CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: malu2kucing

Siapa Pernah Mendaki Gunung Rinjani ?

[Copy link]
Post time 14-5-2012 11:05 PM | Show all posts
Travellogue Rinjani Part I

Impian Rinjani
Lokasi: Pulau Lombok & Pulau Bali
Tarikh: 02.06.11 – 10.06.11
Ahli Majlis:Mamarina,Kak N,Doctor Ramly,Sem,Daus,Fadil,Wan Fadli,Wan,Azie,Jai,Alan,Subki,Kak Lis,Khairi,Amy,Ebeng,Maya,Joko,Ali,Andre.

02.06.11  

1500(KL sentral)
tunggu Amy,Daus,Alan

1600(LCCT)
Meet Mama Rina, Kak N, Kak Lis,Wan..makan2 spageti yg  dimasak oleh Amy & Daus..sementara tunggu flight jam 1755

2050
Arriving at Denpasar AirPort (can't remember)
Doctor Ramly,Sem,Jai,Azie,Fadil,Wan Fadli,Ebenk,Maya,Joko,Ali,Andre menuggu di airport

1023
Departing from airport  to Dinner at Ala Jimbaran
Dinner local cuisine nasi goreng seafood+teh jasmine nice but too sweet.

2330
Departing from Rumah Makan Ala Jimbaran to Padang Bai Jetty
Naik bas..sambil menikmati kota bali..behenti di beberapa spot utk membeli air,snek,selipar,pulsa,kartu,

03.06.11


0100
tiba Padang Bai Jetty Bali
Menungu ferry yang penuh sesak dengan manusia utk pulang ke kampung..no space to sleep,lepak2..just bentang ground sheet,plastic,sleeping bag,sleeping mat & etc

0200
OTW to Lombok Island
Lepak2 kenal2 kenalan sama petualang Indonesia..Ebenk,Maya,Joko,Ali,Andre..very cold night n nice scenery all the way to Lombok Island.

0644
Arriving at Lembar Jetty-Lombok Island
Pagi yg gelap sudah terang di Lombok.shock sikit di Lombok ramai penjual2 nasi,kacang2,kuih2 datang menerpa..advice jgn makan kalo perut anda tidak disekolahkn untuk makan makanan yg tak confirm tahap kebersihannya  dan expiry date nya..menunggu van medium transportation utama kami di Lombok.

0830
Van arrived
Bergerak dari Lembar Jetty untuk sarapan..nice scenery all the way to sarapan..went through kampung2 site.(anyone please topup)

1030
Arriving at Rumah Makan Jawa
menu nasi putih+daging kerengsengan(daging masak kicap)+ais tea jasmine+pineapple juice.estimated cost 12,000rph..nice breakfast..kak lis tak makan daging.

1100
Departing from Rumah Makan Jawa
Spend time shoping barang outdoor Eiger outlet di Bandar Mataram..price adalah standard untuk barang2 Eiger..barang2 adalah berkualiti..sempat juga beli trekking pant...no regrets.

1230 - 1340
Solat Jumaat
Ramai bersolat Jumaat & Jamak di Masjid Lombok (can’t remember the name) then buy snek,drink..similar drink ABC,Polcari Swet Isotonic,mineral water..perjalanan yg agak jauh untuk sampai di pintu masuk rinjani..view yg menarik di sepanjang jalan.

1450
Arriving at Gunung Pusok
Nice view at the peak of Pusok Mountain..There are monkeys feeding zone.

1530
Arriving at Desa Sembalun
Starting point untuk ke Rinjani..kami dihidangkn dengan nasi putih+tempe+telur dadar..nasi beras bukit yang wangi..menu utama penduduk tempatan ialah telur,tempe,sayur2 jangan demand lebih2..no chicken,no beef..itu adalah makanan mewah..get ready dgn pakaian & camping gear..branag2 ditinggalkn di rumah orang2 kampung...disini toilet tiada disediakan.

