CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: chit_ana

[Penerbit] ** SR PUBLICATION **

[Copy link]
Post time 11-6-2012 09:35 AM | Show all posts
Fuh lega nasib baik aku xjadi beli buku terbaru SR ni masa Pesta Buku baru-baru ni...bila baca komen kawan2, rasa betul jangkaanku bila tengok sinopsis dan betapa tebalnya buku tu harus meleret2 hahaha...lagipun harga bertambah mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 12:31 PM | Show all posts


Novel Terbaru Keluaran SR Publication...

Tajuk: SETITIS KASIH DARMIA .
Penulis: Naniey TJ.
Harga: RM26.90sm / RM29.90ss
Terbitan: SR Publication.

SINOPSIS:
Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya.

“Kau tak guna!. Patutlah bapak kau tinggalkan mak kau. Tak balik-balik sampai sekarang. Sebab kau ni bawak sial!” pekik Latifah

Darmia pasrah dibesarkan hanya dengan kasih sayang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu di jemput Illahi. Mujurlah masih ada Opah dan Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa

Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan.

“Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan biarkan hidup kau senang selepas kau susahkan hidup aku. Kau dah buat aku malu dulu. Kau letak maruah aku kat tapak kaki kau. Sekarang kau pulak rasa apa yang aku rasa”

“Kalau itu dapat puaskan hati encik, baiklah. Saya akan ikut apa yang encik inginkan. Tapi tolonglah jangan lukakan hati Kak Liza. saya rayu pada encik.”sendu Darmia

Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. Berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia menjauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Haliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak tsunami yang meranapkan bumi Aceh.

“I love you. Love you so much. Setelah you bagi harapan pada I untuk sehidup semati dengan you, mudahnya you nak I lupakan you. Macam mana I nak lupakan you, Mir. You satu-satunya lelaki yang I cintai dalam dunia ni” Tangis Haliza

Kisah persengketaan dua beradik yang tidak pernah padam dalam memori Latifah bagai di ulang tayang. Kerana sebuah dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir tekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus di nanti.



Last edited by chit_ana on 2-8-2012 12:32 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 05:32 PM | Show all posts
1st aku jatuh chenta dengan SR ni bila layan novel 7Hari Mencintaiku...then aku ngn gigihnya mencari la novel2 dia yang lain.. apa pun bagi aku novel dia sama je..streotaip...heroin jatuh cinta diam2..pastu kawin paksa..pasrah d perlaku kan apa sahaja oleh sang suami pastu sang suami insaf, isteri merajuk or balas dendam, suami gigih pujuk pastu hidup bahagia....ada sikit boring.. tapi hat 7 Hari tu.. aku memang suka.. semalaman je aku baca..tak sabar nak habis walaupun bengkak2 bj mata nangis..

Utk Takdir Itu Milik Aku.. ni pendapat aku.. ni aku amik dr blog aku je la.. malas nak taip semula sebab klau taip pun..pendapat tetap sama.. hehehe...

credit kat blog aku sendiri...
http://cerita2kosong.blogspot.com/search/label/Siti%20Rosmizah
****************************************************************************************
Kata aku...
Novel ni memang best...kesian kat Dian..watak yang d gambarkan gadis lurus bendul d peralatkan Zarif,lelaki yang kaya tapi bongkak dengan kelebihan yang ada..tertekan dengan desakan ibunya Datin Munirah yang ingin membolot harta ibu mertuanya - nenek pada Zarif,  dengan memaksa Zarif berkahwin dan memiliki anak secepat mungkin..kononnya dengan ada cucu (anak Zarif), Datin Munirah akan dapat lebih banyak harta lagi....
Tertekan dengan desakan ibunya, padahal Zarif belum mempunyai pilihan d hati, akur dengan idea gile Rahman - kawan yang sengal - supaya mengambil Dian yang lurus bendul ni sebagai isteri supaya bila dah dapat anak, boleh bercerai dengan mudah..sebab wife bendul kan.. senang la d perkotak katik kan....
Dan bila sahaja perkahwinan berjaya d laksanakan..mula la hidup Dian umpama "terlepas kandang harimau, masuk plak mulut buaya" siksaan maksunya d ibarat kandang harimau n mulut buaya..tak lain tak bukan c Zarif nie la...
D sini berlakulah konflik rumahtangga Dian dan Zarif d sertai campurtangan Datin Munirah yang sama bersubahat mendera Dian..
Rasailah penderitaan Dian yang sangat tersiksa..sayu hati aku bila Dian mengandung dan mengidam makan ayam..dan bila sisa ayam depan mata, tergamak suaminya, Zarif, mencampak sisa ayam tersebut dalam tong sampah dan menyuruh Dian mengutipnya d situ..
Kejam gile...

