat kat die..bile aku kol nak tanye sebab kematiaon tak angkat la pulak, pagi td haku kol opis..member die ckp " ****(nama dia) pegi break kejap"...geramnyeeeeeeeeee haku..ade ke buat lawak bende camtu...walopon haku hepi die tak mati lg tp geram teramat sgt rasenye....:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnye kfc ngn pizza tue...adusss, lapar la pulak...gatai tak mau kuar makan tadi..habis semue org tinggai haku..huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
B. Malaysia :
Bab : 40. TENTANG UCAPAN-UCAPAN YANG BERADAB DAN SEBAGAINYA.
Perkara : 3. MAKRUH ORANG YANG BERKATA,擟ELAKA ATAU SIAL AKU |
|
|
|
|
|
|
|
Khurafat Antara Adat Dan Agama
Khurafat Antara Adat Dan Agama
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.
(Al-Baqarah ayat 268)
Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.
Sidang Jumaat yang dirahmati,
Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit, perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh umat Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa.
(Riwayat Bukhari)
Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu, ada di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa, menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan, kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa, adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala. Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan.
Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan kepercayaan turun menurun.
Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima turun-menurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.
Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar.
Disediakan Oleh,
Jabatan Mufti Negeri Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam haku dah mkn kfc...bos banje.. ari ni mkn angin keluo asap je..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 anonymous's post
tgk mkanan ni semangat ckit nk berforum |
|
|
|
|
|
|
|
ari nie igtkan takmo makan, tetibe akak opis nie banje nasik beriani gam plak..gemukle haku... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam agama islam tak ada istilah sial ni. setiap org tu allah dah tentukan idup dia mcm mana & rezeki dia semua. manusia yg pandai2 cipta istilah sial ni |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni natasha yg dalam siri tv natasha tu ke?
pembawak sial |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|