1730
Pintu Gerbang Untuk ke Rinjani
Bergambar sebelum memulakan expedisi..yang diketuai oleh Ebenk..

1940
Take 5
Take 5 in between before reach at Post I

2020
Tiba Post I
Beberapa petualang sedang berehat di post I.bersama2 motocross..chit chat dengan penduduk tempatan..malam yang dingin

2040
Bergerak ke Post II
Bergerak meninggalkan Post I..perjalanan yang sejuk beku..ditemani cahaya bintang2..very nice view..

2106
Tiba di Post II
Temp=23.3’c
Elevation=1440m asl
Post Tengengfan..bermalam di Post II..dinner=sup sayur+telur+mee sedap+nasi putih+kicap ABC.

04.06.11

0545
Bangun pagi
Temp=21.3’c
solat subuh..breakfast oleh porter..menu can’t remember tp telur & sup sayur. kemas2 khemah & sedia untuk ke checkpoint seterusnya.nice morning view...cold weather..fresh...

0845
Bergerak ke check point selanjutnya
Padang Savana sepanjang perjalanan ke Pelawangan Sembalun..sepanjang perjalanan ditemani cahaya terik matahari yg panas dan suhu yang sejuk.

0940 - 0945
Post III (Koko Besi)
Chit chat dengan penduduk tempatan at Post III nama asal Koko Besi sempena mineral yang ada di post tersebut. Semua mereka menuju ke Danau Segara Anak untuk memancing ikan.

1020
Kuda Kurus
Elevation=1955m asl
Temp=29.6
Take 5 sambil berchit-chat with local people..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2012 11:05 PM | Show all posts
Travellogue Rinjani Part II

1150
Pelawangan Sembalun
Elevation=2460m
Temp=28.3’c
Doctor Ramly,Daus & me arrived at Pelawangan Sembalun at 1150 on my watch...waiting for other team member till and at 1235

1245
Arrived at Campsite
Elevation=255m asl
Temp=28.6’c
Doctor Ramly cuba untuk meneruskan perjalanan ke puncak Rinjani..saya & Duas menolak..menunggu lain2 team member sampai..campsite yg sungguh menarik view..sejuk diwaktu petang..sambil melayan sem yang x habis2 bercakap.. memeriahkn suasana petang di campsite.

05.06.11
0340
Campsite to Peak
Temp=21.3c
Having breakfast bread+bubur kacang, semua set dengan Gaiter untuk ke puncak Rinjani.

0545
Solat Subuh
Elevation=3130m asl
Temp=15.0’c
very cold in here..but it’s paid with very nice scenery..meneruskan perjalanan yg penuh cabaran..loose rock,debu,pasir itu lah trek ke puncak rinjani

0728-0955
Rinjani Summit
Elevation=3520 ASL
Temp=19.4’c

Ahli2 majlis selamat sampai puncak:-
1.Subki-0728                                11.Alan-0841
2.Daus-0735                                 12.Mama-0845
3.Azie-0755                                   13.Ali-0847
4.Jai-0757                                      14.Padil-0855
5.Khairi-0810                                 15.Sem-0914
6.Dr Ramly-0825                           16.Maya-0914
7.Kak N-0828                                 17.Wan-0922
8.Joko-0828                                   18.Wan Fadli-0923
9.Amy-0837                                   19.Ebeng-separuh jalan.
10.Kak Lis-0838

“Tahniah kepada semua”

Leave Rinjani summit at 0955
Perjalanan yg penuh cabaran..batu2,pasir,debu..extra careful masa menuruni..slope di kiri dan kanan trek

1140
Campsite Pelawangan Sembalun
Bersedia untuk ke Danau Segara Anak. Selepas lunch provided by porter.

1327
Pelawangan Sembalun Campsite – Danau Segara Anak
Trek yang penuh cabaran..menuruni lereng2 gunung Rinjani, cerun yang sangat2 steep..perlu berhati2..batu gunung berapi tajam..perlu control movement dgn backpack yang full loaded..berjalan sama2 mama rina..kemudian terpisah..disebabkan masing2 kaki sudah melecet.

