CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bayi terselamat daripada dibuang-Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch)

  [Copy link]
Post time 29-6-2010 02:23 PM | Show all posts
baby kat avvy mek apa kurangnya, comel jugak
cik.panda Post at 29-6-2010 02:05 PM



    kan....smua baby comel ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 02:34 PM | Show all posts
Ok..selamat 1 nyawa yg tak berdosa TAPI
aper tindakan utk mak/pak bayi ni...kaunseling? d ...
carold Post at 29-6-2010 10:18


baby hatch la kak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 02:42 PM | Show all posts
baby hatch la kak..
yusthevirus Post at 29-6-2010 14:34



    oh tq..dah edit
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 02:59 PM | Show all posts
Reply 63# carold

welcome..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:00 PM | Show all posts
couple tu tgh fikir nk jaga bby diorg or serah kat famili angkat....hmmm sementara memikir2 tersempat membuat 2nd ank plak nnt...hiiiii cepat2 kawen je la n amik balik bby tu...bby tu kamu yg punya tawww...comel lagiiii.....sian dia nnt nk panggei mummy n daddy where r u???
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:01 PM | Show all posts
pernah dgr x ungkapan kate  "mencegah itu lebih baik dari mengubati".. bg saye, mentaliti mcm ni lah yg membawe kpd
"xpe.. kalu mengandung, hntr kat pusat bayi tak diingini.. kalu kene lagi, xpe, bulih hntr sane, at least baby tu terselamat nyawa dia, bkn tanggungjwb kite dah.. besar krg jd hantu pun bkn tanggungjwb kite dah"

tau tak, bencana Allah SWT bkn kena kat sorg 2 je, kene kat satu tempat tu..  mcm tsunami, banjir, gunung berapi, gempa bumi.. Subhanallah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2010 03:06 PM | Show all posts
Tanpa iklan di media massa, bohsia-bohsia daripada desa tidak akan tahu bagaimana untuk buang bayi mereka itu. Maka bayi2 tersebut masih akan end up di dalam longkang, tong sampah dan juga lubang jamban.
Peranan media juga amat penting untuk kesedaran bohsia2 di desa dan di kawasan pedalaman. Iklan kan tempat buang bayi ini dalam majalah mangga, surat khabar metro, kosmo dan sebagainya.
You should know your target crowd bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:13 PM | Show all posts
dalam undang2 jenayah syariah negeri2 kan ade kesalahan persetubuhan luar nikah dan kesalahan zina. pasangan tu tak boleh didakwa ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 03:14 PM | Show all posts
no idea/cant imagine how iklan bout this akn diwar-warkan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:17 PM | Show all posts
Islamic Baby Hatch Centre

bleh la namakan cam tuh

ada perobatan islamik , ada bank islamik, ada parti politik islamik so kenapa tokleh ada baby hatch islamik? btui dak?

ermm..bila la nak adakan KONDOM ISLAMIK plak yer?  buat ala dome gitu, lambang2 islamik

aaaaa jangan cepat menghukum yer, oang dah kawin pun pakai kondom !!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:19 PM | Show all posts
amik dulu bayi tu, citer dakwa tu kemudian ler ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:31 PM | Show all posts
sian aku tgk bb tu...kuar2 je kt dunia bkn mak pak sdr yg peluk...
best nyer peluk anakkkkkk...nikmat yg tdk terkata...tu blom masuk membelai & mencium & bla bla lg...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:31 PM | Show all posts
sayu je tgk baby tu...muka cam tau je dia unwanted....nampak matured....
tak tahu mcmn boleh seorg ibu tinggalkan anak mcm tuaje..
berani buat berani la tanggung..
kalau aku la...aku bela je....bukan mati pun dek kata org..
yg penting tu darah daging aku....
org berthn2 abis beribu2 ikhtiar nak anak..
kita dah dapat, pi tinggal mcm tu ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:38 PM | Show all posts
Islamic Baby Hatch Centre

bleh la namakan cam tuh

ada perobatan islamik , ada bank islamik, ad ...
ajinomotonosuga Post at 29-6-2010 15:17


.........pls beware with ur thoughts
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:57 PM | Show all posts
Tanpa iklan di media massa, bohsia-bohsia daripada desa tidak akan tahu bagaimana untuk buang bayi m ...
Vokuro Post at 29-6-2010 15:06



