|
mana smbunganya nih |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..bebetul misteri nie.tetiba kroit ilang nie |
|
|
|
|
|
|
|
kejap loorrr, tengah menaip lagi dekat text |
|
|
|
|
|
|
|
kejap loorrr, tengah menaip lagi dekat text
kroit92 Post at 5-4-2011 14:23
Sian kat budak kroit nih..
sila jgn nanges lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
kroit, kalu nk apply jadi Unit Polis Forum CI ni camner?
rupa & gaya aku dh betul dah...
LordMuramasa Post at 5-4-2011 11:37
haa? apesal tanye kroit lak, tak tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
copat aihhhh......
jie_kumiko Post at 5-4-2011 16:51
hamiikkkk, tak abis lagii
AKU AKAN SEMBUH! part 2
sambungan: merawat sakit kepala
haa, nak tau sakit dia macam mana? bak kata orang putih, as if I was pulled inside out!
tadi masa buat rawatan resdung kat muka, takde rasa ape,
tapi bila ubat sakit kepala, mangaaiiiii, sakit dia, unbelieveable!
lemah longlai terus badan kroit waktu tu, sakit punya pasal,
doktor tu cuma gerakkan telur je, dari atas dahi, kat gigi rambut ni sampai ke belakang kepala je, perlahan-lahan,
tapi kroit dapat rasa jelas, macam ada benda dalam kepala kroit, ditarik oleh telur tu,
rasa macam kena cincang-cincang je dalam kepala ni, ish, mana pernah kena cincang, nauzubillah..
seolah-olah, senang kata, telur tu ABSORB sakit kepala tu.
yaa, agak pelik, even for me, susah nak percaya, tapi bila kena, fuuhhh..
tiba-tiba, kroit dengar satu suara dalam kepala kroit,
"Kenapa kau menyakiti anak ini?!!!", aik? what was that?
kroit mula mendengus, bernafas dengan berat,
tangan kroit pulak mencakar-cakar lantai, nak lari tapi kepala macam melekat dekat telur tu.
Mak kata, mata kroit waktu tu merah,
lepas tu mendengus-dengus, raw sana raw sini..
"Eii bang! Tengok kroit tu!", jerit mak kroit, nampak gaya macam dah ready nak lari je.
abah tengok kroit, steady je bapak, rileks sungguh..
makcik, pakcik, sepupu-sepipit dah rapat antara satu-sama lain.
bila telur tu dilepaskan dari kepala, rasa macam something was cut off,
kroit rasa kosong, keliru, rasa bodoh pun ade,
tiba-tiba, kroit rasa basah je pipi ni,
"Huuu...", kroit mula menangis dengan sayu pulak.:cry:
menitis-nitis air mata jatuh.
"Mak, kroit menangis.", kroit dengar adik berbisik dekat mak.
dalam kepala kroit, ada satu suara halus, "Sakit.. huuu.. sakit.."
sah, bukan kroit yang menangis, "dia" yang menangis!
doktor pun mengurut-ngurut kepala kroit, tengkuk,
dengan doa-doa supaya pulih semangat. lepas tu doktor tepuk belakang kroit,
"Dah, dah ok dah..", kroit pun bangun duduk tepi abah, lap air mata, malu la budak besar menangis sayu!
tapi still, kroit masih tak berani nak bertentang mata dengan doktor tu,
rasa takut semacam.
doktor tu kata, malam ni, datang lagi,
nak buang "benda" yang duduk dalam badan tu.
aiyoorkkk, ada benda duduk dalam badan ku?!
baru ku tau.. ish..
doktor pesan, bawa bersama:
kain hitam 2 helai, berape meter entah,
limau kasturi beberapa biji,
bunga berape warna tak ingat, (sebab dia pesan kat abah)
kain pelikat satu helai,
tujuannya, malam tu kroit kena mandi.
then, masa kroit berjalan keluar dari rumah tu,
adik kroit pimpin sampai ke kereta,
kroit termenung je, tak berfikir apa-apa, tak rasa apa-apa,
BLANK.. rasa macam patung, tapi gagahkan jugak diri untuk berjalan sampai ke kereta.
doktor pesan ape ntah kat abah waktu tu.
kroit dah ready dalam kereta nak balik.
di rumah kampung, kroit menghabiskan masa menunggu malam menjelma dengan terbaring tengok syiling,
rasa macam bodoh sangat-sangat.. langsung tak boleh fikir apa lepas kepala kena "sentap" tadi..
yang bestnya, sakit kepala bertahun-tahun hilang macam tu je,
dah tak berdenyut, ringan je kepala ni.
tapi, masih dengar sayup-sayup suara tu berbisik,
"Aku dah baik punya, tak payah kot pegi berubat malam ni. Rasa dah sihat dah ni. Baik tido je kat rumah."