1807
Danau Segara Anak
Elevation=1910m asl
Temp=24.4’c
Selamat sampai perjalanan solo ke Danau..enjoy,penat,tension trek menurun..tp semua selamat sampai di campsite yg sungguh indah lagi nyaman..host spring dan air danau yang sejuk bersebelahan..gua2 banyak untuk diterokai...ramai penduduk tempatan datang untuk memancing..ramai yang bermalam disini..campsite yang meriah...ditemani suhu yang sungguh sejuk beku..cekodok pisang by Amy

06.06.11
0500
Danau Segara Anak
Subuh,breakfast,bergambar,mandi2 di hot spring dan waterfall yg sungguh menarik dan nyaman..spend masa lebih kurang sejam untuk mandi2..breakfast yang sedap-nasi goreng+ikan karpu..

1000
Danau Segara Anak – Pelawangan
Elevation=2641m asl

Bergambar di danau sebelum memulakan perjalanan ke Pelawangan Senaru dan Post III..mendaki trek yang curam & berbatu2.

1235
Tiba di pelawangan
elevation=2641

1408
Post III Campsite
Elevation=2025m asl
Temp=27.3’c

Trek yang menurun sepanjang. Campsite yang xde air.
1st group Doctor Ramly & Daus..last group arrived at 1657.tak bole meneruskan perjalanan ke campsite Post II disebabkan cuaca sudah gelap dan kepenatan teramat..having late lunch..and dinner.ramai foreigner start dari Senaru..malam dipenuhi dengan aktiviti berborak...utk menghilangkn rasa kesejukan..then tido..

07.06.11
0500
Post III (morning)
Temp=12.1
Elevation=2025m asl
Breakfast dan bersiap2 untuk keluar ke Pintu Gerbang...sedikit souvenir utk ahli2 Impian Rinjani Berupa jaket Cartenz.utk penceria suasana-Sem,peserta gagah berani-doctor & Kak N (ape eh)

0905 - 1020
Post III – Post II
Trek yang menurun dilapisi hutan hujan tropika berkanopi. tidak terasa hangat
Sampai di Post II 1020. Pagi yg nyaman untuk trekking..ramai treker dari Europe..


1040
Pintu Senaru
Finally sampai di Pintu Senaru setelah penat trekking...namun perjalanan masih perlu diteruskan untuk sampai di pondok pusat maklumat Rinjani..di sini berehat2 selpas mandi2 dan solat zohor...sambil menunggu rakan2 yg terkebelakang..setelah semuanye selamat sampai...perjalanan perlu diteruskn...target seterusnya kedai makan setelah berlapar disepanjang trek...makanan standard disini ialah nasi goring+telur+kerupok+air teh jasmine..
Perjalanan diteruskn untuk ke waterfall (named it i forgot the name)
Menghabiskan masa mandi2 di waterfall.


Rumah Makan Sederhana
Menikmati makan malam di Senggiri menu nasi+ayam sambal..sedap makan menu ni..(tak ingat nama menu).sambil bercerita tentang Movie Castaway masing2 tertanya-tanya nama bola iaitu Wilson

2210
Lembar Jetty, Lombok
Bershopping,minum2, borak2 di gerai bersebelahan jeti sementara menuggu ferry berlepas..banyak souvenir oleh penduduk tempatan..
Minum kopi jahe,ABC,coklat,Nescafe(susah nak dapat di Indonesia)

08.06.11
0015
Ferry ( can’t remember ferry’s name)
Tambang=36000rs
Masuk dalam ferry jam  0015 dan ferry berlepas jam 0100..
Free seating kali ini kami sungguh bertuah dapat duduk sambil menikmati 2-3 movie yang ditayangkan.masa yang terluang dihabiskn dengan tidor,main kad(Alan,Sem,Wan Fadli,Subki,Joko,)...then tertido masing2 cari port yang terbaik (atas lantai)