    Yg ni aku amatla setuju... kena iklan dengan berkesan.. contoh2 iklan yg aku suggest bersama motto:

Anda merendek? Lupa pakai kondom? Atau tak mampu pakai kondom? dan skrg mengandung? jgn risau.. kini dengan baby hatch, masalah anda akan selesai.. tanpa perlu membuang anak, tanpa sebarang dakwaan, anda bebas untuk menyelami keseronokan merendek tanpa batasan.. (sambil tu tunjukla cara2 hantar bayi ke pusat ni)
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 04:06 PM | Show all posts
.........pls beware with ur thoughts
immi Post at 29-6-2010 15:38


aku tak pakai serban..yang dok sekat oksijen masuk otak manusia

otak manusia guna 30 percent oksijen yang manusia sedut dan guna a lot of glucose

aku cite pasal branding

kat mesia nak lakukan sesuatu product , guna brand ISLAM , sure laku ! sebab majoriti penguna ialah orang islam

kawan aku sundri anto anak sekolah agama dia kata, private lagik haa..dia tak anto sekolah gomen
dia kata dia nak anak yang nanti dia mati anak dia leh doakan banyok2

walo depa dua masa kat overc hidup tak macam oang islam tapi balik malaya nak anak dia jadi orang islam btui2..sangka baik ler k

kalo berobat ngan doktor moden , ilmu kapir tak sembuh so pi carik doktor perobatan islam..main jampi2

kalo nak pinjam duit loan apa pun ekonomi pi jumpa bank islam, depa tadak interest tapi untung dan tindas peminjam dah di kire amal riba gak tapi itu bukan duit bungaaaaaaaaaaa so tadak ribaaaaaaaaa..bank islam ler tu so pih ler bank islam dan bukan bank konvensional

bab riba ada berpoloh2 jenis kita tak amik pot tapi yang kita kire duit bunga tu riba so itu dah cukup 'islamik'

cat jek kaler ijo, buat rupa dome yang asal nya design kristian, buh tulisan arab skit haaaaaaa...bangunan islamik ler tu

kompem apa apa dalam tu sure according to quran dan sunna, itu ler resipi oang islam membodohkan diri depa sendiri, tak tau ke?

jadi untuk mengelakkan was2 dari penguna islam pada pusat tu maka saya sarankan pekara yang sama..itu pun tokleh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 04:14 PM | Show all posts
no idea/cant imagine how iklan bout this akn diwar-warkan....
immi Post at 29-6-2010 15:14



    buat je ala2 myeg nya iklan... bukannya susah pung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 05:03 PM | Show all posts
Remaja perempuan ditahan disyaki buang bayi


29/06/2010
4:51pm


RAWANG 29 Jun - Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun kerana disyaki membuang seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, remaja itu ditahan di rumah ibu saudaranya berhampiran kawasan itu kira-kira pukul 10.30 pagi selepas sejam membuang bayi yang masih bertali pusat itu.

"Ketika kejadian, penghuni rumah itu yang merupakan seorang suri rumah sedang sibuk membersihkan rumahnya. Tiba-tiba, dia terdengar bayi menangis lalu terus ke bahagian belakang rumahnya dan ternampak seorang bayi yang dibalut dengan kain,” katanya dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas menerima panggilan daripada suri rumah itu, polis segera ke tempat kejadian.

"Hasil maklumat orang awam, kita menahan seorang remaja perempuan dan daripada siasatan ke atasnya, polis menemui uri bayi berhampiran lokasi bayi itu dijumpai,” katanya.

Abdul Rahim berkata, remaja itu yang menumpang di rumah ibu saudaranya dan bayi itu dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. - Bernama

* kenapa lah tak hantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch)
:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by nafham at 29-6-2010 20:41

aku lebih rela org buat seks then terberanak lps tu hantar ke pusat ni dari buat seks, terberanak then trus campak anak tu. Klu xde pusat ni pun, sah2 seks tetap berlaku merata2. At least nilai sebuah nyawa itu lebih berharga dr nilai seks mak pak haram jadah yg buang anak dia... sapa tahu salah satunya bayi yg dihantar ini adalah another genius?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 12:03 PM | Show all posts
Lagi dua bayi lelaki dibuang

Oleh ASSIM HASSAN dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
[email protected]

KUALA LUMPUR 29 Jun - Jika Sabtu lalu, seorang bayi lelaki bernasib baik diserahkan satu pasangan di pusat perlindungan bayi di Petaling Jaya, berbeza pula kejadian menimpa dua si kecil ini.

