CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
Post time 9-11-2011 03:50 PM | Show all posts
huhuhu bila nak sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2011 02:40 PM | Show all posts
Nadia membelek cadar saiz Queen  jenama Ralph Lauren. Memang cantik dengan sulaman broderie anglaise di sekeliling. Mesti enak tidur atas cadar Egyptian cotton tapi harga nya mak aihhh! Selepas diskaun pun masih melebihi bajet. Di letaknya semula ke rak.  Mak Su punya citarasa tinggi tapi malangnya duit dalam akaun aku sudah sampai tahap kritikal. Silap aku juga , sebab guna duit yang Mak Su hantar untuk joli katak. Dia terus ke rak bersebelahan mencari jenama yang lebih murah.

“ Kenapa tak beli yang tadi tu?” tanya Rushdi. Dia menolak troli yang  sudah di isi dengan beberapa helai tuala mandi dan alas meja dari kain lace. Semuanya pesanan dari Mak Su dan ibunya sendiri. Dia sudah arif dengan kehendak kaum wanita dalam keluarganya. Setiap kali balik bercuti, mereka memesan tuala, cadar, alas meja dan pinggan mangkuk Correlle. Adik adiknya pula mesti di belikan seluar jeans dan T shirt berlogo university.

“ Mahal sangat. Besok Nad kena pos buku dan barang barang berat. Entah berapa pula kena bayar. Luggage bag sendiri pun belum beli lagi. Poket dah kering lah” rungut Nadia. Cuma tinggal dua hari sebelum dia meninggalkan kampus Indiana University buat selama lamanya. Alhamdulillah, dia lulus dengan cemerlang. Ijazah Bachelor of Science ( Business Mgt) sudah menjadi miliknya.

“ Siapa suruh bercuti sakan?”

“ Alaa...bukan lama sangat pun, seminggu saja. Itu pun kita jimat banyak sebab dapat tumpang rumah sepupu Kak Min di Buffalo. Cantik betul Niagara Falls. Sungguh menakjubkan ciptaan Tuhan. And sightseeing and shopping in New York was the best! Rasa tak puas. Rugi Abang tak ikut” Senyumnya lebar mengingatkan memori dia, Kak Min dan dua lagi kawan mereka bercuti di sekitar New York.

Rushdi juga rasa ralat. “ Nak buat macam mana. Abang kena discuss pasal tesis.  Masa itu saja yang professor abang free. ”

“ Tak mengapa. Nanti abang boleh pergi honeymoon di sana. Kak Min suka sangat tempat tu” Nadia mengenyit mata. Aku tak akan putus asa walaupun Kak Min dah macam tawar hati. Ya lah, takkan sup cari senduk. Abang Rushdi belum lagi membuka langkah. Entah apa yang di tunggu. Bila Kak Min sudah di sambar orang baru nak menyesal.

“ Ambil sajalah bedsheet yang tadi tu. Biar abang bayar.” Rushdi menukar topik. Dia tersenyum melihat mata Nadia bersinar. Dia tahu gadis itu sudah penat menyelusuri rak demi rak mencari barang pesanan ibu saudara mereka. Sudah hampir dua jam mereka di situ.

“ Betul ni? Alhamdulillah. Nanti Nad suruh Mak Su ganti duit Abang Di.”

“ Tak apa. Its on me. Anggaplah ini souvenier dari abang untuk Mak Su. Tapi ambil yang warna putih susu.” Nadia mengerut dahi mendengar cadangan Rushdi

“ Huh? Tak praktikal lah. Warna putih cepat kotor” Nadia menggumam tapi dia malas nak bertekak. Gasaklah. Pakcik ni nak bayar, biarlah dia yang pilih warna. Lagipun Mak Su bukan orang yang cerewet.

“ Apa lagi Nad kena beli?” Rushdi menggosok perutnya yang lapar. Dari pagi dia menawarkan diri untuk membawa Nadia keliling mall untuk last minute shopping. Sementelahan dia sendiri juga perlu membeli barang yang memerlukan bantuan seorang perempuan. Nadia segera mengeluarkan handphone. Rushdi mendekatkan tubuhnya untuk sama sama membaca mesej dari Mak Su. Nadia pantas mengubah posisi agar ada jarak antara dia dan Rushdi. Apa ni... menempel kat aku pula. Kalau duduk sebelah Kak Min, gajah sarkis pun boleh menari di tengah.