0500
Padang Bai Jetty, Bali
Setelah 4 jam atas ferry kami tiba di Padang Bai Jetty, Bali view pagi yangg sunguh menarik..masa dihabiskan agak lama disini akibat van yang agak lewat tiba di Jetty..masa dihabiskn dengan mendengar cerite2  oleh Doctor Ramly tentang Islam,sejarah nabi,sejarah sahabat dan sesi soal jawab ala2 Halaqah..meninggalkan Padang Bai Jetty jam 0920 setelah tergendala agak lama disebabkan masalah dengan Bali gangster..namun semuanya selamat setelah supir & ebeng berbincang dengan gangster tersebut


1000
Warung Lesehan, Jln Persinggahan Goalawah
Behenti untuk menikmati sarapan pagi di tepi pantai. Upacara keagamaan sedang berlansung di sini..menu di sini nasi putih+sup fish cake+sate lilit..sedap disebabkn terlalu lapar agaknya.meninggalkn Warung Lesehan  jam 1100..bibr saya bengkak..maybe disebabkn ikan yang digunakan kurang segar…Jai Jenal Sakit perut seharian selepas makan menu ini.

1245
Darmadi Hotel
Rest sebelom jalan2 di bali..

1450
Pantai Kuta
Jalan2 sekitar Kuta..makan2 di pantai bersama Doctor Ramly,Daus...ramai orang offer nak lukis tattoo pada Doctor Ramly, mungkin Karekter Doctor yang agak ganas kot..makan makan mee bakso yang pedas..chit chat dengan budak riau...katanya dia ada sedara di Melaka dan Kuala Lumpur..kemudian kami meneruskn perjalanan ke kedai Columbia & lain2..jam 1700 berkumpul di tempat parking menunggu sunset di pantai Kuta..seluar Sem koyak masa dia cuba membuat lompatan..sunset belalu maka kami pon bergerak untuk menikmati makan malam

1845
Rumah Makan Ayam Bertutu
seram tengok gambar direktur ayam bertutu pada  signboard luar kedai..nasi putih+soto ayam(semua part ayam ada) belum pernah makan part yang pelik2..balik ke hotel untuk sesi massage oleh Alan.

0845
Darmadi Hotel
Check out hotel dan bersedia untuk sarapan..semua sudah siap dan bergerak pada jam 0845 yang diketuai oleh Maya (Ebeng balik Surabaya kot)

0955 - 1040
Rumah Makan Kubang
Jalan Nusa Kambangan No 206 Denpasar, Bali.
Setelah bersusah payah mencari masakan padang akhirnya kami jumpa juga...masakan dia not bad..menepati citarasa orang Malaysia setelah berhari2 mengadap makanan yang pelik dan staus halal diragui..kos sarapan 50,700rs/350=rm7/pax..meninggalkan Rumah Makan Padang jam 1040


Toko Eiger,Putualang & Everest,Polygon
Jalan2 cari barang2 outdoor.harga murah dan barang2 berkualiti..ramai tak melepaskn peluang beli barang yang sememangnya mahal di Malaysia..excited dan terkejut tengok harga.sempat jgak beli spare bottle untuk stove..baju..short.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 11:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by kolov at 14-5-2012 23:14

Travellogue Rinjani III

1245 -1430
Tanah Lot
Jalan2 cari souvenir dan singgah Pura (Kuil Hindu).

1615 - 1734
Sukawati
Bershoping untuk ke-2 kalinya..heaven untuk mereka yang suka bershopping dengan suka hati..barang2 painting murah dan cantik.

1740 - 1830
Rumah Makan Padang
Jln Raya Batubulan
Tel-0361 298844
"Makcik Rantai"
OTW ke gunung agung kami singgah untuk makan malam di rumah makan masakan padang. Di belakang rumah makan terdapat mini zoo..dan rumah ibadat hindu yang cantik diukir..
Disini Kisah ‘Makcik Rantai’ bermula..’gratis ya mak’ sesduah makan kami bergerak jam 1830…

1900 - 1938
Hardy’s Batubulan Supermarket
Membeli sedikit makanan & minuman untuk pendakian seterusnya ke Gunung Agung..sementara menunggu Ebeng yang masih dalam perjalanan dari Airport. supermarket ini Sem beratur ditempat untuk meimbang barang2.setelah Ebeng sampai kami meneruskn perjalanan ke Gunung Agung (gunung suci orang hindu).bergerak ke kaki gunung jam 1938.