Kedua-duanya dibuang ibu mereka tanpa belas kasihan iaitu di belakang sebuah rumah di Taman Mawar, Rawang, dekat sini manakala seorang lagi di atas tong sampah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat dekat Seremban.

Dalam kedua-dua kejadian hari ini, mujurlah kedua-dua bayi lelaki malang tersebut yang masih bertali pusat dapat diselamatkan oleh insan-insan prihatin.

Ibu-ibu kepada bayi-bayi itu juga berjaya ditahan hasil maklumat dan tindakan pantas pihak polis.

Dalam kejadian di Rawang, kehadiran bayi itu disedari seorang wanita yang terdengar tangisan di belakang rumahnya di Taman Mawar, lalu membuat laporan polis.

Hasil maklumat, polis berjaya menahan remaja perempuan berusia 18 tahun yang dipercayai ibu bayi itu.

Ketika ditemui oleh Jamilah Nazardin, 40-an, pada pukul 9.30 pagi, bayi malang itu hanya beralaskan daun pisang tanpa dibalut dengan seurat benang menyebabkannya kesejukan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, beberapa anggota peronda telah ke lokasi dan menemui bayi itu.

Katanya, pemeriksaan mendapati, bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu, cukup sifat dan masih bertali pusat semasa dibuang.

"emeriksaan di lokasi itu turut menemui uri bayi tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang dilahirkan pada hari sebelumnya, menjadi bayi pertama diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCare).

Pusat itu diwujudkan sebagai Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang julung kali dilancarkan di negara ini pada 29 Mei lalu.

Bayi itu diserahkan oleh ibu bapanya berusia awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungannya daripada pengetahuan keluarga dan rakan masing-masing.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan, pihaknya telah menahan seorang remaja perempuan di sebuah rumah di taman perumahan sama.

"Semasa ditahan, remaja yang dipercayai ibu bayi itu sedang berehat di rumah ibu saudaranya yang berusia 40-an.

"Dia dipercayai melahirkan bayi itu di rumah ibu saudaranya awal pagi ini sebelum membuangnya di belakang rumah saksi," katanya.

Difahamkan, remaja itu yang beralamat di Taman Puchong Permai, Puchong lari dari rumah dan tinggal bersama ibu saudaranya sejak mengandung.

Tambah Abdul Rahim, pihaknya telah membawa remaja itu dan bayi malang berkenaan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, ibu saudaranya setakat ini tidak ditahan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan teman lelaki remaja terbabit bagi membantu siasatan mengikut seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Di Seremban, bayi berkenaan ditemui pada pukul 4.45 petang oleh pekerja pengangkut sampah ketika sedang menangis kelaparan dan kesejukan.

Saksi, Maiden Machapu, 42, yang bekerja sebagai pemandu lori sampah berkata, bayi itu disedari oleh salah seorang pekerjanya yang sedang mengangkut sampah di salah sebuah rumah.

Tambahnya, rakannya itu memintanya turun untuk melihat sendiri bayi berkenaan yang ditemui beralaskan surat khabar dan lengkap berpakaian.

"Berikutan penemuan itu, saya memanggil pemilik rumah dan mengatakan ada seorang bayi lelaki ditemui di tempat pembuangan sampah miliknya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pemilik rumah berkenaan, Ng Ah Moi, 68, berkata, selepas diberitahu mengenai kejadian itu dia terkejut dan tidak berani untuk keluar ke rumahnya.

"Kemudian beberapa anggota polis datang ke rumah untuk mengambil bayi berkenaan untuk dibawa ke hospital. Saya percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan dan seberat dua kilogram," katanya.

Bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya juga telah menahan seorang wanita warga asing yang disyaki ibu bayi berkenaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) penduduk.

* nape lah tak hantar kat Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.106424 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list