Cuma ada satu dua menda yang aku tak puas hati dengan novel kalini..tak tahu la kenapa..

1- tak brapa menyentuh jiwa dialog2 kat dalam novel nie..sukar menyentuh hati sedangkan masa baca novel 7 Hari MencintaiKu..aku menangis terisak2..

2 - Aku cukup tak suka kalau ada orang lain bercerita sama dalam novel nie...contoh :

Dialong Datin Munirah pada Zarif (aku amik sikit je la)

" Lepas tu taulah mama nak uruskan budak tu nanti. Bukan susah sangat, buat-buat aje dia lemas masa mandi.Baby kan mudah je nak tamatkan hidup dia"

Ni la orang lain yang bercerita tu...

Kejam sungguh idea yang d berikan oleh perempuan berhati iblis ni. Ambil idea dari drama tv konon. Mesej yang baik dalam drama tu taknak pulak d ambilnya.Babak jahat itu yang melekat dalam kepala otak dia. memang jahat betul mak datin nie

Lagi contoh

dialog dialog dialog dalam novel...


tup2 ada lagi pencerita dalam nie...

Masih layak ke perempuan ini d gelar manusia? Tiada sekelumit jua riak bersalah di wajahnya itu. begitu bersemangat dia bercerita sampai terbuntang2 biji matanya..
Sekali tengok macam orang di rasuk setan pun ada.tapi dia ni bukannya d rasuk, dia sendiri yang sukarela memberi laluan sebanyak mungkin setan sedunia untuk menghuni dalam dirinya. Hai! apalah nak jadi dengan datin nie

dialog dialong dialog...

Tetiba datang lagi pencerita nie...

Huh sakit hati betul dengan diorang nie. Buatlah Zarif, buatlah datin...teruskan rancangan hebat kalian.kita tengok siapa yang akan tersungkur nanti..
Dian...semoga dirimu lebih tabah dengan dugaan yang bakal mendatang...

Aduhhhhh...aku yang baca sangat tension gile dengan tukang cerita dalam novel nie.. cukuplah dengan penulis yang berkarya...biarlah aku hayati novel karyanya..tak perlu la ada lagi tukang pencerita tu....kalau sesekali takpa gak...tapi ni boleh d katakan setiap muka surat mesti ada...
Dan d sebabkan tukang pencerita dalam novel ni yang buatkan aku rasa kurang umphhhh dengan novel SR kalini...

Rasa macam baca novel Aznil Haji Nawawi yang d tulisnya d zaman remaja riang ria je.. tapi novel Aznil tu ok la nipis...ni tebal gile..n aku rasa kalau buang seisi tukang pencerita dalam novel nie, mau tinggal separuh je kut ketebalan novel nie..takpun lebih sikit la dari separuh..

Dan d sebabkan tukang penceritaan yang selalu mencelah dalam novel nie..yang memotong mood aku untuk menghayati penderitaan Dian dan penyesalan Zarif serta Datin tu..dari 5* aku kasik 2.7* je...