"Dah sihat dah ni. Dah sihat. Dah sihat.", berulang-ulang ayat tu dalam kepala.
kroit buat tak tau je, takkan nak ikut cakap dia pulak kan?
malam tu, lepas je solat Maghrib,
barang-barang pun dah ready, abah dengan pakcik carik petang tu,
terus bertolak ke rumah doktor lagi,
kitorang yang first sampai, 15 minit awal dah tunggu depan rumah dalam gelap,
abah pandang je kroit,
kroit perasan, tapi dah macam patung waktu tu, jadi bodoh je..
5 minit sebelum pukul 8 malam,
kami nampak doktor bukak pintu rumah, sekejap pegi ke belakang rumah,
sekejap pegi depan kereta beliau, mencari barang,
lepas tu dia angkut baldi letak depan pintu masuk.
masa tu ada 2 buah kereta lagi sampai,
satu kereta tu makcik turun bawah botol air kosong dengan buah ape ntah dia pegang kat sebelah tangan,
jeling kitorang sebab ape entah,
kroit syak sebab kitorang sampai awal, dia second.
bising bukan main, suruh anak-anak dia pergi amik semua barang-barang yang dah diprepare.
dia risau tak dapat giliran ke ape.
then lagi satu family ni, cepat-cepat pegi ke pintu masuk,
jenguk dalam rumah, carik doktor.
Kot ye pon masing-masing sakit, sabor lah sikit, haishh..
"Ha, jemputlah masuk.", doktor pelawa kami.
laju je semua masuk,
abah pun nak masuk rumah, tapi doktor tak bagi masuk,
doktor suruh isi baldi depan pintu tu guna air paip kat depan rumah.
doktor suruh abah, abah suruh kroit.
lepas isi, kroit bagi abah, abah bagi doktor.
doktor potong limau kasturi, letak bunga-bunga sikit,
baca lagi beberapa potong doa dekat air tu.
lepas tu, kroit pun bukak baju semua, pakai kain pelikat je, duduk tengah laman dalam gelap.
"Mandikan dia guna air ni, lepas tu kain pelikat tu nanti, basah-basah tu, letak dalam baldi ni.", arah doktor.
"Sape petang tadi nak kena operate tu, mari dekat sini..", sepupu kroit pun baring dan mereka mulakan "operation", kroit tak nampak sebab sedang menuju ke laman..
abah menuju ke arah kroit yang sedang menyeksi pakai kain pelikat dalam gelap,
bersama baldi penuh berisi air limau dan bunga yang wangi hmy3:
abah pun baca bismillah, berdoa, dan suruh kroit berniat untuk sembuh,
dengan izin Allah..
then, bedebush!
sejuk tak payah cakap,
wangi air limau, fuhh, best betul,
abah lak tu mandikan, umo dah 18 waktu tu, abah mandikan lagi,
terasa manja sangat.. ahahaha
habis mandi, kain pelikat basah tu letak balik dalam baldi,
dan pakai balik baju masa mula-mula datang tadi.
tengok dalam rumah, nampaknya sepupu kroit dah habis operation,
allaaaaaaa..
terlepas tengokkk
dengan badan berbau limau kuat, sejuk pulak tu,
kroit pun duduk depan doktor..
"Lunjurkan kaki kamu tu!", kroit pun duduk dengan tegakkan kedua2 kaki ke depan.
"Semua jangan duduk depan ni, pergi duduk sana tu! Nak buang benda ni, takut masuk kat orang lain pulak!", mencicit makcik-makcik yang sibuk nak tengok tadi.
maka, proses "membuang" pun bermula.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menanti sambungan nya dgn kesabaran {:1_130:} |
|
|
|
|
|
|
|
proses membuang tak mula2 lagi sampai malam ni pehal?? {:3_84:}{:3_84:} |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Kroit......macit Nora melapurkan diri kat rumah Kroit... |
|
|
|
|
|
|
|
salam kroit..pengalaman ko sangat hebat..betul2 uji kesabaran ko kan..kat mane er ko berubat?perak kan??
kroit..mau sambunganye arini...xsabo r den tunggu lelame ni ha.. gabatei!tenkiu2!! |
|
|
|
|
|
|
|
cepat laa dik oi..taksabar nk membaca nie |
|
|
|
|
|
|
|
suspen betol adik kroit ni....
tp x per, sabor menunggu. nk tau perkembangan selanjutnye ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
BEDAH DIA!! BEDAH DIAAA!! {:2_71:} |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabo menunggu sambungan
maner dak kroit neh.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Sorry, the post is too long." {:3_83:}
habisss.. |
|
|
|
|
|
|
|
AKU AKAN SEMBUH! end.
