|
Najwa masuk ke dalam bilik utama mereka. Kelihatan Rayyan tengah terbaring mengiring ke kiri mengadap ke jendela. Perlahan-lahan Najwa menghampiri Rayyan. Rayyan sedar akan kedatangan Najwa.
"U.."
"I letih.." jawan Rayyan ringkas lalu mengambil bantal dan menerkup mukanya.
Najwa tidak puas hati. Ditariknya bantal itu. Rayyan geram!
"U nak apa lagi ni?!!!" Rayyan mula meninggikan suaranya.
"Boleh tak kita berbincang sekejap?"
"Nak bincang ape lagi ni?"
"I dah nampak jalan untuk masalah kita ni.."
Rayyan diam. Mereka berdua saling berpandangan.
.....................................................................................
Shahir menghentikan keretanya betul-betul berhadapan pintu pagar rumah sewa Balqis. Sepanjang perjalanan pulang tadi, Shahir diam seribu bahasa. Balqis memandang Shahir.
"Awak ok ke ni?" tanya Balqis sambil membuka tali pinggang keledar.
"Ok je.. nape?"
"Diam je awak tadi. Macam ada sesuatu yang awak nak bagi tau saya.."
"Eh, tak de la.. Perasaan awak je tu. Dah sampai dah ni. Tak nak masuk dalam rumah ke?" Shahir seolah mahu pergi dari situ secepat mungkin.
"Ha? Dia halau aku masuk? Pelik ni.."bisik hati Balqis.
Balqis membuka pintu kereta lalu keluar. Diikuti Shahir. Balqis berjalan menuju ke pintu pagar lalu membuka mangga. Shahir hanya memandang dengan senyuman paksa.
"Awak nak ke mana lepas ni?" Balqis sengaja menanyakan soalan itu.
"Balik hotel la nak ke mana lagi? hihihi.."
Balqis hanya tersenyum. Dia merasakan ada sesuatu yang Shahir sembunyikan darinya.
"Saya pergi dulu erk.. take care tau!" kata Shahir lalu masuk ke dalam kereta dan memecut laju keretanya.
"Dia dah mula lupa cium dahi aku.."sekali lagi Balqis berbisik sendirian.
...........................................................
Rayyan yang hanya berseluar panjang dan tanpa berbaju itu berjalan lalu duduk disofa berdekatan katil kelamin mereka. Najwa cuba menguatkan semangatnya untuk berbicara dengan suaminya yang sudah mula tawar hati dengannya.
"Cakap la.."Rayyan bersuara.
"Ceraikan I.."
Rayyan yang tadi kusyuk menonton televisyen terus memandang wajah Najwa.
"Ini saje jalan untuk kita bawak haluan masing-masing. I tahu, U dah tak sayang pada I lagi semenjak U tahu latar belakang I.."terang Najwa lagi.
"U dah fikir masak-masak ke apa yang U cakapkan ni?"
"Dah!"
"U takkan menyesal?"
"Untuk apa I menyesal kalau I teruskan pun, hati U tu dah tak ada ruang untuk I?"
"Ok, fine! Nanti kita pegi pejabat agama sama-sama.." kata Rayyan tegas lalu keluar dari bilik itu.
Najwa terus menangis. Rayyan betul-betul keras hati kali ini. Tiba-tiba handphone Najwa berdering. Nama Shahir terpampang di skrin. Jantung Najwa berdegup pantas. Risau juga kalu Rayyan tiba-tiba masuk semula ke dalam bilik jika dia menjawab panggilan Shahir itu. Najwa ke tepi jendela. Panggilan itu dijawab. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmmmmmm sian kat Balqis
jahat betul shahir kata cinta sgt kat balqis jumpa balik dgn najwa terus terlupa balqis |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah RAYYAN ngan BALQIS... kita suka... kita suka...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokkan paginya..
