|
Reply #61 kunyit's post
weh meriahnyer |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel kat Wikipedia Bahasa Melayu...
Suzuki GSX1300R Hayabusa adalah sebuah motosikal hyper sport yang mula dikeluarkan oleh Suzuki pada tahun 1999. Ia digerakkan oleh enjin 4 sebaris 1340 cc dan telah menjadi motosikal pengeluaran terpantas di dunia sebelum penalaan semula pada tahun 2001 bagi mengurangkan kelajuannya
Sejarah
1999
Nama Hayabusa diambil daripada perkataan Bahasa Jepun bagi sejenis burung helang yang mampu mencapai kelajuan melebihi 322 km/j -- serta menjadi pemangsa kepada burung hitam. Oleh itu nama model ini secara tidak langsung ada kaitannya dengan model saingannya iaitu model-model Honda Hawk. Semasa mula diperkenalkan pada tahun 1999, ia mengalahkan rekod lama Honda CBR1100XX Super Blackbird sebagai motosikal pengeluaran terpantas di dunia. Generasi pertama Hayabusa dipanggil GSX1300R dan digerakkan oleh enjin 4 sebaris 1299 cc sejukan cecair. Konfigurasi enjin ini tidak berubah sehinggalah model tahun 2007.
Dalam keadaan talaan kilang, motosikal ini mampu memperoleh pencapaian berikut:-
- 400 m: 10.02 saat @ 231 km/j[2]
- 100 - 130 km/j: 3.13 saat[2]
- 130 - 160 km/j: 3.31 saat[2]
- Kelajuan maksimum: 305 km/j[2]
- Kuasa kuda: 156.1 hp @ 9,500 rpm (roda belakang)[2]
2008
Persaingan di dalam segmen motosikal hyper sport semakin sengit dengan pengenalan model motosikal seperti BMW K1200S, Kawasaki Ninja ZX-12R, dan Kawasaki Ninja ZX-14. Persaingan yang semakin sengit ini memaksa Suzuki untuk mengemaskini model GSX1300R bagi keluaran tahun 2008.[3] Suzuki telah menggugurkan nama GSX1300R di sesetengah negara dan hanya sekadar memanggil motosikal tersebut sebagai Hayabusa. Saiz enjin telah dipertingkatkan kepada 1340 cc dengan peningkatan nisbah mampatan kepada 12.5:1. Enjin yang diperbaharui ini didakwa mengalami peningkatan kuasa sebanyak 12% kepada 194 hp (145 kW).[4][5]
Bahan api kini disalurkan melalui sepasang badan pendikit 44 mm baru Suzuki Dual Throttle Valve (Injap Pendikit Berkembar Suzuki; SDTV). Pemilih Mod Pemanduan Suzuki (S-DMS), satu teknologi yang diperkenalkan dalam barisan motosikal GSX-R, menyediakan tiga pilihan penghantaran kuasa daripada untuk tujuan perjalanan jauh kepada penggunaan berprestasi tinggi. Beberapa ciri baru yang ditampilkan termasuklah sistem ekzos 4-2-1-2 yang mematuhi peraturan emisi Euro 3 dan Tier 2 emission regulations, klac penggelincir serta badan yang direka semula.
Dalam keadaan talaan kilang, motosikal ini mampu memperoleh pencapaian berikut:-
- 400 m: 9.85 saat @ 241 km/j[2]
- 0 - 100 km/j: 2.77 saat[2]
- 0 - 290 km/j: 18.9 saat[2]
Kontroversi
Selepas pengenalan model ini, pengeluar motosikal Jepun utama menyedari bahawa "perang" kuasa dan kelajuan di kalangan model motosikal sport utama tidak akan berakhir dan seterusnya membawa kepada peraturan kerajaan yang semakin ketat. Untuk model tahun 2001 sehingga sekarang, pelengah pemasaan sistem penyalaan ditambah pada ECU yang berfungsi pada gear 6, di samping pengehad kelajuan enjin (10,200 rpm berbanding 11,000 rpm). Ini mengehadkan kelajuan maksimum daripada 319 km/j pada model tahun 1999/2000 kepada kelajuan maksimum baru 299 km/j.
Rujukan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 Squall-Leonhart's post
naper perlu laju2 nih.. tak takut ke korang...
ikut le cam aku... bawak moto kristar aku tu dgn penuh hemah... 80kmh pun dah gerun... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 ryo_takahashi1's post
Tu la maknanya "memanfaatkan setiap kuasa kuda yang ada", hehehe... wak lu kalau motor 194 bhp tapi bawak lebih perlahan drp siput...
[ Last edited by Squall-Leonhart at 15-4-2008 01:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 ryo_takahashi1's post
Sebab tu la kena 'ukur baju kat badan sendiri' laa... kalau rasa diri tu cuma berani bawak sampai 70 km/h jer, baik amik Honda Cub lampu bulat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 d34n's post
haku mmg bawak selowwwwwwwww arr... tak caya tanya kumik dgn kunyit... haku maintain 80kmh.. tapi depa takmo potong2 haku gak... tu pasal arr nampak mcm aku laju.. tapi sebenonya mmg kena selow sbb moto kunyit dlm pantang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 ryo_takahashi1's post
nyit tu dlm pantang jerk.....lepas pantang....habih meter dia bawak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg mengidam sgt nak pakai SBK ni...dpt haiya Busat ni pun dah cukup ok...tp nak buek camno...keadaan kewangan tak mengizinkan..:cry: :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 medangmru's post
med...
haiyaa busat bukan ok lagi med..
tapi dah ok sgt dah.....
errr...
kalo ko dah beli satu nanti, bagi aku test bawak seround dua arr.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|