CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

CERPEN : Syyy ! [U]

[Copy link]
Post time 13-9-2011 02:40 PM | Show all posts
Reply 59# detox


    yeayyy ..at last ada sambung kisah imran..dah senyum sorang-sorang depan pc tengok ke'sweet'tan imran
sambung lah lagi ekk ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 61# liawseng


tq

ok skrg tgh dlm proses nak tambah cerita ..klu dah siap i sambung
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:24 AM | Show all posts
Imran...
g mintak blk kitab yang Dr Amir Haikal pinjam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 11:47 AM | Show all posts
Reply 63# midar


    Tak payah kitab, rupanya Imran ni ada bakat terpendam memikat ...lagi terror dari Nadim ha ha ha ;) cuma memula tu je dia menggelabah, he'll pick up very fast eventually ! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:53 AM | Show all posts
hahahaha.lagi terror dari nadim wooww.tak sabar nak tahu ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:56 AM | Show all posts
hehe.. siap laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply 64# detox


Dia dah katam dah kitab tu terlebih dulu.
Baru sekarang nak praktik kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:15 PM | Show all posts
Detox, tahniah atas cerpen ni. Mana n3 Ghazal Untukmu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2011 12:22 PM | Show all posts
Reply 68# zeeghaz


    n3 untuk ghazal untukmu sudah tidak ada lagi sbb saya hanya meletakkan 10 bab pertama....itu telah saya nyatakan pada awal posting...maaf ye...saya kena berlaku adil pada penerbit.. maaf sekali lagi .
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:49 PM | Show all posts
time kasih detox...terubat rindu pada keluarga nadim.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:04 PM | Show all posts
Reply 64# detox

i'm waiting!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 02:08 PM | Show all posts
akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:03 PM | Show all posts
hehehe.. lama menunggu..akhiirnya ada gak... cepat sambung ek...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 12:24 AM | Show all posts
adeh imran...ni kena bertapa lagi dgn nadim

kak detox,
kalau boleh terbitkan sekali kisah nadira part 2, dgn miss minnie ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 02:24 PM | Show all posts
Reply 74# mijot


    klu nak terbitkan kisah nadira pt2 dan miss minnie kena banyakkkkkkkkkkk edit, scene2 yang pasti dipotong oleh editor akak kena potong terlebih dahulu ! ihihihihi... apa2 pun biar akak habiskan mengedit manusrip lili dan gibran dulu ye ..anyway tq mijot !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 12:35 PM | Show all posts
MACAROON UNGU, MACAROON BIRU.

MACAROONS comel berwarna-warni pelbagai perisa di tenung. Kotak lutsinar juga dibelek-belek, ribennya dilurut dengan jari telunjuk. Nana tarik nafas dalam-dalam. Jarinya diderapkan di atas meja, sementara tangan kiri menompang dahi. Senyuman si pemberi terus terlintas di mata. Ala ! Buat bulu roma di belakang tengkuk meremang saja. Manis sangat lah. Nana lepaskan nafas kecil sekali lagi. Telefon berdering perlahan. Dia bangun malas menuju ke meja sebelah.
“Assalamualaikum.”
“Nana, call untuk kamu.” Serentak dengan itu, suara Aliff hilang berganti pula dengan satu suara lelaki memberi salam.
“Waalaikumsalam,” Nana pasti yang memanggil itu mesti si dia.
“Sekarang waktu lunch kan ?”
Nana angguk, dan dengan perlahan dia menjawab ya.
“Boleh tak bawak turun macaroons tu, saya tunggu kat wakaf tepi Sudut Ilmu…terima kasih Nana.”
Tidak sempat Nana menjawab, talian dimatikan.
Apa hal makan macaroons masa lunch ….ish mental betul lah ! Nana masih berdiri di tepi meja. Dia renung telefon, kemudian alihkan mata pada macaroons atas mejanya, lepas itu pandang pintu. Nak pergi ke, ah tak mau lah layan lelaki bengong tu. Dia matikan lampu setelah itu kembali ke meja. Berteleku di dalam bilik yang suram-suram dan dingin. Kesian pulak, karang dia lapar camna. Hmm…