Rayyan begitu muram sekali pagi itu. Direbahkan punggungnya di kerusi. Balqis yang kebetulan mahu ke pantry ternampak Rayyan yang sedang bersendirian itu. Dipandangnya jam di dinding. Pukul 8.30 pagi!
Balqis ke pantry. Diambilnya mug lalu dimasukkan serbuk horlick dan terus dituangnya air panas.
"Buatkan untuk saya sekali boleh?" tiba-tiba Rayyan bersuara dari arah belakang Balqis.
Balqis agak terkejut. Nasib baik tidak ditumpahnya air horlick itu.
"Ok..boleh..boleh.." Balqis meletakkan mugnya di atas meja lalu mencapai mug kosong.
Rayyan duduk di kerusi yang telah disediakan di dalam pantry itu. Kemudian dia kusyuk memandang Balqis. Gadis yang walaupun tidak bertudung, namun pakaiannya tetap sopan.
Balqis memberi air horlick itu pada Rayyan. Rayyan menyambutnya dengan baik.
"Eh, horlick ke ni?" Rayyan sedikit terkejut.
"A'ah.. tadi kan Encik Rayyan minta saya buat secawan lagi air yang sama?"
"Alamak..Sorry.. Saya tak minum horlick. Saya pagi-pagi suka minum nescafe.."
"Owh yeke.. Tak pe. Saya buatkan air nescafe untuk encik k.."
"Tak pe la. Kang membazir pulak..hihi.. Esok-esok buatkan saya nescafe yee"
"Yelah.." Balqis dan Rayyan berbalas senyuman.
......................................................
Seawal pagi itu Najwa sudahpun keluar rumah dan bukannya ke tempat kerja tetapi ke kedai makan bertemu dengan Shahir. Mata Najwa sedikit bengkak penangan menangis semalaman.
"U dah ok ke ni?" Tanya Shahir sambil menyentuh manja pipi Najwa.
Najwa hanya mengangguk perlahan.
"I rasa mungkin dengan cara bercerai dengan Rayyan adalah jalan yang terbaik!" ujar Najwa.
"U betol-betol ke ni?"
"Yelah..buat apa I nak duduk dengan orang yang dah tak sayangkan I?"
"U masih ada I.. U jangan risau.." kata Shahir dan terus memegang tangan Najwa.
Encik Haris yang kebetulan ke kedai makan itu untuk take away roti canai terperasan adegan pegang tangan isteri Rayyan bersama lelaki lain.
"Betol ke apa yang aku nampak ni?" bisik hati Encik Haris.
...............................................................
Baru sahaja Balqis dan Rayyan hendak keluar dari pantry itu, Dato Mustaffa datang.
"Eh, papa.. Awal pulak balik.." Rayyan terus berpeluk dengan ayahnya itu.
"Papa?? What the..." Balqis terus memandang tajam ke arah Rayyan.
"Keje abis awal, balik awal la..tunggu apa lagi kan? Eh, Balqis.. Apa khabar?" tanya Dato Mustaffa lalu berjabat tangan dengan Balqis.
"Alhamdulillah baik, Dato.."
"Macam mana kerja di sini? Ok ke? Rayyan ada buli-buli tak?"
"Eh, tak ade la Dato.. Encik Rayyan baik sangat-sangat.." jawab Balqis sambil menjeling tajam ke arah Rayyan.
"Nanti kejap. Papa dengan Balqis macam dah kenal lama.." Rayyan keliru.
Dato Mustaffa dah ketawa besar manakala Balqis hanya diam membiarkan Dato Mustaffa menerangkan segalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
cmne Dato leh kenal ngan BALQIS...
bila agaknya SHAHIR nak kantoi ngan BALQIS... |
|
|
|
|
|
|
|
Najwa semakin berani. Dia membawa Shahir pulang ke rumahnya.
"Besarnya rumah U.." Shahir dan Najwa masuk bersama ke dalam rumah agam itu.
"Biasa-biasa aje pun. Duduklah.. " pelawa Najwa.