“ Rasanya semua dah dapat. Mak Su ada pesan buku tapi Nad boleh beli di Borders dekat rumah. Abang nak beli apa lagi?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 02:44 PM | Show all posts
Rushdi menelan airliur.” Er.. mak abang pesan...er.. undergarments dan baju tidur. Nad tolong abang, ya.”  Manalah aku tahu beli pakaian dalam yang di pesan ibunya. Mak aku ni pun satu hal! Macamlah tak boleh beli kat Malaysia. Tebal kulit muka aku nak minta bra dan seluar dalam dari salesgirl. Nak suruh Nadia tolong belikan pun aku dah cukup malu.

“ Jom. Oh.. er, abang tau saiz Auntie Aida?” Nadia memaksa diri untuk mematikan senyum. Rushdi  sedang gelabah. Dah umur 30 pun masih suci murni lagi. Tak mengapa, hari ini aku akan “ asuh” dia agar jadi lelaki yang romantik. Isteri dia nanti ( insyaallah, Kak Min) tentu akan gembira kalau dapat hadiah lingerie pada hari hari istimewa.

“ Tahu” jawabnya sepatah. Dia membontoti Nadia ke bahagian pakaian dalam wanita. Sekeping kertas kecil di hulurkan pada Nadia.

“ Ini dia saiz dan brandnya. Nad tolong pilih. Kaki abang dah lenguh, abang nak duduk sekejap” Rushdi membuat helah. Saleswoman yang seusia ibunya mendekati mereka. Nadia menarik lengan baju Rushdi

“ Eh... jangan lari. Abang lah kena pilih yang sesuai. Warna apa Auntie Aida biasa pakai?” Auntie Aida wanita yang masih bergaya sexy walaupun umur sudah senja. Sebab itu panggilan Mak Long kurang sesuai dengannya.

Rushdi menjungkit bahu. Hissy... manalah aku tahu. Macamlah aku selongkar laci pakaian dalam ibu aku. Nadia ni sengaja nak malukan aku. Nakal sungguh.

“ Can I help the two of you? Its so sweet of you , young man, to buy some nice little things for your wife. ” Pembantu jualan yang berumur itu menegur mereka dengan ramah. Nadia terus terkedu bila wanita itu menunjukkan set pakaian dalam warna hitam berenda yang agak sexy. Tak jadilah nak ajar Abang Rushdi jadi romantic. Aku pula yang termalu.

“ We have lalso got some naughty nighties that have just arrived . Would you like to pick out some for your wife?” Huh... padan muka. Rushdi  tersengih bila melihat wajah Nadia yang merah samar.

“ No, I’m not his wife. I’m his cousin. We need to buy some stuff for his mum. I have the list here” jelas Nadia sambil menghulur kertas tadi.

“ Oh, I’m sorry. All right. Let me get what you need. Feel free to browse around and get something for yourself.”

“ Cantiklah underwear lace tadi. Nad tak nak kah? Abang belikan” usik Rushdi bila pembantu jualan meninggalkan mereka. Nadia mencebik. Baru tengok pakaian dalam perempuan, dah keluar hormone gatal. Seriau aku dengan ustaz ni.

“ Tak payah. I am allergic to lace.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 02:54 PM | Show all posts
“ Li,  bukan itu Nadia kah? Mak nampak macam Nadia. “ Saniah mencuit lengan anaknya yang sedang menunggu wang tukar dari juruwang K Mart. Lima kotak set pinggan Correlle sudah disusun dalam troli. Sakan betul Saniah memborong. Mana tidaknya , harga di sini kurang separuh harga di Malaysia. Senyumnya melebar hingga ke telinga. Balik ke Batu Pahat nanti aku nak buat jamuan makan untuk kawan kawan. Mi Bandung  aku pastinya lebih sedap dengan pinggan mahal.  

Rain dan bapanya  menoleh serentak.  Nadia sedang berbual mesra dengan seorang lelaki tinggi sasa di  lorong yang menempatkan pakaian wanita.

“ A’ah lah. Dia dengan siapa tu?” tanya Azlan, musykil.
Soalan yang sama timbul di benak hati Rain. Tak pernah pun aku nampak lelaki itu di kampus. Pakwe dia kah? Ahh sudah...jangan terbocor rahsia aku.  Dia terus melambai pada Nadia. Harap harap minah ni masih ingat siapa aku.