SEKEJAP-sekejap jam di tangan di lihat. Sudah tujuh belas minit berlalu, bayang pun tidak nampak lagi. Dia menderapkan tumit kasut ke simen kasar, lepas tu mendongakkan kepala melihat ukiran lebah yang tergantung pada bahagian bawah tulang perabung bumbung. Matanya meneliti satu persatu ukiran yang sama rata. Pakai mesin atau diukir dengan tangan ye. Dia bawa mata terus ke tengah-tengah alang bumbung. Siapa saja yang buat ukirannya memang teliti. Macam Mummy. Imran tersengih.
“Assalamualaikum.”
Cepat-cepat dia menundukkan kepala. Mata mereka bertembung. Nana buang sengih kerana tadi dia asyik melihat Imran yang sedang berangan. Entah apa lah yang dia pikirkan bila tengok alang bumbung tu.
“Nah ini macaroons awak.” Kotak lutsinar diletakkan atas pangkin wakaf, dan Nana terus menapak hendak meninggalkan tempat itu.
“Eh, macaroons ni untuk awak.” Kelam kabut Imran turun dari pangkin dan dapatkan Nana yang sudah berjalan tiga tapak.
“Saya tak makan benda alah ni , saya makan nasi.”
Imran tersenyum.
“Tu pasal saya suruh awak turun, saya ada beli dua bungkus nasi. Jom.” Imran telengkan kepala. Nana bulatkan mata. Macam tidak percaya dia pusingkan kepala. Betul ! Ada dua bekas styrofoam dan dua cawan air.
“Makan kat sini ?” tanya Nana. Mahu kena sakat dengan semua orang kalau nampak dia makan di situ. Ala, ada-ada saja lah budak bengong ni.
“Habis tu ? Kalau tak nak, jom kita pergi makan kat dalam kafe.”
“Mana boleh bawak masuk makanan luar.”
“Hmmm….” Imran buat muncung sambil pikir. Karang aku colek budak comel ni bawak pegi Taman Jaya karang baru tahu.
“Hmmm….” Nana pun buat muncung. Kesian pulak dia ni dah beli nasi dua bungkus siap air sirap lagi.
“Camna ?” tanya Imran, dia sengaja cari peluang tengok muka Nana dekat-dekat.
Nana angkat bahu.
“Tak apalah macam tu.” Imran buat muka sedih. Dia teringat kata Nadim Syah. Kalau perempuan buat jual mahal, kita buat muka sedih. Sesedih yang mungkin. Imran lepaskan keluh perlahan-lahan. Matanya pun di jatuhkan, tapi dia buat-buat senyum senget.
Nana jadi serba salah. Tak sampai hati la pulak. Mesti dia susah payah beratur kat kedai, pilih makanan dan cuba ambil makanan yang aku suka, lepas tu kalut-kalut bawa kereta datang sini tepat waktu makan tengahari. Sian la, dah susah-susah aku pulak buat mengada-ngada.
“Awak ambil lauk apa ?”
“Saya tak tahu apa awak suka, jadi saya ambil apa yang saya suka.” Imran masih maintain muka sedih. Dia curi lihat wajah Nana. Memang ada simpati di mata bulat itu. Hati Imran tengah tersengih lebar.
“Apa ?”
“Saya ambil ayam goreng, sayur kobis dan kuah kari, lepas tu taruk kicap manis sikit.”
Nana tersengih.
“Sedap.” Dia pun melangkah kembali ke pangkin, dan terus keluarkan styrofoam yang berisi nasi untuk makan tengahari mereka.

YES! YES! YES !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2012 12:38 PM | Show all posts
Imran duduk di sebelah terjuntai kaki. Nana pula duduk bersimpuh. Ala ayunya. Confirm Mummy suka ni.

“Saya suka kari taruk kicap.” Mula Nana setelah dua suap nasi masuk ke mulutnya.
“Sama lah kita.”

Hari ni rasa extra sedap pula nasi campur Mak Yah. Mak Yah berniaga dalam van sahaja. Dia parkir kat lorong jalan mati. Lauknya biasa sahaja, tapi sedap. Imran salah seorang pelanggan tetap Mak Yah.

“Awak kerja kat mana ?” tanya Nana. Dia angkat muka dan terlihat kulit Imran yang cerah jadi merah sebab panas matahari dan pedas sambal belacan bersatu.

“Kat Gardens…”
“Owh, senanglah nak shopping. Ada Gardens, ada Mid Valley.”
“Saya tak suka shopping.” Jawab Imran, dia capai cawan dan sedut air sirap yang sudah tidak sejuk lagi.
“Saya pun tak suka shopping.”

