TT real story ni... benaran... so auna aulia ni TT la ekk... wahhhh gojesss sungguh nih... kaka sudah jatuh chenta sama ini cerite n sama moto2 super duper tuh... besok sambung lagi dear... panjang2 tauuuu...
Pagi itu seperti biasa Auna Aulia park motornya ditempat biasa. Sekali lagi motor semalam ada terpacak disitu. Siapalah punya motor ni. Kalau dapat press sekali mesti best. Auna Aulia memasang angan-angan ingin tahu pemilik motor itu. Ni lah bahananya kalau ramai sangat lelaki dalam rumah. Tak ada perempuan. Kalau tak sure dia sibuk dengan make up, kereta my be kot or shopping itu memanglah haruskan semua orang suka shopping or my be gossip kot. Kesian kau Auna Aulia. Tapi okey apa. Auna Aulia menimbal balik kata hati.
Melihat jam dia terus melangkah cepat ke pejabat ada urusan pagi ni. Ada lukisan yang perlu dia hantar kepada bosnya. Lepas tu nak buat kunjungan muhibbah dekat tapak projek. Perghhh gelap lah lagi kulit aku ni, sambil membelek tangannya yang masih sengal dan luka sedikit. Ermmmm nak jadi jantan sangat khennnn.. pukul lagi orangkan dah rasa.
Sampai pejabat tidak ramai staf yang dah sampai. Auna Aulia laju ke biliknya. Bukak saja pintu pejabatnya, kelihatan sebotol ubat bersama nota.
Sapu cream ni dekat tangan tu supaya cepat baik. Jangan nak degil !!! Allah Nampak !!!
Auna Aulia menjenguk diluar biliknya. Dia hairan siapa yang tahu pasal dia bertumbuk dan siapa pula yang letak ubat ni dekat bilik dia. Nampaknya nak kene jadi James Bond lepas ni. Musykil..musykil.. Auna menggelengkkan kepala. Tapi tangannya laju je menyapu cream tersebut. Berangin sedikit. Tapi lepas tu tangan dia jadi kebas. Tak ada bernyut sangat. Mujarab jugak cream ni. Mesti orang ni selalu bertumbukkan. Tu pasal dia tahu. Siapalah tuan kau ubat? Auna Aulia tertanya-tanya.