(sambung, duduk melunjur..)
dalam bilik rawatan tu,
sebelah kiri kroit ada abah, pakcik dengan sepupu kroit,
belakang kroit pulak doktor (berdiri),
belakang sikit daripada doktor, sepasang suami isteri sedang menunggu giliran,
depan kroit, clear terus lepas semua takut benda dalam kroit masuk kat diorang pulak
dah ler terasa bodoh, duduk sengih sorang-sorang badan bau limau,
(cam orang tak betul kan?)
kroit mula-mula tak tau apa dibuatnya doktor kat belakang kroit,
sehinggalah tiba-tiba..
ZAP!!
belakang badan kroit kena libas dengan kain hitam tu,
dalam badan kroit rasa macam bergetar kecik, terkejut gamaknya,
kemudian, kain hitam tu perlahan-lahan ditarik naik dari bawah belakang badan, sehingga ke kepala,
kroit dapat dengar doktor tengah baca doa dengan suara yang perlahan.
libasan pertama takde ape, siap boleh mempersoalkan lagi dalam hati ni,
ish, bongkak sungguh waktu tu..
"Apa yang doktor buat ni? Takde ape pon.."
tapi muka masih lagi blur, takde perasaan, tak berfikir, as I said before, BLANK..
tapi, lepas tu,
ZAP!!
hinggaplah libasan kedua kat belakang badan kroit,
haa, time tu la kroit rasa macam dalam badan kroit ni ada yang kena tolak ke depan,
sampai tertunduk sikit kepala kroit,
yang misterinya,
kroit dapat rasa kepala ni macam bergoyang gaya orang menari tu, kiri kanan kiri kanan,
mata ni pun berkelip dengan laju nak tertutup,
kepala tertunduk ke bawah, badan rasa panas, dada berombak bernafas dengan laju,
tapi kaki takde rasa apa, masih rasa sejuk mandi air limau tadi,
kroit bernafas dengan berat, tapi rasa macam tertahan-tahan,
korang bayangkan mulut tertutup, bernafas ikut hidung, (macam biasalah)
tapi nafas hembus lepas hembus lepas berat sangat,
macam nak mengamuk lah, tapi mata dah tertutup tak nampak apa, nasib baik.
"Bernafas kuat lagi, bagi habis nafas tu, bukak mulut.", arah doktor.
kroit pun ikut jelah, bukak mulut, nafas ikut mulut,
"Hmmm, puuhhh! Hmmm, puuhhhh!...", beberapa kali.
kroit dapat rasa, kain hitam tu ditarik perlahan-lahan daripada belakang badan,
naik ke kepala, dan disebabkan kroit tertunduk sehingga hampir mencium kaki sendiri,
dari kepala, kain tu terus ditarik perlahan-lahan hingga ke hujung kaki.
sampai kat hujung kaki tu, nafas kroit berubah menjadi normal, dah tak berat dah,
kroit angkat kepala, nampak doktor tengah pegang kain hitam tadi.
kain hitam tu berbungkus bulat, oval shape, dibaringkan,
satu tangan pegang kat hujung kain, satu lagi pegang hujung bahagian bawah,
ditarik panjang, nampak macam ada orang dalam kain tu!
tengah-tengah kain tu, kembang-kempis, kembang-kempis,
macam kroit cakap, ibarat ada orang dalam kain bungkus tu!
"dia" bernafas! waktu tu memang semua orang dalam bilik tu terbeliak mata tengok!
termasuk mata ai, tengok mata ni haa {:1_126:}
baharu kroit ingat antara barang lain doktor suruh bawak sebelum tu,
tali rafia berwarna merah,
plastik hitam.
"Kamu meh sini kejap, tolong ikat guna tali merah tu!", doktor bagi perintah kepada sepupu kroit.
tanpa berlengah dan dengan takut-takutnya, sepupu kroit ikat
bungkusan dalam kain hitam yang bernafas tu, berpandukan arahan doktor..