Imran ketawa kecil, Nana tiba-tiba jadi malu. Banyak pula benda yang sama.

“Saya suka baca buku, tu pasal kerja kat Library.” Nana cuba tutup rasa malu.
“Eh, sama lagi, saya pun sangat suka baca buku. Tu pasal saya jumpa awak kat sini kan.”

Imran senyum dan dia alihkan cawan yang satu lagi supaya lebih dekat dengan Nana.
Alamak ! Nana tunduk melihat jarinya mengutil isi ayam, dia cuba sembunyikan senyum sebab teringat kata-kata ayah. Kalau nak cari pasangan, cari yang ada banyak persamaan, senang hidup tak gaduh-gaduh. Macam ayah dengan mak.

“Nana asal mana ? Orang sini ke ?” tanya Imran.
“Saya asal dari kampung. Budak kampung.” Nana senyum bangga.
“Kampung mana Kampung Tunku ?” Imran buat lawak tapi Nana buat muka blur. Jadinya Imran simpan terus rasa hendak ketawa.
“Kampung saya kat Kemaman…anak nelayan je.”
Imran angguk, “Boleh satu hari saya pergi sana ?”

Nana tidak menjawab, sebaliknya dia habiskan suapan terakhir, dengan perlahan dia tutup styrofoam yang sudah kosong cuma bersisa tulang ayam dan masukkan ke dalam plastik merah tadi.

“Boleh ke ?”

Nana cuma angkat bahu. Orang kampung sepertinya tidak biasa bawa lelaki pulang ke rumah.

“Rumah saya buruk.”

Imran mengerut kening. “Biar rumah buruk asal orang di dalam tinggi budi bahasa.”

Imran bangun lalu ke paip air di tepi kolam ikan. Air yang melewati hose berwarna hijau menyirami jari-jarinya. Selepas itu giliran Nana pula. Sekembalinya di bawah pangkin kayu cengal, Imran hulurkan kotak lutsinar.

“Saya tak boleh buka ni, sebab awak punya. Tapi saya nak satu.”
“Ish awak ni buruk sikulah.”

Imran ketawa, Nana pula tersengih-sengih lalu menarik ikatan riben.

“Nak yang mana ?”
“Awak pilihkan pula.”

Nana kebam bibir. Dia suka warna biru. Jadi seketul macaroon warna biru di beri pada Imran.

“Oh, saya suka blueberry. Terima kasih.”
“Saya tak tahu pun tu rasa blueberry, saya suka warna biru je.”
Imran mengenyit mata, “Saya pun suka warna biru.”

Nana mencebik manja, hati Imran tentulah mengembang kuncup dengan rasa bahagia dan manis bila kunyahan pertama macaroon blueberry masuk ke perutnya. Bila Nana tahu Imran suka warna biru, dia tidak jadi mahu ambil satu untuknya, sebaliknya dia ambil warna maroon. Sedap walau dia cukup tidak suka warnanya.

“Oklah, masa lunch dah nak habis, nanti tak sempat nak zohor.” Nana bangun.
“Ok, terima kasih kerana sudi makan tengahari dengan saya. Hari ni hari yang paling kenyang pernah saya rasa.”

Nana buat muka hairan.

“Terima kasih untuk lunch yang boleh tahan sedap. Dan juga cuci mulut yang ok.” Dia perhatikan muka Imran. Muka tak puas hati. Nana ketawa dalam hati.
“Macaroon yang tahap-tahap ok tu jangan lupa pulak…”

Nana tersengih sedikit lantas mengambil kotak lutsinar yang sudah tinggal sepuluh biji macaroon. Nasib baik Imran suruh dia ambil. Itulah pertama kali dia rasa macaroon dan dia sangat-sangat sukakannya. Sedap sangat.

“Esok kita jumpa lagi ye.”

Nana geleng kepala. Kemaruk apa dia ni.

“Bye bye…” Nana terus jalan laju. Dia tidak toleh-toleh langsung pada Imran, tapi Imran sudah puas hati. Seronok sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 11:43 PM | Show all posts
thanks kak detox...

amboi imran..
dah mahir skit jadi player...
ni mesti ajaran nadim...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 09:41 AM | Show all posts
{:4_182:}{:4_182:}wahhh... ada sambungan
how come marcell missed the plane ni... ish ish ish....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 10:53 AM | Show all posts
lagi detox.... lagi...
lama dah xde buah tangan dr detox ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.104676 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list