Mereka berdua duduk di ruang tamu.
"Dah sah suami U pegi keje kan?" tanya Shahir sambil terpandang gambar kahwin Najwa dan Rayyan di dinding ruang tamu itu.
"A'ah..macam biasa..hmmmm.."
"Nape mengeluh ni?" Shahir bangun lalu duduk rapat bersebelahan dengan Najwa.
"I tak tahu kenapa I tak boleh nak bagi zuriat untuk Rayyan.."
"Maksud U? U tak pernah bersama dengan Rayyan ke selama ni?"
"Tak la sampai macam tu. Cuma setiap kali bersama, I minta dia pakai pelindung.."
Rayyan tersenyum.
"Nape senyum plak ni?"
"Ni bermakna U masih ingatkan I erk.. Atau dia tak sehebat I?" Shahir mula berfikiran nakal.
"Ke situ pulak U ni.. cubit kang!" Najwa terus mencubit manja lengan Shahir.
"Auchhh!! Sakit la.."
Mereka berdua ketawa kecil. Kemudian mata bertentang mata mula berlaku. Masing-masing masih ada perasaan cinta seperti dahulu. Wajah mereka semakin rapat dan...syaitan mula bersorak gembira!!
.............................................
Rayyan dan Balqis kusyuk mendengar Dato Mustaffa bercerita pertemuannya dengan Balqis.
"Oooo..maknanya papa terhutang nyawa dengan Balqis la erk.." Rayyan menjeling memandang Balqis.
"Begitulah nampaknya. Mujur Balqis ada time papa sakit tu.. Kalau tak, dah lama papa dah arwah .." sambung Dato Mustaffa.
"Jangan cakap macam tu, Dato.. Umur Dato panjang lagi. Mungkin kebetulan saya ada di tempat kejadian..dan saya bantu Dato.."terang Balqis merendah diri.
"Alhamdulillah. Masa kat klinik tu papa pun merisik la si Balqis ni sama ada masih keje atau study lagi. Dan Balqis cakap dia nak keje. So, papa pun apa lagi kan? Minta la dia hantar resume kat pejabat. Dan sekarang saya ucapkan selamat datang ke Mustaffa Holdings.."
"Terima kasih, Dato.. Saya akan jadi pekerja yang terbaik untuk Dato.. "
Dato Mustaffa dan Balqis berbalas senyuman. Rayyan memandang Balqis. Kemudian dia pun turut tersenyum. |
|
|
|
|
|
|
|
Encik Haris ternampak Rayyan dan Balqis yang baru sahaja keluar dari bilik Dato Mustaffa. Balqis dan Rayyan masing-masing terus menuju ke bilik berasingan. Encik Haris melepaskan nafasnya perlahan lalu berjalan menuju ke bilik Rayyan.
Pintu bilik diketuk.
"Masuk.."panggil Rayyan sambil membuka fail projek di Kedah.
Encik Haris memunculkan dirinya.
"Maaf Encik Rayyan sebab mengganggu.."
"Eh, Haris.. masuk la. Tak ganggu sangat pun. Duduk la.."
Encik Haris duduk bertentangan dengan Rayyan.
"Ada apa hal ni?" Rayyan memandang tepat ke arah anak mata Encik Haris.
"Tadi saya ada pergi ke kedai makan yang selalu kita pergi tu.."
"Ok.. So?"
"Saya ada terjumpa isteri Encik Rayyan.."
"Kat kedai makan tu?"
"A'ah.."
"Dia sorang?"
"Berdua.."
Rayyan terdiam. Encik Haris mula menceritakan satu persatu.
.................................................................
Shahir mula mengenakan pakaiannya semula. Najwa kelihatan cukup gembira sebaik sahaja keluar dari bilik air. Dia terus berjalan mendapatkan Shahir. Tanpa segan silu dia terus memeluk Shahir.
"Best?" tanya Shahir manja.
