CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2009 01:50 PM | Show all posts
55# fizziany

aah ler, anaz ni lelaki ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 02:28 PM | Show all posts
aku rs anaz ni pmpuan...
dah tu dia pggl alis ni akak...
fizzi nk wat hero no 2 ke?
ok gak...aril pun ada carol...
bila alis ada hero...lagi best...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 02:45 PM | Show all posts
confius sat, anaz ni laki ke pompuan
mirsha Post at 22-10-2009 12:49



rasanya Anaz ni lelaki..sebab Alis ada tanya sama ada Anaz suka pada Mastura ke? x tau ler kalau salah lak..Fizz, lelaki ke perempuan ni Si Anaz ni???
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 03:42 PM | Show all posts
rasanya Anaz ni lelaki..sebab Alis ada tanya sama ada Anaz suka pada Mastura ke? x tau ler kalau salah lak..Fizz, lelaki ke perempuan ni Si Anaz ni???
cmf_norb_ina Post at 22-10-2009 14:45


a'ah ler...tol jgk ko pyer firasat tu...
mgkn anaz ni laki kot...
jeng222...
fizziii kas ler bg n3...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 06:00 PM | Show all posts
thanks fizzii....cayang muahhh muahhh kat ko.  pastikan sampai ke garisan penamatnyer dengan gumbira yer....

nak n3 lagi.....aduhaiii x sabaunye
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 07:32 PM | Show all posts
weh fiz....ko sambung cete ek...best ar camneh...tapi tadik aku try bukak page 2 takleh ar..ko ada tepek n3 ke kat stu.....

hehehhe...sume reader rasa bahagia bila ada sambungan cete neh..ingat ko kuar tajuk cete lain da..kekekkeke...anyway tqvm sbb sambung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2009 08:00 PM | Show all posts
lorrrr...
anaz tu lelaki la dollll...!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2009 08:01 PM | Show all posts
chengkeh...
setiap page..ada n3...
try arr bukak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 09:10 PM | Show all posts
suka2nye.... tak sabar nk tunggu next n3..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:59 PM | Show all posts
lorrrr...
anaz tu lelaki la dollll...!!!
fizziany Post at 22-10-2009 20:00


betul ler aku punya pemahaman citer ni..sebab Anaz tu cam suka/ada hati kat Alis kan..tp kan Fizz, kalau Aril & Alis bersama akhirnya lg bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 09:34 AM | Show all posts
alahai... anaz minat kat alis la plak....
sabar alis... sabar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 10:07 AM | Show all posts
Anaz melirik Alisya di sebelahnya. Bibirnya masih menguntum senyum. Dia tidak pasti, mengapa setiap kali berhadapan dengan wajah gadis yang sering dipanggilnya kakak itu, dia merasa sangat bahagia.

Anaz masih ingat, kali pertama bertemu dengan ketuanya itu, dia agak takut. Wajah Alisya masam sahaja, langsung tidak senyum. Sewaktu Alisya memberi taklimat, wajah Alisya serius sahaja.

Siapa yang tak gerun melihat ketua seperti itu. Niatnya untuk menyertai  syarikat itu pada mulanya hanya sekadar suka2. Dia tidak berniat untuk kerja lama di situ. Tetapi, semakin hari, semakin bekerja dengan Alisya, Anaz rasa senang. Wajahnya amat membahagiakan bila dipandang.

Anaz masih ingat, suatu hari ketika dia sedang menyusun kerusi di café, tiba2 dia ternampak Alisya sedang berbual dengan Mastura. Tatkala itu, Alisya ketawa berderai. Entah apa yang menggelikan hati Alisya tidaklah dia ketahui. Tapi, waktu itu, Anaz bagaikan terpukau melihat wajah Alisya dengan senyuman yang amat memukau.

        Bagaikan magnet, Anaz terus merenung wajah Alisya setiap kali gadis itu senyum. Kadang2, hatinya tertanya, Alisya ni sudah berpunyakah. Tapi…segera Anaz teringatkan tunangnya yang berada di Ipoh. Tunang…Anaz kembali kea lam nyata.

        Tunangnya, pilihan orang tuanya. Dia akur sahaja kerana pada waktu itu, dia sendiri tidak ambil peduli tentang soal cinta. Mujurlah aku dah bertunang…kalau aku kosong…Anaz melirik lagi kearah Alisya di sebelahnya. Aduhai…kenapalah kakak ni manis sangat…Anaz menghembus nafas lemah.

        “Kenapa?” segera Alisya menyoal sebaik terdengar keluhan dari Anaz di sebelahnya.

        “Er??Tak de apa2 kak…” Hai..dengar jugak aku mengeluh??Anaz tersenyum simpul.

        “Kalau kau penat, bagitau akak. Akak drive..” kata Alisya sambil memandang Anaz. Cepat2 Anaz menggeleng.

        “Anaz okay. Akak jangan risau ye. Sayang jugak akak kat Anaz ye…” usik Anaz.