Kak SR jangan marah ya..saya peminat novel akak..memang suka sangat dan semua novel akak saya ada tau... tapi novel hat ni terlalu banyak tukang cerita tu..rasa terganggu dalam penghayatan.. pembaca sekarang dah cerdik..rasanya tak perlu lg tukang cerita dalam novel tu...

Peminat fanatik SR pun jangan hentam ya... aku tulis, aku komen apa yang aku rasa... Last edited by CR4Ever on 7-8-2012 05:34 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 05:38 PM | Show all posts
Dan untuk novel RIndu Tanpa Kata - Ain Maisara tu.. terlampau mengikut cara penceritaan SR..

dialog panjang - panjang yang penuh syahdu tapi tak brapa syahdu pun..huhuhu...

pastu ada sikit perasaan boring..tak tahu la napa novel terbitan SR ni aku tkleh hadam... mungkin sebab gaya penceritaan, ayat2 yang panjang tak henggat..pastu terlampau syahdu sampai ala2 romantik...

Dan selepas ni mungkin terbitan SR n tulisan SR sendiri dah tak masuk list aku lg la if gaya n ceritanya hampir sama...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:44 AM | Show all posts
x review psl "Cinta Gila" ke??
coz diaorang ckp bukan psl cinta sgt...coz ada penyiasatan....sapa ada baca???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:51 AM | Show all posts
Hujung minggu tak buat aper2, pegi Popular mulalah dok mencarik buku2 yg agak menarik tuk dibaca. Ntah mcm maner tangan & mata nie tertarik dengan novel BIDADARI SALJU - MIA KIFF.

Arghhhhhhhhhhhhhh!!!! Boleh tak kalau aku nak menjerit kuat2 nak menunjukkan betapa aku tension, marah, geram, bosan sebab tak sangka buku mcm nie ada dalam simpanan aku? Boleh tak mcm tu?

Pleaselah. Sebelum aku membebel panjang2, mintak maaflah banyak2 kat Mia Kiff @ peminat2 dia atas apa yg aku akan luahkan lepas nie yer. Nie pendapat aku, rasa ati aku. Kot2 ada yang terkecil hati segala, aku tak boleh nak buat apa2. Hehehehe....

Tebal satu hal. 1265 mukasurat dengan rega RM 36.90.
Tapi cerita mcm ntah apa2. Serius lah, aku tak penah rasa frust gila2 mcm nie. Rasa mcm tak berbaloi btul duit yg aku dah kuarkan dengan cerita yg langsung tak masuk ngan jiwa. Pastu part hero even dah kena mcm2, still elok jer lagi. Kena hempap dengan besi, ok. Kena langgar dengan lori, ok. Kena tikam dengan org jahat, ok. Aduhai... Bab heroin plak, gigih jadi penyelamat Geng Botak yang dianggap jahat sungguh2 tu. Mampu tewaskan mereka2 yang badan mcm org bina badan segala. Bila muka sendiri masuk paper sebab berjaya tumpaskan geng tu, kuarlah ayat2 mcm nie. Nie konon2 si heroin dok cakap dalam ati.

'Macam kenal muka orang nie? Siapa ye? Cantiknya perempuan nie. Lubang idung dia mcm aku kenal' Apa nie weeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Kalau duit tu boleh pulang balik, aku rasa aku orang pertama yang hantar balik buku nie. Aku tak faham macam maner cerita yang tebal mcm nie boleh dijual. MMg menyesal 400 juta kali beli buku nie. Sangat2 tension!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2012 01:37 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 2-10-2012 09:51 AM
Hujung minggu tak buat aper2, pegi Popular mulalah dok mencarik buku2 yg agak menarik tuk dibaca. Nt ...

tak kan sampai begitu sekali tension nyer! hahhaha... rilek! rilek! aku dah khatam buku ni few mths ago, n altho i hv to admit jln citer ada yg meleret sikit cam bab orang asli tu.. hahha.. part tu geli hati sikit wen baca cos mcm tak perlu nak di masukkan bab tu tapi overall for me i like the story plot cuma when it is too tebal, maka banyak lah citer yg meleret yg akan di selitkan..
dgr kata mia atm tgh siapkan manuskrip untuk buku baru. hari ada lah baca sikit 1st 3 chapters kat fb mia, n so far mcm interesting je n most important mia mention x setebal first karya.. hopefully lah cos lenguh tul pegang bulu tebal2 eh..