Najwa mengangguk. Kemudian mereka berbalas ketawa kecil.
"I balik dulu erk.. Apa-apa U call I tau..and thanks sebab tadi tu.." kata Shahir lalu mereka berdua terus berkucupan.
"Take care, sayang.."
....................................................................
Natasya sudah boleh pulang ke rumah. Tetapi dia terus dibawa balik pulang ke kampung oleh mak ayahnya. Natasya seperti sudah hilang akal dan pendirian. Seperti dirasuk pun ada jugak!
Tila yang menghantar sahabatnya itu pulang ke kampung tidak langsung bersembunyi apa yang sedang Natasya alami sekarang.
"Mak cik tak sangka Natasya boleh jadi macam ni.." kata ibu Natasya sambil menitiskan airmata.
"Saya pun rasa bersalah sebab membiarkan Natasya buat sesuka hati dia sebelum ni.. Maafkan saya.."
"Tak mengapa, Tila. Bukan salah kamu pun. Kamu dah hantar Natasya balik ke sini pun kami dah syukur banyak-banyak.."jawab ayah Natasya pula.
Tila mendekatkan dirinya dengan Natasya. Natasya yang masih berdiam dari tadi seperti dipukau. Hanya memandang satu tempat tanpa memusing kepalanya ke kiri dan kanan. Tila memegang tangan Natasya.
"Kau jaga diri baik-baik tau.. Aku dah nak balik ni. Aku sayang ko sangat-sangat.." Tila terus memeluk Natasya. Tapi Natasya tetap mendiamkan diri. Kaku! |
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 12-12-2012 02:11 PM
Tak ada sambungan lagi ke cik momey a.k.a TT
yer la....please sambung lagi yeee...dah terguda dgn cerita ini....
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam hampir menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Berkali-kali Balqis cuba menghubungi Shahir. Langsung panggilannya tidak dijawab. Tidak pernah Shahir berperangai seperti ini sebelum ini. Balqis mengeluh.
"Aku betol-betol rasa tak sedap hati.. Macam ada yang tak kene.."bisik hati Balqis.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Beberapa saat selepas itu muncullah wajah Rayyan yang segak berlesung pipit itu.
"Jom kuar makan!" ajak Rayyan spontan.
"Makan? Errr.."
"Atau awak ada dating dengan orang lain?"
"Err.."
"Please jangan kecewakan saya.."
"Adeh..pujuk aku la plak..cair weiiiii" bisik hati Balqis.
"Encik Rayyan, jom kita kuar makan!" Encik Haris tiba-tiba bersuara dari belakang sambil menepuk manja bahu Rayyan.
"Adoi! Mamat ni menyebok la plak.." Rayyan berbisik sendirian.
"O'oooo..nampaknya Encik Rayyan dah ada teman. So.." Balqis ada alasan untuk mengelak.
"Saya nak awak join skali. Bole?"
Encik Haris dan Balqis saling berpandangan.
............................................................
Najwa ke pejabatnya seperti biasa. Tak berhenti dia berbalas mesej dengan Shahir. Cinta lama mula berputik kembali. Dia seolah berada di syurga!
"Amboi! Happynya dia... Menang loteri ke?" tegur Melissa rakan sekerjanya.
"Yeke? Biasa aje laa.."
"Biasa ko cakap? Ko cakap macam la aku ni tak kenal ko.. Cerita la kat aku. Apa yang buat ko happy sangat ni.."
"Betul nak tahu?"
"Yela!"
"Janji jangan bagi tahu orang lain erkk"
"Yes! I'm promise!"
"Aku dah jumpa kekasih lama aku balik..i'm so happy.."
"What?!!!!"
..................................................................
Shahir yang berada bersendirian di dalam bilik hotelnya itu tersenyum sendiri setiap kali dia mendapat mesej dari Najwa. Tak sangka dunia ini begitu kecil. Akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan kekasih lamanya itu.