2053
Kaki Gunung Agung
Elevation=785M asl
Bersiap2 untuk trekking ke Gunung Agung selepas solat.
Briefing oleh Ebeng,Mamarina (Ketua XPDC), Doctor Ramly.

2234
Gunung Agung
Elevation=3148M ASL
Melalui 3 Pura besar..Subki,Doctor Ramly,Daus ditugaskn untuk menjadi sweeper.

P1
Stop=2310, start=2325,temp=24.8’c,elevation=1035m

P2
Stop=2355,start=0000(glove doc tertinggal di P1, team lain stop trekking sementara menunggu saya,Daus, Doctor turun amik glove..jam 0030 kami meneruskan perjalanan setelah doctor jumpa glove kesanyangannya)

10.06.11

P3
Stop=0105 stop( it is slow trekking to the summit what we expected to reach the summit by dawn)
P4
Stop=0235
start=0245
elevation=1775m
(doctor keluarkan ration berupa anggur. Most of the climbers are in sleepy mood and 1525 m to reach summit)

P5
Stop=0145
start=0200
semua tido,pada awalnya untuk take 5

P6
Stop=0230
start=0300
Tido

P7
Stop=0330
start=0400
Tido

P8
Stop=0400
start=0430
Tido

P9
Stop=0600
start=0645
Stop untuk solat subuh

0745-sampai 1st puncak penipuan,makan2 roti sama cokelat
0825-reach the summit puncak bayangan,puncak sebenar tak boleh trekking
0925-semua perserta sampai puncak.sesi bergambar oleh peserta makan-makan sikit sebagai reward sampai di Puncak Agung yang sememangnya jarang2 orang mendaki di trek ini.
1000-treking menuruni puncak agung
1130-stop dan tido untuk menunggu troop
1300-bangun dari tido dan meneruskn perjalanan ke pintau masuk Gunung Agung
1600-reach at dropped area menunggu ahli2 majlis yang lain.mandi2,makan2,
1800-last group sampai
1900-bertolak untuk mencari dinner van lambat sampai.
         -makan malam kami di rumah makan padang
         - Rumah Makan Padang Jln Raya BatubulanTel-0361 298844
         - kedai yang bermulanya Kisah "Makcik Rantai"
         -"gratis ya  mak" "aku mau satu"

Gunung Agung yang penuh dengan dugaan…tido atas trek,makanan dan minuman tidak mencukupi..tapi respect pada pendaki2 sekalian walaupun tiada ration disediakn kita masih mampu untuk ke puncak Agung yang betol2 menguji mental dan fizikal..gunung yg mendaki..no discount at all…

‘tahniah kepada semua”

2130
Rumah Penginapan Denpasar, Bali
Aktiviti mengemaskini beg masing2,besiap2 untuk balik ke Kuala Lumpur Malysia.

10.06.11
0030
Denpasar
Nite walk..Daus,Subki,Padill,Wan Fadli,Khairi…sembang2 post mortem kecil-kecilan sembang2 & sharing cerita sambil menikmati minuman di Bali