“ Nadia, someone is waving at you” Rushdi menoleh pada Nadia yang sedang menunggu pembantu jualan tadi. Siapa pula tiga  Melayu yang nampak begitu teruja melihat Nadia? Dia memincing mata ke arah pasangan yang agak berumur dan seorang lelaki muda.

“ Alamak! Abang Di, itulah Rain dan mak bapak dia. Yang Nad cerita hari tu” Dia mengeluh perlahan. Tak balik balik lagi rupanya Makcik Saniah dan Pakcik Azlan. Lama betul mereka bercuti di sini. Konvokesyen sudah tamat dua minggu lepas. Macam mana kalau aku satu flight dengan Rain dan keluarga?  Alahai, panjang pula cerita nanti.

“ Oh, itulah bakal mertua awak?” perli Rushdi. Nadia senyum sumbing sambil membalas lambaian Rain.

“ Abang Di tunggu sini kejap. I have to go and say hello. Kena jadi bakal menantu contoh, you know” katanya sambil bergegas ke arah mereka. Muka Rushdi yang ketat tidak di hiraukan.

Nadia bersalaman dan bertukar khabar dengan Makcik Saniah yang masih melempar pandang pada Rushdi. “ Siapa dengan Nadia tu?”

“ Sepupu saya Rushdi. Dia datang dari Chicago. Makcik banyak shopping?” Rain menjulingkan mata ke siling. Lagi mau tanya?

“ Adalah sikit sikit.”

“ Sikit sikit apanya. Dah penuh satu kontena kot. Balik nanti makan nasi dengan kicap lah kita” sindir Azlan

“ Abang ni! Saya bukan beli barang untuk diri sendiri. Beg tangan, pakaian dalam dengan mekap yang banyak tu, si Adura yang pesan. Yang saya beli pinggan mangkuk dengan cadar ni, semuanya untuk kita juga. Dah jalan jauh, takkan tak beli apa apa untuk jiran dan kawan kawan. Dia orang juga yang tolong siram pokok bunga, jaga kucing kita. Busuk busuk pun kena bagi cokelat kat anak anak mereka.”

“ Betul makcik. Lagipun kita bukan selalu datang ke US. Bila dah sampai sini beli lah apa yang patut.” Kaum wanita mesti bersatu untuk mempertahankan hobi wanita sedunia – shopping. Saniah memaut lengan Nadia dengan mesra.

“ Pandai Nadia. Ha, kalau Nadia dengan Rain nak beli barang barang hantaran pertunangan pun elok lah beli sekarang. Mak tengok barang barang di sini bagus kualitinya.”

Nadia hampir tersedak. “ Eh... lambat lagi makcik. Duit Nadia pun dah habis sebab beli barang untuk keluarga. Nadia minta diri dulu ya, makcik, pakcik. Cousin Nadia tengah tunggu. ” Dari bucu mata dia dapat melihat Abang Rushdi berpeluk tubuh dengan muka masam.

“ Malam nanti datanglah ke rumah. Kita makan malam sama sama. Kali ni biar makcik pula yang masak. Lusa makcik dan pakcik dah nak balik. Rain pun balik sekali”

Lusa? Uh –oh. “  Flight pukul berapa?”

“ Pukul 10 pagi dari sini ke LA. Transit di LA lima jam sebelum naik MAS pukul 9 malam. Bila Nadia balik Malaysia?“ tanya Azlan. What a coincidence, bisik hati Nadia

“Lusa juga”

“ Issy... Li ni tak cakap pun yang Nadia balik sekali. Bagus lah kalau macam tu. Boleh kita kenal dengan keluarga Nadia di KLIA nanti”

Nadia terlopong sejenak. Matanya bertembung dengan mata Rain. Lelaki itu membalas pandangannya dengan tenang.