"Ikat di tengah, ikat di perut tu, jangan bagi dia bernapas.", dan sepupu kroit pun ikat tempat kembang-kempis dengan sendirinya tu, menggunakan tali rafia berwarna merah, ikat mati.
kemudian ikat di bahagian atas dan bawah kain tu, memang macam orang dikapankan! cuma kain hitam dan saiz kecik,
adalah jugak besar lengan dewasa ni..
tambahan lagi, menurut doktor makhluk tu berat,
masa sepupu kroit nak ikat tu, bila doktor nak angkat kain tu,
keluar semua urat tangan, otot tangan naik,
bila nak letak balik kat lantai, memang nampak macam nak terhempas,
tapi of course doktor tak lepaskan pegangan kat hujung kain tu.
lastly, doktor mengarahkan sepupu kroit bukak plastik hitam untuk letak makhluk yang dah diikat guna kain hitam dalam tu,
tapi oleh sebab berat sangat, doktor angkat sikit kain tu daripada lantai,
masih tak terangkat..
"Sape yang ada kuat kudrat lagi tu, meh tolong angkat ni, berat heh!", abah terus bangun dari tempat duduk nak tolong, salah seorang pakcik yang duduk kat belakang tu pun bangun nak tolong angkat kain tu,
kata abah, memang berat time tolong angkat kain tu,
tambahan lagi, walaupun hanya kain, tapi sebab ada isi dalam kain tu,
kain tu tak boleh dibengkok langsung untuk masukkan dalam plastik!macam ada besi panjang dalam kain tu.
dengan kekuatan 3 orang dewasa, (2 buncit dan 1 kurus, yakni hanya doktor kurus)
baru dapat masukkan "kain" tu dalam plastik hitam,
sepupu kroit terus sarung plastik hitam tu sampai ke lengan doktor, seperti yang diarahkan.
Satu tangan doktor dapat tarik keluar,
oleh sebab satu tangan lepas,
maka makhluk tu pun lepas sikit jugak,
dia pegang tangan doktor yang sebelah lagi dalam plastik tu,
"Tolong aku tarik tangan sebelah ni, jahat dia tarik aku pulak!", kata doktor sambil tersengih, sedang bersusah-payah nak tarik tangan keluar daripada plastik hitam tu,
sekali lagi, abah dan pakcik tu tolong tarik tangan doktor.
main tarik tali, main tarik tangan, ohh~ |
|
|
|
|
|
|
|
kroit buat ape?
masih duduk melunjur tak bergerak walau seinci, penakut punye pasal
bila doktor tarik keluar tangan je,
tapak tangan doktor macam ada luka panjang, berdarah hmy3:
"Tengok tangan aku berdarah, dicariknya dia.", doktor pegang tapak tangan. kemudian mengurut-ngurut perlahan sambil membacakan doa.
sepupu kroit duduk keras pegang plastik tadi,
tapi time tu plastik tu dah diikat bahagian atasnya, jadi takde lubanglah.
tiba-tiba doktor tu baling beras kuning kat belakang kroit,
opocot la terkejut, hahaha
tak taulah untuk apa tujuannya.
then, doktor kata, dah habis dah.
kroit pun bangun, terus tanya,
"Dalam tu apa pakcik?", dengan niat, nak tau la makhluk apa.
lepas tu, abah, pakcik, sepupu semua pandang kroit,
"Haa, tengok! Ni baru berseri sikit muka, kalau tak tadi tak berbunyi langsung, tak bercakap pun! Ni baru nak bertanya makhluk ape pulak dia, heheh!", gelak doktor ni.
"Apa dalam tu pakcik?", kroit masih berusaha nak dapatkan jawapan.
"Tu la makhluk dalam badan kamu! Makhluk halus tu!", kroit tau doktor mungkin sengaja memberi jawapan mudah supaya tak memeningkan kepala kroit lagi.. kalau tak lagi banyak kot kroit tanye.