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 09:22 AM | Show all posts
ccdj posted on 2-10-2012 01:37 PM
tak kan sampai begitu sekali tension nyer! hahhaha... rilek! rilek! aku dah khatam buku ni few mth ...

Jahat sgt ker aku komen mcm tu? Tak kot. Hehehehe...

Seriousla CC. AKu mmg tak boleh masuk, tak boleh blah, tak boleh segala2nya dengan buku nie. Tak kena dengan jiwa aku kot. Maybe yg buat aku marah sikit sebab tebal tapi mcm nothing. Utk aku lah. Untuk ko atau lain2 maybe bermakna



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2012 09:24 PM | Show all posts


Tajuk: HANYA DIA DI HATIKU
Penulis: AIN MARISSA
HARGA : TBA
Terbitan: SR Publication

SINOPSIS :
Kepulangan Qaseh Aira ke tanah air, selepas menamatkan pelajarannya di Jepun menyebabkan hati kembarnya, Qistina Alia semakin tertekan. Keadaan menjadi semakin parah apabila Qistina Alia menuduh Qaseh Aira adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di dalam hidupnya. Namun bagi Qaseh Aira, jikalau dengan cara menipu itu sahaja yang boleh menjernihkan hubungan mereka semula, Qaseh Aira rela. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku.

“Bos, saya confuse sikit. Bila orang cakap nak air kopi, mesti kena letak susu kan?”

Harith Haiqal sering tertanya sendirian, entah kenapa tiba-tiba hatinya terpaut dengan Qistina Alia sekarang walaupun dia tahu sikap Qistina Alia yang dahulu sangat berbeza dengan yang sekarang. Harith Haiqal dalam diam mula mengintai cinta di hati Qistina Alia.

Pertemuan antara Harith Haiqal dengan Qaseh Aira ketika bertandang ke rumah Qistina Alia bersama keluarganya membuat hati Harith Haikal kembali resah. Gerak hatinya kuat mengatakan Qaseh Aira seperti pernah dikenalinya sebelum ini.


“Tapi abang dapat rasakan yang abang pernah kenal dengan Qaseh. Abang tak nak tipu hati abang sendiri. Perasaan abang dengan Qistina, tak sama dengan perasaan abang terhadap Qaseh. Tapi kenapa hati abang dapat rasakan yang Qaseh pernah dekat dengan abang?”

Memang itu angan Qistina Alia, berkahwin dengan Harith Haikal tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ibarat api di dalam sekam, marah dan cemburu Qistina Alia terhadap Qaseh Aira semakin menjadi-jadi.

“Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan? Kau tak tahu malu ke? Bakal tunang aku pun kau nak rampas? Takde lelaki lain ke kat atas dunia ni sampai kau sanggup menggatal dengan bakal tunang kakak kau sendiri? Aku tahu, kau sengaja perangkap Harith kan?”

Kalau masa boleh diundur kembali, mahu saja Qaseh Aira merubah segalanya. Tetapi betul ke itu yang dia mahu? Bagaimana dengan Qistina? Apa pun keputusannya, hati Harith Haiqal berbisik, Hanya Dia di Hatiku. Adakah hati Qaseh Aira jua berbisik sebegitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 02:28 PM | Show all posts


IZINKAN KUMILIKI HATIMU : Ameera Ameer
SM : RM 28.90
SS : RM 31.90

SINOPSIS :

Di saat Irina terluka dengan kecurangan Ferdy, Zairil hadir memberi salam cinta. Hati yang dulu kosong, mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Namun, perasaan hasad dengki Mira kepada sepupunya yang tidak pernah padam telah menghancurkan segalanya. Apa pun yang terjadi, dia tidak rela melihat Irina bahagia lebih-lebih lagi dengan lelaki sebaik Zairil.