"Apa aku nak buat dengan Balqis hah? Takkan dua-dua skali aku nak rembat? Hmmm.. Orang tamak selalu untung! Hahahaha.. Tapi, betul la orang cakap, cinta pertama sukar dilupai.. Hmmm.. Aku masih sayangkan Najwa! Aku tak sabar tunggu Najwa bercerai dengan suaminya tu.. Dan Najwa masih 'hebat' seperti dulu jugak! hahahaha" Shahir mengomel sendirian.
Shahir merasakan dirinya 'jaguh' kerana ingin dimilki dua orang wanita. Perasan la pula kan??
.............................................................
Rayyan, Balqis dan Haris makan tengah hari bersama di Restoran Seafood berdekatan. Siapa lagi yang belanja kalau bukan Rayyan! Nasib la kalau jadi bos kan? hihihi
Rayyan dari tadi asyik memandang Balqis. Entah kenapa hatinya begitu tenang sekali melihat wajah gadis itu. Kadang-kadang naik rimas Balqis dibuatnya namun Balqis cuba menganggap hanya mainan perasaannya sahaja.
"Encik Rayyan, sakan tenung!" tegur Haris mengejutkan Rayyan yang kusyuk memandang Balqis.
"Tenung? Tak de la.. Tengok je. Tak salahkan, Balqis?" kata Rayyan yang ingin cover malunya itu.
"Gila ko kalau aku cakap salah perbuatan Encik Rayyan tu? Maunya kene pecat!" bisik hati Balqis.
Balqis hanya tersenyum. Baik berdiam diri!
"Balqis jangan salah faham tau. Encik Rayyan ni dah kahwin!" Haris berterus terang.
Rayyan terus memandang Haris. Balqis terkejut. Mereka saling berpandangan.
"Tapi..tapi.. Encik Rayyan masih belum ade rezki untuk dapat anak.." terang Haris lagi.
Rayyan kurang selesa dengan kata-kata Haris itu. Seleranya untuk makan sudah mati!
"Ooo..Encik Rayyan dah kahwin erk.. Nasib baik saya belum sempat pasang niat nak ngorat Encik Rayyan.." kata Balqis lalu diiringi gelak ketawanya.
Rayyan hanya tersenyum.
"Maaf, Encik Rayyan.. Saya melawak je tadi. Saya harap Encik Rayyan tak ambil hati.." Balqis mula perasaan Rayyan kurang selesa.
"Tak pe.."
Haris serba salah. Dia terlupa yang kejadian pagi tadi mungkin belum hilang dari ingatan bosnya itu. Matilah dia lepas ni!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Habis Najwa ceritakan kesemuanya pada Melissa. Dia berasa cukup puas hati!
"Ko biar betul, Najwa?"
"Betul laaa.."
"Ko tak takut ke kalau ko ngandung? Anak Shahir pulak tu.."
"Nak takut ape? Aku tahu dia akan sepenuhnya bertanggungjawab! Itupun kalau aku mengandung la kannn"
"Betul-betul yakin ko nii.."
"Aku yakin 100%.. Aku sayangkan dia dan dia sayangkan aku.."
Melissa diam. Najwa pula tersengih kerana tak lama lagi dia akan bercerai dengan Rayyan dan akan berkahwin dengan Shahir.
...................................................................
Di pejabat..
Rayyan memanggil Haris masuk ke dalam biliknya. Haris sudah syak! Confirm dia kena bambu pasal kes makan tengah hari tadi.
"Ya, Encik Rayyan.."
"Duduk.."
Mereka berdua duduk bertentangan.
"Kenapa awak tiba-tiba cakap macam tu dekat Balqis?" Rayyan mula bersuara tetapi masih di dalam nada yang rendah.
"Err..maafkan saya, Encik Rayyan.."
"Jangan buat macam tu lagi lepas ni. Saya tak suka.."
"Maafkan saya.. saya janji saya tak akan buat lagi!"