Kemudian, doktor berpesan kepada kami, supaya ditanam plastik tu,
di tempat tanahnya luas dan takde orang,
supaya takde orang terlangkah benda tu, tanam dalam-dalam,
dan beberapa pesanan dan syarat-syarat nak tanam plastik tu supaya tak ditemui orang.
sekali lagi, kroit tak ambil tahu langsung kat mana plastik tu ditanam.
sebabnya, memang abah, pakcik dengan sepupu tak mau bawak kroit ikut time tanam tu.
kami bersalaman dengan doktor dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga malam tu,
abah mengarahkan kroit untuk letakkan beberapa not RM di bawah sejadah dalam bilik rawatan tu,
doktor tu tak nampak dan tak taupun kami letak berapa..
sebabnya, doktor tu tak mahu menerima bayaran atas khidmatnya,tapi dah itu cara orang sekarang menunjukkan penghargaan kan.. (betul tak?)
jadi, seikhlas hati..
memang kami terhutang budi dengan doktor tu,
tidak lupa doa kami kepadanya.
kroit berserah kepada Allah untuk membalas jasa budi baik beliau.
dalam kereta semasa perjalanan pulang, sepupu yang pegang plastik tu,
kata sepupu, beratnya macam ada sebotol air besar berisi penuh,
kroit tak tau la, I dont want to touch that, ahak ahak,
I dont want to touch that, no thank you, ahak ahak.
di pengakhiran hari dan cerita ini,
kroit dihantar ke rumah di kampung, dan abah, pakcik dan sepupu yang pergi menanam plastik tu,
tempatnya? tak tahu..
dah la waktu malam pulak tu. hampir pukul 10 la jugak, tapi sebab kampung, gelapnya lebih terasa..
tapi abah kata, abah yakin dengan tempat tu, tak akan ada orang pijak tempat tu,
Insyaallah.
di rumah, lain pula ceritanya, semua perempuan kan,
orang rumah kata, iaitu adik-adik kroit, sepupu-sepipit-sepapat, makcik-makcik, mak,
mereka kata, sepanjang ketiadaan kami di rumah,
burung hantu sahut-bersahut, bunyi kucing bergaduh di luar rumah,
di atap rumah, kadang kala macam ada bunyi dahan patah jatuh dan bergolek, (ye ke dahan?)
ontahhh, den tak mau tau dah waktu tu, den nak suruk dalam solimut den.
diorang suruh kroit cerita, tak mau, tak mau
mintak abah or pakcik or sepupu yang cerita, kroit tak mau cerita!
bertegas tak mau.
then, bila tiga-tiga tu dah balik, haaa,
terima kasih dengan kebolehan bersembang abah, hangatlah malam kami tu dengan kopi dan biskut serta cerita abah yang panas baharu keluar daripada oven.
sejak hari itu, bila kroit berjumpa kawan-kawan, diorang kata muka kroit berseri je,
selalu tersenyum, gembira bagai.
suka ai weehhh, ahahahaha
saudara-mara pulak cakap,
suara kroit dah berubah, dah elok sikit bercakapnya, senyum je, manis muka,
kalau dulu bergaul dengan orang pun tak mau,
bila bercakap suara garau macam nak bertukar jadik pahlawan bila-bila masa je.
alahai makcik ni, pandailah bercakap..
bagi kroit pulak,
perubahan yang sangat ketara kroit rasa,
kepala kroit rasa sangat ringan, hilang dah sakit kepala bertahun-tahun,
dah tak demam SETIAP BULAN, ya, dulu saya selalu demam setiap bulan selama 3-5 hari,
dah boleh berfikir dengan straight, takde suara yang mempengaruhi lagi dah,
dah boleh bersabar dan tak panas baran macam dulu, adik-adik kroit suka kroit yang baru ni, diorang dah tak takut dengan kroit lagi. Maafkan abang wahai adik-adikku..
dan yang peliknya, kroit rasa saiz kepala kroit macam mengecil sikit.
family kroit malam lepas berubat tu pun gelak bila kroit cakap kepala rasa kecik,
sebab sebelum ni rasa kepala macam besar semacam.
bapak kroit bagi statement menakutkan,
"Iye la, entah sebelum ni "benda" tu bergayut kat kepala kau, memang lar berat, besar je.."
p/s: tambahan lagi, sejak kejadian tu. Sudah tiada gangguan lagi dalam hidup kroit.
ALHAMDULILLAH, syukur Alhamdulillah!
terima kasih kepada doktor tu, bersyukur ku kepada-Mu Ya Allah.
itu sahaja,
lepas ni kalau kroit hilang lagi,
alamatnya sibuk belajar la ye. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh, sebelum kroit lupa,
cerita yang telah kroit post ni adalah pengalaman sebenar kroit sendiri, bukan ditiru, ditaip semula atau direka,
tiada yang benar melainkan yang benar sahaja belaka,
kroit juga taip sendiri.
segala kekecilan hati, haraplah dimaafkan,
kalau perkataan dan ayat tu entah apa-apa, haraplah dimaafkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|