“Rina, aku pernah beritahu kau kan, lelaki seperti Zairil tak pernah ada tempat di dalam hati aku. Aku buat semua tu sebab aku tak nak kau dapat lelaki yang baik seperti Zairil. Aku nak lelaki seperti Ferdy yang menjadi suami kau sebab aku nak tengok kau menderita seumur hidup!”

Di kala bahagia mula menunjukkan sinarnya, tiba-tiba derita datang menjengah tanpa di pinta. Irina pergi membawa diri hanya kerana tidak mahu melukai hati insan-insan yang disayangi dan kerana terlalu mencintai, dia terpaksa mengorbankan cinta yang dia ada.

“Kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat melihat senyuman itu maka dia akan lakukan apa saja untuk melihat bibir itu untuk terus tersenyum... kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat mendengar tawa dari bibir lelaki itu… maka dia akan bercerita apa saja supaya bibir itu akan terus tertawa… biarlah senyum dan tawa itu tersimpan kemas dalam ingatannya…”

Pemergian Irina secara tiba-tiba membuatkan hati Zairil terpalit seribu kedukaan. Cincin yang dibeli untuk melamar Irina dan menjadikan wanita itu suri hidupnya masih kekal tiada bertuan. Namun, Zairil pasrah andai ini yang ditakdirkan dan jika inilah ketentuanNya..

“Macam mana aku nak bahagia Riz kalau orang yang mampu memberi kebahagiaan kepada aku sudah pergi jauh meninggalkan aku.”

Namun Zairil tekad, jika benar Irina sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kirinya, walau badai datang melanda, Irina tetap di hati… Biar seribu tahun pun lagi, cinta Irina akan tetap dinanti.
Terbitan Januari 2013
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 12:08 PM | Show all posts
chit_ana posted on 17-12-2012 02:28 PM
IZINKAN KUMILIKI HATIMU : Ameera Ameer
SM : RM 28.90
SS : RM 31.90

Novel ni merupakan karya kedua Ameera Ameer. Saya suka sangat novel ini. Ternyata novel ini berbeza dari DBR. Cara penulisan pon semakin matang. Apa yang saya suka novel ini banyak menerapkan nilai kekeluargaan, persahabatan dan kasih sayang sesama insan. Suka sangat membaca tentang Irina dan keluarganya. Tentang persahabatan Irina dan Zairil dengan sahabat2nya. Sangat-sangat caring dan begitu protect each other.

Okay, novel ini mengisah kantentang Irina dan Zairil. Pertemuan pertama bermula di MRSM Kuantan dan pertemuan kedua berlaku setelah 12 tahun berlalu. Pertemuan yang tidak diduga itu telah melahirkan perasaan cinta diantara kedua-duanya lebih-lebih lagi setelah Irina dicurangi oleh kekasihnya, Ferdy. Banyak perkara yang berlaku diantara Irina dan Zairil membuatkan saya tersenyum-senyum membacanya. So sweet

Percintaan mereka diduga apabila sepupu Irina, Tengku Mira Kamilla melakukan konspirasi memfitnah Irina semata-mata kerana hasad dengki sehingga menyebabkan hubungan Zairil dan Irina goyah ditambah pula dengan identiti diri Irina yang sebenar. Memang geram sangat dengan Ku Mira tu rasa nak lempang2 jer. Irina berada dipersimpangan untuk memilih antara keluarga dan kekasih. Kekusutan yang berlaku telah menyebabkan Irina terpaksa meninggalkan Zairil. Beberapa bab sebelum Irina tinggalkan Zairil tu memang sedih. Teresak-esak saya dibuatnya... hihihihi... poyo jer...