        Alisya mencebik, mengherotkan bibirnya, kemudian senyum. Alahai….Inilah yang aku paling suka…bila dia buat muka…Kak ALis!!!!!!Anaz senyum lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 10:09 AM | Show all posts
Alisya terkejut beruk hari itu. Tiba2 Mastura menyatakan bahawa dia akan pulang ke Head Quarter atas permintaan Encik Habib yang mahukan Mastura mengetuai projek itu.Maksudnya, Alisya terpaksa tinggal seorang diri menyelia chalet itu untuk 2 bulan akan datang lagi.

        “Habis…bila akak nak settle 2 datok tu?” soal Alisya. Dia bimbang jika suatu hari nanti, Collection Unit akan bertanya padanya. Apa hendak dia jawab dengan unit itu nanti.

        “Alah…itu kau jangan bimbang. Yang tu akak akan settlekan. Kau jaga saja chalet ini 2 bulan lagi. Lepas tu, kau balik HQ. Kau akan dinaikkan pangkat dalam projek n itau..” kata Mastura. Alisya ternganga.

        “Hmm..okaylah. tapi, jangan lama2 sangat. Nanti diorang ragu2 pulak dengan sale kita tu. “ kata Alisya . Mastura senyum.

        “Jangan bimbanglah. Kau jaga diri elok2..” kata Mastura.Alisya angguk lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:09 AM | Show all posts
orang muda minat kat alis la....

cinta org muda best ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 10:10 AM | Show all posts
Aril tergesa2 bangun dari katil. Entah kenapa, resah tak menentu dia. Tak boleh hendak melelapkan matanya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi, dia tidak boleh tidur.

        “Apekehalnya aku macam ni…” Aril bangun lalau segera ke bilik air. Keluar dari bilik air, dia merenung segenap ruang biliknya. Apa yang tak kena malam ini? Kenapa aku tak boleh tidur? Anginnya aku!!!

        Lampu dibuka. Aril meneliti biliknya semula.Pandangannya menyelongkar segenap ruang bilik. Matanya tertumpah pada satu rak hiasan. Ada sebuah kotak muzik yang tersusun di situ. Mata Aril merenung lama ke situ.

        Jadi, inilah hantunya? Aril segera mandapatkan kotak muzik tersebut. Kotak muzik itu dicapai lalu ditatang. Kotak muzik itu dibuka. Sebuah lagu beralun syahdu. Sendu hingga menusuk jiwanya. Meremang bulu roma Aril.Cepat2 kotak muzik itu ditutupnya. Aril memerhati segenap ruang biliknya.


        Sebuah tong berwarna biru kecil kelihatan sangat comel di hujung sudut biliknya. Ya…itu tempat sesuai untuk kau!!Aril tersengih seorang diri. Cepat2 dia menghampiri tong sampah di penjuru biliknya. Kotak muzik itu ditatapnya lagi. Kalau aku buang kau, aku takkan dapat ingat kau lagi kan…

        Bedebuk!!!Kotak muzik itu jatuh terhumban ke dalam tong sampah berwarna biru. Aril merenung kotak muzik itu.

        “Padan muka ngkau…duduklah situ diam2…okay?” Aril  senyum puas hati sambil bercekak pinggang. Tangannya dikibas2. Lampu kembali ditutup. Aril menghempas diri di katilnya. Matanya dipejam rapat. Tidurlah mata…tidurlah ….please…

        Aril memaksa dirinya tidur. Dia mahu segera tidur. Dia tidak mahu terus2 memikirkan perkara2 yang menyakitkan hatinya. Tuhan…tolonglah aku…Aku sudah penat berfikir pasal budak kejam itu!Tolonglah aku…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 10:13 AM | Show all posts
Aril berdiri di hujung sudut restorannya. Satu wajah diperhatikan dengan teliti dari jauh. Dia betul2 ingin mengenalpasti wajah itu. Langkahnya perlahan2 di hayun menuju ke meja itu. Seorang lelaki sedang menikmati makan tengaharinya. Dengan baju Sean Johnnya, dan cermin mata hitam Emporio Armaninya, Aril rasa dia kenal wajah itu.

        Aril sudah berdiri hampir2 dengan lelaki itu. Lelaki itu juga seperti sedang merenungnya. Aril kini sudah berdiri betul2 di depan lelaki itu.

        “Fendy ya?” soal Aril sambil tersenyum. Lelaki itu bangun, kemudian menyambut huluran tangan Aril.

        “Aril??” soal Fendy tidak percaya. Fendy kembali duduk sambil Aril duduk di kerusi depannya. Aril angguk.

        “What a small world..” tuturnya perlahan. Aril angguk juga.

        “Kau amacam?” soal Fendy riang. Aril tunduk.

        “Macam nilah. Sambung bisnes ayah aku ni..” kata Aril. Fendy merenung tiap penjuru restoran itu.

        “You mean, this is yours?” soal Fendy tidak percaya. Aril senyum, lalu angguk. Fendy ternganga.

        “Gosh! Great dude! By the way, lama tak jumpa kau…” kata2 Fendy terhenti seketika, mengenangkan kembali saat2 terakhir mereka bertemu.

