Post Last Edit by dn_vision at 5-6-2011 01:43
Reply 72# juliajie80
jai09 & juliajie80, bc citer korang, teringat aku dgn citer member aku yg kena kcau masa shooting kat umah JKR94 tu.. meh aku citer…
Member aku ni 1 group datang shooting kat taiping untuk siapkan 1 dokumentari ni berkenaan dengan bangunan2 lama kat taiping ni.. Petang tu sekitar jam 5, diorang singgah la kat area umah makcik aku ni kononnya nak amik gambar umah2 lama kat area situ. Salah 1 umah yang diorang amik gambar ni ialah umah nombor JKR94 tu. Masa diorang amik gambar umah tu.. kebetulan lalu sorang abg askar ni, bagitahu diorang supaya jangan masuk umah no ‘JKR94’ tu memandangkan hari dah hampir senja. So diorang ni amik la gambar umah tu dari luar je.. Setelah selesai amik gambar tu diorang ni berkemas2 la nak balik. Sebelum balik tu abg askar siap pesan lagi suruh diorang bersihkan diri dengan baca apa2 yg patut bagi mengelakkan ada benda ikut balik umah... Waktu tu jam menunjukkan hampir pukul 7 malam… Tengah diorang bersiap2 dah naik keta tu, tiba-tiba muncul 1 pompuan ni naik motor dengan anak dia menuju ke arah keta diorang. Pompuan tu berhentikan motor dia betul2 sebelah pintu driver. Driver diorang yang tengah terkejut tu buka la tingkap tanya pompuan tu kenapa... mane la tahu kot2 pompuan tu dalam kesusahan ke ape... Masa tu diorang yang lain semua tak syak apa2 pun pasal pompuan tu. Cuma nampak air muka pompuan tu keruh sket & berpeluh2 macam dalam kesusahan.. So pompuan tu citer la yang suami dia ni dah tinggalkan dia, then dia perlukan sket bantuan kewangan dari orang lain. “Tadi akak dah pergi mintak tolong kat orang2 masjid depan tuu..tapi diorang wat tak endah je..pastu akak cuba mintak tolong dengan askar2 kat situ, sama jugak langsung buat-buat tak nampak akak..” akak tu bgtahu sambil tangannya menunjuk2 ke arah kem tersebut. “Sekarang ni akak tak tahu nak mintak tolong kat mana lagi dah..." Diorang ni tanya la akak tu tinggal mana.. so akak tu jawab, "Sekarang ni akak tinggal sementara dengan tuan akak kat umah banglo atas bukit tuu yang dekat dengan tasik taiping...” Masa tu member aku ni dah rasa tak sedap hati…dah la masa tu kawasan tu dah gelap..jam dah dekat 7 lebih.. masa tu bunyi anjing dah mula menyalak kat sekitar umah tu sayup2 je... kemudian akak tu bagitau lagi…
“Akak amik upah tolong tuan akak tu jaga umah dia & bersihkan taman2 kat situ..tapi akak masih x mampu nak bayar sewa umah...” Masa tu member aku yang duduk kat blakang seat driver ni dah rasa tak sedap hati & perasan yang anak akak atas motor tu pandang dia semacam je.. dia tengok mata budak tu bersinar sket & menggerunkan.. Member aku ni dah mula berdebar, pastu dia try la jenguk kat luar tingkap nak tanya akak tu.. tiba-tiba member aku ni terperasan sesuatu… |