"Saya tak nak nanti Balqis anggap saya yang bukan-bukan. Kita kan satu pejabat.. cuba bersikap profesional sikit!"
"Baik, Encik Rayyan.."
"Jangan tambahkan lagi masalah saya yang sedia ada ni.."
Haris diam. Dia paham kenapa Rayyan bersikap sebegitu. Memang layak pun dia kena marah! Mulut celupar sangat! hihihi
...................................................................
Shahir rindu! Rindu kan siapa? Dah tentu rindukan Najwa. Nombor telephone Najwa di dailnya. Panggilannya dijawab.
"Hai sayang.."
"Hai.." jawab Najwa manja.
"Busy ke?"
"Tak la sangat. Nape?"
"Rindu la.."
"Nakalnyee.."
"Betul la.. Masih teringat lagi apa yang awak buat kat saya pagi tadi.."
"Abis tu?"
"Jumpa petang ni nak?"
"Ha? Petang ni?"
"Nape?"
"Macam tak boleh je.. Risau Rayyan balik awal.."
"Alaaaa..abis tu macam mana?"
Najwa diam. Berligat kepala otaknya memikirkan bagaimana cara dia hendak berjumpa dengan kekasih gelapnya itu.
............................................................
Sesekali Balqis memandang handphone yang berada di atas meja itu. Satu hari suntuk Shahir langsung tidak hubunginya. Dah la satu hal! Lepas tu bila call, tak jawab pulak tu!
"Apa kene dengan Shahir ni? Apa yang aku dah buat semalam sampai dia jadi macam ni??"
Balqis sengaja pandang Rayyan yang biliknya bertentangan dengan bilik Rayyan itu. Kusyuk Rayyan membuat kerja menggunakan PC yang ada di hadapannya itu. Balqis tersenyum sendirian.
"Nasib baiklah ko dah kahwin.. Beruntungnya isteri ko, Rayyan.." Balqis bercakap sendirian. |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni bleh wat idea asal cite dalam tv... hahaa.. slot samarinda.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap harap najwa n shahir kantoi dgn balqis n rayyan |
|
|
|
|
|
|
|
biozipstar posted on 13-12-2012 09:45 AM
cite ni bleh wat idea asal cite dalam tv... hahaa.. slot samarinda..
yeke? masih tahap biasa2 lg je ni..hikhikhik tulis pun main hentam karoma jee hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 13-12-2012 11:20 AM
harap harap najwa n shahir kantoi dgn balqis n rayyan
nk kene siapkan cpt crita ni..pasni mcm bz jee ngan keje huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Najwa mengenakan gincu merah di bibir mungilnya itu. Tak sabar rasanya dia hendak bertemu dengan Shahir pada malam itu. Dia mengambil kunci kereta di atas katil lalu menuruni tangga dengan lajunya. Tiba-tiba Rayyan membuka pintu utama. Mereka berdua bertembung. Saling berpandangan. Najwa hanya diam dan terus keluar dari rumah itu. Rayyan hanya memandang.
"Nak ke mana pulak perempuan ni..hhmm" Rayyan terus menaiki tangga lalu masuk ke dalam bilik.
....................................................
Balqis masih terus mencuba menghubungi Shahir. Akhirnya untuk kali yang ke 101, panggilannya di jawab!
"Kenapa dengan awak ni, Shahir? Call tak berjawab, mesej tak berbalas.."
"I ade hal sikit laa.."
"Hal apenye? Bukan ke awak datang sini sebab saya je kan?"
"Ok la, Balqis.. I ada masalah sikit ni. Lain kali la kita berborak"
"Shahir! Kenapa ni? Awak ni pelik la.. Dah macam sesuatu yang awak sembunyikan dari saya laaaa"
"Sembunyikan apanya? Tak ade ape-ape laaa"
"Awak jangan nak tipu saya! Awak tak pernah buat saya macam ni"
"Dah la!" Shahir terus mematikan talian.
Balqis kecewa. Matanya sedikit berkaca.