Tindakan Irina menyebabkan Zairil betul-betul kecewa lebih-lebih lagi ketika itu Zairil telah membuat keputusan untuk melamar Irina. Masa ni saya rasa kesian sangat kat Zairil.Huhu…sebak dengan apa yang Zairil rasakan. Selepas setahun berlalu, Irina kembali dan mereka dipertemukan semula tetapi ketika itu Zairil sudahpun bertunang dengan gadis pilihan keluarganya. Sekali lagi perasaan mereka diduga kerana di dalam hati masing-masing masih teguh dengan cinta dan rindu. Kerana tak nak ganggu hubungan Zairil dan tunangnya, Irina sekali lagi pergi membawa diri. Bab ni pun saya rasa touching sangat, lebih-lebih lagi bab Irina buatkan baju pengantin untuk Zairil. Uwaaaa. Sedih weiiii… buatkan baju pengantin untuk lelaki yang dia cinta. Kalau saya memang tak sangguplah.

Apa yang berlaku seterusnya kenalah baca sendiri tapi saya boleh katakan IKMH membuatkan perasaan saya seperti roller coaster. Ada suka, duka , tangis dan ketawa. Bayangkan mula2 tersenyum, lepas tu berdebar, lepas tu marah, menangis, senyum lagi, sedih balik, naik ke suspen semula… ish… Tapi kan novel ni memang santai walaupun banyak konflik di dalamnya. Masa saya baca IKMH ni kan, memang tak sabar nak tahu kesudahan kisah cinta mereka. Saya ambil masa dua malam untuk baca novelni. Kalo bukan sebab esok nak kerja memang saya habiskan dalam semalam jer...hehehe...

Nak bagi brape bintang ek kat novel ni??? Hmmm... leh tak nak bagi sebanyak bintang dilangit??? Huhuhu...poyo lg... Ape pon terserah la pada anda untuk menilainya...


♥ Selamat Membaca ♥
Last edited by PurpleFreak on 10-1-2013 12:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 02:26 PM | Show all posts


Tajuk: CURI-CURI CINTA
Penulis: SITI ROSMIZAH
Harga: RM37.90sm
Terbitan: Siti Rosmizah(SR Publication)
Sinopsis: "Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah org tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!'

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Berlagak! Sombong! itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Danial Hakim harus menjadi milinya!

"Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya. sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

"Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!.

"Kau ingat aku nak percaya lagi certa bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakankau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 09:17 AM | Show all posts
chit_ana posted on 20-4-2013 02:26 PM
Tajuk: CURI-CURI CINTA
Penulis: SITI ROSMIZAH
Harga: RM37.90sm

saya dah baca cerita curi curi cinta. beli di pesta buku antarabangsa di pwtc bulan lepas. memang tangkap leleh tui. jalan ceritanya kali ni lebih menarik dibandingkan dengan takdir itu milik aku. walau bagaimanapon 7 hari mencintaimu bagi saya terbaik dari siti rosmizah. khabarnya akan dijadikan drama/movie. tahniah untuk kak siti rosmizah. (harap2 xjadio macam cinta kau dan aku.huhu
\


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 12:33 AM | Show all posts


AKAN DATANG!
Lepas hari raya nanti, novel terbaru keluaran Siti Rosmizah(SR Publication) akan berada dipasaran. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Novel PENGHUJUNG CINTAKU, dari penulis muda yang cukup berbakat ADMATIZA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:13 PM | Show all posts


Terbitan Terbaru Siti Rosmizah(SR Publication).. Akan Menemui Anda Bulan Disember Ini..KEKASIHKU POPULAR~Phidot..
terbaik dari Penulis Ributnya Cinta..

Tajuk: Kekasihku Popular
Penulis: Phidot
Harga:
Terbitan: SR Publication.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.205424 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list