“ Ya lah Mak. Sebab itu Rain pilih tarikh yang sama. ”
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:29 PM | Show all posts
halamekkk.... abishlah ko nadia... rain ni selamba badak jer... memang ko ada hati kat nad yep... napa ku lagi suka abg rushdi dari rain ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:38 PM | Show all posts
hihihi...nak lagi n3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2011 06:15 PM | Show all posts
hihihi... amekaw nad!!! {:4_241:}{:4_241:}
satu flight ngan bakal mak mertua.
mau berasap kalu rushdi tau ni... {:4_244:}
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 08:09 PM | Show all posts
besttt...xsabar sambungan nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 09:14 PM | Show all posts
adoiiii..satu flight la pulak...haru ler kat klia nanti...jumpa ngan mak su lagi..aunty aida..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 09:52 PM | Show all posts
next...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 10:23 PM | Show all posts
cari nahas la ko nadiaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 04:58 PM | Show all posts
hahaha........... terkedu nad
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 05:48 PM | Show all posts
hehe... x dpt nadia nk lari kemana dh.....

si nadia ni pun msh x prsn yg rushdi minat kt dia bknnya jasmin.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 12:06 AM | Show all posts
akhirnya dpt baca nukilan kak juna lagi.....

tapi kalau nad ngan rain..kesian kat nad...dpt barang terpakai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 11:02 AM | Show all posts
Reply 74# tudung_bawal


    barang terpakai?
betul, rugi Nad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 46# langit_biru18


    tenkiu
teringin juga
tengoklah kalau rajin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2011 11:13 AM | Show all posts
Reply 65# asyriqa


    hehehe... abg rushdi baik tp  boring
rain romeo tp mungkin dia taubat nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 11:15 AM | Show all posts
sekali Kak Min kenen ngan rain... hahahaha
lesprincesse Post at 9-11-2011 14:13



    mana tahu kan
Rain nak pompuan solehah mcm kak min utk bimbing dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 11:23 AM | Show all posts
ulang last part sikit

“ Malam nanti datanglah ke rumah. Kita makan malam sama sama. Kali ni biar makcik pula yang masak. Lusa makcik dan pakcik dah nak balik. Rain pun balik sekali”
Lusa? Uh –oh. “  Flight pukul berapa?”
“ Pukul 10 pagi dari sini ke LA. Transit di LA lima jam sebelum naik MAS pukul 9 malam. Bila Nadia balik Malaysia?“ tanya Azlan. What a coincidence, bisik hati Nadia
“ Sama hari”
“ Issy... Li ni tak cakap pun yang Nadia balik sekali. Bagus lah kalau macam tu. Boleh kita kenal dengan keluarga Nadia di KLIA nanti”
Nadia terlopong sejenak. Matanya bertembung dengan mata Rain. Lelaki itu membalas pandangannya dengan tenang.
“ Ya lah Mak. Sebab itu Rain pilih tarikh yang sama. ”

“ PENIPU BESAR! ” Tapi tak mampu dia zahirkan, sekadar menjerit dalam hati saja. Lembut hatinya tiba tiba bila memandang Saniah. Kasihan ibu yang di tipu bulat bulat. Tapi aku kena tamatkan cerita karut ini sebelum berpanjangan. Macam mana kalau Mak Su berjumpa dengan mereka di KLIA nanti?  Kebelakangan ini Mak Su pun selalu bertanya kalau aku sudah punya calon. Kalau Makcik Saniah dan Pakcik Azlan datang merisik, umpama orang mengantuk di sorong bantal. Tidur sampai mengoroh lah Mak Su aku tu. Haruuu!! Kenapalah dalam banyak banyak hari, aku harus pilih lusa untuk balik ke Malaysia. Nak tukar flight pun dah terlambat.

“ I will pick you up tonight lepas Maghrib” Rain bersuara seraya menghentikan monolog dalam kepala Nadia

“ Minta maaf makcik, Nad tak dapat datang malam ni. Kawan kawan buat kenduri kecil untuk Nad dan housemate Nad sebelum kami balik Malaysia.” Memang pun geng usrah Kak Min nak buat potluck malam itu . Walaupun dia sendiri agak culas menyertai usrah setiap minggu dan tidak begitu berkenan dengan perangai sesetengah “sisters” yang kuat mengkritik tapi kalau pasal makan dia tak akan tolak. Opportunis betul aku ni.

“ Issyy... datanglah sekejap lepas kenduri tu.  Makcik buat ketam masak lemak dengan asam pedas ikan. Pakcik dan Li hantu asam pedas. Sejak makcik ada sini hari hari nak makan asam pedas.” Fuuh... terliur aku. Dah lama tak makan ketam sebab mahal nak mampus.

“ Tengoklah macam mana. Insyaallah kalau ada masa Nad datang” Nadia memendekkan perbualan bila nampak Rushdi mendekati mereka. Wajahnya mendung semacam. Rasa bersalah memagut hati Nadia. Tak patut aku buat dia macam tunggul.