0300
Bersiap2 untuk ke airport..flight untuk ke KL jam 0600...Alan,Padil, wan meneruskn aktiviti mereka di Bali..

0900
Sampai di LCCT…berpisah..membawa haluan masing2 ke rumah..”see you when I see you”
makan2 kejap

1400
Sampai di Gombak

"Impian Rinjani"
Credit to author: Subki
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:03 AM | Show all posts
Reply 57# arwien

arwien (maaflah ye kalau terlepas pandang), masa ko p hari tu ambil pakej atau gamble aje ye? try email dgn org2 disana, paling murah dapat pakej dalam Rp1,068,000 utk 3D 2N..rasa macam mahal je...terasa mcm nak gamble ajelah..cuma nanti ambil guide aje dari pihak taman negara..ko rasa ok ke plan ne?? 4D 3N, ok x??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 06:56 PM | Show all posts
Alhamdulillah...... sampai jugak aku di puncak Rinjani
Haduuuiiii.....!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 07:12 PM | Show all posts
melur_30 posted on 7-6-2012 11:03 AM
Reply 57# arwien

arwien (maaflah ye kalau terlepas pandang), masa ko p hari tu ambil pakej atau  ...

Murah tue.... boleh sangat la !
Aku aritu pakai pakej 4h 3m kena IR 1.7Juta dari jetty Lembar balik ker jetty Lembar

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2012 02:06 AM | Show all posts
arwien posted on 20-3-2012 12:35 PM
Reply 44# kolov

semeru bukan susah skit dr Rinjani, susah berpuluh2 kali.. kekekekekeke.. good l ...

Arwien..citerla psl kisah mistik kat pasar bubrah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 09:33 AM | Show all posts
malu2kucing posted on 27-7-2012 07:12 PM
Murah tue.... boleh sangat la !
Aku aritu pakai pakej 4h 3m kena IR 1.7Juta dari jetty Lembar bal ...

mksudnya sorang kena Rp1.7 juta? err rasa macam agak mahal tu hehehe..
so, macam mana rinjani?ok?treknya macam mana?citerlah sikit...saya baru plan hopefully jadi kenyataanlah next year
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2012 12:43 PM | Show all posts
melur_30 posted on 30-7-2012 09:33 AM
mksudnya sorang kena Rp1.7 juta? err rasa macam agak mahal tu hehehe..
so, macam mana rinjani?ok? ...

Nak kata mahal.... tak tau la pulak.... sebabnya setelah selak sana, selak sini offer nie jea yg aku nampak murah... yg lain tue nampak lagi mahal... lagi pun kami berlima... kalau ramai pastinya murah lagi kut !

Trail Rinjani tak jauh beza la dari apa yg geng2 sini cerita.... memang agak kejam juga la trail dia, tapi siapa yg biasa main gunung tak ada masalah kut. Day 1st tue trail dia agak panjang amik 8 jam jugak untuk sampai di Crater Rim untuk bermalam di situ. Suhu masa tue agak jatuh lebih dingin dari kebiasaan kata porter. aku pun pecah bibir lupa pakai gincu... hehee, angin ada tapi tak kuat sangat masa tue.

Jam dua pagi start attck summit.... pada kebiasaan pendaki amik masa 3-4 jam sampai puncak tapi aku amik masa hampir 5 jam... hehehe. Tak tahan beb layan trail berpasir+batu... menegak pulak tue... lambat melangkah glongsor setapak turun... macam citer katun pun ada !

Alhamdulillah aritu tak kena AMS.... tapi sikit2 kesan tue ada la cam tak lalu makan... walaupun hidangan power2 porter2 tue masak, bab makan minum memang mewah... bayangkan satu pendaki satu porter...!

Turun dari Puncak.... makan, pas makan turun ke Lake Segara Anak pulak amik masa 3 jam lagi... Ok la pasal turun kan dan bermalam di situ... dapat la main2 air tengok org mancing... ikan besar2 org tue dapat.... pas tue brendam kolam air panas... enjoy la ada air terjun kat situ. BAGI AKU  kecantikan Rinjani bukan di lihat dari puncak tapi pemandangan di sekitar tasik tue yg menarik... Esoknya masa nak tinggalkan tasik tue... trail dia lalu tepi2 lake naik sikit2 masa tue lagi nampak terserlah ke cun nan dia... dapat la lihat dari berbagai sudut, Volcano tue memang cun ! makin nak tingal makin cun view dia... Dari last point tue mula turunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn........ bagai nak gila, petang baru sampai kat pintu gerbang Rinjani.... adoooiiii selesai satu penyeksaan, cam nak tobat pun ada gak hehehehe...

