CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 15-7-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Takziah untuk keluarga arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2024 11:27 PM | Show all posts
Kes bunuh Nur Farah Kartini, polis tahan teman lelaki



Hussein. Gambar kecil: Nur Farah Kartini


SINAR HARIAN

15 JUL 2024 10:56 PM

HULU SELANGOR - Polis tahan teman lelaki mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang juga penjawat awam berusia 26 tahun.

"Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Hussein berkata, mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.

"Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang berkait laporan di Tanjung Malim pada Rabu lalu," katanya.

Pada Isnin, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi.

Mangsa yang berasal dari Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.


https://www.sinarharian.com.my/a ... -tahan-teman-lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-7-2024 03:16 PM
Kes bella tu pun ambil masa juga. Suspek sempat terlepas gi umrah.

Yang tu kalau bukan pakcik pembunuh pecah lobang, barangkali ambik masa lagi lama nak jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bf arwah. penjawat awam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cari.shaz replied at 15-7-2024 11:31 PM
bf arwah. penjawat awam

laaa jeles tu kot kalau bf dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cari.shaz replied at 15-7-2024 11:31 PM
bf arwah. penjawat awam

Mcm kes bella juga.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi zaman sekarang ni mudahnya tamatkan riwayat orang. Apa laa behind the scene punya story sampai berbunuhan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
arwah ni dh hbs study rupanya...kira dia berdikari jgk la..hbs study sementara tgu posting cari duit jgk ..xbalik pun kg...sedih giler family.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya, semoga pembunuh dapat ditangkap secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:37 PM | Show all posts
Takziah kepada waris arwah. Semoga arwah dapat pembelaan yang sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-7-2024 11:17 PM
i teringat kes bini askar yang kena bunuh dengan jiran sendiri.
jiran dia tu penjawat awam tapi le ...

Suspek tu staf kkm? Terlepas dari tuduhan kot sbb tiba2 tgk news ada kes kat kelantan masa pkp. Kat kelantan pun wat hal jugak. Semoga mereput kat dalam.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 15-7-2024 11:03 PM
Arwah ni cantik. Takut cemburu pun iya. Org cantik ni byk ujiannya. Takut ada ex yg tak puas hati. A ...

aahh  skrg kalau kita xnk kt laki tu..jgn bg hrpn dan layan.....lebih kurang gitu la yg ayah i selalu pesan..tkt org dendam..
i xckp kes ni la..general
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 15-7-2024 11:35 PM
laaa jeles tu kot kalau bf dia.

mungkin juga motif bunuh sebab jeles

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2024 11:52 PM | Show all posts
NASIONAL

Suspek ditahan berkaitan penemuan mayat Nur Farah Kartini direman esok, bedah siasat malam ini

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]

Julai 15, 2024 @ 11:38pm



Laporan BH Online mengenai penemuan mayat Farah Kartini


HULU SELANGOR: Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan direman esok pagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

"Suspek direman jam 9 pagi esok," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.


Dalam pada itu, Mohd Asri memaklumkan proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh malam ini.

"Kita menunggu siasatan forensik selesai. Malam ini dijangka (bedah siasat) namun tidak pasti jam berapa akan selesai," katanya.


Media hari ini melaporkan suspek berusia 26 tahun ditahan susulan penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, media melaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.


https://www.bharian.com.my/berit ... rah-kartini-direman
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
matjambu replied at 15-7-2024 11:03 PM
baca kt fb pun ramai kata polis..bila sebut penjawat awam,mmg merujuk kpd polis ke..sorry i xtau.. ...

Penjawat awam org yg kerja dgn sektor kerajaan. Bukan polis je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ada sesiapa tau tak, sistem efs kehakiman tu termasuk permohonan reman ke? sebab i tengah ngadap list untuk 9.00am esok mahkamah majistret kkb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
cari.shaz replied at 15-7-2024 11:09 PM
lelaki 26 y/o. penjawat awam. adoi berdebar lah. penjawat awam ni boleh jadi jururawat, unit berunif ...

polis juga?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 16-7-2024 06:30 AM
polis juga?

ye. polis dikira penjawat awam
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 15-7-2024 11:36 PM
arwah ni dh hbs study rupanya...kira dia berdikari jgk la..hbs study sementara tgu posting cari duit ...

Ank yatim
Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun...Allahumma firlaha warhamha waafiha wa'fuanha.

salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.088245 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list