        “Ala…lupakan kisah dulu2…Masa tu kita terlalu muda. Asyik fakir diri sendiri saja. Kau buat apa sekarang?” soal Aril pula. Fendy tersenyum sambil memandang Aril.

        “Aku pun tolong bisnes ayah aku. Alah, kau pun tahu. Aku bukan rajin belajar sangat.Tapi…I’m sorry what happen before…” kata Fendy.

        “Aku dah lupakan hal tu..” kata Aril lagi.

        “Sure? So, kau dengan awek tu macammana sekarang? Dah kahwin?” soal Fendy.

Aril terdiam. Mulutnya ternganga. Wajah Fendy direnung lama.Aril senyum kelat, lalu menggelengkan kepalanya.

        “Apa maksud kau geleng kepala tu?” soal Fendy. Aril sengih.

        “Dia dan aku tak lebih dari kawan..” kata Aril payah. Fendy ternganga.

        “Betul ke? Kau tipu aku ni..” kata Fendy. Aril mengeluh kecil.

        “Aku tak tipu..” ujarnya perlahan. Fendy menyilangkan kakinya, sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Wajah Aril direnung sinis.

        “Aku tak percaya. Dulu, bagai nak rak kau defense dia…” kata Fendy lagi. Aril meraup mukanya berkali2. Rambut yang berjuntai di dahinya diseka.

        “Aku memang nakkan dia dulu. Tapi dia tolak aku. Dia anggap aku kawan saja. So, sekarang, kami dah contact lagi…got it?” Aril terus berterus-terang saja.

        “Kau dah luahkan perasaan kau pada dia?” soal Fendy ragu2.

        “Dah…sudah berkali2….” Kata Aril lemah.

        “Dia tolak jugak?” soal Fendy.Aril angguk sahaja. Malu pun ada.

        “Eww….sakitnya!” berkerut dahi Fendy.

        “Kau pun tahu sakitnya bercinta?” soal Aril pula. Fendy sengih.

        “Itulah aku nak bagitau kau ni…aku rasa ini pembalasan tuhan pada aku. Kau pun tahu kan…dulu…aku jahat..” kata Fendy sambil mula membuka cerita.

        “Aku tahu kau jahat…jahat sangat..” kata Aril sambil tergelak.Fendy senyum. Akur dengan kata2 Aril. Dia dulu memang jahat.

        “Yelah…kalau tak jahat, takkan kita digelar geng toyol kat sekolah. Dan, sebab tu jugak bapak kau tak benarkan kau kawan dengan aku lagi. Sebab tu jugak kau di tukarkan sekolah kan…” kata Fendy. Aril senyum, dalam masa yang sama mengenang zaman2 sekolah yang penuh memori suka duka.

        “Terus?” pinta Aril agar Fendy menyambung ceritanya.

        “Aku suka permainkan awek. Sampai satu masa…kira2 2 tahun yang lepas, aku tiba2 jatuh cinta dengan sorang awek ni. Aku tak tahu kenapa, perangai aku tiba2 berubah terus dengan awek ni. Aku tak reti nak berkasar atau nak paksa2 dia. Punyalah aku usha…sampai satu tahap…dia kahwin dengan orang lain beb! Merana aku sekejap masa tu. Masa tu, barulah aku tau, sakitnya kecewa. Lepas dari itu, aku taubat, tak nak mainkan hati orang lagi..” kata Fendy.

        Aril sengih sambil tergelak kecil.Dia tunduk merenung meja makan di depannya. Seketika, matanya menatap muka Fendy yang turut termenung.

        “Apa kau buat untuk lupakan budak tu?” soal Aril. Fendy merenung Aril dalam2.

        “Kau nak lupakan budak pompuan tu ke?” soal Fendy. Dalam teragak2, Aril angguk.

        “Tak payahlah!Aku rasa budak tu baik sangat untuk dilupakan. Setidak2nya, kau kenanglah dia sebagai kawan kau…” kata Fendy pula.

        Puk! Aril melepuk dahinya. Itu bukan nasihat yang aku minta!

        “Aku serius ni. Aku betul2 minta tolong ni…aku tak boleh hidup aman lah selagi dia ada dalam kepala aku..” kata Aril. Fendy terdiam sambil merenung Aril. Betul ke dia ni…budak tu punya baik, muka suci..takkan nak lupakan macam tu saja?Ada yang tak kena dengan diorang ni? Fendy mengurut janggutnya yang sejemput, tak ubah macam janggut kambing. Hmm…Aril…Aril…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 10:29 AM | Show all posts
wahhh besh..besh....
cayang fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:50 AM | Show all posts
wahh ni klau la fendi blh jadi org tgh dlm mnyatukan aril & alis satu hari nanti best jgk ni kann...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 02:15 PM | Show all posts
lambatnya Aril jumpa ngan Alis...
nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 03:33 PM | Show all posts
fendy ..tolong aril yea.... sian kat aril ngn alis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057293 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list