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 12:52 PM | Show all posts
malu2kucing posted on 30-7-2012 12:43 PM
Nak kata mahal.... tak tau la pulak.... sebabnya setelah selak sana, selak sini offer nie jea yg a ...

hahaha..giler teruja membacanya...aritu naik nuang pun hampir 4jam utk sampai puncak, kalau rinjani ne tak tahulah laghu mana..agaknya mau cecah berbelas2 jam juga kot hahaha

ada sapa2 kat sini berminat ke rinjani? jom!!! target bulan 11 tahun depan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 12:59 PM | Show all posts
melur_30 posted on 30-7-2012 12:52 PM
hahaha..giler teruja membacanya...aritu naik nuang pun hampir 4jam utk sampai puncak, kalau rinjan ...

Nuang 4 jam laju tue......jika dari parking, bukan lipas kudung lagi dah.... lipas yg ada kaki !

** lupa nak bagi tau pakej tue dari Jetty Lembar- Gunung - Sengigi

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 01:27 PM | Show all posts
malu2kucing posted on 30-7-2012 12:59 PM
Nuang 4 jam laju tue......jika dari parking, bukan lipas kudung lagi dah.... lipas yg ada kaki ! ...

mslahnya bukan dari parking lot tapi dari lolok hahaha...

owhh kira oklah kot harga tu..sebab harga yg saya dapat ne cuma cost di rinjani sahaja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 02:20 PM | Show all posts
melur_30 posted on 30-7-2012 01:27 PM
mslahnya bukan dari parking lot tapi dari lolok hahaha...

owhh kira oklah kot harga tu..sebab h ...

sama la kita..... 4 jam dari lolo..... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 07:48 AM | Show all posts
gekkou posted on 13-3-2012 11:04 PM
wah bestnya
x de sapa cari geng ppuan k nk pegi cni?
nk join

jomm, bulan 11 tahun depan hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 12:04 PM | Show all posts
melur_30 posted on 31-7-2012 07:48 AM
jomm, bulan 11 tahun depan hehehe

Rasanya bulan 11 Taman Negara Rinjani ditutup hingga bulan April the next year . Atas sebab keselamatan dan cuaca. Tapi ... cuba double check
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 01:01 PM | Show all posts
Pesona posted on 31-7-2012 12:04 PM
Rasanya bulan 11 Taman Negara Rinjani ditutup hingga bulan April the next year . Atas sebab kesela ...

saya ada email agent di sana tetapi tidak pula dimaklumkan mengenai penutupannya...saya juga ada check di web rinjani national park, best time utk daki rinjani dari april - nov..err mungkin saya harus double confrm benda ne semula dgn agent tersebut..apa pun, tq ya utk infonya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 07:18 AM | Show all posts
utk makluman, rinjani di tutup mulai januari - mac ~ info ini saya baru aje saya perolehi daripada rinjani national park...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 09:59 AM | Show all posts
melur_30 posted on 1-8-2012 07:18 AM
utk makluman, rinjani di tutup mulai januari - mac ~ info ini saya baru aje saya perolehi daripada r ...

yea... betul, tutup waktu tue !

Kesian pulak kat porter2 tue..... terpaksa carik rezeki cara lain pulak


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 10:15 AM | Show all posts
malu2kucing posted on 1-8-2012 09:59 AM
yea... betul, tutup waktu tue !

Kesian pulak kat porter2 tue..... terpaksa carik rezeki cara ...

nak buat macam mana malu2kucing..anggap ajelah ianya sebagai 'annual leave' buat mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 10:29 AM | Show all posts
melur_30 posted on 1-8-2012 10:15 AM
nak buat macam mana malu2kucing..anggap ajelah ianya sebagai 'annual leave' buat mereka

Terlintas jugak dlm kepala aku....
Boleh ker aku carik makan jika aku duk tempat diorang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.252841 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list