"Balqis.. Ko kene kuat! Apa pun yang akan terjadi lepas ni, ko kene tempuh dengan tabah!" Balqis bercakap dengan dirinya sendiri.
.....................................................
Najwa turun dari kereta. Sebelum mengunci kereta, dia masih sempat membetulkan rambutnya dengan menggunakan jari. Kemudian dia memandang hotel 5 bintang yang tersergam di hadapannya itu. Dia tersenyum sendirian. Kemudian dengan lenggang lenggoknya dia berjalan masuk ke lobi hotel tersebut.
Shahir sudah kelihatan bergaya menunggu Najwa di lobi hotel itu. Najwa berjalan ke arah Shahir. Satu kucupan hinggap di pipi kanan Najwa.
"Cantik u malam nii.." puji Shahir sambil memegang tangan Najwa.
"Thanks.."
"Jom!"
"Gi mane?"
"I bawak U ke satu tempat ni.. best sangat-sangat! Enjoy gileee"
"Yeke? Ok la.. I ikut je.."
"Good" Shahir tersenyum lalu keluar dari hotel itu bersama Najwa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pukul 3 pagi..
Rayyan masih lagi berjaga. Kelibat Najwa masih belum muncul. Walaupun dia sudah tawar hati dengan Najwa, namun Najwa masih lagi isterinya dan dia masih lagi bertanggungjawab pada Najwa. Rayyan cuba juga menghubungi Najwa tetapi handphone Najwa dimatikan.
Rayyan mengeluh. Dia masih setia menunggu kepulangan Najwa sambil menonton Astro channel 702 sambil mengunyah kacang. Dalam beberapa minit kemudian, pintu utama di buka. Muncul muka Najwa yang begitu selekeh sekali. Bertambah teruk lagi, Rayyan terbau sesuatu yang begitu meloyakan! Najwa minum arak ke???
Rayyan mendekatkan dirinya dengan Najwa. Najwa sedikit terhoyong hayang.
"U dari mana ni?" tanya Rayyan tegas.
"Suka hati I la nak gi mana pun.. U peduli apa kan?"
"I ni masih suami U dan U masih isteri I.." Rayyan menggenggam kuat lengan Najwa.
"Sakit la!!!" Najwa menolak Rayyan lalu dengan lemahnya dia menaiki tangga masuk ke dalam bilik.
Rayyan menggelenggkan kepalanya. Dia mengeluh. Dia gagal mendidik isterinya!
..........................................................
Shahir membuka pintu bilik hotelnya. Dia loya. Dengan cepat dia masuk ke dalam bilik air. Lalu habis dimuntahnya ke dalam sinki. Mukanya merah padam.Kemudian dia membasuh mukanya.
Perlahan-lahan dia ke katil lalu merebahkan diri. Handphone di dalam poket di ambilnya. Di 'on' kan semula handphone itu. Ooo mak aiii, ada 45 kali miss call dari Balqis. Shahir ketawa sendirian. Kemudian dia terlelap begitu sahaja kerana terlalu letih.
....................................................
Balqis tidak dapat melelapkan matanya. Asyik memikirkan Shahir. Adakah Shahir tengah mainkan perasaannya ataupun inikah balasan untuk dirinya yang selama ini hanya main tarik tali dengan Shahir? Bukan niatnya hendak berbuat begitu pada Shahir, tetapi dia mahu fokus dahulu pada kerjaya. Tetapi lama kelamaan dirinya ada sedikit menyimpan perasaan pada Shahir. Tak sangka, setelah sedikit perasaannya mula ada pada Shahir, begini pula Shahir melayan dirinya dengan acuh tak acuh.
"Aku perlu bertemu dengan Shahir.. Selesaikan masalah ni. Aku tak nak jadi macam dulu!! Sakit!!!!! Sakit sangat-sangat!!" Balqis terus menangis apabila mengenangkan kisah silamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
TT nak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|