“Rain, makcik, pakcik. Kenalkan, ini sepupu saya Rushdi.” Rushdi memaniskan muka dan bersalaman dengan mereka. Tangan Rain di cengkam lebih kuat dari biasa. Dia pernah terserempak dengan lelaki ini berjalan terhoyong hayang dengan kekasih matsaleh nya satu malam. Dua dua mabuk tak hingat!  Pandai kau peralat sepupu aku untuk mengaburi mata mak bapak kau, ya.

“ Rushdi datanglah ke rumah Li malam nanti dengan Nadia. Makcik masak banyak.” ajak Azlan.

“ Insyaallah. Tapi sekarang saya dan Nad kena balik dulu. Nad, abang dah lapar lah” Tangannya di letak di bahu Nadia. Lagak mesra Rushdi mengundang jelingan Makcik Saniah tapi mulutnya di kunci. Nadia berpamitan dengan Rain sebelum menuju ke tempat parkir. Rushdi menyorong troli yang penuh dengan barang ke kereta.

“ Sorrylah abang. Lama pula makcik Saniah berceloteh. Rindu sangat kot dengan bakal menantu dia ni. Abang nak makan kat mana? Lunch is on me”

“ Sebab abang banyak tolong Nad, abang nak makan Red Lobster” Restoran makanan laut terkenal itu menyajikan makanan yang harganya tak kurang dari USD20. Nadia mengerutkan muka. Menyesal aku tanya.

“ Kalau nak ketuk orang pun agak agak lah sikit. Duit Nad tinggal USD10 saja dalam wallet”

“ Ala... abang gurau saja. Kita balik rumah Nad sajalah. Jasmin call abang tadi kata dia dah masak.”
Nadia meraup muka. “ Alhamdulillah. Okay , jom balik. Baik abang makan puas puas. Lepas ni dah tak dapat rasa air tangan Kak Min”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 11:26 AM | Show all posts
Rushdi menghidupkan enjin kereta dan memasuki lebuhraya. Lagu “ Insyaallah” dari CD Maher Zain memenuhi ruang kereta.

“ Abang, Nad nak tanya sikit. Boleh?”

“ Hmm?” Rushdi mengilas pandang. Seriusnya Nad.

“ Macam mana abang dengan Kak Min? Abang suka dia tak?”
Aku dah agak dah. Lambat laun soalan ini akan timbul. Bukan aku tak sedar usaha keras Nadia untuk menyatukan aku dengan “kakak” kesayangan dia.

“ Kenapa?”

“Don’t answer my question with a question, boleh tak?” bidas Nadia

“ Hmm... yes. Abang suka dia sebagai saudara sesama Islam. She is a nice person, baik hati, baik budi bahasanya. Abang respect wanita Muslimah yang pandai jaga diri macam Jasmin. Dia antara contoh terbaik pelajar wanita Muslim yang abang pernah jumpa. ”

“ Boleh tak bagi jawapan yang simple, honest and straight from the heart. Nad tanya sebagai sepupu abang, ini bukan wawancara forum Islam Perdana.” Abang Rushdi ni memang poyo lah, getus nya dalam hati.

“ Nad, that is my honest answer, straight from the heart. Apa lagi yang Nad nak abang cakap?”
Tubuh Nadia mengendur. Bukan itu yang aku nak dengar. Wajah Rushdi yang bersahaja di tatap. Susah betul lah pakcik ni. Baik aku berterus terang.

“ Kak Min gadis yang baik sangat. Dia very caring dan penyayang.  Nad tahu dia suka abang. Abang tak terfikirkah nak kahwin? Nad rasa Kak Min tu calon yang terbaik untuk abang.” Lembut suara Nadia memujuk.

Rushdi menarik nafas. Dia mendiamkan diri, menyusun kata.
“ Kalau Jasmin jodoh yang Allah tentukan untuk abang, abang terima dengan hati terbuka. Tapi Abang tak adil pada Jasmin kalau abang melamar dia sedangkan abang tak ada perasaan kasih untuk dia. Allah telah meletakkan perasaan kasih dalam hati abang untuk perempuan lain.” Jantung Rushdi  berdetik pantas.

“ Ha? Siapa? Jadi abang dah ada girlfriend lah selama ni?” potong Nadia. Makkk! Tipah tertipu. Nasib baiklah Kak Min belum meluahkan perasaan pada Abang tapi mewakilkan aku untuk rikki rikki dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list